2162 DILEPASKAN BAYAR PTPTN


2162 DILEPASKAN BAYAR PTPTN | ISU

Selamat hari Jumaat.Hari ni saya tertarik dengan satu article yang mungkin ada berkaitan dengan kita yang pernah jadi student satu ketika dulu.Pada yang belajar sampai SPM ataupun belajar guna duit mak bapak (anak orang kaya) mereka terlepas dari PTPTN (tak taulah kalau mak bapak dah kayapun meminjam jugak).Memang syok meminjam tapi time nak bayar balik memang macam-macam halangan jadi.hak3...Oklah kita usha sikit pasal article ni :

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Seramai 2,162 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama tahun ini mendapat pelepasan daripada membayar balik pinjaman tersebut.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan pembiayaan berjumlah RM59.7 juta.
Berita Lanjut usha Utusan Online

Komen Bean Moreno :

* System baru ni mungkin akan membuatkan ramai pelajar belajar rajin-rajin bukan sebab nak gred yang baik tapi untuk bebaskan diri dari hutang.

* Pelajar sekarang memang best sebab dah la banyak kemudahan pastu dapat pelepasan PTPTN tapi adakah mereka akan menghargaai pemberian ni?

* Dulu system ni hanya diguna pakai oleh MARA san JPA.So lepas ni saya nak paksa anak-anak saya belajar rajin-rajin

p/s :

* Adakah student yang pinjam PTPTN akan dapat result yang best dengan adanya system baru ni ataupun akan mengabaikan pelajaran?

* Kalau system ni wujud dari dulu dah tentu saya dapat dekan tiap2 sem.hak3...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails