3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)



Selamat hari Ahad,

Ok ni kira sambungan entri part 1.Sila jangan anggap enrti ni saya wujudkan untuk jatuhkan sesiapa tapi sila anggap ia sebagai satu perkongsian yang mana kesalahan atau fakta yang saya kemukakan dalam entri ni merupakan kesalahan yang saya sendiri buat so saya tak nak korang jadi macam saya (ini kisah lampau ok!).Yelah manusia mana yang cukup sempurna untuk jalankan kehidupan dalam dunia pasti ada sedikit silap yang mana orang boleh nampak.

1. Ramai Blogger yang Menyamakan Blogging Dengan Myspace/Friendster

Kenapa saya cakap macam ni...Kalau korang perasan benda ni dari dulu sampai sekarang memang tak boleh ubah rasanya.Kita blogwalk banyak blog kalau 10 mesti ada 5 blog yang still anggap blog itu Myspace.Betul ke tak?Diorang suka sangat letak widget-widget yang sebenarnya tak perlu macam Music Autoplay, Template yang Fancy-fancy dan macam-macam lagi widget yang tak perlu.Korang tau tak dengan letak benda tu korang akan menyeksa batin readers.Yelah terutama sekali pada blogger yang hobi dia blogwalking.So tolonglah ye fikirkan perasaan orang lain ketika berblog.

2. Menulis Entry Jangkamasa Pendek

Ok benda ni memang ramai akan buat tak kira sengaja ataupun tidak.Ramai yang nak traffik dan akan kecewa bila traffik sikit tapi apa yang korang buat semasa menulis entri?Tulis short term entri yang mana readers akan baca sekali seumur hidup.Contoh entri yang boleh dikatakan long term ialah tutorial,tips,review (tak kiralah product,blog,music or tempat peranginan).Ni tak, suka publish entri yang pakai buang.Siapa kata entri personal tak boleh diulang-ulang?Saya bagi contoh...Andai kata korang pergi berjalan-jalan ke satu tempat makan.Janganla dalam entri tu korang asyik cerita apa aktiviti korang,berapa orang pergi, tapi selitkan jugak dengan  apa menariknya tempat tu.Korang kena ingat dengan teknik ni mungkin korang akan dikejar advertiser.

3. Suka Jadi Reporter Tanpa Gaji

Ayat ni saya amik dari Lizarazak.Reporter tanpa gaji bermaksud korang suka CTRL+A , CTRL+C, CTRL+V.Apa je berita dalam surat khabar korang ikut sebijik-sebijik ayat suratkhabar.Bukan tak boleh...Tapi beragak jugaklahkan kalau tiap-tiap entri korang semua article suratkhabar itu maknanya korang ada masalah dengan blogging.Lebih baik korang apply kerja kat Sin Chew Dailly.Korang jangan ingat bila korang buat article suratkhabar korang akan dapat traffik best dengan alasan SEO.Kalau macam tu korang silap sebab korang bayangkan kalau 200 orang cover cerita yang sama dan takde keunikan dalam article maka mana datangnya SEO bro?

Ni actually apa yang kebanyakkan blogger buat termasuk saya.Cuba kita ubah sama-sama so kita akan faham apa itu blogging.Saya tak tuju entri ni pada sesiapa cuma mengingatkan diri saya sendiri.

p/s :

* Dah lama tak tulis tips sebab takde masa nak buat research la...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails