Showing posts with label Melromeo. Show all posts
Showing posts with label Melromeo. Show all posts

REMI GAILLARD | PUBLISITI, KREATIVITI ATAU MINAT?

REMI GAILLARD | PUBLISITI, KREATIVITI ATAU MINAT?

Salam guys,

First of all sorry semalam saya tak dapat nak kasi satu entri pun untuk korang sebab semalam saya pi check-up kat HUKM.  Berita baik kadar bajnir di paru-paru dah semakin surut dan berita buruk saya kene undergo treatment sampai bulan 7.  Adus lama lagi sure boss mengamuk punyalah tapi nasib baik takde checkup dalam masa terdekat ni.  Yang paling tak best saya kena makan ubat tu sampai bulan 7 wow satu jangkamasa yang agak lama.

Ok tutup cerita personal jom kongsi pendapat.  Korang pernah dengar nama Remi Gaillard?  Dia ni bukanlah ahli falsafah yang hebat,  bukan juga tokoh politik yang bagus tapi dia hanya seorang vloger gila.  Actually dia dah buat kerja ni lama dah.  Disebabkan sekarang orang sibuk-sibuk pasal vlog maka saya keluarkan hero saya.  Ok jom layan satu dari vlog gila si Remi Gaillard ni :





Ni baru satu video gila dia.  Ada banyak lagi sebenarnya.  Saya jumpa video nipun dari aiensepet sebab dia suka benda-benda yang luar kotak pemikiran manusia biasa ni.  satu perkataan je yang boleh saya bagi kat dia ni iaitu dia seorang yang gila dan berani.  Buat video sampai kena bantai dengan kayu golf, kena halau dengan guard dan macam-macam lagi.  Memang gila tapi ia lebih best dari buat vlog just ketawa-ketawa sahaja (tayang muka).  Even ni bukanlah satu vlog yang sebenarnya dan takde info tapi menghiburkan.  Kalau korang nak usha vlogger yang best-best boleh masuk blog Melz dia ada review.

Apa pendapat korang pasal Remi Gaillard ni.  Adakah dia buat benda ni untuk publisiti, atau untuk tunjukkan kreativiti ataupun sebab dia memang minat?

p/s :

* Tak sanggup saya nak buat gila cam mamat ni.  tapi mungkin itu kepuasan diri dia kot.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab banyak barang-barang best untuk buat hadiah.
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

Salam guys,

Sebelum saya start entri ni saya ada satu soalan yang perlu korang jawab sendiri dalam hati tak perlu jerit-jerit atau taip entri dan persoalan ni hanya korang je yang boleh jawab sebab even pawang hebat Ngangkung pun belum tentu boleh baca.  Apa sebenarnya niat atau tujuan korang berblog?

Korang rasa-rasalah kan berblog ni hanya tulis then publish sahaja ataupun ada something yang korang dapat dari buat blog ni tak termasuk check yang bakal sampai setiap akhir bulan lepas nilai lebih RM50.  Macam yang saya cakap dalam entri ni, bagi saya blog saya ni mengajar saya erti kematangan.

1. Kematangan Dalam Penulisan

Ni saya rasa semua orang hadapi.  Setiap yang bermula pasti akan belajar.  Kalau kita tengok entri kita pada awal pembabitan kita dalam dunia blog memang kita akan tergelak sebab memang lawak.  Kalau boleh saya nak buat 'remake' je untuk entri-entri lepas sebab cara penulisan memang kelakar dan tak masuk akal.  So ini bermakna semakin banyak kita menulis semakin matang cara penulisan.  Kalau dulu kita menulis memang 'tegak' habis tapi sekarang kita dah ada lenggok oenulisan sendiri.  Betul tak? So dengan berblog kita dapat kematangan dalam penulisan.

2. Kematangan Dalam Kehidupan

Saya tak pasti samada korang ada rasa tak yang ni.  Bagi saya sejak saya berblog tahun 2006 (Suterablogger cuma 2008) saya belajar banyak pasal kehidupan dengan berblog.  Dari blog saya belajar apa itu respect dan apa itu sabar.  Dua benda ni amat penting beb.  Tak kisahlah dalam realiti ataupun maya kalau korang takde dua benda ni memang akan kelam kabut.  Mungkin kalau awal-awal dulu saya blogging saya tak faham dan sikit punya hal pun saya akan melenting tapi lepas dah nampak jalan sebenar maka itu semua saya dah ubah dan dalam kehidupan sebenarpun saya dah jadi sedikit penyabar dan lebih hormat pada orang lain.

3. Kematangan Dalam Persahabatan

First of all thanks to blogger lain yang tau apa itu makna persahabatan dan yang tak membuat andaian buruk pada saya terutama sekali pada Melromeo dan Eyriqazz yang tak putus-putus support saya sampai saya dah paus hati dengan blog ni.  Ni adalah satu sebab event tu penting.  Korang takkan rasa persahabatan itu penting kalau takat tulis dan publish.  dari event juga kita boleh kenal macam-macam perangai sebab dengan hanya membaca dan bertegur dalam facebook kita still tak dapat tau perangai manusia.  Serius saya cakap yang sebelum ni saya susah nak berkawan dengan orang lain sebab sikap kurang percaya.  Tapi dengan berblog saya jumpa ramai orang yang boleh dijadikan 'sahabat'.

Hm, actually saya dah capai kepuasan dalam blog dan pengalaman saya berblog memang best dan tak boleh dapat kat mana-mana.  Jadi even saya stop blogging di entry ni pun saya tak rasa rugi n terima kasih pada semua yang selama ni support sampai saya rasa puas.hak3...

p/s :

* Ramai yang tanya saya apasal entry saya banyak kepada blog tak kepada umum. .. Susah nak jawab tuh... Mungkin salah satu jawapan dia tiada personal things yang nak saya share kan.hak3...

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

Salam guys,

Soalan pertama yang saya nak tanya.  Dah berapa lamo korang berblog?  Mungkin ada di antara kita yang dah bertahun-tahun menulis blog dan boleh dikategorikan sebagai 'blogger otai' (sakit telinga dengar!).Yang berblog bertahun-tahun mesti dah dapat hasil dan yang paling penting mesti ada lalui beberapa situasi yang korang memang suka.Bagi saya Bean Moreno yang boleh dianggapkan seorang blogger cap kentang putar ni saya rindu nak pi balik 3 situasi yang telah saya lalui sepanjang saya berblog.

1. Situasi Pertama : Ketika Mula-mula Bertapak Dalam Maya - 2008

Masa ni bila saya dah register je Suterablogger dengan google tanpa bayar satu sen pun (tak termasuk internet 4MB yang kongsi bayar di rumah sewa).  Masa ni saya berblog hanya sebab nak belajar.  Nak tau apa perasaan jadi seorang blogger.Tapi disebabkan ilmu time tu agak cetek so bedal jelah.  Best tak best itu lain cerita.  Tapi nasib baik saya terjumpa dengan satu beberapa orang kawan yang sampai sekarang ngam iaitu Puan Capa, Cikhelena, Cik Yann, Wiseman, PJ Selamba, dan Karipap.Masa ni memang best.Tiada tekanan.Apa yang best setiap malam kami lepak chat kat conference room YM bincang apa yang kami nak tulis dalam blog.  So tidak pernah ada perkataan kering idea.

2. Situasi Kedua : Ketika First Time Buat Gath - 2010

Masa ni saya tak kenal ramai blogger.Yang saya kenalpun dak-dak yang pergi Astro Beyond Blogger Night.  Dengan paksaan untuk keluarkan keberanian saya cuba atur satu gath dengan Cikhelena.  Apa yang bestnya ramai yang support walaupun event tu hanya dianjurkan oleh seorang blogger tahap ayam ni.  Yang paling best penampilan Melromeo, Rina Salleh dan Eyriqazz.  Tak sangka beb diorang nak datang.Tak lupa Aus, CLP, Deydeq, Fateha, Kak Tash dan ramai lagi (kalau nak mention memang ramai).

3. Situasi Ketiga : Samsung Corby Event - 2010

Ni event ketiga saya dengan Nuffnang.  Dan seperti yang korang tau team saya menang hadiah duit dan team Eyriqazz menang Corby.  Siot team diorang main tipu...hak3...Apa yang menarik sangat event ni sampai saya jadi rindu.Pertama saya satu team dengan Huai Bin & Audrey.  Yang kedua ialah event ni berjaya menggabungkan komuniti malay blogger dan juga chinese blogger.  Dalam event ni kitorang bekerjasama tak kira warna kulit kalau ada blogger negro pun  kena unite as one team.  Memang syok.  Siapa kata Nuffnang racist?

Pergh tetiba je saya boleh teringat pasal benda yang dah lepas.Tapi kalau lah boleh ubah balik masa memang saya nak jadi macam dulu.  Dulu tiada erti kata 'aku hebat', tiada maksud 'Diva dalam kamus blogging kami.  Kami cuma inginkan persahabatan erat sahaja.  Tapi sekarang kalau kita asyik tunduk maka ramai blogger yang akan aim dan ambil kesempatan atas ketatasusilaan kita.  Fuh letih...

p/s :

* Cuba share apa pulak keadaan atau situasi yang korang rindu masa blogging...

KEMUNCULAN BLOGGER CHAT

KEMUNCULAN BLOGGER CHAT



Salam guys,

Seperti yang saya dah janjikan dengan Melz saya akan promote satu group baru di Facebook ni.   Mungkin dah ramai yang tau pasal kewujudan group ni kat facebook sebab ramai blogger yang dah promote group ni.  Blogger Chat ni satu group yang mana kita boleh santai bincang apa sahaja pasal blogging dan yang penting tiada siapa akan sound kita bila utarakan pendapat.  Kat dalam tu tiada istilah 'ko popular' ataupun 'ko otai' semua sama je.

Nak join tak perlu bayar apa-apa tapi Melz yang akan approve semua yang mintak join.  Group ni baru so saya harap korang jangan expect something yang luar biasa dari group ni macam aktiviti gempak-gempak.  Tapi jangan risau benda-benda tu akan kami buat just give us some time.  Macam yang korang tau kitorang Pakatan Blogger dah pernah buat satu gath.

Ok anyway hope korang join group ni so kita boleh share sama-sama ilmu blogging.  Bukan apa tak semua benda dalam dunia kita tau so bila kita hangout and sharing maka ilmu akan bertambah.

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

Selamat pagi,

Wah sekarang ni saya dah agak rajin untuk publish entri seawal pagi.Bukan nak kejar traffik tapi tanggungjawab blogger adalah sampaikan info kepada readers.Betul tak betul.Nampak gayanya Melromeo dah berubah dari skema kepada bentuk asal kejadiannya.hak3...Saya pun tak pasti kenapa ramai yang send formspring & email tanya saya pasal Buffered Earning.Apa korang ingat saya yang bagi BE kat blogger ke ataupun korang ingat saya ni sedara mara Nuffies.haha...Saya just Pioneer GPlusMY je beb.

Ok first of all saya nak tegaskan kat sini korang takkan jadi kaya dalam blogging sekiranya korang just harapkan klik pada blogger lain dan BE.Kenapa?Simple je,saya bagitau pendedahan pertama.Korang rasa blog ni selalu dapat BE ke?Untuk pengetahuan korang dah 2 bulan BE tak masuk blog ni dan last week baru dapat dua.So bermakna kalau traffik tinggi menggunung belum tentu korang boleh dapat BE itu benar tapi adalah mustahil bagi sesebuah blog bertraffik juta-juta tak dapat BE sekiranya dia update survey dan letak keyword-keyword yang ada kena mengena dengan advertiser.Saya dah banyak kali cerita pasal benda ni.

Korang rasa berapa lama saya blogging baru dapat BE?Ok ini pendedahan berani mati yang kedua.Suterablogger start kat maya DIS 2008 dan first BE saya dapat pada MEI 2009.Cuba korang kira berapa bulan?6 BULAN!Apasal cap ayam sangat blog ni!Itu pun lepas saya kaji kenapa tak muncul.BE yang saya dapat pun hanya jadi meterd pada tahap RM0.75 sahaja.Banyak tak?Lepas tu terus tak dapat, sampai saya pi menuntut dengan Mel & Nara baru dia muncul balik.Then BE muncul lepas du nilai dia ada lebih sikitlah sampai sekarang.

Persoalannya sekarang betul ke nak dapat BE tak perlu traffik yang tinggi?Jawapannya memang betul...Kalau tengok history blog ni memang tarffik sikitpun confirm boleh dapat earning BE.Tapi kita perlukan Traffik yang TINGGI diperlukan untuk menjana BE.Kenapa?Logiklah eyh kalau traffik korang takat 20 Unique sehari berapa sen jelah korang dapat!Nak beli biskut Hup Seng satu tin pun tak lepas.Tapi kalau traffik korang main riban-riban tak mustahil satu buffered korang RM200++.Korang kena tau satu konsep.Dalam BE perkiraan dia adalah mengikut impression dan klik adalah bonus.maka formula dia ialah :

More traffik MORE money

Korang cuba letakkan diri korang selaku advertiser.Agak-agaknya lah kan korang nak tak labur duit kat blog yang hanya generat 10 unique sehari.Mungkin korang bagulah tapi atas dasar kesian so kasilah RM0.15 satu buferred SEBULAN!KAYAKAH ANDA?Dalam entri sebelum ni pun saya just cakap untuk dapat BE apa yang penting ialah maintain traffik dan untuk syok dengan BE traffik yang tinggi diperlukan.Betul tak?Tak caya sila selak balik...Kalau tak caya jugak silalah tanya semua yang pernah lepak dengan saya.


Maksudnya keyword di sini ialah :

* Traffik tinggi itu penting untuk BE
* Korang kena bersabar jangan gopoh sangat beb

Oklah perut dah sakit,nak pi toilet nak tunaikan permintaan lagu sat.Harap korang faham.Sila jangan salah anggap tujuan saya bukan nak kondem sesiapa tapi menjawap pertanyaan orang di formsrping dan juga email sebab saya jarang dapat komen annon dan tak taulah dengan kemunculan entri ni mungkin akan mengundang annon yang bersifat penakut!

p/s :

* Alamak panjang seyh entri ni...Takut ada yang muntah je lepas baca!

APA BERLAKU DI BIG GATH TIMES SQUARE

APA BERLAKU DI BIG GATH TIMES SQUARE

Selamat mala semua,

Hari ni tiada entry serius dari Pria Romantis.Agak sibuk dengan tugasan selaku Regional Exec maka terpaksa lupakan yang diri ini adalah blogger dan hanya mampu baca entri blogger lain yang tiada backlink ke blog ini.hak3...Acah je tak backlink pun takpe...Ok macam yang korang tau semalam ada Big Gath 2010 anjuran Melromeo atau saya & Carl (aku tengok ko dah macam zain Ruffege dah) gelarkan sebagai Kapla Pakatan Blogger.

Gath ni kitorang (ye ke kitorang?) buat kat Times Square dengan tujuan nak main kat Cosmo.Maklumlah Bean Moreno ni orang kampung so sekali-sekala dapat masuk theme park memang jakun.Tapi plan bertukar sebab ada di antara blogger yang tak mau main kat dalam Cosmo mungkin sebab kecut tengok Roller Coaster yang seram tu (weyh Rina Salleh naik 7 kali beb!).Maka sesi bermula dengan :




Hok ni namo dio bulate memecah ais.Mat Salleh kata ice breaking.Kami bikin satu bulatan and then memperkenalkan diri dan 'port maya' masing-masing.Nampak gayanya Zello dah boleh bukak imej dia yang selama ini diselubingi misteri.Eny pulak dah bukak balutan nakal dia.Sekarang dia bukan OKU lagi!Masa ni tak berapa nak ramai sebab ramai yang lambat.So lepas semua dah kenal maka kitorangpun meneruskan aktiviti ke gelanggang kehebatan blogger.




Yang ni aktiviti wajib kalau gath yang Melz buat.Kalau takde boling memang bukan Gath Melz.Dari gambar ni korang dapat nampak yang memang blogger bersepah dan berjaya menyemak kan keadaan di Ampang Superbowl.Korang boleh nampak Chearm menggoda blogger wanita dengan hanya mengeluarkan Blackberry Torch dia je.Si Hazman pulak tengah cari spot nak menari robot tapi tiada mangsa yang sesuai.Mushimura pulak asyik dok kerusi je mungkin sedang usha-usha awek-awek main boling.




Lepas dah penat beriadah maka perut dah berbunyi dangdut so kami semua ke food court tingkat sepuluh.Time ni korang boleh perasan memang kebanyakkan blogger yang datang adalah blogger-blogger yang rapat dengan saya & Melz macam cikhel, Poojie, Aus, Shahrol, Anakperak.Antara muka baru yang bakal terjebak dengan aktiviti lepaking kami lepas ni ialah PhreakId (owh bro aku agak sukar menulis link mu).Blogger-blogger bujang yang tak datang memang korang rugi sebab gath kali ni ramai awek blogger yang hot betul tak eyka?


Bila semua dah agak kepenatan maka masing-masing nak balik so sebelum balik maka terhasillah satu gambar akhir.Saya tiada di dalam gambar sebab saya adalah photographer untuk gambar ini.




Amacam ramai tak?ramai kan...Cikepal sanggup datang selepas diugut oleh Pria Romantis ini dan juga Melromeo.Tau ko takutkan epal!Kalau ikutkan memang ramai lagi tapi time ni maybe half of the crowd dah chow mungkin takut stuck kat jam (jam ke gua blik relax je tanpa gangguan...).Anyway thanks to korang yang datang ke Gath Penutup 2010 terutama sekali CLP yang bergegas dari Melaka dan juga Deydeq yang merempit dari Gombak (cite macam umah dia kat Ulu Selangor je jauhnya).Sebelum terlupa thanks to Rina Salleh sebab sudi melepak dengan kami yang tak seberapa ni.Ooops lupa pulak thank to partner sparing saya aiensepet yang sanggup temankan saya.


Untuk mengetahui siapa yang hadir Gath ni korang boleh usha Link Blogger Big Gath 2010.Gua salute ZueZoey sebab gegeh bikin list ni.Ramai beb kalau saya memang lagi seminggu baru siap ni.


p/s :


* Fariq hang nak belajar cara langgar dalam blogging.haha Rahsia dia LANGGAR je bro apa yang ada depan ko!Kalau ko takut ko tak tau apa akan terjadi di depan ko!


* Aus apahal ko agak hyper semalam adakah ko tertelan pil kuda atau terlebih ketamin!hahaha


* Kebanyakkan gambar saya akan masukkan kat blog lagi satu iaitu BeanMoreno.com

KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING?JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010

KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING? JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010

Selamat tengahari,

Seram semalam still terbayang-bayang sebab cite kurafat tu memang seram.Nanti saya review sebab gambar semua kat rumah.Korang akan nampak keganasan seseorang di blog itu hanyalah satu eset maya sahaja dan ia akan berubah apabila melihat cerita seram.hak3...

Ok satu persoalan yang harus dijawab seorang blogger iaitu Kenapa Event Itu Penting Dalam Blogging?Siapa boleh jawab soalan ni.Kalau ditanya soalan ni saya akan jawab event tu sangat penting terutamanya blogger baru macam saya.Simple je meh saya share kenapa event tu penting bagi saya...

1. Dapat Kawan Baru

Dalam dunia ni manusia perlukan kawan.So bila pergi event mesti ada jumpa blogger lain.Dari situ kita boleh kenal dengan orang-orang baru.Tak kiralah dia baru buat blog sejam sebelum event tu dia tetap manusia kan.So dari event kita tambah kenalan.Mungkin dulu kita ni Skinhead yang anti social tapi dengan pergi ke event kita akan kenal ramai orang.Maka silaturahim pun akan terbentuk.Korang jangan fikir itu je kemungkinan dengan pergi event macam nilah korang dapat bertemu jodoh.Siapa tahu kan Ajal,maut,jodoh & pertemuan tu kuasa Allah kita cuma berserah.Tapi perkara ni dah berlaku.Tak percaya pi tanya Anakperak ngan Redlinda.uhuks...

2. Dapat Share Idea

Manusia ada macam-macam ragam.Kalau dah macam tu setiap manusia ada style dan cara yang berbeza.Bila kita pergi event maka kita boleh share benda yang berlainan dari apa yang kita fikir.Sebagai contoh,kita blogging mesti kadang-kadang kita buntu idea takpun susah nak pilih template.So bila kita berjumpa blogger lain mungkin dia boleh suggest apa yang bagus.So dari situ pertukaran idea akan berlaku dan ilmu akan berkembang.Bak kata orang muda macam saya 'Sharing Is Caring'.Tapi Orang tua macam Eyriqazz akan kata 'Sharing Tak Boring...'...hak3...

3. Dapat Up Traffik


Siapa tak percaya pergi event boleh up traffik?Bagi saya boleh sebab event tu sendiri akan mempromosikan blog korang.Macam mana?Simple je korang pernah dengar exchange link tak?Sila jangan ingat exchange link hanya boleh berlaku di dalam alam maya sahaja.Kalau korang hanya berfikiran macam tu sila ubah sebab itu hanya pemikiran orang yang sempit.Masa kat event ramai yang akan serah kertas untuk korang tulis url korang.So dari situ korang dapat promote url blog korang secara FREE!Korang kena ingat setiap manusia ada citarasa yang berbeza so dalam ramai-ramai takkan takde sorangpun yang akan minat blog korang,MUSTAHIL!Melainkan kalau korang privatekan blog korang (memanglah siapa yang boleh baca).


4. Dapat Try Goodies


Ok bila kita pergi event mesti organizer ada bagi goodie punya.Kalau takde memang organizer atau advertiser tu kedekut.Paling cikaipun dalam event tu mesti korang dapat makan makanan yang korang tak pernah makan.So eventlah peluang korang nak rasa apa je benda yang korang tak pernah rasa or buat (sila anggap ini utnuk benda-benda halal sahaja).Sepanjang saya join event macam-macam goodie yang saya dapat ini termasuk deodorant spray dari Gatsby.hak3...


5. Dapat Idea Untuk Menulis


Dari event korang akan dapat idea untuk tulis macam-macam.Tak semestinya korang pergi movie screening korang just kena tulis pasal movie tu tapi korang jugak boleh elaborate banyak benda tentang apa yang terjadi.Contohnya pergi screening Kurafat.Banyak benda boleh cerita selain movies contohnya Blogger Ganas Takut Tengok Cerita Hantu.Kan ke idea semua tu.So korang tak mungkin akan mengalami sindrom idea kontang.


Bagi saya ini dah cukup membuktikan bahawa pergi event tu penting.Kalau korang nak lebih rajin-rtajinkan diri untuk bersosial bersama blogger lain.Tak kiralah event tu dari Nuffnang or blogger lain buat.Sama je tetap nama dia event.So kalau korang dah faham kenapa pentingnya event saya nak jemput korang pi gathering yang dianjurkan oleh Melromeo yang mana event ni penutup 2010.Nah ni detail :



Nak info lebih korang boleh usha blog Melz...Jangan risau saya kena hadir sebab Aus dah bagi amaran pada saya.


p/s :


* Entri yang paling banyak link...Aduhai pemurahnya saya...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails