Showing posts with label Eyriqazz. Show all posts
Showing posts with label Eyriqazz. Show all posts

SELEPAS OH! MEDIA KENA HACKED, KINI GILIRAN EYRIQAZZ


Salam guys,
Macam mana hari ni? Harap korang tak bermasalah tapi kalau bermasalah jugak saya sarankan korang layan lagu Lenka untuk cool kan diri korang.  Tolong jangan layan lagu-lagu punk sebab korang akan jadi lagi serabut.

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

Salam guys,

Siapa tak kenal dengan nama Eyriqazz betul tak?  Sebut je nama dia semua orang nak tutup blog tak pun buang coding Nuffnang.  Kenapa?  Ces kalau pertanyaan tu yang korang nak tanya maksudnya korang masih belum tau apa maksud blogging.  Sila jangan fikir saya nak bodek dia ye walaupun boleh la saya nak kata yang dia ni 'Sifu' saya dalam blogging ni sebab dia banyak jugak ajar saya pasal cara jadi blogger yang bagus.

Sekarang dia dok sibuk dengan segmen tegur menegur kalau tak silap lah.  jadi dengan selamba saya komen blog dia (selama ni silent readers je.yeke?haha).  Saja je nak buang masa suruh dia komen actually saya dah daoat baca dah apa yang dia nak komen.  Nak tau apa dia tegur :


Panjang beb dia tegur saya.  Anyway thanks lah Eyriqazz sebab komen dan tegur blog ni.  Bukan sennag nak suruh blogger top komen even dia sibukpun still sempat masuk blog cap kentang putar ni.  Apa yang saya boleh jawab ialah tunggu saya dapat hosting.  Akan ku tunjukkan apa itu blogging.haha.. Bukan saya tak nak tulis pasal personal tapi belum ada yang menarik lagi untuk dikongsi mungkin lepas saya jadi menteri ke artis ke boleh lah share pasal perosnal haha...

p/s :

Blog ni memang niat di hati 70% public and 25% Personal lagi 5% merapu haha...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

Salam guys,

Sebelum saya start entri ni saya ada satu soalan yang perlu korang jawab sendiri dalam hati tak perlu jerit-jerit atau taip entri dan persoalan ni hanya korang je yang boleh jawab sebab even pawang hebat Ngangkung pun belum tentu boleh baca.  Apa sebenarnya niat atau tujuan korang berblog?

Korang rasa-rasalah kan berblog ni hanya tulis then publish sahaja ataupun ada something yang korang dapat dari buat blog ni tak termasuk check yang bakal sampai setiap akhir bulan lepas nilai lebih RM50.  Macam yang saya cakap dalam entri ni, bagi saya blog saya ni mengajar saya erti kematangan.

1. Kematangan Dalam Penulisan

Ni saya rasa semua orang hadapi.  Setiap yang bermula pasti akan belajar.  Kalau kita tengok entri kita pada awal pembabitan kita dalam dunia blog memang kita akan tergelak sebab memang lawak.  Kalau boleh saya nak buat 'remake' je untuk entri-entri lepas sebab cara penulisan memang kelakar dan tak masuk akal.  So ini bermakna semakin banyak kita menulis semakin matang cara penulisan.  Kalau dulu kita menulis memang 'tegak' habis tapi sekarang kita dah ada lenggok oenulisan sendiri.  Betul tak? So dengan berblog kita dapat kematangan dalam penulisan.

2. Kematangan Dalam Kehidupan

Saya tak pasti samada korang ada rasa tak yang ni.  Bagi saya sejak saya berblog tahun 2006 (Suterablogger cuma 2008) saya belajar banyak pasal kehidupan dengan berblog.  Dari blog saya belajar apa itu respect dan apa itu sabar.  Dua benda ni amat penting beb.  Tak kisahlah dalam realiti ataupun maya kalau korang takde dua benda ni memang akan kelam kabut.  Mungkin kalau awal-awal dulu saya blogging saya tak faham dan sikit punya hal pun saya akan melenting tapi lepas dah nampak jalan sebenar maka itu semua saya dah ubah dan dalam kehidupan sebenarpun saya dah jadi sedikit penyabar dan lebih hormat pada orang lain.

3. Kematangan Dalam Persahabatan

First of all thanks to blogger lain yang tau apa itu makna persahabatan dan yang tak membuat andaian buruk pada saya terutama sekali pada Melromeo dan Eyriqazz yang tak putus-putus support saya sampai saya dah paus hati dengan blog ni.  Ni adalah satu sebab event tu penting.  Korang takkan rasa persahabatan itu penting kalau takat tulis dan publish.  dari event juga kita boleh kenal macam-macam perangai sebab dengan hanya membaca dan bertegur dalam facebook kita still tak dapat tau perangai manusia.  Serius saya cakap yang sebelum ni saya susah nak berkawan dengan orang lain sebab sikap kurang percaya.  Tapi dengan berblog saya jumpa ramai orang yang boleh dijadikan 'sahabat'.

Hm, actually saya dah capai kepuasan dalam blog dan pengalaman saya berblog memang best dan tak boleh dapat kat mana-mana.  Jadi even saya stop blogging di entry ni pun saya tak rasa rugi n terima kasih pada semua yang selama ni support sampai saya rasa puas.hak3...

p/s :

* Ramai yang tanya saya apasal entry saya banyak kepada blog tak kepada umum. .. Susah nak jawab tuh... Mungkin salah satu jawapan dia tiada personal things yang nak saya share kan.hak3...

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

RINDU PADA 3 SITUASI SEMASA BERBLOG

Salam guys,

Soalan pertama yang saya nak tanya.  Dah berapa lamo korang berblog?  Mungkin ada di antara kita yang dah bertahun-tahun menulis blog dan boleh dikategorikan sebagai 'blogger otai' (sakit telinga dengar!).Yang berblog bertahun-tahun mesti dah dapat hasil dan yang paling penting mesti ada lalui beberapa situasi yang korang memang suka.Bagi saya Bean Moreno yang boleh dianggapkan seorang blogger cap kentang putar ni saya rindu nak pi balik 3 situasi yang telah saya lalui sepanjang saya berblog.

1. Situasi Pertama : Ketika Mula-mula Bertapak Dalam Maya - 2008

Masa ni bila saya dah register je Suterablogger dengan google tanpa bayar satu sen pun (tak termasuk internet 4MB yang kongsi bayar di rumah sewa).  Masa ni saya berblog hanya sebab nak belajar.  Nak tau apa perasaan jadi seorang blogger.Tapi disebabkan ilmu time tu agak cetek so bedal jelah.  Best tak best itu lain cerita.  Tapi nasib baik saya terjumpa dengan satu beberapa orang kawan yang sampai sekarang ngam iaitu Puan Capa, Cikhelena, Cik Yann, Wiseman, PJ Selamba, dan Karipap.Masa ni memang best.Tiada tekanan.Apa yang best setiap malam kami lepak chat kat conference room YM bincang apa yang kami nak tulis dalam blog.  So tidak pernah ada perkataan kering idea.

2. Situasi Kedua : Ketika First Time Buat Gath - 2010

Masa ni saya tak kenal ramai blogger.Yang saya kenalpun dak-dak yang pergi Astro Beyond Blogger Night.  Dengan paksaan untuk keluarkan keberanian saya cuba atur satu gath dengan Cikhelena.  Apa yang bestnya ramai yang support walaupun event tu hanya dianjurkan oleh seorang blogger tahap ayam ni.  Yang paling best penampilan Melromeo, Rina Salleh dan Eyriqazz.  Tak sangka beb diorang nak datang.Tak lupa Aus, CLP, Deydeq, Fateha, Kak Tash dan ramai lagi (kalau nak mention memang ramai).

3. Situasi Ketiga : Samsung Corby Event - 2010

Ni event ketiga saya dengan Nuffnang.  Dan seperti yang korang tau team saya menang hadiah duit dan team Eyriqazz menang Corby.  Siot team diorang main tipu...hak3...Apa yang menarik sangat event ni sampai saya jadi rindu.Pertama saya satu team dengan Huai Bin & Audrey.  Yang kedua ialah event ni berjaya menggabungkan komuniti malay blogger dan juga chinese blogger.  Dalam event ni kitorang bekerjasama tak kira warna kulit kalau ada blogger negro pun  kena unite as one team.  Memang syok.  Siapa kata Nuffnang racist?

Pergh tetiba je saya boleh teringat pasal benda yang dah lepas.Tapi kalau lah boleh ubah balik masa memang saya nak jadi macam dulu.  Dulu tiada erti kata 'aku hebat', tiada maksud 'Diva dalam kamus blogging kami.  Kami cuma inginkan persahabatan erat sahaja.  Tapi sekarang kalau kita asyik tunduk maka ramai blogger yang akan aim dan ambil kesempatan atas ketatasusilaan kita.  Fuh letih...

p/s :

* Cuba share apa pulak keadaan atau situasi yang korang rindu masa blogging...

OM NOM NOM RACE BEAN MORENO & TALIBARUTS AKAN KE SANA

OM NOM NOM RACE BEAN MORENO & TALIBARUTS AKAN KE SANA

Selamat petang guys,

Hari ni Khamis, esok Jumaat dan lusa ialah Sabtu.Apa yang istimewanya Sabtu selain cuti dan tak payah pindah barang?Hari Sabtu ialah hari makan-makan mungkin pasal kenduri tapi saya ada Om Nom Nom!Hooorah TALIBARUTS terpilih masuk race tu.Tak caya ...



Saya memang tunggu email pasal ni dari last week.Yelah saya dah lama tak pi event Nuffnang termasuk screening.Kadang-kadan nak jugak bersuka ria dengan blogger lain ye tak?Entri pun bukan calang-calang saya buat bahasa Mat Salleh bin Kassim tau.Korang mesti pelikkan macam mana saya boleh dapat sedangkan kat dalam blog ni takde saya upkan pasal Om Nom Nom kan.Actually entri tu memang takde kat sini tapi kat blog lagi satu.hak3...So jangan pertikaikan ye...


Kepada yang dah dapat tahniah kepada yang belum dapat sabar eyh mungkin lambat sikit.Mana tau email client korang problem.Doakanlah kami berjaya ye...




Kepada Team Member Eyriqazz, Manager Kak Ina KL, Jejai sila tahan selera makan korang sehingga hari Sabtu ye.


p/s :


* Nama team dah macam nama Boy Band dah!haha

APA BERLAKU DI BIG GATH TIMES SQUARE

APA BERLAKU DI BIG GATH TIMES SQUARE

Selamat mala semua,

Hari ni tiada entry serius dari Pria Romantis.Agak sibuk dengan tugasan selaku Regional Exec maka terpaksa lupakan yang diri ini adalah blogger dan hanya mampu baca entri blogger lain yang tiada backlink ke blog ini.hak3...Acah je tak backlink pun takpe...Ok macam yang korang tau semalam ada Big Gath 2010 anjuran Melromeo atau saya & Carl (aku tengok ko dah macam zain Ruffege dah) gelarkan sebagai Kapla Pakatan Blogger.

Gath ni kitorang (ye ke kitorang?) buat kat Times Square dengan tujuan nak main kat Cosmo.Maklumlah Bean Moreno ni orang kampung so sekali-sekala dapat masuk theme park memang jakun.Tapi plan bertukar sebab ada di antara blogger yang tak mau main kat dalam Cosmo mungkin sebab kecut tengok Roller Coaster yang seram tu (weyh Rina Salleh naik 7 kali beb!).Maka sesi bermula dengan :




Hok ni namo dio bulate memecah ais.Mat Salleh kata ice breaking.Kami bikin satu bulatan and then memperkenalkan diri dan 'port maya' masing-masing.Nampak gayanya Zello dah boleh bukak imej dia yang selama ini diselubingi misteri.Eny pulak dah bukak balutan nakal dia.Sekarang dia bukan OKU lagi!Masa ni tak berapa nak ramai sebab ramai yang lambat.So lepas semua dah kenal maka kitorangpun meneruskan aktiviti ke gelanggang kehebatan blogger.




Yang ni aktiviti wajib kalau gath yang Melz buat.Kalau takde boling memang bukan Gath Melz.Dari gambar ni korang dapat nampak yang memang blogger bersepah dan berjaya menyemak kan keadaan di Ampang Superbowl.Korang boleh nampak Chearm menggoda blogger wanita dengan hanya mengeluarkan Blackberry Torch dia je.Si Hazman pulak tengah cari spot nak menari robot tapi tiada mangsa yang sesuai.Mushimura pulak asyik dok kerusi je mungkin sedang usha-usha awek-awek main boling.




Lepas dah penat beriadah maka perut dah berbunyi dangdut so kami semua ke food court tingkat sepuluh.Time ni korang boleh perasan memang kebanyakkan blogger yang datang adalah blogger-blogger yang rapat dengan saya & Melz macam cikhel, Poojie, Aus, Shahrol, Anakperak.Antara muka baru yang bakal terjebak dengan aktiviti lepaking kami lepas ni ialah PhreakId (owh bro aku agak sukar menulis link mu).Blogger-blogger bujang yang tak datang memang korang rugi sebab gath kali ni ramai awek blogger yang hot betul tak eyka?


Bila semua dah agak kepenatan maka masing-masing nak balik so sebelum balik maka terhasillah satu gambar akhir.Saya tiada di dalam gambar sebab saya adalah photographer untuk gambar ini.




Amacam ramai tak?ramai kan...Cikepal sanggup datang selepas diugut oleh Pria Romantis ini dan juga Melromeo.Tau ko takutkan epal!Kalau ikutkan memang ramai lagi tapi time ni maybe half of the crowd dah chow mungkin takut stuck kat jam (jam ke gua blik relax je tanpa gangguan...).Anyway thanks to korang yang datang ke Gath Penutup 2010 terutama sekali CLP yang bergegas dari Melaka dan juga Deydeq yang merempit dari Gombak (cite macam umah dia kat Ulu Selangor je jauhnya).Sebelum terlupa thanks to Rina Salleh sebab sudi melepak dengan kami yang tak seberapa ni.Ooops lupa pulak thank to partner sparing saya aiensepet yang sanggup temankan saya.


Untuk mengetahui siapa yang hadir Gath ni korang boleh usha Link Blogger Big Gath 2010.Gua salute ZueZoey sebab gegeh bikin list ni.Ramai beb kalau saya memang lagi seminggu baru siap ni.


p/s :


* Fariq hang nak belajar cara langgar dalam blogging.haha Rahsia dia LANGGAR je bro apa yang ada depan ko!Kalau ko takut ko tak tau apa akan terjadi di depan ko!


* Aus apahal ko agak hyper semalam adakah ko tertelan pil kuda atau terlebih ketamin!hahaha


* Kebanyakkan gambar saya akan masukkan kat blog lagi satu iaitu BeanMoreno.com

KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING?JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010

KENAPA EVENT ITU PENTING DALAM BLOGGING? JOM PI BLOGGER GATHERING 26.12.2010

Selamat tengahari,

Seram semalam still terbayang-bayang sebab cite kurafat tu memang seram.Nanti saya review sebab gambar semua kat rumah.Korang akan nampak keganasan seseorang di blog itu hanyalah satu eset maya sahaja dan ia akan berubah apabila melihat cerita seram.hak3...

Ok satu persoalan yang harus dijawab seorang blogger iaitu Kenapa Event Itu Penting Dalam Blogging?Siapa boleh jawab soalan ni.Kalau ditanya soalan ni saya akan jawab event tu sangat penting terutamanya blogger baru macam saya.Simple je meh saya share kenapa event tu penting bagi saya...

1. Dapat Kawan Baru

Dalam dunia ni manusia perlukan kawan.So bila pergi event mesti ada jumpa blogger lain.Dari situ kita boleh kenal dengan orang-orang baru.Tak kiralah dia baru buat blog sejam sebelum event tu dia tetap manusia kan.So dari event kita tambah kenalan.Mungkin dulu kita ni Skinhead yang anti social tapi dengan pergi ke event kita akan kenal ramai orang.Maka silaturahim pun akan terbentuk.Korang jangan fikir itu je kemungkinan dengan pergi event macam nilah korang dapat bertemu jodoh.Siapa tahu kan Ajal,maut,jodoh & pertemuan tu kuasa Allah kita cuma berserah.Tapi perkara ni dah berlaku.Tak percaya pi tanya Anakperak ngan Redlinda.uhuks...

2. Dapat Share Idea

Manusia ada macam-macam ragam.Kalau dah macam tu setiap manusia ada style dan cara yang berbeza.Bila kita pergi event maka kita boleh share benda yang berlainan dari apa yang kita fikir.Sebagai contoh,kita blogging mesti kadang-kadang kita buntu idea takpun susah nak pilih template.So bila kita berjumpa blogger lain mungkin dia boleh suggest apa yang bagus.So dari situ pertukaran idea akan berlaku dan ilmu akan berkembang.Bak kata orang muda macam saya 'Sharing Is Caring'.Tapi Orang tua macam Eyriqazz akan kata 'Sharing Tak Boring...'...hak3...

3. Dapat Up Traffik


Siapa tak percaya pergi event boleh up traffik?Bagi saya boleh sebab event tu sendiri akan mempromosikan blog korang.Macam mana?Simple je korang pernah dengar exchange link tak?Sila jangan ingat exchange link hanya boleh berlaku di dalam alam maya sahaja.Kalau korang hanya berfikiran macam tu sila ubah sebab itu hanya pemikiran orang yang sempit.Masa kat event ramai yang akan serah kertas untuk korang tulis url korang.So dari situ korang dapat promote url blog korang secara FREE!Korang kena ingat setiap manusia ada citarasa yang berbeza so dalam ramai-ramai takkan takde sorangpun yang akan minat blog korang,MUSTAHIL!Melainkan kalau korang privatekan blog korang (memanglah siapa yang boleh baca).


4. Dapat Try Goodies


Ok bila kita pergi event mesti organizer ada bagi goodie punya.Kalau takde memang organizer atau advertiser tu kedekut.Paling cikaipun dalam event tu mesti korang dapat makan makanan yang korang tak pernah makan.So eventlah peluang korang nak rasa apa je benda yang korang tak pernah rasa or buat (sila anggap ini utnuk benda-benda halal sahaja).Sepanjang saya join event macam-macam goodie yang saya dapat ini termasuk deodorant spray dari Gatsby.hak3...


5. Dapat Idea Untuk Menulis


Dari event korang akan dapat idea untuk tulis macam-macam.Tak semestinya korang pergi movie screening korang just kena tulis pasal movie tu tapi korang jugak boleh elaborate banyak benda tentang apa yang terjadi.Contohnya pergi screening Kurafat.Banyak benda boleh cerita selain movies contohnya Blogger Ganas Takut Tengok Cerita Hantu.Kan ke idea semua tu.So korang tak mungkin akan mengalami sindrom idea kontang.


Bagi saya ini dah cukup membuktikan bahawa pergi event tu penting.Kalau korang nak lebih rajin-rtajinkan diri untuk bersosial bersama blogger lain.Tak kiralah event tu dari Nuffnang or blogger lain buat.Sama je tetap nama dia event.So kalau korang dah faham kenapa pentingnya event saya nak jemput korang pi gathering yang dianjurkan oleh Melromeo yang mana event ni penutup 2010.Nah ni detail :



Nak info lebih korang boleh usha blog Melz...Jangan risau saya kena hadir sebab Aus dah bagi amaran pada saya.


p/s :


* Entri yang paling banyak link...Aduhai pemurahnya saya...

SUTERABLOGGER OWH SUTERABLOGGER

PERSONAL : SUTERABLOGGER OWH SUTERABLOGGER

Salam dan selamat pagi ye.Hari ni ahad dan sure ramai yang masih terlentang sebab hari ni sebab cuti.Bila bangun pagi saya ada terasa satu aura yang membuatkan saya bersemangat untuk blogging.Apa dia?Eyriqazz & Cik Lily menang handphone LG!Macam mana diorang boleh menang?Apa punya soalan lah ni kan dah tentu korang tak masuk weblog Nuffnang ni.Semalam ada event LG Cookie Monster (betul ke ni?).Saya terpaksa bagi jalan kepada armster untuk menyamar selaku Bean Moreno yang kacak sebab saya tak dapat nak pergi atas alasan kukuh yang sememangnya kukuh seperti besi waja.Lagipun apa salahnya bagi laluan pada blogger baru untuk naik.Dulu sayapun macam tu jugak.hm...

Dah lama saya tak post pasal traffik blog ni dan apa yang terjadi pada Suterablogger ni. So hari ni Bean Moreno nak cerita apa yang berlaku daam Suterablogger sepanjang minggu ni.Selain pembaharuan yang saya buat saya juga terpaksa maintain traffik saya sebab dah jauh tersasar.Dulu saya update 3 kali sehari sekarang ni nak dapat 2 pun susah.Ok mula2 kita tengok entri mana yang panas untuk minggu ni kat dalam Suterablogger ni :



Kalau kita tengok figure kat atas ni Despicible Me dapat view paling hangat.Tak dinafikan memang cerita ni best dan tak bosan sehingga saya yang tak minat kartun nak cari CD dia kat pasaran gelap (sila jangan report KDN).Second place ialah entri Cerita Jepun Best Dulu Kala.Bagi saya entri ni just untuk suka2 tapi orang ramai nak baca.Ia cuma wujud atas dasar peribadi dan bila takde idea je.hak3...Ini membuktikan bahawa tak semestinya kita kena tulis  tips or tutorial ataupun pasal artis entri kita akan jadi hits.Personal touchpun boleh naikkan sesebuah blog itu kalau kita pandai relatekan dengan readers.


So sekarang dah nampak apa yang saya cuba sampaikan.Apa kata kita tengok apa pulak hot keyword yang orang cari kat dalam suterablogger:


ni keyword stats dari blogspot

Keyword stats dari Nuffnang


Kalau kita tengok kedua2 stats ni kita akan cakap 'Beza Memang Berbeza'.Yang samapun cuma Malique masih hiphop.Tapi oklah,sebab lagi banyak besa lagi banyaklah keyword dari SERP so jangan risau bila korang dah menulis mesti ada keyword akan melekat walaupun korang just tulis pasal pergi makan ikan bakar.

Oklah masa untuk breakfast bersama family.Saya nak mandi dulu sebab badan berminyak lepas pergi urut semalam.Pergh terasa badan ringan dan kalau nak sepak orang memang syok.Harap info ni bermanfaat untuk korang.

p/s :

* Sekali lagi Congrats pada kawan2 saya Eyriqazz & Cik Lily (dah menang baru ngaku kawan...hak3) yang menang LG Phone ye.
* Kepada Armster...amacam best tak pergi event...Kalau best jangan malas2 hantar entry ke Nuffnang.

BUKTI ALLAH DI MANA-MANA DAN DALAM 3D

ENTRI JUMAAT : BUKTI ALLAH DI MANA2 DAN DALAM 3D

Assalamulaikum saya Hafiz calon Imam Muda anda.Halamak sesuai lah nama tu dengan Imam Muda (saja nak perasan jap).Memandangkan satu dunia dah tau nama saya yang diberikan oleh mak bapak saya so saya tulis je lah.Jangan tanya macam mana boleh kantoi.Ini disebabkan semalam saya terlupa makan kismis doa then tak blurkan nama pada kertas KFC tuh.Lepas ni memang NorIman Nasuki dan Abang Azhar Ramli akan serang saya kow2.Itupun kalau diorang baca blog ni.Rasanya diorang tak baca sebab blog ni bukan top blog pun.Bukan tak bangga dengan nama tu tapi blog lebih sesuai kita gunakan nama pena (ni apahal masuk tips pulak ni).Gila tak bangga maksud nama saya Hamba Allah yang maha mengingat (walaupun sekarang terpaksa makan kismis untuk kuatkan ingatan.hak3).

Oklah sekarang ni semua filem yang keluar wayang ada version 3D.Tak kiralah wayang tu cerita kartun ke ataupun cerita real.Bila wayang tu dalam version 3D kita akan puas sebab rasa benda tu real je dan ada depan mata.Kalau kita tengok cerita hantu memang kita akan rasa nak lari keluar je dari hall sebab nampak hantu tu macam ada depan mata.So kesimpulannya memang puas!Tapi yang tak bestnya bila kena pakai spec warna2 tuh.Bagi saya memang annoying sebab saya rimas bercermin mata.

Tapi korang pernah tak rasa yang Allah ada di mana2 dan sentiasa perhatikan kita?Pernah tak kita rasa yang Allah sentiasa ada dekat dengan kita untuk kita berdamping dan merintih.Kebanyakan kita kadang2 tak rasa benda2 tu.Kenapa saya cakap macam tu.Sebab kalau kita rasa yang Allah itu ada di mana2 makan kita takde lah percaya yang kubur boleh bagi kita ramalan nombor ekor.Kalau kita percaya yang Allah tu ada kat mana2 takdelah kita buang bayi.Betul tak?Ok hari Bean Moreno nak share something special dan mungkin ramai yang dah tau benda ni.So thank kepada Jeman Beragas sebab benarkan saya ambil artikel ni dan ditulis dalam lenggok Bean Moreno.Pernah tak tengok gambar ni :



Apa yang korang kena buat ialah tumpukan perhatian dan pandang pada 3 titik tersebut selama 10 saat kalau nak buat lebih masa (Over Time pun boleh).Selepas itu kalau dah puas korang cuba pandang dinding.Apa yang korang nampak?Alamak instruction ada kat atas pulak tapi sebab saya dah tulis panjang2 saya biarkan jelah.


So ini adalah satu cara kita nak rasakan yang Allah itu ada di mana2 dan Allah sentiasa ada untuk kita.So jangan takut jangan segan nak mintak pertolongan dari Allah sebab dia Maha Berkuasa.Jadi bila terasa macam nak sangat berjumpa Allah tengok gambar ni dan kita akan rasa DIA ada dekat dengan kita tak payah susah2 beli spec mata 3D.


p/s :
* Benda2 macam ni boleh buat kita sedar yang kita ni bukan hebat sangat dan segala apa yang kita ada itu cuma pinjaman dari Allah bukan dari bank.

PELIK TETAPI BENAR PADA SUTERABLOGGER DAN TERIMA KASIH CIKHEL


Selamat petang,adus lapo pulak ni...Bangun2 terus mandi & pergi sembahyang Jumaat.Perut dah berbunyi RnB ni.Amacam best tak entri Project Alpha yang semalam tuh.Agak daring kan entri tuh sebab selamba mak nyah je kutuk Lana Nordin.Korang tak rasa pelik ke dengan entri tu?Kenapa kene rasa pelik.Kalau korang rajin baca blog ni dan kenal cara saya menulis mesti korang dapat detect something yang agak fishy.Nak tau apa dia :

1) Entri tu takde typo beb,gila ke apa Bean Moreno kalau tulis mesti ada satu dua typo.hoho.

2) Tiada Link kepada mana2 website ataupun blogger.Bean Moreno tak pernah kedekut link walaupun kepada website yang PR dia 10.

3) Perkataan vavis tak pernah digunakan sebab Bean Moreno akan tulis babi ataupun b**i.

Cukuplah 3 je kan sebab yang lain tu memang kalau korang tuan blog pun susah nak cari.Jadi terus terang yang taip entri tu sebenarnya bukan saya yang kacak ni.Tak mungkin saya dapat tulis entri Project Alpha semalam sebab saya pergi tengok Prince Of Persia kan.Melaiankan saya ada ilmu hitam atau bela hantu raya hak3...

Kalau korang tengok gaya penulisan tu pun agak lain kalau nak dibandingkan dengan cara Bean Moreno menulis entri.Tapi anyway thanks la kat si pambantu am ni kalau tak saya tak submit entri Project Alpha ni.Walaupun maruah agak tercalar (alamak ayat tak boleh blah) tapi dia sudi jugak tolong hantarkan entri untuk saya.Yang tak boleh tahan ada ke patut dia letak gambar ni :


Habis tercalar maruah saya sebagai bakal peserta Imam Muda musim depan.Cis!mesti lepas ni banyak keyword2 panas masuk dalam suterablogger.Sayapun hampir pengsan tengok gambar ni (yelah gambar2 macam ni boleh mengundang taui tak?).hak3...Sebab blog ni bukan macam Beautifulnara tau yang memang habis kamikaze tulis pasal artis.Jadi korang nak tau siapa orang yang bertanggungjawab ke atas entri tersebut...Biar saya dedahkan satu daripada jenayah siber yang dilakukan beliau.ni lah orangnya :


Nampak tak gaya jahat minah ni berwebcam dan dengan gambar ni kita dapat tau yang mungkin banyak lagi jenayah cyber yang dia dah buat.Dia juga ada kutuk artis iaitu Zarina Anne Julie.Orang itu ialah Cik Hel atau nama famous dia Iti.Tapi apa2 pun thanks eyh cikhel sebab hantarkan and submit entri untuk saya.Dah banyak minggu tak sempat hantar sebab Project Alpha memang dah tak nak bagi saya duit.Oklah nak pergi makan ni.Lapar yang teramat sangat ni.Nanti saya update lagi eyh...bye2...

p/s :
- Thanks to Eyriqazz sebab pilih entri saya ye.

TIPS : APA ADA DENGAN NUFFNANG


Selamat petang,baru settle separuh kerja.Ni tgh berehat sebentar bersama kitkat sebab otak semak.Lagi beberapa jam saya akan dapat berehat dengan tenang.Terasa macam lambat pulak nak pukul 6.Hari ni macam2 cerita saya baca dari blog prang lain.Berita yang menggemparkan ialah Kak Tash dah disahkan ada baby di dalam perut.Wah satu perasaan yang sungguh best.Atas desakan Kak sumi maka ter"submit"lah entri Digi tu.Nak baca sila ke [sini].Entri Pizzahutpun dah publish dan saya dah suruh manager tu baca.Manalah tau kalau dia nak suruh saya edit kan.Kalau korang terlepas sila baca [sini].

Hari isnin iaitu semalam saya ada terpandang kat chatbox,ada blogger mintak tips untuk naikkan duit Nuffnang.hoho...bukan tak nak bagi tapi saya sendiripun tak boleh dan tak tau tips untuk naikkan duit dalam akaun Nuffnang.Check2 yang datang ke mailbox sayapun sebenarnya sayapun tak tau macam mana boleh jadi amount cam tuh.Saya cuma boleh kasi knowledge je kat korang pasal Nuffnang.Kalau saya ada cara senang nak naikkan income Nuffnang dah tentu saya dah keluarkan e-book (tak yah perasan eyh Bean).

Sebelum tu meh saya cerita sikit apa yang ada dalam Nuffnang.Kat Nuffnang korang boleh dapat :

1) MOVIE

Antara movie yang saya dah pergi ialah Sherlock Holmes,Paranormal Activity,Valentine Day,Date Night & banyak lagi.Cara nak menang tiket senang je kadang2 kena buat entry pasal tiket dan kadang2 just komen je kat blog Nuffnang.

2) KONTEST

Banyak kontest sebenarnya dalam blog Nuffnang.Korang try je luck korang.Mana tau menangkan.So far kontest yang saya menang ialah review pasal KDU Open Day.Dari kontes2 ni korang boleh jugak dapat duit dan macam2 hadiah yang best2.

3) EVENT

Nuffnang jugak banyak buat event best2 dan boleh dapat hadiah tau.Bukan takat tu je,kalau korang buat entri pun kadang2 boleh dapat duit.Antara event yang dah saya pergi ialah Digi Internet Pimp My Day,Astro Beyond Launching,Samsung Corby & yang paling latest ialah Gatsby Deodorant Street Fair.Korang kena fikir something di luar kotak kawalan mental korang.Jangn fikir pergi event balik dengan tangan kosong itu rugi.Bagi saya sebenarnya tidak.Walaupun balik tangn kosong,tapi kita dapat member baru.Dengan itu maka akan berlaku gegaran platlet traffik pada blog korang.

Oklah 3 benda yang saya bagitau kat atas memang takde pada ads company yang lain (tak perlulah saya mention ye).Hanya Nuffnangers yang ada Gliterati je boleh dapat benda ni.So tak payah kita nak fikir buat team klik2 sebab bila dah tau cara duit tu akan masuk.Tak puas hati lagi.Ok rahsia yang lain ialah bila korang buat entri untuk "ProjectAlpha".Satu minggu dapat RM20 sekarang dah 10 minggu.Kalau tiap2 minggu korang buat dah berapa rasanya duit korang?RM200 kan.Tak banyak ke?

Untuk knowledge pasal Nuffnang korang boleh baca entri2 kat bawah ni :


Kalau korang nak lagi puas dan nak tau sangat rahsia2 atau knowledge pasal Nuffnang boleh masuk blog Eyriqazz,Melz,ataupun Dahlia.Diorang lagi hebat.Yang penting ialah tolong jangan kejar sangat duit.Belajar menulis dengan baik then korang akan nampak duit tu kejar korang sampai korang tertonggeng2 lari.

BANGI KOPITIAM


Selamat malam ye.Bean Moreno a.k.a Pria Romantik hari ni agak tidak sihat.Kepala agak pusing dan badan agak lemah tapi tetap memaksa diri untuk menulis.Hari ni saya memang akan buat review pasal makanan je.Tadi saya dah submit entri Pizzahut harap2 diterima dan menang antara 5 pemenag bertuah (ko ingat blogger lain takde jari nak menaip ke Bean?).Sepatutnya saya MC hari ni.Memang tak larat.Tapi disebabkan kerja last minit pihak tertentu saya kena settlekan kerja jugak.Pergh berbulu je.Korangpun rasanya faham kerja yang dibuat secara tak ikhlas.

Oklah semalam saya dan aiensepet singgah ke PD untuk hantar barang ke Kem Si Rusa.Jadi kami mengambil kesempatan untuk berjalan2 di PD (harap2 makcik saya yang kat PD tak baca entri ni.Nanti kecil hati pulak).Kalau ditanya Bangi itu di mana?Mesti semua orang akan cakap Bangi kat Selangor (Saya benci Bangi).Tapi Bangi juga terdapat di PD.Tak percaya tengok gambar bi :

Bangi Kopitiam

Disebabkan keadaan perut saya dan aiensepet yang memang tengah lapar tahap kebulur kamipun singgah tempat ni tanpa memikirkan harga dia sesuai tak untuk blogger cap ayam yang hanya ada RM1.25 dalam akaun Nuffnang ni.Kita tengok dia punya Menu dulu yek :

Hanya kulit depan je yang saya boleh kasi korang tengok

Jadi saya dan aiensepet telah order makanan ini untuk menutup perut yang memang sudah masuk angin.Memang lapar beb.Jadi kami order :

Nasi Lemak with Rendang Ayam

Nasi Goreng Chicken Cop

Cold Coffee Mix with Chocolate

Hm...Amacam berair tak anak tekak.Sedap makanan kat sini.Kalau korang tak percaya pergilah rasa.Yang penting jangan pergi PD semata2 nak makan benda ni dahlah.Itu kojo gilo orang nogori cakap.Bangi Kopitiam ada kat :

- Wangsa Maju
- Bandar Tun Hussein Onn
- Bandar Baru Bangi
- Taman Melawati

So apa lagi try la makan kat sini memang best.Kalau eyriqazz berpantun meh abgang Bean nak bersajak pulak.Takdelah gila ke apa nak bersajak memang sampai lusa baru habis.hak3...

MALU...TERHARU...MALU....


Selamat tengahari,hye bersama saya Bean Moreno yang baik hati...hak3...Sorry ye hari ni saya lambat update sekarang baru saya free sebab tadi saya "berbayar".Esok ada MQA visit dan saya kena kerah segala apa yang ada dalam diri saya (termasuk angin2 dalam badan) untuk menyiapkan kerja.Saya akan cuba siapkan kerja sebelum pukul 6 kalau tak kena OT Free...

Minggu ni adalah satu minggu di mana saya kena pergi beli banyak stock seluar dalam sebab asal bukak blog je spender koyak.Asal blogwalk je spender koyak..Memang minggu ni syarikat pembuat pakaian dalam seperti Renoma,Crocodile dan Triumph (ooops silap pulak) akan mendapat untung besar kerana saya.hak3...takdelah saya cuma bergurau je.

Saya amat terharu bila saya blogwalking ramai yang buat entri pasal blog ni.First time dalam hidup saya rasa ada orang lain menghargaai saya dan apa yang saya buat.Semalam saya baca entri yang Sendra buat untuk blog ni.Nak baca eyh,ni entry Sendra untuk saya :


Pagi ni saya terbaca pulak Bob Redfinger buat entri pasal Suterablogger ni.Nak baca boleh klik Tajuk di bawah :


Korang semua berjaya buat saya happy sebab selama ni apa yang saya rasakan adalah sengsara dan tak siapapun yang tahu.Korang nampak saya tulis entri lawak2 dan korang jumpa saya kat event dengan dengan karektor yang happy dan ceria tapi sebenarnya saya buat korang happy untuk melupakan apa yang saya lalui sepanjang hidup saya (wah ayat macam mangsa rogol pulak).

Selama saya berjalan dengan kaki dan menyuapv makanan menggunakan tangan ni kebanyakan orang terdekat dengan saya (tak termasuk family & aiensepet) tak sedar kewujudan saya.Takde siapa yang akan admit mereka perlukan saya.Balik2 lepas saya buat kerja untuk naikkan nama diorang saya akan dicampak dan lepas tu saya tak dipedulikan lagi.

Cerita ni bukan takat alam pekerjaan je.Dalam persahabatan pun sama.Bila time saya ada kelebihan ramai orang datang keliling,ramai orang puji2 dan ramai orang yang sanggup buat apa yang saya suruh.Tapi bila nampak satu kelemahan yang sekecil biji sawi (alamak bahasa ustaz pulak) saya ditentang,dihina dan benda yang akan nampak pada saya ialah keburukan.

Tapi bila saya jejakkan kaki kat dunia blog ni saya nampak sesuatu yang berbeza.Nak tau apa perbezaannya.Perbezaannya ialah kita kuat sebagai satu komuniti dan kita berkongsi apa yang kita ada bersama.Saya bangga dengan kawan2 blogger saya yang sekarang ni nama tengah meletup2 contohnya macam Melz, Eyriqazz, Kak Tash ,CikHel ,Sendra ,Aus ,Bob ,Kak Ina, Deydeq, Fatehah dan ramai lagi (kalau nak sebut semua memang lenguh jari merahku ini ..ooops).Bagi saya korang memang best.

Oklah apa yang ingin saya sampaikan kita berusaha nak jadi yang terbaik,tapi tolong jangan ingat kita bagus sebab kita perlukan sokongan untuk dapat apa yang kita nak.Jadi apa yang penting KERJASAMA!!!

p/s :
- Kalau manusia boleh hisup tanpa bantu manusia yang lain masing2 dah ada server untuk blog sendiri tak payah pakai blogspot dah...hak3 (apa kejadahnya ni!!!)
- Terasa macam nak karok lagu Mawi - Terharu pulak...

HADIAH BIRTHDAY UNTUK ALISYA


Contest ni dah publish lama tapi saya masih terkial2 nak taip.hak3...Memang lembab lah ko ni Bean (Lembab perbuatan takpe jangan lembab akal ok).Sorrylah eyh saya bukan apa sejak kebelakangan ni saya online di office menggunakan internet berkelajuan siput babi.Tengah tunggu pemasangan untuk HSBB (High Speed BroadBand) Unify.Sebelum saya teruskan acara contest Eyriqazz ni saya nak mintak maaf pada semua followers dan readers blog ni yang mana ada tinggal jejak.Bukan saya tak nak masuk blog korang dan bukan blog korang tak best.Cuma Kelajuan internet ni membataskan saya untuk bergerak selaju kilat.Dan bila malam je saya mesti keletihan mungkin stok tongkat ali tak cukup.

Oklah,jom kita teruskan dengan contest ni.Kalau nak baca saya melalut memang 5000 patah perkataan pun tak cukup.Dalam kontest ni saya dikehendaki bagi cadangan untuk bagi hadiah birthday untuk Alisya.Walaupun saya merajuk dengan Alisya sebab dia tak nak bagi peluang kat saya mendukungnya tapi takpe Alisya sebab Alisya comel biar abang (uiks?),oklah biar uncle bagi cadangan bernas.Kalau saya jadi Eyriqazz saya akan bagi set Mystar B.Apa benda tuh meh tengok gambar dulu :


Ini adalah portal pendidikan anak2.Ada dua pakej Mystar A & Mystar B.Tapi jangan gatal2 beli Mystar A sebab itu pakej darjah 1 - form 5.Dengan Mystar B ni Alisya dapat belajar benda2 yang simple2.So bermula dari kecil lah kita ajar anak dan itulah kenapa orang Amerika jadi pandai sebab diorang ajar anak diorang start dari kecil.Walaupun saya tak beranak (memang la aiensepet yang akan beranak),tapi sayapun akan buat benda yang sama.

Ini adalah Alisya yang sombong dengan saya semasa Gatsby hari tuh.Tapi takpe dia comel :


Syarat2 yang ketiga ni saya agak lemah sikit.Tapi takpelah saya main tag je kalau taknak buatpun takpe.Orang2 yang saya nak tag :

2) Lily

Entri yang paling saya suka kat Eyriqazz.com ialah entri ini :

Kenapa : Sebab ada nama saya pastuh disebabkan entri nilah traffik saya naik dan follower saya bertambah.

Oklah dah settle tanggungjawab saya kepada dunia blogging ni.Tapi kalau tak menang pun takpe sebab entri ni je dah boleh bagi saya something yang susah saya nak dapat dalam dunia blogging.


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails