RAJA LAWAK 5 MINGGU KEEMPAT R2 TERBAEK - CINTA

RAJA LAWAK 5 MINGGU KEEMPAT R2 TERBAEK - BOMOH CINTA 

Salam guys,

Ok straight to the point.Korang tengok tak Raja Lawak 5 minggu keempat hari Jumaat lepas?Minggu ni sketsa harus bertemakan topik CINTA.Biasalah yang bagi task pun pengarah movie jiwang iaitu Ahmad Idham.Setahu saya takde lagi tema ni dalam Raja Lawak sebelum ni.Persembahan peserta memang tak mengecewakan dan masing-masing ada punch line yang best.So seperti biasa memang KOPIO tak dapat buat saya ketawa malah terasa macam nak sepak je diorang ni.Meluat beb tengok dan at last diorang terkeluar.

Ok macam biasa bagi saya group yang terbaek ialah R2.Lawak diorang memang best tapi minggu ni yang banyak kasi punch line ialah yang bermisai tu.Lagi sorang just jadi tukang tanya je.Ok jom usha lawak R2 untuk tema Cinta ni ...






Best kan lawak diorang.Sayapun tak tau kenapa saya boleh sokong diorang padahal saya die hard Nazmie.Bukan tak nak sokong Nazmie tapi punchline dia asyik ulang-ulang je.Jom usha peserta-peserta lain yang lawak ...
 

Man - Cinta Ah Long : 







BALAS - CINTA HARTA :




BILA DALAM PERPUSTAKAAN WALAU APAPUN TERJADI MEMANG KENA SENYAP

BILA DALAM PERPUSTAKAAN WALAU APAPUN TERJADI MEMANG KENA SENYAP

Salam guys,

Hari ni saya ada something yang saya nak share dengan korang.Maybe ada di antara korang yang dah pernah usha video ni (tiada kaitan dengan porno mana-mana artis).Siapa pernah layan gam show Silent Library.Game show ni memang dah lama.So sesiapa yang dah pernah layan anggap lah entri ni sebagai satu ulangkaji peperiksaan ye...





Silent Library ni actually satu game show Jepun (kalau saya tak bagitaupun mesti korang tau).Memang unik game show macam ni dan kreatif.Biasa kita tengok game show semua mesti bising tapi game show ni even apa terjadi diorang kena senyap untuk menghormati perpustakaan.Apa pendapat korang lepas usha game show ni?

p/s :

* Ternyata orang Jepun ramai yang gila.hak3...
* Sekarang Library dah boleh bising-bising layan lagu hiphop...Tak caye pi lah Library kat Cineleisure.Siap ada orang mabuk lagi...

Korang dah download Ovi Apps Suterablogger ke blom?Kalau blom download pi lah download senang sikit nak usha blog ni.

BILA SUDAH DI ATAS MANUSIA AKAN LUPA ASAL USUL.ITU LUMRAH DUNIA

BILA SUDAH DI ATAS MANUSIA AKAN LUPA ASAL USUL.ITU LUMRAH DUNIA

Salam guys,

Hari ni tiada tips blogging dan saya takde mood nak share apa-apa tips sebab mood agak ke laut dan mungkin terlupa beli 'whisper' hak3...Saya ada satu persoalan iaitu apa yang korang rasa bila korang ada kelebihan sedikit dari orang lain?Dem mesti rasa best dan rasa diri agak besar.Jalanpun akan mendada dan hidung akan setinggi KLCC.Itu adalah sifat manusia yang mana kita tak boleh elak.

Kita dijadikan sebagai manusia dan dikurniakan satu sifat yang mana semua orang ada iaitu ego yaang ber'level'.Faham?Kalau tak faham sila usha gambar bawah ...



Gambarajah atas ni nampak macam lawak tapi ada kebenaran dia.Serius.Ok kalau still tak faham meh saya terangkan.Level of ego ni sebagai contoh macam ni.Kita ambil contoh dalam pekerjaan.Kita masuk sebagai kerani itu adalah pangkat paling cikai dalam office tu.Bila ada apa-apa kerja yang disuruh kita mesti kena buat.Selagi air 100 plus boleh bagi tenaga kita tetap akan buat sebab kita level paling rendah ma...Lepas ker ja sebulan naik satu pangkat senior kerani.Kita tetap akan buat dan terima pandangan orang atasan.Pesoalannya kat sini adakah kita nak dengar arahan ,ooop soory bukan arahan pandangan kerani yang ada bawah kita?Sila jawab sendiri.Even pandangan itu betul kita tetap susah nak dengar.Ini baru cite pasal pandangan belum cerita pasal pertolongan.Sekarang nampak tak?


Kalau korang follow facebook saya korang akan nampak status yang agak tak best dari saya.Sebab apa?Sebab saya dah muak dengan karenah orang yang egonya berlevel ni.Dah banyak saya jumpa dan kebanyakkannya semua akan berubah bila dapat sesuatu.Saya ingat dulu lah kan saya pernah lepak dengan satu member saya dialog dia macam ni ...


Member Bean : Weh bro bro ni memang cool,gua rasa macam nak ikut dia lah.Gua akan respect dia gila-gila punya.


Bean Moreno : Bro tu memang gangster bro...Tapi gua kurang berminat ah...


Itu ayat masa awal-awal mamat tu belum ikut bro yang jadi idola dia tu.Tapi bila mamat tu dah ada crowd then nama pun dah sedap nak dengar dialog dia jadi macam ni ...


Member Bean : Macam haram lah bro tu.Gua rasa macam nak langgar je dia..Lu rasa macam mana bro?


Bean Moreno : Itu kan idol ko.Ko dah ikut dia bertahun apasal tetiba hari ni ko nak langgar pulak.


Nampak tak apa yang saya nak sampaikan.Manusia akan terlupa asal-usul kejadian dia.Manusia akan sombong bila ada sikit kelebihan.Tapi apa yang kita boleh buat?Kita hanya mampu diam dan lihat sahaja.Bila kita ada lebih sikit kita hanya akan patuh pada orang yang di atas dan sepak orang yang di bawah (dah macam sistem piramid plak).


p/s :


* Sifat Ego Berlevel ni semua orang ada cuma kita kena tau cara nak control dia je.


* Saya bukan jenis manusia yang senang lupa kawan-kawan.


"Allah ciptakan manusia itu memerlukan antara satu dengan yang lain.Mungkin hari ni dia perlukan kita tapi kita tak tau bila pula kita perlukan dia...So jangan riak sangat dengan kehidupan."

TIPS | LINK DALAM POST


TIPS : LINK DALAM POST

Salam guys,



Apa yang korang fikir pasal link dalam post?Ok link dalam post ni sebenarnya penting tapi kita je tak sengaja.Sebelum saya teruskan saya nak mintak maaf kalaulah ada kesalahan or pendapat yang berbeza dalam entri kali ni sebab ni apa yang saya nampak ikut pemerhatian mata kasar saya yang tak berapa nak terang sebab tak pakai cermin mata mahupun contact lens.

Dulu saya pernah tulis pasal jangan kedekut link betul tak?Tu salah satu elemen jugak sebenarnya.Sebab bila kita linkkan orang lain dalam post kita akan bagi satu penghargaan untuk blogger tu sebenarnya.Bagi saya kan link dalam post ada dua jenis iaitu :

1) LINK KE BLOG/WEBSITE LAIN

Untuk yang ni biasanya digunakan oleh blogger-blogger yang selalu berangan nak jadi reporter tak berbayar.hak3...Jangan terasa saya just bergurau je eyh dan sayapun sebanarnya salah seorang reporter free.Biasanya kita akan tulis pasal apa yang ada kat surat khabar lepas tu linkkan balik kat surat khabar tu.Yelah gila ke apa kalau tak link balik pastu kena saman sape nak bayar beb.Contoh lain ialah link ke blog lain.Yang ni memang biasa kita buat terutama sekali bila nak bagi credit (ada juga yang tak buat).Kepada yang tak biasa buat sila buat sebab korang akan nampak perbezaan kepada blog korang dan korang akan belajar cara beradab dalam blogging.hoho..

2) LINK KE POST YANG LEPAS

Ok yang ni mesti mengundang pertanyaan ramai.Mesti ada yang cakap buat apa nak link lagi sedangkan kita dah pakai Linkwithin?Jawapan saya senang je.Ye memang Linkwithin sama je macam link kepada post-post yang lama tapi bezanya ialah dengan link dalam post ia lebih tepat sebab Linkwithin akan muncul secara rawak mengikut Tag.Bila kita linkkan post lepas readers lebih senang,diorang click je terus pergi ke post yang related.Mudah kan dengan ICT.hak3...Sekarang korang nampak tak apa yang Bean Moreno nak tunjuk.Dengan linkkan ke post yang lepas kita akan dapat impression ataupun pageview lebih sikit.Tak caye cuba buat sebab kalau jut nak kondem je sampai kiamatpun kita tak maju beb.

Hm, amacam cukup info tak?Tak cukup tunggu saya keluar tips blogging lain sebab saya dah lama tak menulis benda-benda serius dan juga tips blogging.Ni baru nak start balik sebab terllu bosan.hak3..

p/s :

* Berpeluh kepala nak keluarkan tips.
* Korang jangan buat-buat tak nampak.Blog ni dah ada share button.So tolong share-share ye.

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG




Salam guys,

Hari nak share sikit pasal Alexa Rank.Apa yang korang faham pasal alexa?Penerangan yang simple mengikut kepala otak saya ialah statistik web/blog dalam dunia maya di mana korang kena compete dengan berjuta-juta web/blog dalam internet.Rangking bermula dari nombor besar ke nombor kecil.Sila jangan sakit jantungkalau first time korang check Alexa Ranking tetiba keluar angka juta-juta dan jangan berangan itu angka duit dalam Maybank2u sebab itu just ranking maya.Ini bermakna lagi kecil nomber lagi bagus blog korang.

Dulu saya bermula dengan angka 3,256,412 .Amacam banyak tak?Memang disappointed beb tengok ranking tapi lepas saya start aktif maka nombor tu makin kurang dan sekarang lihatlah hasilnya ...


Dengan usaha keras saya selama 2 tahun maka dapatlah rank serendah ini.Actually belum cukup bagus tapi apa kan daya saya tak punya banyak masa untuk berblog macam dulu.Kalau nak ikutkan dulu saya pernah dapat dalam 300K tapi yang ni pun oklah.Tunggu masa saya nak buat semula blog ni.

Macam mana nak rendahkan ranking Alexa :

1. Tulis Secara Consistent
2. Maintainkan Traffik
3. Exchange Link
4. Belajar SEO 

Kalau korang nak check ranking boleh pi http://www.alexa.com/

GABUNGAN ALTIMET, JOE FLIZZOW DAN SONAONE YANG MANTAP!

GABUNGAN ALTIMET, JOE FLIZZOW DAN SONAONE YANG MANTAP!

Selamat malam fellas,

Starting dah hiphop habis beb.Hoho sejak bila bekas skinhead layan lagu hiphop.Yang penting awek-awek hiphop mantop.hak3...Saya memang dah lama nak review lagu ni tapi cari-cari tak jumpa.Semalam godeh-godeh Youtube terjumpa si hari ni saya nak review.Pernah dengar lagu Who Do It Better nyanyian Altimet, Joe Flizzow & Sonaone.Kalau belum jom layan ...




WHO DO IT BETTER - JOE FLIZZO, ALTIMET, SONAONE [DOWNLOAD HERE]

Komen Bean Moreno :

* Macam biasalah yang jadi tarikan bagi saya ialah lirik Altimet.Gila sempoi senang faham even berkias dan agak pedas.Gua terasa nak dengar lirik lagi kow bro!

* Bagi saya Joe Flizzow lebih sesuai bikin lagu English sebab sepanjang saya dengar Too Phat memang rapping dia dalam English agak best dan kalau lagu dia dalam Malay agak kureng.Sorry Joe gua cite yang betul.

* Dalam lagu ni saya langsung tak faham lirik Sonaone.Mungkihkah dia nyanyi bahasa chikanos.'Orale Karnal...'

* Adunan muzik dan lirik memang kena.

p/s :

* Tetiba teringat yang dulu sayacukup tak suka budak Hiphop bila dah tua terminat pulak lagu hiphop.

* Dengar cite Altimet tengah sibuk buat combo album.Dua album katanya

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

BEAN MORENO VS AZAM LHDN.PENJELASAN MENGENAI CUKAI ONLINE

Selamat malam guys,

Tiada Mondays blues hari ni sebab saya dah mula balik aplikasikan metafizik dalam kehidupan dan dah mula nampak jalan pulang.Dah dua hari kecoh pasal Blogger buat duit satu juta dan Cukai Ke Atas Blogger.Semalam kalau korang perasan saya ada up isu pasal Cukai Blogger dan Pemilik Forum.Haripun kalau tak silap Hot Chat pasal blogger dan diorang call sendiri Kak Red.So rahsia terbongkar.haha...Media sengaja nak up kan cerita mustahillah Kak Red dapat satu juta kalau dapat dah tentu dia pakai Rolls Royce.

So disebabkan entry tu maka sepantas kilat pihak Jabatan Penerangan iaitu En Azam reply entry saya :



Ni reply dari beliau.Actually panjang tapi saya pendekkan.So ni pulak apa yang saya reply :




Terima kasih En Azam sebab bagi penjelasan yang ramai blogger tunggu-tunggu.Sayapun terkejut dengan statement dalam Facebook Jabatan Penerangan sebab tu saya nak kepastian takut saya buat andaian salah info susah pulak.Harap En Azam tak ambil hati sebab cara saya menulis memang macam tu dan saya mintak maaf kalau penulisan saya mengguris hati En Azam (fuh macam ayat awek seyh). 


Maka kesimpulannya ialah blogger yang berpendapatan RM2500 harus declare dan bayar cukai.Siapa blogger tu faham-faham sendiri lah ye takkan saya nak reveal yang penting bukan sayalah sebab saya still termasuk dalam blogger tak femes dan cap kentang putar.


p/s :


* Selamat duit Nuffnang...So lepas ni mesti ramai yang tak nak reveal dapat check dari Nuffnang.hahaha

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

Berkenaan dengan tajuk entri ni semua orang nak terasa dihargai ataupun ingin popular.Kalau la ada dalam ABPBH(Anugerah Bintang Popular Berita Harian) ada kategori blog paling popular mesti ramai blogger yang akan update blog diorang selalu.hak2 ini bukan perli ye cuma realiti.Popular itu adalah subjektif kalau kita nak cerita.Sebab popular dalam blogging boleh dibahagikan kepada dua.Adakah popular disebabkan ramainya follower ataupun popular sebab banyaknya reader dan traffic.Pening tak dengan statement saya ni.Korang fikirla sendiri apa bezanya sebab memang ada bezanya sebab itu saya kata ia adalah subjektif(bukan jawapan peperiksaan ye).

3 Cara untuk popularkan blog :

1- Content/Keyword kene best
Wah yang ni bagi saya memang penting sebab andai kata(saya ulang andai kata) hari tu blogger lain tak blogwalk ataupun mungkin sistem gengblogger rosak tak boleh nak ping entri maka apa yang dapat membantu kita ialah keyword SEO.Sebab tu kalau boleh buat je entri untuk contest mana2 blog ataupun contest Nuffnang.Walaupun tak menang tapi sekurang2nya kita dapat tulis entri n dapat keyword.Sebab tu saya try macam2 contohnya macam youthsays, blogadvertisingstore ataupun buat contest nuffnang.tak percaya biar saya tunjukkan :


3 entri yang saya submit untuk contest nuffnang memberikan saya traffic yang agak tinggi untuk bulan ini.Harap2 la menang salah satu.So sekarang korang percaya tak?Saya tak paksa just nak share je.

2- Blogwalking ataupun berjalan ke blog lain
Ini pun salah satu cara untuk korang popularkan blog korang ataupun dapat visitor.Cari blog baru then tinggalkan jejak.Dalam berblogging ni kita tak boleh sombong sebenarnya.Sombong terjun lombongla.Kita tak boleh assume yang kita ni terlalu otai walaupun kita dal blogging lama.Itu bukan concept blogging sebab tujuan sebenar blogging adalah untuk berkongsi tak kira la emosi ataupun knowledge.Jadi lerpas ni tolong jangan sakitkan telinga saya dengan mendengar perkataan "dia tu otai bean"...tak mungkin saya akan hiraukan perkataan tersebut.Bukti...


Traffik2 di atas datangnya dari blog2 lain.Kemungkinan tuan blog yang masuk ataupun follower2 dia yang tertarik dengan nama blog saya(chewah perasan betul...hak2).Ataupun apa yang saya tulis dalam chatbox diorang(mungkinla sayapun tak tau).Saya suka comment dan juga tulis kat chatbox.Mungkin ada blogger yang baru sampai kat blog diorang klik link saya untuk cari traffik or info(macam saya jugak).So thanks kat blogger2 yang blogwalk ye.

3- Interaksi dengan Visitor
Ini terbahagi kepada dua.Satu chat box dan kedua comment.Contohnya macam ni ...

 Kalau yang masuk blog kita tu blogger jugak diorangpun akan tinggalkan URL kat chatbox(tulah fungsinyapun) jadi janganla terlalu perasan sibuk sampai tak sempat nak masuk balik blog orang yang tinggalkan jejak.Ingat baik dibalas baik jahat masuk jail ok...Jangan lupa kalau ada komen kat entri tu tolong la jawab barula orang yang komen tu rasa dihargai.Saya baru perasan kalau orang komen boleh buat notification ke email.hak2 apa punya blogger la saya ni.Yela sayapun masih belajar la bukan nya bagus sangatpun.

p/s :

* Kalau korang nak blog korang cepat up dengan cara yakuza cuba korang jadi Aduka Taruna mesti hits blog >1000 sehari.
* Masih lagi mencari jalan untuk menaikkan hits blog ni biasala manusia tak pernah cukup.
* Ingat traffik penting untuk nuffnang.

BLOGGER DAN CUKAI PENDAPATAN?APA KAITANNYA DENGAN PHUNSHUK WANGDU

BLOGGER DAN CUKAI PENDAPATAN?APA KAITANNYA DENGAN PHUNSHUK WANGDU

Salam Ahad,

Saya nak tanya korang best tak jadi blogger?Macam yang kita tau Kakred masuk paper lagi.Makcik ni memang tak habis-habis bikin hal dengan surat khabar.hoho...Kalau tanya saya blogging memang syok sebab saya dapat kenal ramai kawan dan dapat kaji beberapa karektor.Tapi ni ada satu berita tak best bagi korang yang bergelar blogger.Awas korang dah kena bayar cukai pada LHDN.Dem...Apa kejadahnya LHDN ni.Apa tak cukup-cukup lagi korang pow duit rakyat.hak3...Korang percaya tak?Saya ada bukti ...



Korang boleh usha Facebook Kementerian Penerangan Malaysia.Ok simple je kalau diorang buat macam ni saya ada beberapa persoalan yang perlu dijelaskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia :


1) Adakah cukai ini dikenakan pada blogshop ataupun termasuk blog peribadi?


2) Adakah cukai akan dikenakan mengikut pendapatan blogger ataupun ada amount yang ditetapkan?
- Habis blogger cap ayam macam saya yang hanya dapat RM30 sebulan macam mana?


3) Adakah cukai yang dikenakan pada setiap rakyat malaysia tak cukup untuk negara sampai pendapatan online yang tak tetap pun nak dikenakan cukai?


Harap-harap persoalan saya dapat dijawab sebab macam tak fair lah kan tetiba bloggerpun nak dicukaikan.Pendapatan kami takde lah tinggi sangat dan still tak boleh beat gaji Perdana Menteri dan Blogger bukanlah satu pekerjaan profesional yang ada pendapatan tetap.Untuk pengetahuan korang isu ni pun dapat perhatian Saintis terhebat dunia iaitu Phunkshuk Wangdu.Tak caya ...




Tak pasal-pasal Phunkshuk Wangdu boleh cakap Bahasa Melayu...Soalan terakhir untuk korang.Bersediakah anda untuk jadi Blogger yang sanggup bayar cukai?


p/s :


* Lepas ni sila jangan umum income Nuffnang dalam blog ataupun surat khabar sebab nanti LHDN ingat kita semua kaya.


* Dari gua bayar duit cukai lebih baik gua bagi sedekah takpun bayar zakat...Dahla minyak naik harga barang naik blogpun kena cukai...Mana akai korang selaku pentadbir negara?  


* Jangan lupa date kite eyh Kakred...

SIAPA KATA BATMAN TAK WUJUD KAT DUNIA NYATA

SIAPA KATA BATMAN TAK WUJUD KAT DUNIA NYATA

Selamat malam,


Ni adalah gambar superhero pujaan dunia.Dan dia adalah superhero yang lawan musuh takde power pelik-pelik.Orang semua cakap dia ni Bruce Wayne.Dan dia berasal dari Gotham City.Tapi hasi kajian Bean Moreno kat internet tadi, saya dah dapat kenal pasti dia ni bukan orang USA dan nama sebenar dia bukanlah Bruce Wayne.Tak percaya saya ada salinan kad pengenalan dia dan dia sebenarnya tak pandai cakap bahasa inggerispun.Yang dalam cerita Batman Return dan Batman & Robin tu semua miming ...





p/s :


* Sorrylah entry mengarut sebab malam-malam kita kena tenangkan fikiran tak elok stress kalau tak esok nak kerja takde mood. 

RAJA LAWAK 5 MINGGU KETIGA MAN TERBAEK - TIRU GAYA ERIC LEONG DAN NASIR BILAL KHAN

RAJA LAWAK 5 MINGGU KETIGA MAN TERABAEK - TIRU GAYA ERIC LEONG DAN NASIR BILAL KHAN





Selamat pagi Ahad,

Korang layan tak Raja Lawak 5?Saya setiap minggu mesti layan takkan lepas.Ok bagi saya yang oaling best minggu ni adalah Man.Bukan Man belon ye ni Man Raja Lawak 5.Macam yang kita tau minggu ni diorang punya assignment ialah tiru gaya artis.Assignment ni memang setiap kali Raja Lawak ada.Anda masih ingat dengan watak Ziffi.hak3...Oklah Jom layan Lawak Man Minggu ni ...







Komen Bean Moreno :

* Memang terbaek lah Man,actually saya sokong Nazmie tapi dia lebih lawak dari Nazmie minggu ni.Apa yang menarik dia tiru Eric Leong memang menjadi.

* Dalam Raja Lawak dah dua kali orang tiru gaya Naseer Bilal Khan.Adakah senang nak tiru gaya dia?Ataupun Gaya dia memang famous?kalau tak silap dulu Shah pun ada tiru gaya dia.

* Dalam minggu ke-3 ni penyingkiran yang berlaku memang tak patut.Sepatutnya bukan TPO yang keluar tapi Kopio.Saya agak menyampah tengok lawak bangang diorang sejak minggu pertama.Inilah yang dikatakan 'Pengundi itu buta'.Jom undi keluar KOPIO minggu depan dem annoying!

* Disebabkan perkara di atas saya tak nak mengundi sebab kalau saya undipun ramai lagi yang tak tau mengundi.

* Man selalu akan ada dua punch line kuat yang boleh buat orang ketawa.

* Inilah baru standup comedian.

p/s :

* Pernah tengok Ular Berak tak?

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING



Selamat petang.Bean Moreno baru balik dari kerja.Actually nak kongsi benda ni dah lama tapi asyik terbantut je.So sementara menunggu Megi saya kembang saya nak share sikit pasal traffik tapi saya tak mungkin akan reveal traffik blog ni sebab belum cukup bagus untuk di'reveal'.Tunggu UV saya dah maintain 13K sehari baru saya reveal (apahal tamak sangat ko ni Bean).

Ramai orang merungut pasal UV rendah.Apa itu UV?Uv ialah unique visitor yang singgah kat blog kesayangan korang tu.Actually dah ramai yang turunkan tips termasuk saya tapi ramai juga yang just baca then ignore.Sebelum korang masuk pada yang lebih detail baik buat yang ni dulu sebab yang ni basic je.Teknik ni saya panggil 'Aku Tolong Ko,Ko Tolong Aku'.Teknik ni ada berkaitan dengan blogwalking.


Sebenarnya tak susahpun nak dapat 200 UV setiap hari dengan blogwalking.Kita just guna Logaritma Blogwalking.Selalunya korang blogwalking ikut shoutbox.Betul tak?Macam mana dari Blogwalking korang boleh dapat 200 UV.Apa yang saya nampak ramai yang blogwalk just tinggalkan jejak dia je.Contohnya :

Si A Blogwalk ke Blog Si B Lepas tu tinggalkan link kat shoutbox B.Lepas tu Si B membalas kunjungan kepada Blog A - Maka 1 sahaja UV untuk setiap blog.

Apa kata lepas ni korang tukar cara blogwalking korang jadi macam ni :

Korang masuk satu blog then tinggalkan link lepas tu ambil 2 link dalam shoutbox dia untuk di jadikan kunjungan seterusnya.Buat benda yang sama pada setiap blog yang korang ambil linknya sebanyak 8 kali.Maka korang akan dapat at least 200UV sebab ...

2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2  = 256

Amacam senang kan.Tak perlu banyak sangat sebab nanti korang kena pergi England Optical pulak beli cermin mata.Biar slow asalkan nampak hasil.Kalau rajin korang buatlah lebih.Ni untuk blogger beginner macam saya lah yang traffik dah juta-juta sila ignore teknik ni sebab korang sememangnya dah terlalu hebat di mata blogger.hak3...

p/s :

* Kalau benda simple macam ni pun korang tak dapat buat sila jangan berangan nak main SEO sebab itu lagi susah.

APA LAH MAKNA ABANG JIKA TAK DAPAT TOLONG ADIK

APA LAH MAKNA ABANG JIKA TAK DAPAT TOLONG ADIK

Salam guys,

Hari Sabtu adalah hari yang dinanti oleh semua orang sebab cuti.Last week team kami kalah di Om Nom Nom.Tapi itu takdehal as long as saya enjoy.Hari ni half day so balik awal 4 jam ke rumah dan menunggu aiensepet masak lauk yang sedap.


Tadi bila buka je blog tengok komen phreak ada komen and mention yang PR blog ni dah naik PR3.Kalau dulu mungkin saya agak teruja tapi sekarang itu sedah biasa sebab dulu saya dah pernah dapat PR3 just disebabkan ghairah sangat kejar PR saya ada buat satu kesilapan yang besar so PR tu turun.Nak tau PR tu apa korang boleh pi masuk blog ariffshah.Kalau malu tunggu sampai saya terangkan.Apa-apapun saya bersyukur dengan apa yang saya dapat.


Oklah actually entry ni wujud untuk support apa yang adik saya buat.Adik yang mana?Untuk pengetahuan saya adik sayapun blogger dan dia top.Nama dia Fatin Liyana...ooops silap nama pulak.Nama dia Aini.Pernah masuk blog dia?Kalau blog pi masuklah sebab saya takde mood nak buat review.DIa mintak tolong so sebagai seorang abang yang kacak dan bertanggungjawab saya kenalah tolong dia.Tapi untuk melaksanakan kejayaan ni korang pun kena tolong jugak.Simple je TOLONG VOTE!


Ada 2 step yang korang kena buat iaitu :



1st step: korang pegi link nih http://www.facebook.com/eightdesigns then click like button.
2nd step: korang pegi link nih pulak [Klik Sini] then click like button.

Gambar dia ada macam ni :



Hopefully korang rela meng'like' gambar ni ye.Saje je mintak tolong korang sebab saya cuma boleh vote sekali je kalau boleh like berjuta kali memang saya buat sebab 'Apalah Makna Abang Jika Tak Dapat Tolong Adik' ye tak?haha


p/s :


* Hari ni korang tolong orang mana tau bila korang perlukan pertolongan orang tu akan tolong pulak dengan rela.

SIXTH SENSE - MENYESAL

SIXTH SENSE - MENYESAL



Selamat pagi semua,

Pagi Sabtu macam biasa saya nak share satu video dan lagu.Sebelum tu saya nak tanya korang minat lagu-lagu Sixth Sense tak?Secara terus terang saya cakap dulu saya tak minta band ni sebab bagi saya ia terlalu jiwang untuk didengari dan malu beb nak ngaku minat Sixth Sense maklumlah time tu jiwa 3line masih kuat.hohoho...

Nak tau macam mana saya boleh 'terminat'.Satu hari saya keluar minum dengan kawan saya nama dia Adik Botak.Sorry eyh tiada link sebab dia bukan blogger.Dia ni kalau korang tengok memang muka tarik kete beb.Ganas!Tapi masa balik dari 'mamak' tiba-tiba saya terdengar dia nyanyi lagu Sixth Sense.Kalau takat nyanyi je takpe ni siap feeling.Kalau masuk AF confirm pengkritik kata dia pandai menggunakan ruang...ooops.haha...


Jom layan single terbaru Sixth Sense tajuk dia menyesal...





SIXTH SENCE - MENYESAL [DOWNLOAD HERE]

Lirik Lagu Menyesal :

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


p/s :

* Apa keheinye bro tetiba je berjiwang pepagi ni...
* Kadang-kadang best jugak layan jiwang...

FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI

FIRST TIME ORANG TERHARU BACA ENTRY BLOG NI

Salam guys,

Ok first of all thanks kat korang yang selalu masuk blog ni dan tanpa segan silu baca entry-entry dalam blog ni.Korang buat saya selalu happy dengan kemasukan traffik yang agak deras.hoho.Kalau nak tanya saya adakah saya puas blogging.Jawapannya ialah ya sebab saya dah dapat apa yang saya nak dalam blogging.Dari CPC hingga ke advertorial semua saya dah rasa (tiada niat nak poyo lebih sikit tu adalah..hak3).Yang paling penting ialah PERSAHABATAN.Saya rasa best blogging sebab dari blogging saya kenal ramai orang yang cool.





Sekarang ni takde benda lain yang best daripada FRIENDSHIP.Untuk pengetahuan korang dari saya sekolah menengah sampai lah dewasa saya jenis susah nak dapat kawan.Ini cerita serius bukan cobaan.Kalau adapun mungkin atas dasar-dasar tertentu.Tapi bila blogging saya daoat jumpa ramai orang yang ikhlas.Persoalan seterusnya benarkah blogger ikhlas?Bagi saya tak semua tapi kebanyakkan blogger yang saya kenal kebanyakkannya ikhlas terutama sekali Puan Capa (sila jangan kembang lebih ok).

Hari ni saya dikejutkan dengan satu komen dari Sendra.Bagi yang tak kenal dia memang suka kalau komen memang oleh bikin satu entry yang boleh meraih hits yang tinggi.hak3...Mau baca.Jom saya share ...



Korang tengok sendiri komen dia.Memang boleh buat satu entri.Saya buat entri ni untuk dia hanya disebabkan dia kawan saya dan saya silent reader yang tak berapa ni silent kat blog dia.Terus terang saya buat entri tu ikhlas dan tiada hidden charge macam sesetengah telco.hoho...Kalau korang tak nak anggap itu ikhlas korang boleh jugak anggap sebagai entry ketika tiada idea.hak3...


Oklah anyway Sendra thanks for the comment.Aku hargai itu dan anggaplah apa yang aku buat itu just sebagai satu pembakar semangat untuk ko yang sememangnya dah lemau.haha...


p/s :


* Saya suka tengok orang happy dengan kehidupan sebab ia akan membuatkan saya happy dengan kehidupan saya.

SAKIT ITU UJIAN DAN MATI ITU PASTI...ADAKAH KITA INGAT?

SAKIT ITU UJIAN DAN MATI ITU PASTI...ADAKAH KITA INGAT?



Salam Jumaat guys,

Pejam celik dah hari Jumaat mungkin bagi sesetengah orang Jumaat adalah satu hari untuk mengngati cuti.hak3...Tapi bagi saya Jumaat mengingatkan saya pada kerja lagi sebab Sabtu saya masih kena pergi office.Bilalah nak dapat kerja yang Sabtu cuti.Oklah macam biasa Jumaat kita kenalah share something yang bermanfaat selain dari blogging.So saya terfikir something yang sepatutnya kita fikir dan renungkan bersama.

Dalam kehidupan kita kita leka dengan apa yang kita tempuh seharian lagi-lagi kalau benda tu syok dan mendatangkan kegembiraan.Bila kita dah gembira sangat kita akan terlupa yang kita ni hidup menumpang dan meminjam.Kita seolah-olah tak fikir kita ni juga satu ciptaan bukan pencipta kekal.Satu persoalan yang akan muncul adakah kita akan sentiasa gagah?

Kenapa saya nak share benda ni dengan korang.Sebab biasanya kita ni senang lupa dan lalai dengan dunia.Kita buat apa yang kita suka tanpa fikir hidup kita adalah untuk DIA.Ramai antara kita termasuk diri saya lupa tanggungjawab kita.Kita just akan ingat pada dia bila kita ditimpa musibah ataupun bila kita sakit.Time tu baru kita nak sebut nama Allah.Tapi bila kita dapat kecapai kejayaan adakah kita ingat bahawa itu cuma pinjaman dan DIA bila-bila boleh tarik apa yang kita dapat.

Orang kata sakit itu ujian nak tengok samada kita sedar ataupun tidak yang kita ni hamba.Ada pulak yang kata sakit itu penghapus dosa.Ya dua-dua pun betul tapi ada juga di antara kita yang tak sedar itu semua.Time kita sakit kita tetap riak.Ada juga yang salahkan takdir masa sakit.Tak pasal-pasal patut boleh hapus dosa kecil tetiba dapat dosa besar hanya sebab kita lupa yang kita ni hanya peminjam.


Persoalan terakhir ialah pernah tak kita terfikir nak taubat?Sendiri jawab dan sediri ingat sebab itu atas dasar diri sendiri.Jadi ingatlah Sakit Itu Ujian Dan Mati Itu Pasti....



WALI BAND - TOMAT [DOWNLOAD HERE]

KORANG PUNK ROCK SILA KASI BOW SAMA RANCID SEBAB INI OTAI PUNK ROCK!

KORANG PUNK ROCK SILA KASI BOW SAMA RANCID SEBAB INI OTAI PUNK ROCK!

Hye guys,

Cuti yang amat bosan sebab tak ke mana-mana.Sorry kepada Anakperak sebab tak dapat nak attend picnic korang.Saya kena gotong royong bersihkan rumah sebab maybe FL (bukan Fatin Liyana tapi Father in Law) akan datang so kena kasi kemas sikit rumah.Soalan pertama adakah korang layan muzik Punk Rock?

Kat Malaysia banyak band Punck Rock contohnya macam Y2K, One Buckshort dan Bunkface.Bagi saya diorang kira hebat lah kalau perform lagu-lagu genre macam ni.Memang saya respect band diorang ni lebih-lebih lagi Bunkface sebab lirik diorang agak sempoi dan muzik diorang best.Tapi kalau saya sebut pasal Rancid mesti diorang akan kasi satu bow sebab itu mungkin satu daripada band influence diorang.Tak caya pi tanya Sam Bunkface.Walaupun saya tengok gaya muzik Bunkface agak ke Greenday tapi trylah tanya siapa Rancid.

Bagi korang yang tak pernah layan lagu Rancid first saya nak cakap selain diorang main Punk Rock diorang jugak ada layan muzik SKA Punk.So Jom layan ...




Saya minat gila band ni sebab sususan muzik dia kena dengan vokal penyanyi dia (wah dah jadi cikgu vokal AF dah).Rancid ni merupakan satu band Punk Rock yang ada kat USA.

p/s :

* Apa pendapat korang dengan muzik Punk?Suka dengar tak?
* Rindu siot kat gitar & stick Drum .Ada sapa-sapa nak ajak jamming?

ANDA MAU MENANG HADIAH BERNILAI RM4OK JOM JOIN MILO JAM-PACK

ANDA MAU MENANG HADIAH BERNILAI RM4OK JOM JOIN MILO JAMPACK



Salam guys,

Kalau cerita pasal hadiah riban-riban siapa yang tak mau kan.Cuba korang bayangkan dapat hadiah bernilai RM40K adakah korang nak tolak mentah-mentah tanpa mencuba?Owh korang akan tergolong dalam golongan yang rugi kalau tak mencuba.Nak dapat awekpun kena try dulu baru tau resultkan sama jugak dengan contest kena try dulu baru tau menang kalah kalau tak try memang kita dah taulah hadiah tu bukan kita punya.

Apa pulak pendapat korang tentang 'Jam'.Bukan jam tangan atau Jamsari itu takde kena mengena ye ni pasal Jam atau dalam bahasa Melayunya sesak atau sendat (mentang-mentang mak guru pakar BM).Korang tau tak yang milo tengah buat satu contest Milo Jam-Pack your Friend?Mudah je game ni korang just perlu tag kawan-kawan korang dengan character yang ada sebagai contoh :




Mudah je korang just tag kawan-kawan korang mengikut character then main game susun-susub ala-ala brickgame.then apa lagi menag adiah.Senangkan bukan suruh korang berenang sambil rebut syiling dalam air.Kalau korang nak usha gambar team saya boleh pi sini.Hadiah-hadiah dia memang syok dan memang korang nak.So kalau nak apa lagi join la contest mudah ni.


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails