Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE

2 PERKARA YANG MEMANG TAK BOLEH HILANG DALAM BLOGSPHERE



Selamat malam,

Hari ni takde apa yang menarik selain dapat makan masakan aiensepet.Meletop beb Bawal Power pun tak leh lawan.Saya ada satu soalan sebelum kita teruskan dengan entri kali ni.Apa yang korang belajar daripada blogging?Tadi saya cuba membiasakan diri dengan Facebook.Yelah dah lama saya tak guna facebook asyik dengan twitter je dan status facebook saya semua update direct from twitter.


Sekarang ada satu group yang tengah hot kat facebook iaitu Sahabat Blogger.Dah ramai members dah pun dan ia diasaskan (wah dah macam produk kecantikan) oleh BroFramestone kalau tak silap.Wah rajin kome buat benda-benda alah ni bro.Saya nak kata aktif tak juga tapi suka tengok apa yang dibincangkan so saya buat satu conclusion dari perjalanan saya di Sahabat Blogger.Setakat ni ada dua benda tak best yang tak boleh hilang dalam blogsphere kita.


1. Aktiviti Plagiat


Yang ni tak payah sebut memang orang tau.Budaya ctrl A + ctrl C + ctrl V.Shortcut untuk berjaya dalam blogging yang ramai buat.Dan ada yang mengamuk last 2 weeks sebab entri dia kene cilok.Kalau yang cilok tu blog cap ayam macam blog ni tu boleh di'consider'kan lagi lah.Tapi yang plagiat entri tu blog yang femes dan ada UV tinggi.Mungkin sebab plagiatlah blog tu naik ranking kot.Apa yang saya boleh rumuskan ialah korang plagiat korang takkan dapat belajar apa-apa dan kalau korang nak sangat publish tapi nak ambil hasil orang silalah gunakan kaedah krdit.Ni pinjam duit boleh plak pi syarikat kredit tanpa lesen..Kalau nak blogging korang kena tau cara nak elak diri dari plagiat tapi entri tetap di'publish'.Nak blogging kena ada etika beb...


2. Blogger Otai Sombong


Wah ini issue 2 tahun lepas tapi still ada jugak yang nak cerita macam ni.Korang nak tau tak kenapa issue ni tak boleh hilang?Benda ni jadi sebab adanya status ataupun kasta dalam blogging.Disebabkan wujud perkataan 'blogger otai' maka korang akan rasa diri korang kecil dan bila korang bergaul korang akan rasa tak selesa.Cuba buang perkataan itu korang akan rasa selesa dengan semua orang.Kalau nak diikutkan kebanyakan blogger yang ada kat luar sana semua ada kelebihan sendiri dan meraka akan cuba layan korang tapi sila faham kalau diorang tak layan itu bukan sebab diorang tak mau kawan dengan kita (ini ayat budak sekolah) tapi diorang ada life diorang.


Mungkin ada lagi perkara-perkara lain tapi saya nak highlight kan 2 ni je sebab selama saya blogging (tak perlu tahu sejak bila) 2 benda ni lah yang asyik-asyik jadi issue kat entry blogger-blogger luar sana tak kira baru atau lama.So rasanya kita perlu tau etika dalam blogging sebelum kita start nak daftar kat blogspot.hoho...


p/s :


* Nak Tips Blogging sila pi sini



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

Selamat malam guys,

Tiada Mondays blues hari ni sebab saya dah mula balik aplikasikan metafizik dalam kehidupan dan dah mula nampak jalan pulang.Dah dua hari kecoh pasal Blogger buat duit satu juta dan Cukai Ke Atas Blogger.Semalam kalau korang perasan saya ada up isu pasal Cukai Blogger dan Pemilik Forum.Haripun kalau tak silap Hot Chat pasal blogger dan diorang call sendiri Kak Red.So rahsia terbongkar.haha...Media sengaja nak up kan cerita mustahillah Kak Red dapat satu juta kalau dapat dah tentu dia pakai Rolls Royce.

So disebabkan entry tu maka sepantas kilat pihak Jabatan Penerangan iaitu En Azam reply entry saya :



Ni reply dari beliau.Actually panjang tapi saya pendekkan.So ni pulak apa yang saya reply :




Terima kasih En Azam sebab bagi penjelasan yang ramai blogger tunggu-tunggu.Sayapun terkejut dengan statement dalam Facebook Jabatan Penerangan sebab tu saya nak kepastian takut saya buat andaian salah info susah pulak.Harap En Azam tak ambil hati sebab cara saya menulis memang macam tu dan saya mintak maaf kalau penulisan saya mengguris hati En Azam (fuh macam ayat awek seyh). 


Maka kesimpulannya ialah blogger yang berpendapatan RM2500 harus declare dan bayar cukai.Siapa blogger tu faham-faham sendiri lah ye takkan saya nak reveal yang penting bukan sayalah sebab saya still termasuk dalam blogger tak femes dan cap kentang putar.


p/s :


* Selamat duit Nuffnang...So lepas ni mesti ramai yang tak nak reveal dapat check dari Nuffnang.hahaha

RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK BERSYUKUR

RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK BERSYUKUR

Salam semua,kali ni terkejut dengar bajet 2010.Memang syok jadi penjawat awam ni kan.Asal Bajet Negara dibentangkan je mesti ada benda best yang depa dapat.Tapi tak boleh nak buat apa lah kan kita yang kerja swasta memang teriur jelah tengok apa yang diorang dapat sedangkan kalau nak ikut prestasi takde lah bagus sangatpun.Tetap kat takuk tu jugak.Ok kita tengok apa yang penjawat awam dapat untuk Bajet 2011 :

* Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk   kakitangan kerajaan.

* Cuti Bersalin dari 60 hari naik kepada 90 hari

* Dapat Bonus lagi

Kesimpulannya kalau kita jadi kakitangan awam ni memang untuk.Gaji dah besar bonus tak payah risau, elaun lagi lah memang dapatkan.Macam-macam kemudahan yang kita dapat kalau dapat jadi penjawat awam termasuk kuarters.Ooops sebut pasal quarters tadi terbaca surat khabar pasal 'Lubuk Maksiat'.Cerita ni ada kena mengena dengan kemudahan dan penjawat awam.Kita usha dulu apa cerita ni eyh :

PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

Boleh tak kalau saya cakap kebanyakan penjawat awam tak bersyukur dengan apa yang diorang dapat?Saya tak boleh nak cakap semua sebab bukan semua yang berperengai macam ni kan dan lagi satu mama saya seorang guru so tergolong jugaklah dalam penjawat awam.Jadi bahasa lembut dia ialah sebahagian ataupun kebanyakkan.

Bukan nak cakap apa beb kalau nak dibandingkan mutu kerja memang jauh lah kan.Sebab kalau nak ikutkan penjawat awam punya kerja tak seteruk pekerja yang bekerja dengan syarikat swasta.Sebab tu orang berlumba-lumba nak masuk kerajaan.Kemudahan memang best tapi still salah guna.Sepatutnya diorang kena bersyukur dengan apa yang diorang dapat dan pandai-pandai lah bawak diri.Ni dah la dapat tempat duduk lepas tu boleh plak buat macam rumah tumpangan 'Chow Kitt'.

p/s :

* Saya dah berapa kali nak apply masuk jadi penjawat awam tapi tak dapat-dapat.Apa cer?

MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!

MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!


Salam guys selamat hari ahad.Memang panas cuaca hari ni.Berpeluh-peluh badan saya ni ha!Oklah actually dah lama saya nak voice out benda ni tapi terasa macam takut.Yelah saya ni siapa nak pertikai kan isu ni tapi lepas beberapa kejadian yang dah terjadi maka saya rasa saya layak untuk 'voice out' isu ni sebab sayapun ada kad pengenalan apa...hak3...Abis menteri-menteri je ke yang mampu 'voice out'.Ni kan Negara Demokrasi Terpimpin.

Persoalannya ialah Mana Adilnya Kehakiman Negara?Ces bagi saya kehakiman negara memang tak adil.Dari dulu sampai sekarang apa yang diorang hakimi tak pernah jatuh tepat pada pesalah.Dan bagi diri saya yang takde nama dalam kerajaan Malaysia ni undang-undang memang tak fair langsung.Kenapa saya cakap macam ni?Kita lihat senario ni :

Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya

Korang rasa patut tak diorang kene hukum 7 tahun penjara?Apa 7 tahun je bai!Nak jadi apa kesalahan besar mampus tapi kene hukum 7 tahun je.Ingat bunuh orang ni kesalahan kecil ke?Hukuman yang diorang dapat sama macam hukuman budak sekolah curi choki-choki je.Tak sepadan langsung.Mungkin akan ada mulut yang bercakap bukan diorang yang nak bunuh kena upah je.Tak kisahlah kena upah ke janji diorang yang bunuh dan sepatutnya hukuman yang patut diorang dapat ialah paling kurang pun penjara seumur hidup.Kalau macam ni lah hukuman untuk pembunuh memang ramai lagi pembunuh kat luar sana yang akan terus membunuh!

Kes Kemalangan Ngeri Bas Delima

Apa hukuman yang Syarikat bas delima kena?Lesen syarikat digantung.Yang ni mungkin munasabah lah hukuman dia tapi korang rasa tokey dia akan berhenti takat sini je ke?Yang digantung ialah lesen syarikat tapi pemilik dia tetap boleh buat syarikat baru kan.Dan keadaan akan berulang lagi lepas buka syarikat baru.Amik pemandu bas yang tak bertanggungjawab then excident lagi.Ingat dengan bagi pampasan pada setiap ahli keluarga boleh settle kes ke?Ni dah kira menyamakan nyawa dengan duit!Kalau macam tu senanglah kan buat salah lepas tu tabur duit masalah selesai!


Komen Bean Moreno :


* Saya terasa ada orang-orang tertentu yang memanipulasi undang-undang.
* Hukuman berat hanya akan terkena bagi golongan bawahan yang tak mampu untuk melawan.
* Undang-undang semakin tidak adil dan boleh dibeli dengan wang!
* Kita memerlukan Judge Dred untuk menyelesaikan masalah.


p/s :
* Apakah Negara Ini Mempunyai Sistem Perundangan Yang Adil?
* Harap-harap gua tak kena saman or ISA dengan entri ni sebab ni luahan hati je dan luahan ni sama dengan rata-rata pemikiran rakyat Malaysia.

AKTA BARU PENETAPAN GAJI MINIMUM BAKAL DIBINCANG | ISU

AKTA BARU PENETAPAN GAJI MINIMUM BAKAL DIBINCANG | ISU

Salam guys,apa khabar?Bean Moreno still selsema dan tidak selesa nak buat kerja.Rasa nak cabut je hidung ni.Hari ni nak kata hujan tak juga tapi malam aga selesa sebab tida gangguan nyamuk.Selama setahun duduk rumah baru ni baru minggu ni terasa gangguan nyamuk tahap kritikal.

OFFICE MATE

Hari ni nak bincang pasal gaji minimum.Korang rasa gaji korang sekarang ni cukup tak?Cukup tak nak tanggung kehidupan korang?Kalau tanya saya memang bagi 10K sebulan pun tetap tak cukup.Biasalah manusia manu oernah puas dengan apa yang dia dapat.Oklah dengar-dengar kerajaan nak akta baru untuk tetapkan kadar gaji minimum rakyat.Saya terbaca kat Harian Metro.Bagi yang belum baca jom layan :

KUALA LUMPUR: Satu akta baru akan digubal bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1974 yang dilihat kurang berkesan dalam menetapkan gaji minimum ketika ini.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata prinsip asas berhubung penggubalan akta baru itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet esok sebelum dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan.


Komen Bean Moreno :

* Rasanya tak perlu akta baru or cara baru untuk tetapkan gaji minimum rakyat kalau asyik-asyik barang naik.
* Akta sepatutnya ditetapkan dengan cara menyeluruh sebab kalau asyik-asyik akta bertukar tapi kehidupan rakyat tetap sama then untuk apa kita nak ubah.
* Sebelum ubah akta tengok dulu adakah rakyat selesa ataupun tidak dengan akta sedia ada then kalau tiada perubahan bila diubah maka protest akan berlaku.

p/s:

* Gaji naik 15% tapi harga barang naik 45%...Macam mana nak cover lagi 30& kenaikan?

FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

FACEBOOK BAWA BENCANA? | ISU

Salam 1Malaysia ye dan selamat tengahari.Hari Khamis dan macam-macam kita dengar dan baca.Antara benada yang hot ialah pasal Facebook.Minggu ni je dah banyak kes jenayah yang melibatkan Facebook terjadi samapi yang masuk hospital pun ada beb!Hari ni satu kes baru yang melibatkan Facebook terjadi.Saya terbaca kat paper Harian Metro yang bertajuk Jerat Kenalan Facebook.Korang ada baca tak?Kalau belum baca meh saya bagi baca mana tau terlepas pandang ke kan :


KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.
Berita lanjut sila ke Harian Metro

Komen Bean Moreno :

* Masalah orang kita ialah kita mudah sangat percaya.Kadang-kadang baru dengar suara kat phone dah boleh bagi pinjam duit.Sama macam ni baru kenal tak sampai satu hari dah berani nak jumpa, padahal no phone pun takde.

* Kes ni terjadi mungkin juga satu jerat sebab kat Malaysia ni dah ramai SAMSENG!Terutama budak-budak PEKIDA.Tahan orang makan pow!

* Kalau dah nama Social Network ia tetap social network.Semua terpulang pada pengguna, kalau niat nak cari awek maka even nama dia facebook ia tetap akan berfungsi sama macam Myspace yang dah jadi tempat cari cikaro...jadi niat itu penting.

* Cuba lepas ni gunakan facebook tu betul-betul.Kalau orang yang tak dikenali sila jangan approve friend request suka-suka (abis blogger-blogger yang tak kenal camno?).

p/s :
* Apa pendapat korang pasal isu ni?Siapa salah user ke facebook?
* Beringat sebelum kene,kalau muka dah pecah kan dah kena buat plastic surgery...

KENAPA PARENTS SURUH ANAK JADI ARTIS | ISU


KENAPA PARENTS SURUH ANAK JADI ARTIS | ISU

Salam dan selamat tengahari.Saya sekarang ada kat Seri Petaling untuk send barang-barang ke unit transport.Hari ni saya belajar 2 benda baru dalam kehidupan iaitu cara bawa van (first time beb!) dan jalan untuk pergi ke Seri Petaling.Sesat hampir sejam padahal tak jauhpun.hak3...

Oklah hari ni nak bikin isu pasal celebriti.Bagi kita artis ni memang kehidupan diorang lain dari orang awam macam kita (patut artis kena buat kad pengenalan berlainan sebagai contoh macam polis & tentera).Kalau kita perasan sekarang ni dah banyak orang nak jadi artis.Buktinya banyak program realiti TV (kecuali imam muda).Saya tertarik dengan artikel kat blog Flamingo.Kebanyakan parents ok je bila anak diorang nak jadi artis.So hari ni kita tengok kenapa parents suruh anak jadi artis :

1) GAJI ARTIS BESAR

Kalau kita tengok kan artis sekarang memang kaya-kaya beb!Ada yang pakai Ferari Merah,ada yang pakai Lambo paling cikaipun Exora (ada ke?).Gaya hidup artispun dah ala-ala menteri yang makan rasuah dan berbeza dengan orang yang kerja engineer yang pergi balajar sampai ke Jepun dan berhutang PTPTN sampai puluhan ribu.So bila anak dia jadi artis maka diorang tak payah fikir pasal hutang belajar ataupun anak dia cukup makan ke tak.

2) GLAMOUR

Siapa yang tak kenal Fasha Sandha dan ada ke orang yang tak kenal Siti Nurhaliza?Rasanya takde siapa kat Malaysia yang tak kenal diorang.Tapi kalau ditanya kenal tak Imam Negara?Mesti ramai yang tak tau betul tak?jadi artis memang akan membuatkan diri seseorang tu melainkan dia artis yang memang 4 tahun sekali dapat job.So bila anak dah popular mestilah family dapat tempias even tak besar kecil pasti ada.Tak percaya tengok masa kes Mawi dengan Ina Naiem tetiba pulak Ina boleh jadi popular sampai jadi penyanyi.haha...

3) CARA MUDAH UNTUK JADI KAYA

Yang ni memang korang pun perasan.Yelah jadi artis bukannya selalu dapat job.Terutamanya kalau ada rekod kotor or kontroversi yang memang teruk.kalau dapat pun belakon jadi mangsa rogol (sendiri faham dah la).So bila dah tak laku maka satu je cara untuk hidup senang iaitu pakai seksi.Bila dah pakai seksi maka ramai dato'- dato' cari untuk dibuat bini 'lebih-lebih'.Kalau bukan dato' pun orang kaya ataupun anak tokey-tokey.So dah tak kira bujang je,duda ke paling best kalau dapat laki orang pergh...wallah!Janji fulus banyak then ada heli.hak3...Bila anak dah kaya maka mak bapakpun rileks je.hak3...

Ini adalah pandangan saya sendiri kalau ada yang terasa saya mintak maaflah dan itu bermakna pandangan saya adalah betul dan realtiti.So kalau tak betul sila baca dan jangan melenting.

p/s :
* Apa pendapat korang tentang dunia artis?
* Harus diingat tak semua artis hidup dalam kehidupan kaya!

PEGUAM TERJERAT | ISU

PEGUAM TERJERAT | ISU



Salam 1Malaysia,macam biasalah Bean Moreno memang jenis tak makan lunch.Hanya bila perlu sahaja saya akan pergi lunch.Dah lama saya tak komen isu dan dah 4 hari straight korang masuk sini just baca kisah iPhone 4 sebab saya masuk contest,So rasa tak fair lah kan.Hari ni saya nak komen satu isu yang sememangnya top.Isu peguam.Sebelum tu kita baca sikit keratan akhbar yang related :

KUALA LUMPUR: Seorang peguam ditahan selepas disyaki terbabit dengan penipuan jual beli tanah berharga RM15 juta, pagi semalam.Peguam berusia 50-an terbabit turut memperdaya kakitangan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dengan menggunakan dokumen palsu selain memperdaya beberapa mangsa yang berurusan dengannya.Bagaimanapun, peguam terbabit yang mempunyai modus operandi hampir sama dengan suspek utama yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya terjerat selepas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu rumahnya di Sunway, Subang Jaya, di sini.Timbalan Pengarah I (Risikan/Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Nooryah Md Anvar, berkata suspek utama terbabit ditahan.Menurutnya, siasatan polis mendapati peguam berpengalaman terbabit mempunyai kemahiran memalsukan dokumen termasuk geran tanah untuk memperdaya mangsa dan pegawai kerajaan yang menguruskan pindah milik tanah berkenaan.
Komen Bean Moreno :

* Selepas peguam yang terlibat dalam kes bunuh Dato Sosilawati Lawiya sekarang mungkin ramai peguam yang sedang berangan nak jadi Jutawan Penipu
* Nampak gayanya perniagaan jual beli tanah semakin meningkat naik sebab tu ramai peguam yang nak bersara awal kat dalam lokap.
* Dalam berita ni mengatakan ada lagi 35 peguam ditahan atas dasar pemalsuan document dan pecah amanah adakah memang semua peguam menipu!
* Lepas ni kita naik court tak payah hire peguam dan berdebat sendiri sebab kalau peguam pun tak betul dan menipu siapa yang tegakkan keadilan.

p/s :
* Kenapa banyak peguam yang terlibat dalam penipuan ni?Apa pendapat anda?
* Nanti anak saya dah besar saya tak nak bagi dia jadi peguam!

NAMEWEE - POPULARITY ATAU PERJUANGAN


ISU : NAMEWEE - POPULARITY ATAU PERJUANGAN


Salam 1Malaysia semua.Kenal tak mamat kat gambar atas ni?Dia ni dah cukup famous sekarang ni betul tak?Mana-mana pergipun memang orang kenal beb.Dalam sekelip mata dia dah boleh jadi famous mengalahkan Ifa Raziah (apa kene mengena?).Kalau nak ikutkan popularity dalam Google Trend dia boleh jadi keyword or hot search ataupun treding dan boleh mengalahkan James Lee.Yang still terpinga-pinga siapa mamat ni biar aya bagitau ye.Nama dia Namewee.

Siapa dia ni?Dia bukan menteri di jabatan perdana menteri tapi dia ada keberanian yang mana membolehkan dia masuk ke parlimen jadi wakil rakyat.Memang kalau dia pergi Indonesia sekarang memang dia boleh buat business Demonstrasi Benci Malaysia.Hak3...Ramai yang membenci dia sekarang sebab perbuatan dia.Kali pertama saya kenal dia melalui video Negarakuku.Yang paling latest ialah Video Nah!.Nak tengok?Just klik je link tu.

Sempoi je sebenarnya kalau nak tanya pendapat saya apa yang ada pada Namewee hanyalah keberanian yang tak boleh nak bawa di ke mana-mana.Bagi saya dia ada point dan kebanyakannya point dia tu betul dan apa yang nak dia sampaikan ialah kebenaran.Contohnya untuk video Nah! dia cuma nak sampaikan bahawa jangan racist.Ni disebabkan seorang cikgu yang mengeluarkan satu statement racist kepada pelajar cina.Point Namewee memang betul cuma cara dia tu agak keterlaluan dan channel untuk dia rebel adalah salah.Yang buat salah seorang je tapi yang kena sampai ke KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).


Saya follow video dia dan saya dengar semua point-point yang dia nak sampaikan kebanyakannya betul dan kalau dia luahkan ketidakuasan hati dia pada tempat yang betul dah tentu dia kaya sekarang sebab banyak benda dia boleh saman.Tapi disebabkan cara dia salah maka ia seolah-olah nampak macam dia nak menghasut dan menyebarkan isu perkauman.So Namewee lu memang bagus tapi gunakan otak untuk protes lain kali.


Korang rasa dia ni cari populariti ataupun memperjuangkan sesuatu.


p/s :

  • Setiap ciptaan ada pro & contra,ada baik & buruk so berfikir sebelum bertindak adalah lebih baik.
  • Kalau betul-betul tak uas hati dengan sesuatu bawa naik court.Itu cara betul
  • Stop la jangan nak racist je.Kita dah cukup aman dah beb.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails