APA BERLAKU DI BIG GATH TIMES SQUARE

APA BERLAKU DI BIG GATH TIMES SQUARE

Selamat mala semua,

Hari ni tiada entry serius dari Pria Romantis.Agak sibuk dengan tugasan selaku Regional Exec maka terpaksa lupakan yang diri ini adalah blogger dan hanya mampu baca entri blogger lain yang tiada backlink ke blog ini.hak3...Acah je tak backlink pun takpe...Ok macam yang korang tau semalam ada Big Gath 2010 anjuran Melromeo atau saya & Carl (aku tengok ko dah macam zain Ruffege dah) gelarkan sebagai Kapla Pakatan Blogger.

Gath ni kitorang (ye ke kitorang?) buat kat Times Square dengan tujuan nak main kat Cosmo.Maklumlah Bean Moreno ni orang kampung so sekali-sekala dapat masuk theme park memang jakun.Tapi plan bertukar sebab ada di antara blogger yang tak mau main kat dalam Cosmo mungkin sebab kecut tengok Roller Coaster yang seram tu (weyh Rina Salleh naik 7 kali beb!).Maka sesi bermula dengan :




Hok ni namo dio bulate memecah ais.Mat Salleh kata ice breaking.Kami bikin satu bulatan and then memperkenalkan diri dan 'port maya' masing-masing.Nampak gayanya Zello dah boleh bukak imej dia yang selama ini diselubingi misteri.Eny pulak dah bukak balutan nakal dia.Sekarang dia bukan OKU lagi!Masa ni tak berapa nak ramai sebab ramai yang lambat.So lepas semua dah kenal maka kitorangpun meneruskan aktiviti ke gelanggang kehebatan blogger.




Yang ni aktiviti wajib kalau gath yang Melz buat.Kalau takde boling memang bukan Gath Melz.Dari gambar ni korang dapat nampak yang memang blogger bersepah dan berjaya menyemak kan keadaan di Ampang Superbowl.Korang boleh nampak Chearm menggoda blogger wanita dengan hanya mengeluarkan Blackberry Torch dia je.Si Hazman pulak tengah cari spot nak menari robot tapi tiada mangsa yang sesuai.Mushimura pulak asyik dok kerusi je mungkin sedang usha-usha awek-awek main boling.




Lepas dah penat beriadah maka perut dah berbunyi dangdut so kami semua ke food court tingkat sepuluh.Time ni korang boleh perasan memang kebanyakkan blogger yang datang adalah blogger-blogger yang rapat dengan saya & Melz macam cikhel, Poojie, Aus, Shahrol, Anakperak.Antara muka baru yang bakal terjebak dengan aktiviti lepaking kami lepas ni ialah PhreakId (owh bro aku agak sukar menulis link mu).Blogger-blogger bujang yang tak datang memang korang rugi sebab gath kali ni ramai awek blogger yang hot betul tak eyka?


Bila semua dah agak kepenatan maka masing-masing nak balik so sebelum balik maka terhasillah satu gambar akhir.Saya tiada di dalam gambar sebab saya adalah photographer untuk gambar ini.




Amacam ramai tak?ramai kan...Cikepal sanggup datang selepas diugut oleh Pria Romantis ini dan juga Melromeo.Tau ko takutkan epal!Kalau ikutkan memang ramai lagi tapi time ni maybe half of the crowd dah chow mungkin takut stuck kat jam (jam ke gua blik relax je tanpa gangguan...).Anyway thanks to korang yang datang ke Gath Penutup 2010 terutama sekali CLP yang bergegas dari Melaka dan juga Deydeq yang merempit dari Gombak (cite macam umah dia kat Ulu Selangor je jauhnya).Sebelum terlupa thanks to Rina Salleh sebab sudi melepak dengan kami yang tak seberapa ni.Ooops lupa pulak thank to partner sparing saya aiensepet yang sanggup temankan saya.


Untuk mengetahui siapa yang hadir Gath ni korang boleh usha Link Blogger Big Gath 2010.Gua salute ZueZoey sebab gegeh bikin list ni.Ramai beb kalau saya memang lagi seminggu baru siap ni.


p/s :


* Fariq hang nak belajar cara langgar dalam blogging.haha Rahsia dia LANGGAR je bro apa yang ada depan ko!Kalau ko takut ko tak tau apa akan terjadi di depan ko!


* Aus apahal ko agak hyper semalam adakah ko tertelan pil kuda atau terlebih ketamin!hahaha


* Kebanyakkan gambar saya akan masukkan kat blog lagi satu iaitu BeanMoreno.com
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails