KENAPA PASANGAN ITU BERCINTA?

KENAPA PASANGAN ITU BERCINTA?



Selamat malam,

Sejak last week mood saya agak ke arah jiwang-jiwang.Sampai saya terlupa yang saya dahulu merupakan seorang pengikut Rudi Moreno yang mempunyai hati yang keras serta memperjuangkan ideologi Skinhead Against Racial Prejudice.Chewah!haha...Magoo pasti bangga bila saya keluar statement ni.hoho...

Saya dapat idea untuk tulis entri mi lepas usha cerita Lagenda Budak Setan semalam.First time saya rasa tersentuh tenguk cerita melayu (selain tengok cerita Sembilu 15 tahun lepas.hak3).Sebelum ni saya banyak tanya orang best ke tak cite Lagenda Budak Setan?Tapi feed back yang saya dapat ialah kureng.Tapi berbeza pulak bila saya tengok sendiri.Cerita Lagenda Budak Setan sebenarnya best kalau kita hayati dengan hati yang lembut.

So semasa saya berjalan kaki tadi otak saya mula memproses data untuk entri ni.Terasa amat kagum bila tengok cinta Kasha & Ayu.So persoalannya kat sini adakah lagi pasangan yang mempunyai kekuatan CInta Kasha & Ayu?Korang rasa ada tak?So saya dapat kaitkan beberapa faktor yang menyebabkan psasngan itu bercinta...

1. Rupa Paras

Wahai mat-mat hensem dan minah-minah yang cun.Pernah tak korang tanya pasangan korang kalau time sekarang korang perfect bagi dia dan diorang sayang korang tapi adakah diorang still sayang korang atau tak kalau tetiba wajah korang tak cantik (sila abaikan muka yang berjerawat)?Mungkin pada ketika wajah korang tengah cun macam Lisa Surihani ataupun hensem macam Farid Kamil time tu je perkataan sayang tu wujud tapi lepas korang berubah ni kita tolak eksiden lah kan maka sayang tu akan hilang.Ye atau tidak?Kalau tak memang koranglah idaman mak mertua seluruh malaya.

2. Kekayaan

Zaman sekarang ini yang penting.Ada duit abang sayang takde duit abang melayang.Bab yang ni banyak nye ada pada wanita.Sebab tu wujudnya perkataan wanita materialistik dan agak pelik kalau ada perkataan lelaki pisau cukur.Ada ke?Kalau dulu-dulu orang mengorat dengan dialog macam ni :

"Hye cik adik sekarang pukul berapa?"

Soalan ni akan ditanya walaupun jam Rolex dipakai kat tangan kiri dan bateri masih lagi hidup.Tapi sekarang tidak lagi cara mengorat awek telah bertukar dan lebih advance dan dialog diapun dah bertukar macam ni :

"Hye awak saya ada Merc mata belalang nak tumpang?"

ataupun

"Adik Manis Abang baru beli Ipad ni.Made From USA tau...Nak pinjam?"

Dialog mengorat perempuan dan menjadi ke arah kebendaan dan kemewahan.Siapa punya ayat ada gadget paling power maka dia akan dapat awek tu.hak3...

3. Popularity

Haha yang ni mungkin tak semua lah tapi kita dapat bezakanlah awek yang couple dengan bf yang femes dan awek yang bf dia cuma budak skema.Benda ni biasanya terjadi zaman-zaman sekolah .Saya ingat dulu zaman sekolah dak-dak yang glamer mesti dapat awek hot!Oklah kita bezakan macam ni.Antara awek yang boyfriend dia cuma orang biasa dengan awek yang couple dengan artis.Bila terima pujian macam ni (contoh je eyh) :

"Weyh bf ko Bean Moreno tu hensemkan?"

Maka jawabnya 

"Hensem ke?Biasa jelah...Kurus je dia tu"

Sikitpun tak bangga...Tapi cubalah kalau dia couple dengan artis ataupun orang yang agak femes (walaupun hanya belakon utnuk 2 scene je) dialog dia akan jadi ...

"Amacam hensem tak boyfriend aku?"

Dia pulak yang tanya orang sebab nak diri dipuji.Dem!haha padahal yang femes tu boyfriend dia bukan dia tapi dia pulak yang nak poyo lebih,hak3...

Rasa cukuplah sampai point ni.Kalau saya taip lagi panjang kang ada pulak orang sakit hati lepas tu SPAM blog ni.Actually benda ni pun pengalaman saya juga.Dah pernah alami so sebab tu saya boleh menulis pasal benda ni dengan lancar.hak2...Kepada yang terasa saya mintak maaf la eyh bukan sengajapun.

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails