TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA


TIPS : SHOTRCUT JALARAYA ADA GUNANYA TAPI SHORTFORM TIADA GUNANYA

Kali ni saya nak kongsi sikitlah dengan korang pasal penulisan.Alamak saya pun sebenarnya takdelah bagus sangat dalam penulisan dan sebab tulah dan cakap KONGSI bukan AJAR.Ni pun salah satu kesilapan saya dahulu kala masa baru sehari dua menekan keyboard untuk menaip entri.Apa pendapat korang pasal penggunaan shortform yang kerap dalam penulisan?

Bagi saya shortform tak dapat membantu korang dalam penulisan.Kenapa?Sebab dia terlalu mudah dan secara logik nya kita akan dapat tangkap kenapa.Tak payah masuk dalam2 sehingga memikirkan pasal SEO ataupun result untuk search engine.Antara sebab2nya ialah :

1) PENULISAN AKAN JADI SYOK SENDIRI

Kalau kita tulis terlalu banyak shortform dalam penulisan,makanya readers tak semua akan faham apa yang kita nak sampaikan.Sebab kadang2 shortform yang kita taip tu kita reka sendiri dan tak semua orang tau.Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam kepada diri pembaca (mak aiyh dah macam doktor saiko dah) yang mana bila dia tak faham maka butang x akan ditekan.Jadi korang baca lah blog korang sendiri.hak3...

Sebagai contoh ayat ni :

Ak prg mkn ns -> apa maksud ayat ni?

2) HILANG PENGHAYATAN

Untuk apa kita menulis?Dah tentulah untuk orang baca kan.Kalau setakat untuk baca sendiri janglah cari traffik.Privatekan je blog.Bila kita terlalu guna banyak sangat shortform readers yang baca tulisan kita akan hilang penghayatan masa membaca.Jadi tak bestlah kan.Cuba korang bayangkan novel cinta yang banyak guna shortform.Best tak nak baca?

3) SEO SUSAH NAK JALAN

Bila korang taip shortform terlalu kerap,maka crawler search enginepun susah nak detect wording korang.Sebab kebanyakan internet user akan taip perkataan penuh kat search engine contohnya Google.Jadi kalau korang taip pendek2 maka tak match lah dengan apa yang orang cari.

Sebagai kesimpulannya kalau kita nak guna shortform guna je time SMS (Short Message System).Yang ni lagi pendek lagi bagus sebab memang tak boleh panjang2 pun.Ni tak time SMS punyalah panjang berjela2.Selain SMS gunalah shortform ni time ber"twitter" sebab twitter ada limit character.Ada faham?

p/s :
- Saya time sms pun tulis penuh tau.Teringat time2 couple ngan aiensepet dia tulis nama sayapun shortform HFZ...hak3...
- Apa pendapat korang plak?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails