Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

LIYANA JASMAY - PELIK

LIYANA JASMAY - PELIK


Salam guys,

hari ni stayback sampai malam lagi so nak share satu lagu baru dari artis yang boleh berlakon dan menyanyi.  Masa first penampilan dia untuk bergelar penyanyi ramai yang kutuk tapi dia selamba mak nyah je bikin album. sebelum apa-apa jom layan lagu dia dulu...





LIYANA JASMAY - PELIK [DOWNLOAD HERE]

Komen Bean Moreno :

* Dari awal penambilan Liyana Jasmay sebagai seorangpenyanyi memang ramai tak suka antara sebab dia ialah gaya lenggok dan muzik dia sama je macam Avril.


* Kalau ditanya saya saya lebih suka tengok dia berlakon dari menyanyi bukan nak cakap suara dia 'katak' or apa lah kan cuma suara dia terlalu biasa.


* Tak dinafikan minah ni memang cutepun yang buat dia nampak lagi cute ialah cara pemakaian.


Macam dah trend dah pelakon jadi penyanyi semua nak jadi multitasking.  Harap-harap tak kacau main project kerjaya diorang.  Bagi saya Kebanyakan penyanyi boleh berlakon dengan mudah contohnya Erra Fazira dan Ziana Zain tapi bila bab pelakon jadi penyanyi susah nak tengok yang tahan lama.

p/s :

* Dah lama tak karok ni teramat merindui Oni Batu Pahat.


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

PAGI YANG BEST APABILA DI'MENTION' OLEH ROCKSTAR

PAGI YANG BEST APABILA DI'MENTION' OLEH ROCKSTAR

Selamat pagi guys,

Amacam dah breakfast ke blom?Sebelum tu sila baca entri ni dengan frekuensi positif dan tanpa prejudis. Saya takde niat nak menunjuk ataupun berlagak.Paling senang korang anggap jelah saya seditikit jakun sebab perkara ni tak pernah berlaku dalam hidup Bean Moreno seorang blogger cap kentang putar yang baru nak belajar cara blogging.hoho...

Minggu ni saya terharu bila ada artis melayan karenah saya di twitter.Pergh sebelum-sebelum ni memang agak sukar saya nak dapat RT ataupun di'mention' oleh mereka.Bukan takat RT lah nak reply tweet pun agak sukar beb.Saya tetap positif dengan beranggapan bahawa mereka sibuk mengalahkan Prime Minister.hak3...Since Sabtu until semalam saya rasa dihargai bila mereka membalas tweet saya.Contohnya macam ni ...





Tu dari Altimet,siapa tak kenal rappers berlirik pedas.Saya ada review lagu iaitu Maafkan Kami.Actually itu lahir secara tiba-tiba dan lagipun memang saya suka dengar lagu & lirik dia.




Yang ni dari Klubbkidd.Wah dia ni rockstar blogger woo!Siapa tak kenal mamat ni sekali dia review memang kow!Actually ni kesinambungan RT dia RT dari satu lagi artis.Saya ada jumpa dia ni beberapa kali kat event Nuffnang.One of Project Alpha blogger.




Ni RT asal dari artis yang asal (pergh bapak berbelit).Dem memang teruja siot bila dia RT balik tweet saya yang ber bit.ly.haha...Actually tak harap pun.Saya one of Butterfingers fan dulu (even kepala botak dan pakai Dr Marten).Ni semua gara-gara terpengaruh dengan phreakID masa sekolah dulu.Ces kau merosakkan aku phreak.haha...Bila tengok API perform masa AJL dia punya opening mengingatkan saya zaman-zaman Butterfingers tengah up dulu.


Anyway thanks a lot kat Loque, Altimet & Klubbkidd yang sudi RT entri saya.Entri-entri tu bukan nak bodek or apa it is just my perception dan apa yang saya rasa tengtang karya diorang.Tapi....


Bila Ana Raffali nak reply tweet saya ni!haha...


p/s :


* Bila diorang dah RT korang faham-fahamlah kan apa yang terjadi?
* Korang pernah tak di RT oleh Artis?Siapa & Apa perasaan?
* Adakah RT dari artis dapat membantu blogger?

TERIMA KASIH HUNNY MADU YANG GORGEOUS

TERIMA KASIH HUNNY MADU YANG GORGEOUS

Selamat pagi ye guys,

Thanks coz still nak layan entri saya pagi-pagi walaupun sepatutnya korang pi tidur sebab esok nak kerja.Hari ni saya agak lambat update seba tadi banyak sangat kerja ye.So dengan keadaan kaki yang sakit seperti menyarung high heel Jimmy Choo saya nak menaip entri sampai tertidur.Hope korang tak jeles dengan tweet di bawah :


Hehe saya rasa tercabar apabila Lisa Surihani send tweet pada Melz.So untuk mengubat klekecewaan saya maka saya terus send satu tweet pada Hunny Madu.Actually saya pernah test market nak hantar tweet pada Hunny tapi dia tak reply tetapi kali ni dia reply.Mungkin time dulu tu dia agak busy.Ecececeh ayat mintak belas simpati pulak.But it's ok lah dia reply tweet saya sebab saya tak expect pun dia akan reply.Ingat Bean Moreno tak boleh tweet dengan artis ke?Terus terang saya cakap yang saya ni memang peminat Hunny Madu tapi takdelah kipas susah mati cuma kipas mati kadang-kadang je.



Saya start follow dia sejak dia meletup dengan band hiphop dia iaitu Dominition dan asyik-asyik keluar xfresh dulu.Lagipun tak salah saya minat diakan sebab dia memang cutepun (tetiba boleh terlupa bini pulak...astagfirullah)...So to Hunny Madu :

"Nice to meet ya sis and also thanks for da tweet"

Sila jangan ketawa dengan statement di atas.Apa ingat skinhead macam Rudi Moreno tak boleh jadi Eminem ka?Gua rapping lagu KRU rileks je beb!hak3...

p/s :

* Gambar Hunny Madu pada tweet tu tak keluar sebab line hotel ni aga slow siput!
* Brah tu apa?hak3

LADY GAGA - SPEECHLESS


LADY GAGA - SPEECHLESS | MP3

Srlamat malam.Entry pendek dan simple untuk korang semua.Akhirnya saya berjaya bikin template dan header sendiri.Walaupun mungkin bagi korang tak menarik tapi cukuplahkan untuk blog biasa-biasa macam ni.Nanti kalau Suterablogger dah meletup saya buat baru dan mengancam.Lagipun i am a busy business man so masa terhad lah.

Oklah tanpa buang masa saya nak share ngan korang lagu or single terbaru dari Lady Gaga.Sebelum ni dia bikin kontroversi dalam video Alejandro sampai bergaduh dengan Katy Perry.Kali ni saya tak pasti apa pulak yang dia nak tunjukkan.Tapi rasanya lagu jiwang camni kalau dia dapat masukkan unsur freemason memang dia hebatlah.Ok jom layan lagu dia dulu :



Lady Gaga - Speechless [Download Here]

Komen Bean Moreno :

* Biasanya Lady Gaga terkenal dengan lagu yang funky dan boleh dibuat clubmix tapi kali ni lain.

* First time saya dengar lagu ni ingat Roxette yang nyanyi sebab irama dia lebih kurang macam Roxette.

* Lagu ni sesuai dilayan oleh orang yang dalam hati ada taman.Bila putus cinta sebab mungkin boleh jadi penawar.hak3...

p/s :

* Apa pendapat korang tentang Gaga?
* Layan gak lagu ni!

KENAPA PARENTS SURUH ANAK JADI ARTIS | ISU


KENAPA PARENTS SURUH ANAK JADI ARTIS | ISU

Salam dan selamat tengahari.Saya sekarang ada kat Seri Petaling untuk send barang-barang ke unit transport.Hari ni saya belajar 2 benda baru dalam kehidupan iaitu cara bawa van (first time beb!) dan jalan untuk pergi ke Seri Petaling.Sesat hampir sejam padahal tak jauhpun.hak3...

Oklah hari ni nak bikin isu pasal celebriti.Bagi kita artis ni memang kehidupan diorang lain dari orang awam macam kita (patut artis kena buat kad pengenalan berlainan sebagai contoh macam polis & tentera).Kalau kita perasan sekarang ni dah banyak orang nak jadi artis.Buktinya banyak program realiti TV (kecuali imam muda).Saya tertarik dengan artikel kat blog Flamingo.Kebanyakan parents ok je bila anak diorang nak jadi artis.So hari ni kita tengok kenapa parents suruh anak jadi artis :

1) GAJI ARTIS BESAR

Kalau kita tengok kan artis sekarang memang kaya-kaya beb!Ada yang pakai Ferari Merah,ada yang pakai Lambo paling cikaipun Exora (ada ke?).Gaya hidup artispun dah ala-ala menteri yang makan rasuah dan berbeza dengan orang yang kerja engineer yang pergi balajar sampai ke Jepun dan berhutang PTPTN sampai puluhan ribu.So bila anak dia jadi artis maka diorang tak payah fikir pasal hutang belajar ataupun anak dia cukup makan ke tak.

2) GLAMOUR

Siapa yang tak kenal Fasha Sandha dan ada ke orang yang tak kenal Siti Nurhaliza?Rasanya takde siapa kat Malaysia yang tak kenal diorang.Tapi kalau ditanya kenal tak Imam Negara?Mesti ramai yang tak tau betul tak?jadi artis memang akan membuatkan diri seseorang tu melainkan dia artis yang memang 4 tahun sekali dapat job.So bila anak dah popular mestilah family dapat tempias even tak besar kecil pasti ada.Tak percaya tengok masa kes Mawi dengan Ina Naiem tetiba pulak Ina boleh jadi popular sampai jadi penyanyi.haha...

3) CARA MUDAH UNTUK JADI KAYA

Yang ni memang korang pun perasan.Yelah jadi artis bukannya selalu dapat job.Terutamanya kalau ada rekod kotor or kontroversi yang memang teruk.kalau dapat pun belakon jadi mangsa rogol (sendiri faham dah la).So bila dah tak laku maka satu je cara untuk hidup senang iaitu pakai seksi.Bila dah pakai seksi maka ramai dato'- dato' cari untuk dibuat bini 'lebih-lebih'.Kalau bukan dato' pun orang kaya ataupun anak tokey-tokey.So dah tak kira bujang je,duda ke paling best kalau dapat laki orang pergh...wallah!Janji fulus banyak then ada heli.hak3...Bila anak dah kaya maka mak bapakpun rileks je.hak3...

Ini adalah pandangan saya sendiri kalau ada yang terasa saya mintak maaflah dan itu bermakna pandangan saya adalah betul dan realtiti.So kalau tak betul sila baca dan jangan melenting.

p/s :
* Apa pendapat korang tentang dunia artis?
* Harus diingat tak semua artis hidup dalam kehidupan kaya!

DUA ARTIS YANG BEAN MORENO MINAT ROSAKKAN LAGU

PERSONAL : DUA ARTIS YANG BEAN MORENO MINAT ROSAKKAN LAGU

Selamat pagi.Sementara tunggu kawan saya sampai saya nak up satu entri ringan2 je (sila jangan salah faham dengan statement ni).First of all saya nak ucap thanks kat korang semua sebab tanpa henti korang masuk blog picisan yang hanya di'handle' oleh seorang blogger cap ayam macam saya.Disebabkan korang saya seboleh2 takkan lupa untuk up entri.So kalau boleh sokongan korang amat diperlukan untuk meneruskan mood blogging.



Pagi ni saya nak tanya something.Ada tak benda yang korang suka tetiba bagi korang sakit hati?Mesti ada kan.Pagi ni saya nak cerita pasal satu lagu ni.Lagu ni memang saya minat dan top masa saya sekolah dulu.Korang pernah dengar tak lagu tak mungkin berpaling?Dulu memang top gila lagu ni.Apa?Tak pernah dengar...Ok jom kita layan dulu Vclip dia :





TAK MUNGKIN BERPALING - MAWI & ZAMANI -> DOWNLOAD HERE

Atas ni versi baru lagu Tak Mungkin Berpaling.Amacam best tak?Bagi saya tak best langsung beb.Dah jadi lagu nasyid la plak.Ok ni version yang dinyanyikan oleh Zamani & Mawi.Dua2 artis ni memang saya minat beb!Gua No 1 Fan Mawi tau.Tapi nila Mawi dah nyanyi lagu ni macam nak tak nak je terasa macam nak tendang je bontot Mawi.hahaha...

Tak taulah ni salah siapa.Bagi saya salah Mawi cuma 10% je yang lain salah Music coordinator lagu ni dan composer.Yelah sebelum korang nak suruh artis tu nyanyi lagu silalah buat music arrangement dulu biar suara artis tu masuk ni memang horrible gila.Kalau dah tak boleh nak ngamkan dengan Mawi silalah cari artis lain.Bila buat macam ni orang akan terus blame Mawi padahal dia just accept job je.Tak pasal2 reputasi dia jatuh.

EMINEM TIPU RIHANNA

SANTAI SABTU : EMINEM TIPU RIHANNA

Salam guys,saya tau ramai yang belum bangun tido lagi kan biasalah weekend siapa yang nak bangun pukul 7 kalau tak kerja or takde kelas.Tapi bagi insan2 yang gigh cari rezeki macam Bean Moreno Sabtu pun kene kerja sebab nak cari duit.Ini bukan rungutan tapi peringatan.Hari Sabtu sebenarnya masa untuk kita buat duit.Kalau tak takkan One Utama buka hari Sabtu.



So seperti biasa hari Sabtu saya mulakan entri dengan bercerita pasal lagu2 yang saya rasa best.Minggu lepas saya tulis pasal Lagu Cari Jodoh yang di Englishkan dan juga lagu Too Phat yang Masih Hip Hop.Ok hari ni saya nak cerita pasal lagu yang saya terdengar semalam kat Flyfm.Korang jangan salah sangka sebab Eminem cuma tipu Rihanna dalam lagu je.Kalau pada peminta eminem or hip hop lagu ni memang best (saya minat Eminem tapi bukan hip hop).Lagu kali ni ialah Eminem feat Rihanna - Love The Way You Lie.

Sebelum tu saya bagi korang layan dulu MTV ni.Takde yang official lagi.So siapa2 yang tau mana nak cari VClip yang official sila info ye.





Eminem feat Rihanna - Love The Way You Lie -> DOWNLOAD HERE

Ok tak?Amacam syok tak layan..?Lagu ni agak emo sikit tapi tak bosan lah.Macam yang kita tau Eminem kebanyakan lagu dia memang gangster rap.Music hiphop dia memang agak ganas sikit beb.So kalau korang berjiwa boy band yang menari lembut2 silakan tukar channel lain sebab korang takkan dapat hayati lagu ni.

Oklah masa dah time...Saya kena ke The Store (M) Sdn Bhd bukan untuk shopping tapi untuk bekerja.Harap korang suka lagu ni sebab saya suka lagu ni...

p/s :
* Bilalah aku nak siapkan Advertorial nih!!!Takde idea lah...

ENTRI SANTAI HARI SABTU : PARAMORE - THE ONLY EXCEPTION

Hye morning,sementara tunggu task so saya mengular jap kat pc berinternet ni utnuk update blog.Biasalah orang kata kerja di hari sabtu ibarat budak2 main pasir (ada kena mengena ke?).So macam yang korang tau saya dah launch blog baru semalam (ces perasan dah macam PM plak).Kalau rajin korang masuklah tengok sebab baru satu post dan saya masih tengah 'renovate' template tu.Tunggu dalam beberapa hari BeanMoreno.com akan beraksi hebat.Korang jangan takut blog ni tetap saya akan update just saya nak asingkan 'some element' masuk sana.


Korang mesti ada satu band yang korang minatkan.Tak kisah lah Wali Band sekalipun.Saya minat & suka dengar lagu Paramore.Sebelum2 ni Paramore banyak keluar dengan lagu2 keras dan emo.Contohnya macam lagu 'Misery Business' & 'Ignorance'.Tapi kali ni Paramore ada single baru yang bertajuk 'The Only Exception'.Masa dulu saya minat Paramore sebab vocalist dia Hayley William tu memang cute.Suka tukar2 colour rambut.Tapi 'at last' bila dengar lagu2 dia memang best.

'The Only Exception' ni adalah lagu single slow dari Paramore.So kalau agak2 nak santai or nak 'relax' boleh lah dengar lagu ni sebab 'cool' je.'First time'lah saya dengar Paramore buat lagu slow.Kalau tak lagu2 dia semua boleh kas gegendang telinga meletup (memang kalau orang2 tengah gaduh dengan awek or boyfriend akan dengar lagu dia).Harap2 korang enjoy lah lagu ni ye :





p/s :

* Vshub ada buat promotion baju.Kalau korang terasa nak bergaya dengan pakaian ala2 pergi zoo boleh lah usha2 line kat vshub sebab murah.Just register je (tupun free) then order.





PANDANGAN MATA DAN HATI BEAN MORENO : AF8,BOIKOT ISRAEL


Nama dan nilai terpaksa dirahsiakan.Cukup korang nampak lantai rumah saya je eyh

Salam semua,akhirnya dapat jugak Bean Moreno update blog ni.Setelah lapan jam beroperasi tanpa internet maka bila balik melepaskan ketagihan terhadap blog ni.Harap2 tiada akta baru yang mewajibkan blogger yang ketagih blogging masuk 'rehab'.hak3...Esok ada screening 'Karate Kid' so sapa2 yang dapat pergi esok boleh lah kita meleset2 bersama ya.Masih tiada masa nak deco,deco,deco untuk blog baru.Mungkin hari minggu boleh kot.Tapi disebabkan ketagihan itu saya berjaya dapat check lagi.Ini adalah check ke-5 saya dengan Nuffnang.So thanks kat korang dan juga Nuffnang....hak3...


Sepanjang menyepi banyak benda yang dapat saya perhatikan pada persekitaran kita.Korang perasan tak yang banyak benda terjadi tanpa kita sedari.Walaupun Bean Moreno tak update blog tapi saya masih baca surat khabar tau dan masih 'civilized'la kan.Apa yang saya nampak sepanjang minggu lepas :

AKEDEMI FANTASIA 8

Pada mulanya saya memandang rendah pada kemampuan AF8 dan saya tau korang pun sama kan.Tapi sebenarnya kita terlepas pandang satu benda iaitu Pengetua AF 8 ialah Norman KRU.Kenapa?Oklah bila saya fikir2 balik memang pelajar AF8 ada yang terlebih gedik (AF yang lain pun ada jugak) tapi bila terfikir tentang pengetua diorang so saya dapat rumuskan bahawa pelajar2 AF8 ada potensi dalam dunia hiburan.Macam yang kita pernah nampak adik beradik KRU dah banyak naikkan artis contohnya macam Elite dan Ezlynn.Jadi tak mustahil diorang boleh bagi AF8 meletup sebab sekarangpun masing2 dah ada single sendiri plus videoclip (walaupun tersingkir awal).

BOIKOT ISRAEL

Yang ni isu agak serius (walaupun Bean Moreno bukan seorang yang serius).Zeonis ni memang perangai dia semakin haram jadah dan menjadi2 kan.Orang nak hantar makanan dan bantuan kemanusiaanpun nak bunuh & tawan (mungkin terlebih telan dadah la yahudi ni).Tapi tetiba wujud pulak 'trend' pengguna facebook yang dok letak gambar hitam kat profile.Konon nak support pertubuhan.Saya jadi tak faham kenapa benda ni boleh wujud sedangkan tak boleh bagi effect pun dan dengan buat macam tu Mark Zukerberg takkan terjejaspun sebab revenue Facebook bukan dari gambar2 korang tapi dari penggunaan korang.Taki kiralah korang letak gambar Saddam Hussein pun dia tetap dapat duit jugak.Jadi silalah sedar ye.Kita just tunjukkan yang kita ni kurang bijak je dengan buat macam tu.

Oklah saya ada misson malam ni.Nak jumpa somebody jap.So harap korang akan tetap support blog ni ye walaupun tak kerap update.

p/s :

* Banyak kontest sekarang kan so saya nak 'announce' yang vshub ada nak buat kontest jugak.Hadiah dia memang lumayan.Iaitu Ipad (pergh memang sayapun nak masuk.Nasib baik dah jadi member). Jomlah jadi member dia free je.Nak just register.Saya tak nak paksa tapi kalau korang tak join memang peluang terebuka luas antara saya dan Eyriqazz.So fikir ye.hak3...



TERSENTAK BACA ENTRI BLOGGER LAIN.ADAKAH SAYA DAH TERLANJUR?


Halooo how are you?Dah macam Abang Kassim pulak dah ni.Sejuk keadaan kat sini.Saya pulak perasan gagah tanpa bawak dan pakai sweater.So terpaksa bertahan dalam kedinginan aircond.Agaknya macam nilah yang dirasakan oleh ayam2 di dalam peti ais.Mungkin akan selsema kejap lagi so kena beli tisu banyak2.Nuffnang bagi saya satu kejutan lagi di hari Khamis ni (macam tau2 je malam ni malam Jumaat).Entri Break Free Digi saya terpilih untuk diletakkan kat list diorang.Wah sungguh berbesar hati.Saya malas nak print screen tapi kalau korang nak tengok sila baca entri [ni] dan boleh tengok kat blog Nuffnang.Thanks kat nuffnang sebab kasi backlink free kat blogger cap ayam ni.Mesti korang pelik asyik2 blog ni je kena pilih kan.Jangan prasangka buruk ok.Saya tak rasuah diorang mahupun berscandal dengan awek2 cun dalam Nuffnang.Kalau korang nak jadi cam tu pun bukan susah.Apa yang korang kena buat ialah :

1) Belajar menulis dengan baik
2) Tau trick untuk place korang punya entri
3) Cuba semua contest diorang

Dari tadi saya tak dapat nak bukak komen saya.Kepada pengomen2 sila bersabar saya akan reply bila blogspot tak biol lagi.Kalau korang perasan sekarang ni zaman di mana kebanyakan blogger tengah syok cari traffik (tak terkecuali saya).Tapi sekarang ni ada satu trend di mana banyak blogger terjebak dengan cara dapat backlink berantai.Sayapun tak pasti benda ni berkesan ke tak tapi dari segi mata kasar nampak macam boleh beri kesan.Tetapi korang kena ingat backlink berantai ni juga bakal merosakkan PR korang dan juga ia boleh dianggap sebagai "Fraud Backlink".Jadi berhati2lah jika ingin memilih teman (apa kejadahnya ni?).Untuk buat jalan selamat sila dapatkan backlink dengan cara penulisan bukan dengan cara ini takut nanti korang menyesal dan akan keluar paper blogger terjun bangunan.

Tadi dengan keadaan internet yang berkelajuan siput babi saya cuma dapat blogwalk ke beberapa blog sahaja.Tetiba je down then sekarang baru dapat online semula.Macam2 cerita & entri saya dapat baca.Tapi agak tersentak bila baca satu entri daripada Jard.Saya mula terfikir semula apa sebenarnya itu blogging bagi diri saya.Dan tiba2 saya terasa macam matlamat saya dalam blogging ni terlari sikit.Jadi selepas baca entri tu saya ada buat satu kesimpulan untuk diri & blog saya :

1) KEJAR TRAFFIK

Dulu masa awal2 saya blogging,saya cuma terfikir nak ada blog untuk tiru Ajid.Buat entry merapu tulis post untuk sendiri ketawa.Tapi lately saya terjebak dengan budaya kejar traffik.Sampaikan ada satu time saya letih dan bosan untuk blogging.So kalau korang perasan topik lebih banyak pada tips lah,itu lah,ini lah.Semua benda nak jadi macam tulis semata2 nak traffik je.Bila dah jadi macam tu mulalah tulis ala kada je.Ibaratnya macam komposer buat lirik hanya untuk dapat royalty je bukan untuk hiburkan orang.Last2 kena kutuk dengan peminat.

2) KEJAR EARNING

Benda ni saya tak kejar sangat tapi dalam hati ada jugak terasa nak income juta2 dari Nuffnang.Siapa yang tak nak duit kan sebab nak masuk tandas sekarang pun dah kena bayar apatah lagi kalau nak beli handbag Louis Vuitton.Mungkin masa awal2 dulu perasaan ni agak bergelora dalam diri tapi saya disedarkan oleh Melz yang duit tu tak boleh bawak masuk kubur.hak3...So saya tak kisah sangat pasal earningpun cuma saya bagi cara2 yang saya guna or dapat dari blogger lain untuk korang guna supaya korang tak patah semangat.Tapi bila fikir2 balik kalau saya bagi banyak2 tips2 untuk earn dalam Nuffnang maka saya akan buat korang kejar benda tu.Saya akan rasa bersalah kalau korang buat tapi tak jadi lepas tu merungut then stop menulis.Jadi disebabkan saya bagi tips saya dah buat niat blogging korang lari.Owh memang takkan rasa best.

3) POPULARITY

Huh tipulah kalau saya cakap saya tak nak orang kenal saya.Saya tak nak hipokrit kalau boleh saya nak dikenali macam mana orang kenal Justin Bieber yang baru berumur 15 tahun (betul ke?).Yelah dari kecil sampai dah tua bangka ni saya asyik kena buli dan orang asyik ejek2 saya je.Jadi bagi saya tak salah kalau saya nak popular dengan blogging kan daripada saya popular dengan cara merompak ini adalah lebih bagus.Mak bapak pun bangga kalau kita popular dengan cara baik.Tapi masalahnya bila kita nak sangat popular kita akan buat kesalahan yang kita sendiri tak sedar.Kita mungkin akan bagi dosa free je kat orang lain.Yelah tak pasal2 orang akan meluat dan buat fitnah & tak pasal2 orang dengki dengan kita.So popular biar bertempat ye.

Oklah dah panjang sangat dah entri ni better cut the music (ooops itu ayat ahli WWF ye).Korang pun mesti faham saya kalau dah tulis entri berbentuk luahan perasaan ataupun bebelan harian memang panjang sampaikan Talian Nur pun tak dapat nak layan.So jom kita cuba betulkan niat blogging kita.Saya memang tengah cuba nak elakkan benda2 di atas sebab otak dah semakin layu.

p/s :
- Bila otak letih maka kerja jadi lembab sorry ye boss...
- Amacam best tak baca entri cecah lantai macam ni?



ENTRI SANTAI : LAGU WORLD CUP 2010 + TRANSFORMER 3


Selamat pagi,hari ni saya lambat ke kolej (saya bukan student ye).Jalan jam bercampur terlambat bangun semalam.Semalam saya tak sempat nak update blog sebab balik lambat just sempat reply komen yang mana ada.Saya juga dah lama tak blogwalking sebab internet sini terlalu slow dan masa yang terhad.Dulu saya agak bebas seba  ada bilik sendiri tapi sekarang saya duduk di tempat yang terbuka (open air.hak3) so kena jaga perilaku saya sebagai seorang budak baik.

Mamang hot & Spicy siap ada pepper lagi

Tadi masa on the way datang kerja saya dengar radio FlyFM.Tetiba diorang bukak topik pasal Transformer 3.Macam yang kita tau Transformer 3 adalah sequel kepada Revenge Of The Fallen.Korang nak tau something tak?Dalam sequel ni mungkin watak awek cun yang korang idam2 kan itu tiada lagi.Micheal Bay nak cari orang baru untuk gantikan Megan Fox.Owh no!!!Tolong jangan tukar Megan Fox dah cukup hot dah beb.Kalau tukar mesti rating cerita ni jatuh mendadak.Terus terang bagi saya Megan Fox adalah wanita yang cukup2 hot (jangan menggatal Bean,awak tu dah kahwin).Jadi kalau ditukar,siapa yang korang rasa boleh ganti Megan Fox?Adakah :

MILEY CYRUS :

Minah ni terlalu muda lah.Belum sampai time dia

ANGELINA JOLIE :

Tua sangat pulak tapi still hot

 KATE HUDSON :

Terlampau lemah gemalai pulak

Jadi korang rasa siapa yang boleh ganti watak Megan Fox dalam transformer ataupun patut dikekalkan dia dalam citer tu.Sayapun tak sure kenapa Micheal Bay nak tukar dia.Mungkin ada masalah disiplin (kacau laki orang kot...ooops).Nanti saya try telephone Micheal Bay tanya eyh.

Demam World Cup dah nak terasa hangatnya.Saya memang suka tengok bola dan macam entry lepas saya akan sokong Spain.Nak tau kenapa sila baca [sini].Shakira sekali lagi dapat job nyanyi lagu tema World Cup 2010.Saya dengar lagu ni pun pagi tadi kat radio.Boleh tahan best la.Tajuk dia ialah WAKA WAKA.So kalau korang nak dengar lagu ni bolehlah layan kat bawah ni eyh :





p/s :
- Mungkin Rima Fakih kot yang ganti Megan Fox sebab dia ratu Pole Dancer...hak3...

METAFIZIK : PERLUNYA MEMAHAMI DIRI SENDIRI


Hye guys,kebosanan tahap melampau lah hari ni (hari2pun ko bosan Bean).Semakin hari semakin bosan dan saya tak tau apa puncanya.Sampai melibatkan idea saya untuk menulis.Tu yang asyik2 keluar tips je sebab idea di"block" oleh ketidaksedapan hati nurani (fuyooo!kalau cikhel baca mesti dia cakap saya poyo).Bila dah bosan mulalh keluar status pelik2 kat FB.Saya masih tak selesa bila blogspot tukar style preview blog.Owh tolonglah berikan saya semula cara yang lama.


Dah lama saya tak buka topik metafizik.Bukan apa saya tak nak bukak sebab takut tersalah cakap then oorang salah faham.Ok hari ni saya nak cerita salah satu konsep metafizik yang kita patut amalkan untuk dapat kegembiraan.Keyword dia adalah MEMAHAMI (agak2 keyword ni boleh masuk listing hot tak kat google).Manalah tau kan boleh beat keyword pasal John Travolta ke tak pun keyword Bret Micheals yang tengah top sekarang kat Yahoo.Sape Bret Micheals?Dia adalah rocker (bukan starrocker) dan vosalist kumpulan Poison yang dulu mengalami Brain Hemorrhage Scare (apa ni eyh?).

Ok,memahami orang lain adalah satu benda yang sukar sebenarnya.Kenapa?Sebab dalam kehidupan kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis perangai.Ada yang panas baran dan ada yang penyabar.Ada yang berterus terang dan ada yang putar alam.Cakap memang senang,tapi nak buat susah.Tapi kalau kita positif kita sepatutnya kena faham apa yang berlaku.

Benda pertama yang kita kena faham ialah diri kita sendiri.Sebab diri kita adalah penentu arah tuju hidup.Kalau kita sendiri tak faham diri kita takkan nak suruh pak imam fahamkan.Bila kita faham diri sendiri kita akan tahu apa yang kita nak dan nampak jalan apa yang dituju.Dengan memahami diri sendiri kita akan dapat corak kehidupan kita dengan mudah.Bila kita dah tau apa yang kita nak maka kita dapat achieve apa yang kita nak.Maksudnya di sini kita kena tau kemahuan dan keperluan kita atau bahasa mudah tahu target hidup kita.

Macam saya target saya adalah nak ada kerja yang selesa,gaji tak besar sangatpun takpe dan juga dapat bagi semua orang happy.So untuk capai benda2 tu semua saya kena kaji diri saya sendiri dan tau apa kekuatan dan kelemahan yang saya ada supaya dapat saya perbaiki.Kalau saya nak kerja best tapi effort saya tak best maka kerja tersebut takkan jadi best.Sama jugak dalam blogging kalau kita takde target or just suka2 (bak kata ramai blogger2 lain) maka benda tu akan jadi kita je suka tapi kalau target kita nak orang baca apa yang kita tulis kita kana faham apa yang perlu kita buat untuk tarik orang baca apa yang kita tulis.Buatlah apa yang kita suka dan bukannya memaksa diri kita untuk menjadi orang lain.

Kesimpulannya tolong fahamkan diri kita sebab bila kita tak boleh nak faham diri kita dan tak tau apa yang kita nak keadaan tu akan menyebabkan ketidakselesaan pada orang sekeliling kita.Dan mulalah kita akan terasa macam kita hidup kat dunia ni sorang2 je tanpa berteman.

p/s :
- Ramai orang yang masih tercari2 siapa diri dia tapi suka sibuk2 nak tau pasal orang lain
- Saya suka lagu ni sebab lirik dia mengingatkan kita supaya enjoy life kita :




JUSTIN BIEBER + WONDERGIRLS = FENOMENA BARU


Selamat petang,tadi dah syok dah hujan bila petang panas.Tapi apa boleh buat itu semua ketentuan.Agak tertekan bila tulisan saya nak jadikan Verdana saiz normal tak menjadi.Dah puas godeh2 tapi tetap cilik je (alamak,kantoi plak jawa...tapi saya bukan jawa ok).Macam mana nak buat eyh.Nanti sat lagi Eyriqazz mesti kasi order suruh besarkan tulisan.Tak nampak katanya.So nak taknak Eyriqazz punya pasal kena cari jalan jugaklah ni.Saya sendiripun agak janggal bila tulisan bertukar.Sebab dulu besar sikit.Tapi ramai pulak cakap template sekarang ni cun.Biar dulu lah.

Minah ni punya Dress up memang pelik2lah.Mungkin nanti di akan dress up pakai surat khabar je kot.

Oklah nak cerita pasal fenomena muzik dunia.Kalau sebelum ni orang cakap Lady Gaga merupakan satu icon dan merupakan satu fenomena dalam dunia muzik sampaikan Christina Aguilera menangis tepi kolam renang lepas kena perli baik punya dengan Lady Gaga (yang ni saya reka2 je).Yelah baru berapa bulan masuk dunia muzik nyanyi2 tetiba popular gila2 dan ramai fans disebabkan imej pelik dan seksi dia tuh (lagu2 dia pun best jugakkan).Kalau kat dalam dunia blogging ni umpama blogger yang baru buat blog dua bulan tetiba nama dia meletup (tiada kaitan dengan saya ye...hak3).

Tapi belum lagi fenomena yang dicetuskan oleh minah ni habis tetiba muncul pulak satu artis yang memang korang pun tak sangka.Saya dulu memang menyampah dengar single dia yang first.Tapi lately saya suka pulak dengar lagu dia.Siapa lagi kalau bukan budak tak cukup umur ni.Nama dia Justin Bieber.Memang sekarang zaman Justin Bieber tengah naik dan memang ramai budak2 sekolah gurl yang akan mengilai2 bila sebut je nama Justin Bieber.Saya just minat satu je lagu dia yang tajuk dia "Baby".Tupun terpengaruh sekejap bila dengar lagu tu kat VLog Billet.Ces!

Hensem sangat ke budak ni.Biasa je saya tengok

Hm,fenomena terbaru dalam dunia muzik ialah dari Wondergirls.Awek2 ni memang cun seyh.Kalau lah dapat bawak jenjlan naik 125z memang style (uiks).Sebenarnya lagu diorang "Nobody" dalam bahasa Korea dah lama dah.Kalau tak silap 2008 dan saya still ingat masa tu awal2 saya kenal blogger Puan Capa (dah beranak ke blom eyh?).Dia buat autoplay lagu ni.Yang peliknya lagu tu dialih bahasa ke English then baru meletup sekarang.Sayapun tak tau diorang ni famous pasal hebat menari ke,suara sedap ataupun cantik2.Bagi saya diorang ni memang cun terutama sekali yang belah kiri sekali.hak3...


Oklah tujuan saya sebenarnya bukan nak promote diorang ni.Kalau saya tak promotepun diorang memang dah top dan meletop (bak kata Azwan Ali).Apa sangatlah entri yang macam ni pada diorangkan.Macam promte dalam ruangan Harian Metro saiz kecil je.Sya sebenarnya nak bercerita yang kalau kita ada daya penarik kita tentu akan terkenal.Sebagai contohlah dalam blogging kalau kita nak orang ingat dan masuk blog kita cuba buat satu kelainan dari segi penulisan takpun template (bukan promote template baru ye).

p/s :
- Esok nak teman Kak Sumi...Cikhel jangan lambat lagi eyh...
- Kat sidebar saya ada letak banner Futsal so siapa2 yang berminat bolehlah direct dengan organizer eyh
- Gambar saya cilok dari jiran saya GOOGLEisman bin Ibrahim
- Layanlah lagu nih :




PERGINYA ACHIK SPIN MENINGGALKAN KITA


Hye selamat pagi semua,Sorry ye semalam saya tak sempat nak update apa2 selepas event Gatsby.Saya ingatkan nak buat entri yang agak best untuk korang tapi malangnya sejurus sampai je kat umah saya landing dan terus dibuai mimpi indah kerana keletihan.hak3...Memang penat sebab semalam saya dan aiensepet  bertungkus lumus mengumpul point masa Gatsby Event semalam.Thanks to Nuffnang & Gatsby yang menjemput kitorang.Nanti saya akan review sikit pasal event.



Sememangnya berita ni adalah lapuk tapi saya tetap nak tulis.Memang saya terkejut bila terbaca akhbar dan blog mengatakan Achik Spin yang popular dengan lagu "Bola2 Api" meninggal akibat kemalangan jalan raya.Bukan kemalangan biasa tau kemalangan yang ngeri.Memang saya sedih sebab saya ada jugak minat lagu2 Spin macam "Mengusung Rindu".

Ni petikan dari blog UTUSAN MALAYSIA :

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut

Jadi kita yang sempat bergembira ni harap2 dapatlah sedekahkan al-Fatihah kepada arwah dan berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails