SIAPA BAKAL MENANG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA?

SIAPA BAKAL MENANG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA?

Hari ni rasa blogging macam sunyi sebab terasa seperti ramai yang tak online.Adakah blog ni je yang suram ataupun semua orang alami benda yang sama.So dari turun tips or bincang benda-benda serius baik kita bincang or share something yang yang memerlukan ketajaman fikiran.



Macam mana yang kita tau esok adalah penting bagi orang-orang yang berasal dari Negeri Sembilan dan juga Kelantan.Ni bukan sebab orang Negeri Sembilan dan Kelantan bertanding masakan siapa paling pedas tapi pasal Perlawanan Akhir Piala Malaysia.Dengar cerita tiket kat Stadium Nasional Bukit Jalil dah Habis dijual.Nampak sangat penyokong Malaysia masih support pasukan tempatan walaupun ada di antara mereka yang menyokong EPL.


Tahun lepas kalau tak silap saya pasukan yang sama bertanding dan akhirnya Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia kerana menewaskan Kelantan 3-1.So kali ni korang rasa siapa akan menang.Adakah Negeri Sembilan dapat mengulangi kemenangan ataupun Kelantan akan menang berkat doa Tuan Guru Nik Aziz.Pagi tadi dengar Tuan Guru berjanji nak bagi duit imbuhan kalau Pemain Kelantan dapat bawak Piala Malaysia ke Kota Bharu.So player-player Kelantan harap dapat main betul-betul.Korang rasa Siapa Yang Bakal Menang?













P/S:


* Baru saya tau Tuan Guru Nik Aziz pernah terjatuh kuda masa kecil.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails