BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA

BAHASA ARAB BERKEMBANG KAT AMERIKA



Salam dan selamat tengahari guys,

Siapa yang tau bertutur dalam bahasa Arab?Saya tau sikit-sikit sebab last time sekolah agama ada belajar.Dan bagi yang tak tau Bahasa Arab itu Bahasa yang sangat unik sebab kalau kita tersalah satu tanda maka maksud dia akan totally lari.Sebab tu kita kena hati-hati masa baca al-Fatiha sebab kalau salah baca maka ia akan betukar menjadi nama-nama Syaitan.

Tahu tak yang bahasa arab merupakan satu bahasa yang sangat berkembang kat Amerika?Saya tertarik dengan artikel dalam Utusan Online iaitu Bahasa Arab Popular Di Amerika.Korang dah baca? Nah saya bagi baca sikit :

WASHINGTON 8 Dis. - Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).

 Komen Bean Moreno :

* Mungkin ramai pelajar USA tertarik nak belajar Bahasa Arab sebab nak menyelami keindahan Islam sebab kebanyakan golongan elit kat sana dah masuk Islam termasuk Micheal Jackson dan Snoop Dog (betul ke?sayapun tak pasti).

* Mungkin juga diorang nak belajar Bahasa Arab untuk kaji corak kehidupan Islam dan ingin mencari kelemahan Islam.Sorry beb korang takkan jumpa sebab Islam itu indah.

* Ramai ilmuan terkenal berasal dari arab so diorang nak cungkil satu-satu kebijaksanaan golongan cendiakiawan Islam dengan memahami Bahasa Arab.

* Cuba korang fikir kenapa orang barat tak mau belajar Bahasa Malaysia.Mungkinkah sebab kita tiada kesitimewaan lain melainkan kehidupan Majmuk?

Antara bahasa lain yang mengalami peningkatan berganda ialah Bahasa Korea ,Bahasa China dan Bahasa Perancis.Jom kita fikir kenapa diorang tak mau belajar Bahasa Malaysia.Korang rasa kenapa Bahasa Malaysia tak popular kat luar?

p/s :

* Serius dah lupa nak speaking in Arabic.hoho...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails