SILA KIKIS SIFAT KHAYAL DAN LUPA DIRI

SILA KIKIS SIFAT KHAYAL DAN LUPA DIRI

Salam guys,

Amacam sihat?hope korang sihat walaupun hari Isnin.Jangan malas-malas sebab esok kita cuti ye.Actually saya tertarik dengan article yang disiarkan dalam Utusan Online iaitu Kikis Sifat Khayal,Lupa Diri.Sekarang ni kecohkan pasal PKR nak hapuskan ketuanan Melayu.Sebelum tu sorry saya bukan nak berpolitik tapi just bagi pendapat pasal benda ni.

Apa yang korang tau pasal Ketuanan Melayu?Bagi saya perkataan tu agak kasar dan sepatutnya ia disebut sebagai Keistimewaan Melayu.Oklah benda simple je dan actually isu ni tak sepatutnya dibawa dalam sesebuah parti politik.Dan bagi saya isu ni dibangkitkan hanya untuk meraih sokongan dari bangsa lain.Kan saya dah kata politik ni kotor.Korang dah basa article ni ke blom?Kalau belom saya bagi baca sikit dulu :

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) mengikis sifat khayal, lupa diri, jumud dan angkuh yang sering dikaitkan sebagai penyakit mana- mana parti yang sudah lama berkuasa, untuk menambat hati rakyat.Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menegaskan, empat penyakit itu perlu dielak, dikikis dan dibuang jauh sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan dan sokongan bertukar menjadi penentangan.Beliau juga mengingatkan ahli-ahli BN supaya jangan terpesona dengan kejayaan lalu hingga menyebabkan mereka terleka dan angkuh yang akan menyebabkan rakyat benci dan menyampah, sebaliknya ia perlu dijadikan inspirasi bagi menjana kemenangan lebih besar pada masa akan datang.
Nak lebih sila baca sini

Korang rasa apa yang menyebabkan Melayu kelihatan agak mundur ataupun senang cakap ketinggalan?Ni persoalan yang agak sensitif dan saya takde niat nak memperkecilkan bangsa sendiri.Saya bercakap mengikut apa yang saya lihat.Sebenarnya apa yang PM cakap tu memang betul (tiada niat nak bodek ye).

Komen Bean Moreno :

* Apa yang menyebabkan kemunduran bangsa ialah kita terlalu banyak berkhayal.Asyik berfikir kita terlalu bagus dan terlalu fikir yang kita terlalu selamat.

* Kita terlalu berpegang pada keistimewaan yang kita ada then kita tak berusaha untuk berubah dan senang berpuas hati dengan apa yang kita dapat.Sebagai contoh gaji pokok Rm1500 tetiba dapat kenaikan RM100 pun dah ok padahal kalau kita tunjuk effort lebih sikit gaji boleh naik RM500.

* Bila kita dah senang SIKIT je kita lupa mana asal kita.Then kita tak nampak yang orang lain kejar dan bakal mendahului kita yang sedang berada di hadapan.

* Dua sikap kat atas nilah yang membunuh bangsa dan menyebabkan kita ketinggalan dan kehilangan segala-galanya.Sila tengok sejarah Singapura...




p/s :

* Melayu Mudah Lupa!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails