ADAKAH LELAKI YANG MENAGIS ITU LEMBUT?

ADAKAH LELAKI YANG MENAGIS ITU LEMBUT?

Salam guys,

Semalam tiada entry kat blog ni sebab saya terlalu malas dan idea tak mampu untuk dikelyuarkan dan apa yang mampu saya buat ialah blogwalking dan lepak bersama aiensepet di rumah.Entry kali ni bukan nak memalukan kaum sejenis saya tapi cuma pendapat je dan kalau tak betul sila jangan marah ok...Korang rasa lelaki ganas sangat ke?hak3...

Kalau nak diikutkan lelaki adalah satu ciptaan yang cool dan memang susah nak tengok lelaki menangis melainkan dia tu memang kaki hindustan (faham-faham dah le) ataupun orang johor panggil 'gembing'.Betul tak betul?Tapi korang rasa ada ke manusia yang tak menangis ni tolak masa budak-budak dan bayi.Korang rasa kenapa lelaki menangis?

1. Hilang Orang Yang Disayangi

Yang ni semua orang akan menangis sebab sedih.Kalau yang tak menangis tu memang bukan manusia kot atau mutant.Even korang tak nampak seorang lelaki tu menangis time kematian tapi dia pasti akan menangis cuma korang nampak ataupun tidak sebab kebanyakkan lelaki ada ego dia dan mungkin ada juga yang berlagak cool.hahaha...

2. Tekanan Yang Melampau

Lelaki takkan menangis disebabkan hal-hal remeh.Kalau setakat pemadam kene curi dia tak nangis.Seriously ni berlaku pada diri saya sendiri.Saya akan menangis bila saya dah memang tak dapat nak handle masalah saya.So bila tengok keadaan pasangan korang mata dah agak berair tolong jangan serabutkan lagi keadaan sebab kalau korang tengok air mata dia dah menitis itu tandanya memang kepala dah nak pecah la tu.Lagipun menagis itu satu teapi beb.

3. Tak Dapat Tunaikan Harapan

Ok yang ni mungkin tak semua tapi kebanyakkan lelaki macam ni.Bila kami tak dapat nak tunaikan harapan orang-orang terdekat maka kekecewaan akan menghantui diri.Bila terlalu kecewa maka nak apa lagi meleleh la air mata.Tak taulah kalau ada orang yang terlalu kecewa dia ketawa terbahak-bahak nak jugak saya belajar ilmu tu dengan dia.

Ini je rasanya punca yang saya dapat detect.Sebab semua ni saya alami sendiri.Kepada lelaki jangan egois sangat.Kita takkan ke mana dengan ego.Persoalannya Adakah Lelaki Yang Mengis Itu Lembut?

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails