Showing posts with label Blogger Hebat. Show all posts
Showing posts with label Blogger Hebat. Show all posts

GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE



Salam guys,
Mesti korang pelik apagal tetiba dah bertahun tak berblog dalam English tetiba semalam ter’publish’ entri omputihkan. Ala biasalah cari makan lagi pun tetiba je teringin nak menulis dalam ompuith tah kisahlah kalau berterabur pun. Semalam kami ahli GPlusMYada buat aktiviti iaitu ‘Disco Skating’. Jangan risau ni bukan disco yang kat Jalan Dorai tu ni main skate dalam suasanan lagu disco. Kitorang pi main benda ni kat ‘The Wheels’yang terletak kat Subang Avenue. Kalau tak tau boleh ushar Google Maps.

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

Salam guys,

Sebelum saya start entri ni saya ada satu soalan yang perlu korang jawab sendiri dalam hati tak perlu jerit-jerit atau taip entri dan persoalan ni hanya korang je yang boleh jawab sebab even pawang hebat Ngangkung pun belum tentu boleh baca.  Apa sebenarnya niat atau tujuan korang berblog?

Korang rasa-rasalah kan berblog ni hanya tulis then publish sahaja ataupun ada something yang korang dapat dari buat blog ni tak termasuk check yang bakal sampai setiap akhir bulan lepas nilai lebih RM50.  Macam yang saya cakap dalam entri ni, bagi saya blog saya ni mengajar saya erti kematangan.

1. Kematangan Dalam Penulisan

Ni saya rasa semua orang hadapi.  Setiap yang bermula pasti akan belajar.  Kalau kita tengok entri kita pada awal pembabitan kita dalam dunia blog memang kita akan tergelak sebab memang lawak.  Kalau boleh saya nak buat 'remake' je untuk entri-entri lepas sebab cara penulisan memang kelakar dan tak masuk akal.  So ini bermakna semakin banyak kita menulis semakin matang cara penulisan.  Kalau dulu kita menulis memang 'tegak' habis tapi sekarang kita dah ada lenggok oenulisan sendiri.  Betul tak? So dengan berblog kita dapat kematangan dalam penulisan.

2. Kematangan Dalam Kehidupan

Saya tak pasti samada korang ada rasa tak yang ni.  Bagi saya sejak saya berblog tahun 2006 (Suterablogger cuma 2008) saya belajar banyak pasal kehidupan dengan berblog.  Dari blog saya belajar apa itu respect dan apa itu sabar.  Dua benda ni amat penting beb.  Tak kisahlah dalam realiti ataupun maya kalau korang takde dua benda ni memang akan kelam kabut.  Mungkin kalau awal-awal dulu saya blogging saya tak faham dan sikit punya hal pun saya akan melenting tapi lepas dah nampak jalan sebenar maka itu semua saya dah ubah dan dalam kehidupan sebenarpun saya dah jadi sedikit penyabar dan lebih hormat pada orang lain.

3. Kematangan Dalam Persahabatan

First of all thanks to blogger lain yang tau apa itu makna persahabatan dan yang tak membuat andaian buruk pada saya terutama sekali pada Melromeo dan Eyriqazz yang tak putus-putus support saya sampai saya dah paus hati dengan blog ni.  Ni adalah satu sebab event tu penting.  Korang takkan rasa persahabatan itu penting kalau takat tulis dan publish.  dari event juga kita boleh kenal macam-macam perangai sebab dengan hanya membaca dan bertegur dalam facebook kita still tak dapat tau perangai manusia.  Serius saya cakap yang sebelum ni saya susah nak berkawan dengan orang lain sebab sikap kurang percaya.  Tapi dengan berblog saya jumpa ramai orang yang boleh dijadikan 'sahabat'.

Hm, actually saya dah capai kepuasan dalam blog dan pengalaman saya berblog memang best dan tak boleh dapat kat mana-mana.  Jadi even saya stop blogging di entry ni pun saya tak rasa rugi n terima kasih pada semua yang selama ni support sampai saya rasa puas.hak3...

p/s :

* Ramai yang tanya saya apasal entry saya banyak kepada blog tak kepada umum. .. Susah nak jawab tuh... Mungkin salah satu jawapan dia tiada personal things yang nak saya share kan.hak3...

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

PROMO | MAHU MENANG MACBOOK JOM TRY DEALMATES.com

PROMO | MAHU MENANG MACBOOK  JOM TRY DEALMATES.com




Salam guys,

Korang pernah tak teringin nak pakai Macbook?  Ada pernah terfikir tak orang bagi korang free Macbook kat korang?  Kalau kedua-dua ni korang tak pernah alami apa kata saya bagi korang cara macam mana korang boleh menang satu Macbook dengan satu cara yang mudah dan memang korang tak pernah terfikirpun dengan cara tu korang boleh menang Macbook.



Tau tak pasal Dealmates?  Sebeleum saya bagitau cara mudah tu biar saya share apa itu Dealmates.  Dealmates ialah satu portal di mana korang boleh beli voucher untuk barang-barang, peralatan,  dan service.  Yang paling best ialah harga dia memang murah sebab ada deal tu sampai 80% amacam menarik tak?

Ok dah puas dengan khayalan meh saya ajar korang macam mana nak menang Macbook dari Dealmates.  Senang je :

1. Register Dealmates
2. Login
3. Click Pada Deal Macbook


4. Click Buy



5. Proceed Payment ( Jangan takut ni adalah deal percuma tiada bayaran dikenakan)


5. Maka korang akan dapat page ni :


6. Check Email Korang ( Sebab Dealmates akan send certificate)
7. Check Website Dealmates ( diorang akan umumkan pemenang)


Amacam,  senangkan nak menang Macbook tak perlu nak buat benda-benda susahpun.  Yang paling best ialah ia percuma lah.  So apa tunggu lagi, kalau nak menang Macbook dari Dealmates register lah sekarang.

Kalau korang tak percaya meh saya tunjuk pemenang Ipad iaitu Deal sebeleum ni.

Kenal tak siapa? Inilah blogger Chokilala.  Kalau tak kenal memang korang baru start buat bloglah sebab dia ni antara Top Blogger yang selalu menang hadiah dan cashout Nuffnang & Innity.

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

Salam guys,

Soalan pertama yang saya nak tanya.  Dah berapa lamo korang berblog?  Mungkin ada di antara kita yang dah bertahun-tahun menulis blog dan boleh dikategorikan sebagai 'blogger otai' (sakit telinga dengar!).Yang berblog bertahun-tahun mesti dah dapat hasil dan yang paling penting mesti ada lalui beberapa situasi yang korang memang suka.Bagi saya Bean Moreno yang boleh dianggapkan seorang blogger cap kentang putar ni saya rindu nak pi balik 3 situasi yang telah saya lalui sepanjang saya berblog.

1. Situasi Pertama : Ketika Mula-mula Bertapak Dalam Maya - 2008

Masa ni bila saya dah register je Suterablogger dengan google tanpa bayar satu sen pun (tak termasuk internet 4MB yang kongsi bayar di rumah sewa).  Masa ni saya berblog hanya sebab nak belajar.  Nak tau apa perasaan jadi seorang blogger.Tapi disebabkan ilmu time tu agak cetek so bedal jelah.  Best tak best itu lain cerita.  Tapi nasib baik saya terjumpa dengan satu beberapa orang kawan yang sampai sekarang ngam iaitu Puan Capa, Cikhelena, Cik Yann, Wiseman, PJ Selamba, dan Karipap.Masa ni memang best.Tiada tekanan.Apa yang best setiap malam kami lepak chat kat conference room YM bincang apa yang kami nak tulis dalam blog.  So tidak pernah ada perkataan kering idea.

2. Situasi Kedua : Ketika First Time Buat Gath - 2010

Masa ni saya tak kenal ramai blogger.Yang saya kenalpun dak-dak yang pergi Astro Beyond Blogger Night.  Dengan paksaan untuk keluarkan keberanian saya cuba atur satu gath dengan Cikhelena.  Apa yang bestnya ramai yang support walaupun event tu hanya dianjurkan oleh seorang blogger tahap ayam ni.  Yang paling best penampilan Melromeo, Rina Salleh dan Eyriqazz.  Tak sangka beb diorang nak datang.Tak lupa Aus, CLP, Deydeq, Fateha, Kak Tash dan ramai lagi (kalau nak mention memang ramai).

3. Situasi Ketiga : Samsung Corby Event - 2010

Ni event ketiga saya dengan Nuffnang.  Dan seperti yang korang tau team saya menang hadiah duit dan team Eyriqazz menang Corby.  Siot team diorang main tipu...hak3...Apa yang menarik sangat event ni sampai saya jadi rindu.Pertama saya satu team dengan Huai Bin & Audrey.  Yang kedua ialah event ni berjaya menggabungkan komuniti malay blogger dan juga chinese blogger.  Dalam event ni kitorang bekerjasama tak kira warna kulit kalau ada blogger negro pun  kena unite as one team.  Memang syok.  Siapa kata Nuffnang racist?

Pergh tetiba je saya boleh teringat pasal benda yang dah lepas.Tapi kalau lah boleh ubah balik masa memang saya nak jadi macam dulu.  Dulu tiada erti kata 'aku hebat', tiada maksud 'Diva dalam kamus blogging kami.  Kami cuma inginkan persahabatan erat sahaja.  Tapi sekarang kalau kita asyik tunduk maka ramai blogger yang akan aim dan ambil kesempatan atas ketatasusilaan kita.  Fuh letih...

p/s :

* Cuba share apa pulak keadaan atau situasi yang korang rindu masa blogging...

THANKS SEBAB FOLLOW BLOG NI.BARU SERIBUPUN NAK KECOH!

THANKS SEBAB FOLLOW BLOG NI.BARU SERIBUPUN NAK KECOH!

Selamat pagi guys,

Hari ni saya agak penat tetapi saya tak boleh nak lelap mata sebab tak mengantuk.  Hari ini hari yang agak penat sebab saya kena kerja non stop 12 jam atau mungkin lebih.  Korang kiralah sendiri kalau 8.30 am - 10.30 pm.  Saya rasa ada jugak saya setup dalam 50 biji PC untuk The Store hari ni.  Kalau bisnes sendiri rasanya malam ni dah boleh pi payung kawan-kawan makan.  Hari ni agak mewah makan sebab Boss belanja.  Thanks kat boss yang sanggup keluar duit poket untuk payung makan.

Ok berbalik pada tujuan asal.  Hari ni agak terkejut bila ternampak bilangan follower dalam blog ni.  Wah tetiba ada perasaan teruja tengok followers.  Bagi blogger-blogger top followers tu tak jadi masalah bagi diorang.  Sekali ketip 10 yang datang.  Tapi saya, dalam setahun nak dapat seratus pun susah beb.  Tapi itu takde hal sebab bukan kepuasan saya dapat follower yang banyak.  Sebab apa kalau follower makan riban tak semua follower itu adalah genuine.  Sebab saya rasa masih ramai yang still terikut-ikut 'budaya DiGi' dalam blogging ni.

Saya tak kisahlah kalau ada otai blog nak cakap saya ni jakun ke apa janji saya teruja dengan nombor 1000 itu dan kalau saya betul kejar followers angka tu takkan kekal sebab ada cara nak dapat followers ramai cuma saya tak berkesempatan nak buat dan kurang berminat.  Biarlah orang tu follow sebab apa yang saya nak sampaikan.  Anyway thanks to semua follower yang follow blog ni samada secara rela ataupun ada kepetingan peribadi. 



p/s :

Jangan lepas ni ada orang komen macam ni dah la :

" Eleh Bean baru cecah 1000 pun nak kecoh! Kitorang dah lama ada follower lebih seribu!"

BEAN MORENO YANG SEDANG GILA EDIT GAMBAR DENGAN ADOBE LIGHTROOM

BEAN MORENO YANG SEDANG GILA EDIT GAMBAR DENGAN ADOBE LIGHTROOM



Salam semua,

Ok sebelum saya start entry ni saya just nak remind yang ni adalah entry yang menunjukkan saya adalah seorang amatur dalam photography dan photo editing.  Bagi yang pro gila macam satu hamba Allah tu sila janganlag anggap saya ni bagus sangat sebab saya baru belajar dan saya ulang sekali lagi baru belajar.

Pernah nampak lambang atas tu.  Bagi yang tak tau itu adalah lambang Adobe Lightroom.  Saya baru nak jinak-jinak guna benda ni sebab last time saya guna Photoshop.  Tu pun lepas satu dari kawan saya syorkan guna.  So dengan bersemangatnya saya install masuk dalam pc saya (faham-faham dah le ye).  Apa yang bestnya Lightroom ni ialah korang tak perlu pening kepala untuk adjust or edit gambar.  Korang just download preset kat internet then apply masuk gambar.  Ada macam-macam preset yang boleh korang guna.  Tapi bagi yang dah mahir korang boleh adjust sendiri function or view gambar tu.

Ni satu contoh di mana saya guna preset frosty season :

Sebelum edit :-



Selepas Edit :-




Actually hasil preset Frosty Season lain.  Gambar ni jadi lepas saya adjust beberapa function kat Lightroom.  So bagi korang yang baru nak belajar photo editing korang boleh try software ni memang simple dan mudah.  Tidak perlu form J...  Tidak perlu penyata bank simpanan selama 6 bulan. hak3...


p/s :


Khas untuk Redmummy - "Kakred sekarang saya dah pakai bedak tebal-tebal cantik tak? Masa untuk tukar avatar..."


* Kalau still tak faham nanti saya akan keluarkan tutorial guna benda ni.

BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA

BLOGSPHERE MALAYSIA DALAM BAHAYA



Salam Bro,

Perkataan pertama sebelum Bean Moreno start entri ni ialah 'Tolong! Tolong! Kita dalam bahaya!'.  Sila baca dengan nada yang betul okey.  Nak cerita pasal blogshere Malaysia yang saya tengok dan rasa macam ada sikit kritikal.  Apa yang saya boleh cakap ialah ini adalah akibat bila kita selaku blogger meletakkan Duit & Traffik sebagai matlamat blogging kita.  Bukan nak cakap saya tak nak duit.  Korang akan cakap saya gila kalau saya cakap yang saya tak nak duit.  Memang itu satu ayat di mana takkan masuk akal.

Kenapa tetiba saya bukak topik ni?  Saya rasa korang sendiri ada jawapannya dan mungkin korang satu daripada hamba Allah yang buat benda ni.  Bila kita blogging berniatkan duit & traffik so semua benda kita nak instant dan cepat. Ada tiga situasi yang saya nak share dengan anda blogger-blogger terhormat di luar sana :

1. Auto Blogwalking

Apa jadahnya nak blogwalking secara auto.Korang tau ke tidak konsep blogging dan blogwalking.  Tujuan kita blogwalking adalah untuk tambah kenalan dan jugak tambah knowledge.  Bila kita Auto Blogwalking adakah kita masuk ke dalam blog tersebut? Kita tolak tepi bab baca entri sebab ada jugak blogger yang masuk blog lain tak baca entri.  Tapi itu lebih baik dari tak masuk langsung tapi dok tarik traffik dari shoutbox.  Ini lah sebab kenapa saya pasang widget pelawat Gengblogger.

2. Plagiat Entri

Kes ni agak susah nak dibendung. Even banyak kali keluar entri tetap ada je aktiviti ni. Ni disebabkan blogger tu nak traffik tapi takde idea.  So bila terdesak sangat nak traffik maka copy paste jalan terakhir.  Dengan teknik jutsu ni mereka dapat tarik visitor dengan keyword entri yang diciplak.  Still banyak kes ni terjadi tak percaya pi blogwalk mesti ada yang kecoh.  Susah sangat ke nak tulis entri?  Bagi saya tak susah langsung dan kalau korang tak nak terlibat dengan plagiat cuba berbalik kepada cara lama berblog iaitu blogwalking.  InsyAllah korang akan dapat idea.

3. Teknik I-frame

Yang ni teknik jutsu terbaru yang tengah hangat diperkatakan.  Saya terbaca dari blog Dahlia pagi tadi.  Dan jutsu ni Naruto pun tak tau lagi sebab Jiraya belum ajar dia.  Korang tau tak apa itu I-Frame?  Dari pengamatan saya I-Frame ni satu script pendek yang dihasilkan untuk duplicate traffik dan juga feed (kalau tak silap lah).  Biasanya script ni ada pada banner or blog.  nak tengok macam mana rupa I-Frame boleh usha blog Dahlia sebab saya takde masa nak tunjuk secara detail.  Cukup setakat penerangan pendek yang boleh bagi korang jelas. Yang saya tau dalam blog saya cuma ada satu je coding iframe iaitu widget Gengblogger.  hak3..  Tapi kalau korang nak penawar atau cara untuk elak I-Frame ni korang boleh pi kat blog Bro Anarm.  Maka berhati-hatilah dengan coding banner ataupun gambar sebab mungkin anda akan jadi mangsa.

Adakah anda tergolong dalam tiga situasi ini.  Pada saya kalau korang nak teruskan benda-benda ni ikut lah kata hati korang sebab 3 benda kat atas ni lah yang akan menyebabkan blog korang jatuh dan korang takkan dapat ilmu dari perbuatan korang.


p/s :


* Untuk jadis seorang blogger hebat kita kena lalui beberapa stage dan belajar dan ingat tiada jalan mudah untuk kita belajar pasal blogging.

SALAM MAULIDUL RASUL UNTUK SEMUA MUSLIM

SALAM MAULIDUL RASUL UNTUK SEMUA MUSLIM



Salam semua,

Macam yang kita tahu hari ni adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Lahirnya Rasulullah adalah untuk tunjuk path yang betul serta memberi cahaya kepada semua umat Islam.  Tapi semakin kita membesar semakin kita lupa ajaran.  Semakin kita maju semakin mundur corak pemikiran Islamic kita.  Saya bukan nak bersyarah agama kang tak pasal-pasal ada je yang tegur.  Maklumlah saya ni budak baru dalam blogging dan kat luar sana ramai ramai otai-otai blog terutama sekali dalam Sahabat Blogger.Ooops, bukan saya sorang yang cakap ramai yang dah bersuara.

Satu daripada ajaran Nabi Muhammad ialah Kasih Sayang dan juga Hormat Menghormati.  Tapi apa yang kita nampak sekarang ramai yang tak ikutpun.  Semua hanya fikir kepentingan diri sendiri je.  Kita tak payah pergi atau tengok dalam dunia blogging ni dah cukup.  Actually bila kita dah berada di atas maka kita akan lupa orang di bawah sedangkan sebelum kita naik kita gunakan ilmu yang dia provide untuk sharing.  Adakah itu cara korang hormat orang?  Fuh bagi saya kalau korang ada sifat macam tu satu je saya boleh saya cakap.  Korang lah makhluk paling annoying dalam dunia.  Apa yang korang nak bangga dengan follower ribu-ribu.  Apa yang korang dapat dengan popularity dalam group.  Hebat kah?

Sebab tu saya cakap kita semakin melupakan satu ajaran yang cukup mudah bila kita kecap sesuatu.  Bila kita dah rasa diri kita terlalu hebat maka kita takkan ingat dari mana asal usul kita.  Saya ada satu soalan yang perlu korang jawab iaitu Ke manakah hilangnya sifat Kasih Sayang dan Hormat yang telah Rasulullah terapkan dalam kehidupan kita?


p/s :


* Harap-harap otai kat Sahabat Blogger tak serang saya dengan hadirnya entri ini. Ini adalah personal view dari blogger cap kentang putar, Bean Moreno.

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENDEKAR BERKUDA

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENDEKAR BERKUDA

Salam guys,

First of all thanks sebab nasihat-nasihat yang korang bagi rentetan dari perselisihan faham antara saya dengan Pendekar Berkuda.Mungkin ramai yang salah faham pasal kejadian hari Jumaat & Sabtu ni.So tak eloklah kalau time tembak saya buat open tapi time mintak maaf nak buat tutup kan.Kepada Pendekar Berkuda saya selaku seorang blogger picisan nak mintak maaf if entry sebelum ni boleh bikin panas satu blogsphere.So ...


Penjelasan ata apa yang terjadi :


* Ok satu kesalahan bagi saya apabila mention nama blogger lain dalan entry..Opps terlebih sudah.Saya admit itu satu kesalahan.Dan sekarang saya tebus semula dengan maaf secara terbuka.Itupun kalau diterima kan.


* Actually saya bukan marah pun tapi just nak tegas kan bahawa itu sememangnya amalan sunat dan itu sunah Rasulullah dan saya ada bagi ia dipetik dari kitab apa.So kalau still tak percaya itu terpulang pada persepsi sendiri.Takkan sunnah Rasulullah kita hanya percaya pada kahwin 4 je kan.So next time kita harus cari sebelum kondem.


* Saya cut n paste komen-komen adalah disebabkan nak tunjuk something iaitu if kita buat something yang tak best kat blog orang maka tak mustahil ada orang guna nama kita or url kita untuk komen.Dalam maya tak mustahil kita ada musuh (haters).Dan tak mustahil ada orang akan buruk-burukkan nama kita...who knows...


Harap kes ni settlelah sebab selagi saya tak buat macam ni saya tau ramai 'blogger batu api' di luar sana akan guna situasi ni untuk mereka laga-lagakan saya & Pendekar lepas ni.Bukti jelas dah nampak.Anyway thanks to Fitrihadi dan beberapa blogger lain yang bagi pandangan dan nasihat.Saya amat hargai itu semua.


p/s :


* Syukur sebab still ada di muka bumi dan dikurniakan dengan sahabat yang baik...

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

Selamat malam guys,

Tiada Mondays blues hari ni sebab saya dah mula balik aplikasikan metafizik dalam kehidupan dan dah mula nampak jalan pulang.Dah dua hari kecoh pasal Blogger buat duit satu juta dan Cukai Ke Atas Blogger.Semalam kalau korang perasan saya ada up isu pasal Cukai Blogger dan Pemilik Forum.Haripun kalau tak silap Hot Chat pasal blogger dan diorang call sendiri Kak Red.So rahsia terbongkar.haha...Media sengaja nak up kan cerita mustahillah Kak Red dapat satu juta kalau dapat dah tentu dia pakai Rolls Royce.

So disebabkan entry tu maka sepantas kilat pihak Jabatan Penerangan iaitu En Azam reply entry saya :



Ni reply dari beliau.Actually panjang tapi saya pendekkan.So ni pulak apa yang saya reply :




Terima kasih En Azam sebab bagi penjelasan yang ramai blogger tunggu-tunggu.Sayapun terkejut dengan statement dalam Facebook Jabatan Penerangan sebab tu saya nak kepastian takut saya buat andaian salah info susah pulak.Harap En Azam tak ambil hati sebab cara saya menulis memang macam tu dan saya mintak maaf kalau penulisan saya mengguris hati En Azam (fuh macam ayat awek seyh). 


Maka kesimpulannya ialah blogger yang berpendapatan RM2500 harus declare dan bayar cukai.Siapa blogger tu faham-faham sendiri lah ye takkan saya nak reveal yang penting bukan sayalah sebab saya still termasuk dalam blogger tak femes dan cap kentang putar.


p/s :


* Selamat duit Nuffnang...So lepas ni mesti ramai yang tak nak reveal dapat check dari Nuffnang.hahaha

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

Salam guys,

Tahukah korang pasal Blog Pilihan Malaysia?Sayapun sebenarnya baru dapat tau tentang benda ni dan baru tau yang dia dikelolakan (cewah BM kelas tinggi siot) oleh saudara Azman Ruslan.Blog Pilihan Malaysia ni berkaitan vote untuk pilihan blog mana yang best mengikut kategori.Kalau tak silap ada 6 kategori iaitu Blog Personal Lelaki Pilihan, Blog Personal Perempuan Pilihan, Blog Personal Suami Pilihan, Blog Personal Isteri Pilihan, Blog Tutorial Pilihan dan juga Blog Lawak Pilihan.

Korang dah vote ke blom?Kalau blom pi vote sekarang!Ni adalah vote saya :

1. Blog Personal Lelaki Pilihan - Zack Zukhairi :



Korang pernah usha blog ni tak?Rugi kalau tak masuk sebab memang best! Katun dia simple tapi mesej dia memang kuat dalam kartun-kartun tu.Kenapa saya cakap blog ni layak dapat Blog Pilihan Malaysia ialah sebab dia ni jarang update bak kata omputih 'Once in the bluemoon' je feed dia naik.Tapi visitor ni kow!Daya penarik blog ni ialah setiap cerita katun yang dia publish berkaitan dengan hidup or mungkin diri dia kot itu pasal smooth je jalan cerita dia.


2. Blog Personal Perempuan Pilihan - Cik Epal :




Minah ni memang korang semua kenal lah kan.Dah berkurun header dia sama je.Saya kenal dia ni tahun 2008 tapi kat maya je.Realiti belum pernah jumpa lagi sebab dia takut kena tembak peluru paintball.Background sama colour dengan blog ni tapi visitor ni terlebih banyak.Apa lagi epal payung skit link ke sini.haha...Daya penarik blog ni ialah cara penulisan dia yang memang sempoi.Dulu dia kurang nak tonjolkan gambar-gambar dia tapi sekarang ni bertukar style.Mungkin dulu dia banyak jerawat kot!haha...Yang ni pun sama,sekali dia update visitor masuk berduyun tiba!


3. Blog Personal Suami Pilihan - Eyriqazz :




Dia ni pulak memang antara blogger yang rapat dengan saya.Dulu di up sebab dia buat segmen terjah blogger.Semua blogger dari sebesar-besar nama sampai sekecik-kecik anak dia nak terjah.Template simple je dan header memang menampakkan yang dia ni agak berumur (tapi belum lanjut).Daya penarik blog ni ialah kekerapan dia publish entry dan idea-idea dia memang syok.One more thing anak dia memang cute...


4. Blog Personal Isteri Pilihan - Kak Ina KL :




Actually dia start blogging sama time dengan saya.Dulu kebanyakan content dia pasal masakan atau resipi yang dia tau.Walaupun saya lelaki saya selalu masuk blog dia kalau terasa nak makan.Kira dulu bolehla kalau kita nak cakap niche blog dia ni ialah resipi dan makanan.Tapi sekarang ni dia ada selitkan aktiviti harian dia.Daya penarik blog dia ni ialah dia tak sorok-sorok yang dia adalah ibu.Korang baca lah blog dia memang kita dapat rasa naluri keibuan dia yang kuat.Kalau korang jumpa dia silalah tanya siapa yang set domain dia?hak3..Salah seorang blogger yang memang rapat dengan Bean Moreno.Seorang blogger yang memang rajin blogwalking...


5. Blog Tutorial Pilihan - Mari Bina Blog :




Yang ni saya rasa layak kita panggil authority blogger sebab kalau kita terfikir nak ubah blog kita dari template sampai ke widget mesti boleh kalau refer kat blog dia.Cukup complete.Bro Nesca ais ni memang gempak bab-bab modi blog.So kalau korang terasa template or widget blog korang tu agak kureng just drop in ke sini dan refer tutorial dia.Memang berkesan.


6. Blog Lawak Pilihan - Tubelawak : 




Saya jarang masuk blog ni tapi bagi saya content dia memang menarik.Bukan takat benda lawak je ada kadang-kadang ada gak article yang sedih.Ada jugak kadang-kadang sedih tetiba at last lawak.Daya penarik blog ni ialah tempate yang simple dan menarik and then content dia agak best.So boleh hilangkan serabut bila usha blog ni.


So ni blog-blog yang saya undi.Semua blog platform blogspot.Baru pakai blogspot dah hebat belum lagi tukar ke self-hosted blog mesti lebih gempak!Satu je tolong jangan tanya kenapa blog ni tak tersenarai.Sebab jawapan dia ialah saya still belum layak nak masuk!hahaha...Apa lagi pi undi blog yang korang rasa layak kat Blog Pilihan Malaysia 2010! Kepada yang tersenarai tahniah Anda Memang Layak berada di Carta!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails