RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK BERSYUKUR

RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK BERSYUKUR

Salam semua,kali ni terkejut dengar bajet 2010.Memang syok jadi penjawat awam ni kan.Asal Bajet Negara dibentangkan je mesti ada benda best yang depa dapat.Tapi tak boleh nak buat apa lah kan kita yang kerja swasta memang teriur jelah tengok apa yang diorang dapat sedangkan kalau nak ikut prestasi takde lah bagus sangatpun.Tetap kat takuk tu jugak.Ok kita tengok apa yang penjawat awam dapat untuk Bajet 2011 :

* Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk   kakitangan kerajaan.

* Cuti Bersalin dari 60 hari naik kepada 90 hari

* Dapat Bonus lagi

Kesimpulannya kalau kita jadi kakitangan awam ni memang untuk.Gaji dah besar bonus tak payah risau, elaun lagi lah memang dapatkan.Macam-macam kemudahan yang kita dapat kalau dapat jadi penjawat awam termasuk kuarters.Ooops sebut pasal quarters tadi terbaca surat khabar pasal 'Lubuk Maksiat'.Cerita ni ada kena mengena dengan kemudahan dan penjawat awam.Kita usha dulu apa cerita ni eyh :

PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

Boleh tak kalau saya cakap kebanyakan penjawat awam tak bersyukur dengan apa yang diorang dapat?Saya tak boleh nak cakap semua sebab bukan semua yang berperengai macam ni kan dan lagi satu mama saya seorang guru so tergolong jugaklah dalam penjawat awam.Jadi bahasa lembut dia ialah sebahagian ataupun kebanyakkan.

Bukan nak cakap apa beb kalau nak dibandingkan mutu kerja memang jauh lah kan.Sebab kalau nak ikutkan penjawat awam punya kerja tak seteruk pekerja yang bekerja dengan syarikat swasta.Sebab tu orang berlumba-lumba nak masuk kerajaan.Kemudahan memang best tapi still salah guna.Sepatutnya diorang kena bersyukur dengan apa yang diorang dapat dan pandai-pandai lah bawak diri.Ni dah la dapat tempat duduk lepas tu boleh plak buat macam rumah tumpangan 'Chow Kitt'.

p/s :

* Saya dah berapa kali nak apply masuk jadi penjawat awam tapi tak dapat-dapat.Apa cer?

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails