Showing posts with label Altimet. Show all posts
Showing posts with label Altimet. Show all posts

GABUNGAN ALTIMET, JOE FLIZZOW DAN SONAONE YANG MANTAP!

GABUNGAN ALTIMET, JOE FLIZZOW DAN SONAONE YANG MANTAP!

Selamat malam fellas,

Starting dah hiphop habis beb.Hoho sejak bila bekas skinhead layan lagu hiphop.Yang penting awek-awek hiphop mantop.hak3...Saya memang dah lama nak review lagu ni tapi cari-cari tak jumpa.Semalam godeh-godeh Youtube terjumpa si hari ni saya nak review.Pernah dengar lagu Who Do It Better nyanyian Altimet, Joe Flizzow & Sonaone.Kalau belum jom layan ...




WHO DO IT BETTER - JOE FLIZZO, ALTIMET, SONAONE [DOWNLOAD HERE]

Komen Bean Moreno :

* Macam biasalah yang jadi tarikan bagi saya ialah lirik Altimet.Gila sempoi senang faham even berkias dan agak pedas.Gua terasa nak dengar lirik lagi kow bro!

* Bagi saya Joe Flizzow lebih sesuai bikin lagu English sebab sepanjang saya dengar Too Phat memang rapping dia dalam English agak best dan kalau lagu dia dalam Malay agak kureng.Sorry Joe gua cite yang betul.

* Dalam lagu ni saya langsung tak faham lirik Sonaone.Mungkihkah dia nyanyi bahasa chikanos.'Orale Karnal...'

* Adunan muzik dan lirik memang kena.

p/s :

* Tetiba teringat yang dulu sayacukup tak suka budak Hiphop bila dah tua terminat pulak lagu hiphop.

* Dengar cite Altimet tengah sibuk buat combo album.Dua album katanya

PAGI YANG BEST APABILA DI'MENTION' OLEH ROCKSTAR

PAGI YANG BEST APABILA DI'MENTION' OLEH ROCKSTAR

Selamat pagi guys,

Amacam dah breakfast ke blom?Sebelum tu sila baca entri ni dengan frekuensi positif dan tanpa prejudis. Saya takde niat nak menunjuk ataupun berlagak.Paling senang korang anggap jelah saya seditikit jakun sebab perkara ni tak pernah berlaku dalam hidup Bean Moreno seorang blogger cap kentang putar yang baru nak belajar cara blogging.hoho...

Minggu ni saya terharu bila ada artis melayan karenah saya di twitter.Pergh sebelum-sebelum ni memang agak sukar saya nak dapat RT ataupun di'mention' oleh mereka.Bukan takat RT lah nak reply tweet pun agak sukar beb.Saya tetap positif dengan beranggapan bahawa mereka sibuk mengalahkan Prime Minister.hak3...Since Sabtu until semalam saya rasa dihargai bila mereka membalas tweet saya.Contohnya macam ni ...





Tu dari Altimet,siapa tak kenal rappers berlirik pedas.Saya ada review lagu iaitu Maafkan Kami.Actually itu lahir secara tiba-tiba dan lagipun memang saya suka dengar lagu & lirik dia.




Yang ni dari Klubbkidd.Wah dia ni rockstar blogger woo!Siapa tak kenal mamat ni sekali dia review memang kow!Actually ni kesinambungan RT dia RT dari satu lagi artis.Saya ada jumpa dia ni beberapa kali kat event Nuffnang.One of Project Alpha blogger.




Ni RT asal dari artis yang asal (pergh bapak berbelit).Dem memang teruja siot bila dia RT balik tweet saya yang ber bit.ly.haha...Actually tak harap pun.Saya one of Butterfingers fan dulu (even kepala botak dan pakai Dr Marten).Ni semua gara-gara terpengaruh dengan phreakID masa sekolah dulu.Ces kau merosakkan aku phreak.haha...Bila tengok API perform masa AJL dia punya opening mengingatkan saya zaman-zaman Butterfingers tengah up dulu.


Anyway thanks a lot kat Loque, Altimet & Klubbkidd yang sudi RT entri saya.Entri-entri tu bukan nak bodek or apa it is just my perception dan apa yang saya rasa tengtang karya diorang.Tapi....


Bila Ana Raffali nak reply tweet saya ni!haha...


p/s :


* Bila diorang dah RT korang faham-fahamlah kan apa yang terjadi?
* Korang pernah tak di RT oleh Artis?Siapa & Apa perasaan?
* Adakah RT dari artis dapat membantu blogger?

ALTIMET LIRIK LU MEMANG GEMPAK

ALTIMET LIRIK LU MEMANG GEMPAK



Salam Sabtu guys,

Wah Sabtu sudah...Tak terasa diri makin tua.Tahun ni dah 20++ tapi dalam diri masih muda sebab naluri still layan lagu hiphop.haha...Kalau dah tua semestinya destinasi tangan akan capai CD Pop Yeah Yeah.Hari nak share pasal satu rapers Malaya yang tengah top sekarang.Ooops sebelum tu sila jangan anggap saya nak buat gossip artis ye sebab tak de niat nak bergosip walaupun saya agak rapat dengan Nara.

Korang kenal Altimet?Siapa tak kenal kan dengan penyanyi hip hop ni.Lagu dia tengah letup-letup sekarang terutama sekali lagu Kalau Berpacaran feat dengan Anna Raffali.Kalau tanya saya siapa penyanyi Hip Hop yang saya suka lirik dia jawapan saya ialah first Malique dan Altimet kedua.Malique boleh saya sifatkan sebagai Eminem sebab lirik dia kebanyakan pasal kehidupan dan Altimet boleh saya samakan dengan Kanye West sebab lirik-lirik dia ke arah teguran sinis.


Kalau ada lirik Altimet memang saya suka dengar sebab kalau kita dengar betul-betul memang dia akan tuju pada seseorang.Kalau bahasa kasar kira dia nak sound orang.Antara lirik dia yang best lagu dia dengan Ning Baizura iaitu Mimpi.Pergh memang pedas siot.Tak caya boleh layan kat youtube.


Semalam saya terdengar lagu single terbaru dia.Lirik diapun boleh tahan memang nak tembak somebody.Korang dah dengar lagu maafkan kami tak?Lagu dia feat dengan Imran Ajmain.Kalau belum jom layan ...







ALTIMET FEAT IMRAN AJMAIN - MAAFKAN KAMI [DOWNLOAD HERE]

Hello cuba teka siapa kembali
Dia main sample lagi
Macam lagu dulu pukul 6 pagi
Mereka yang meleka terus sakit hati
Bisik bisik bisik bikin kontroversi
Bukan lagu dia seakan seperti
Lagu sipulan yang itu ini
Tapi dilajukan key lebih tinggi

Jadi mereka menunding jari
Kamu tak kreatif sampai cerita
Kamu kurang memahami dalam muzik kami
Inilah naluri
Wahai che’ abang jangan la meradam
Kami disini hanya berdengdang
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami
Wahai che’ abang bawalah bertenang
Cerita kami bukan temberang
Jadi kami susun sepuluh jari
Tapi tak berani janji berani takkan sample lagi
Kami makan dulang mari jemput mari
Tua muda bismillah kongsi royalti
Bukan pencuri kami anak seni
Jadi bawa tamai diam berisi
Tak perlu tongkat boleh berdiri
Kalau tak sudi kami jalan sendiri
Mari mari kita bersama meniaga
Kamu kami kita saya berkarya
Masing masing tepuk dada tanya selera
Kami tak kisah asal selesa
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami

Amacam syok tak lagu ni.Komen Bean Moreno :

* Lagu agak sempoi dan pendek tapi mesej sampai...
* Kalau kita tengok lagu-lagu Altimet music dia memang agak serabai tapi tak kisah janji ada mesej dan orang faham cukup.
* Dah beberapa lagu dia cuba tunjukkan kreatif dengan mengubah lagu asal...Bagi saya berjaya..

p/s :

* Nak kuar berjalan-jalan ke The Curve...Jom Lepak The Curve...
* Lirik credit to LirikLagu


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails