Showing posts with label Puan Capa. Show all posts
Showing posts with label Puan Capa. Show all posts

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

Salam guys,

Soalan pertama yang saya nak tanya.  Dah berapa lamo korang berblog?  Mungkin ada di antara kita yang dah bertahun-tahun menulis blog dan boleh dikategorikan sebagai 'blogger otai' (sakit telinga dengar!).Yang berblog bertahun-tahun mesti dah dapat hasil dan yang paling penting mesti ada lalui beberapa situasi yang korang memang suka.Bagi saya Bean Moreno yang boleh dianggapkan seorang blogger cap kentang putar ni saya rindu nak pi balik 3 situasi yang telah saya lalui sepanjang saya berblog.

1. Situasi Pertama : Ketika Mula-mula Bertapak Dalam Maya - 2008

Masa ni bila saya dah register je Suterablogger dengan google tanpa bayar satu sen pun (tak termasuk internet 4MB yang kongsi bayar di rumah sewa).  Masa ni saya berblog hanya sebab nak belajar.  Nak tau apa perasaan jadi seorang blogger.Tapi disebabkan ilmu time tu agak cetek so bedal jelah.  Best tak best itu lain cerita.  Tapi nasib baik saya terjumpa dengan satu beberapa orang kawan yang sampai sekarang ngam iaitu Puan Capa, Cikhelena, Cik Yann, Wiseman, PJ Selamba, dan Karipap.Masa ni memang best.Tiada tekanan.Apa yang best setiap malam kami lepak chat kat conference room YM bincang apa yang kami nak tulis dalam blog.  So tidak pernah ada perkataan kering idea.

2. Situasi Kedua : Ketika First Time Buat Gath - 2010

Masa ni saya tak kenal ramai blogger.Yang saya kenalpun dak-dak yang pergi Astro Beyond Blogger Night.  Dengan paksaan untuk keluarkan keberanian saya cuba atur satu gath dengan Cikhelena.  Apa yang bestnya ramai yang support walaupun event tu hanya dianjurkan oleh seorang blogger tahap ayam ni.  Yang paling best penampilan Melromeo, Rina Salleh dan Eyriqazz.  Tak sangka beb diorang nak datang.Tak lupa Aus, CLP, Deydeq, Fateha, Kak Tash dan ramai lagi (kalau nak mention memang ramai).

3. Situasi Ketiga : Samsung Corby Event - 2010

Ni event ketiga saya dengan Nuffnang.  Dan seperti yang korang tau team saya menang hadiah duit dan team Eyriqazz menang Corby.  Siot team diorang main tipu...hak3...Apa yang menarik sangat event ni sampai saya jadi rindu.Pertama saya satu team dengan Huai Bin & Audrey.  Yang kedua ialah event ni berjaya menggabungkan komuniti malay blogger dan juga chinese blogger.  Dalam event ni kitorang bekerjasama tak kira warna kulit kalau ada blogger negro pun  kena unite as one team.  Memang syok.  Siapa kata Nuffnang racist?

Pergh tetiba je saya boleh teringat pasal benda yang dah lepas.Tapi kalau lah boleh ubah balik masa memang saya nak jadi macam dulu.  Dulu tiada erti kata 'aku hebat', tiada maksud 'Diva dalam kamus blogging kami.  Kami cuma inginkan persahabatan erat sahaja.  Tapi sekarang kalau kita asyik tunduk maka ramai blogger yang akan aim dan ambil kesempatan atas ketatasusilaan kita.  Fuh letih...

p/s :

* Cuba share apa pulak keadaan atau situasi yang korang rindu masa blogging...

PUAN CAPA MENGHANTUI BEAN MORENO | PERSONAL

PUAN CAPA MENGHANTUI BEAN MORENO | PERSONAL

Salam selamat hari Jumaat.Saya nak pi solat jap lagi so mungkin entri ni pendek je.Tadi tetiba usha followers tapi tiada niat nak berbangga sebab followers saya sikit je dan ucapan terima kasih kepada followers tegar SuteraBlogger.Apa yang ingin saya sampaikan ialah bukan pasal bilangan followers ataupun tips nak dapat follower yang banyak.Tapi yang menjadi persoalannya ialah ini :



Sekarang timbul beberapa persoalan :

1) Adakah ini Puan Capa pemilik Lifesaver84 ?
2) Adakah Puan Capa dah aktif semula setelah baca entri saya sebelum ni?
3) Adakah orang cuba menyamar sebagai Puan Capa?
4) Adakah Puan Capa buat blog baru tanpa memberitahu rakan-rakan

dan juga kalau Puan Capa dah aktif ....

KENAPA DIA TAK BAGITAU SAYA!!!!??? (Persoalan kah ini?)

Persoalan di atas hanya boleh dijawab oleh tuan punya badan.So Puan Capa sila komen ye?

p/s :
* Apa perasaan korang bila blogger yang dulu support korang punya blog (follower pertama) tetiba muncul setelah menghilang?

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails