Showing posts with label Traffic. Show all posts
Showing posts with label Traffic. Show all posts

TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

"hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8"

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk--kutuk tak baik ye...

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :

* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

TERIMA KASIH YIED POZI ANDA MENYELAMATKAN SAYA DI TAHUN BARU

TERIMA KASIH YIED POZI ANDA MENYELAMATKAN SAYA DI TAHUN BARU

Salam guys,

Mesti korang baru bangun tido kan.Tahniah sebab sayapun baru bangun ni tapi saya dah ada plan nak bawak aiensepet keluar berjalan.Dah lama kami mendarakan diri akibat tiada transport.Saya harap entri ni akan jadi sependek (bukan spendex ye itu spender) yang mungkin.Kenalkah anda pada gambar ini...



Saya tak pasti adakah ini gambar sebenar ataupun bukan tapi inilah yiedpozi.Kenal atau tidak?Sila jangan fikir bukan-bukan sebab dia tak buat apa-apa jenayahpun.Tengok muka dan mata dah tau memang nerd.Bayangkanlah kalau dia jadi pencuri macam mana nak lari dari polis.hahah...Sorry gurau-gurau je eyh.Entri ni saya buat nak ucapkan thanks pada dia sebab buat satu entri untuk saya walaupun hanya secebis ruang untuk saya tapi cukup bermakna.Korang boleh baca entri ini berkenaan blog yang dia suka baca.


Saya ni kira silent reader yang tak berapa nak silent blog mamat ni.So hari ni dia dah menyelamatkan saya sebab actually tiada idea gempak untuk hari ni...




Anyway Yied sempena tahun baru ni saya nak ucapkan thanks sebab ang memang suka RT entry saya kat twitter dan ang suka promote blog saya ke mata dunia!Jasamu dikenang!Teruskan blogging style ang yang sememangnya tersusun itu!


TERIMA KASIH YIEDPOZI KERANA BERJAYA MENYELAMATKAN SAYA DI TAHUN BARU

p/s :

* Ni lah yang cuba saya sampaikan semasa entry pasal BE hari tu.Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.Jangan sesekali anda kedekut dalam pemberian link kepada blogger lain

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

Selamat pagi,

Wah sekarang ni saya dah agak rajin untuk publish entri seawal pagi.Bukan nak kejar traffik tapi tanggungjawab blogger adalah sampaikan info kepada readers.Betul tak betul.Nampak gayanya Melromeo dah berubah dari skema kepada bentuk asal kejadiannya.hak3...Saya pun tak pasti kenapa ramai yang send formspring & email tanya saya pasal Buffered Earning.Apa korang ingat saya yang bagi BE kat blogger ke ataupun korang ingat saya ni sedara mara Nuffies.haha...Saya just Pioneer GPlusMY je beb.

Ok first of all saya nak tegaskan kat sini korang takkan jadi kaya dalam blogging sekiranya korang just harapkan klik pada blogger lain dan BE.Kenapa?Simple je,saya bagitau pendedahan pertama.Korang rasa blog ni selalu dapat BE ke?Untuk pengetahuan korang dah 2 bulan BE tak masuk blog ni dan last week baru dapat dua.So bermakna kalau traffik tinggi menggunung belum tentu korang boleh dapat BE itu benar tapi adalah mustahil bagi sesebuah blog bertraffik juta-juta tak dapat BE sekiranya dia update survey dan letak keyword-keyword yang ada kena mengena dengan advertiser.Saya dah banyak kali cerita pasal benda ni.

Korang rasa berapa lama saya blogging baru dapat BE?Ok ini pendedahan berani mati yang kedua.Suterablogger start kat maya DIS 2008 dan first BE saya dapat pada MEI 2009.Cuba korang kira berapa bulan?6 BULAN!Apasal cap ayam sangat blog ni!Itu pun lepas saya kaji kenapa tak muncul.BE yang saya dapat pun hanya jadi meterd pada tahap RM0.75 sahaja.Banyak tak?Lepas tu terus tak dapat, sampai saya pi menuntut dengan Mel & Nara baru dia muncul balik.Then BE muncul lepas du nilai dia ada lebih sikitlah sampai sekarang.

Persoalannya sekarang betul ke nak dapat BE tak perlu traffik yang tinggi?Jawapannya memang betul...Kalau tengok history blog ni memang tarffik sikitpun confirm boleh dapat earning BE.Tapi kita perlukan Traffik yang TINGGI diperlukan untuk menjana BE.Kenapa?Logiklah eyh kalau traffik korang takat 20 Unique sehari berapa sen jelah korang dapat!Nak beli biskut Hup Seng satu tin pun tak lepas.Tapi kalau traffik korang main riban-riban tak mustahil satu buffered korang RM200++.Korang kena tau satu konsep.Dalam BE perkiraan dia adalah mengikut impression dan klik adalah bonus.maka formula dia ialah :

More traffik MORE money

Korang cuba letakkan diri korang selaku advertiser.Agak-agaknya lah kan korang nak tak labur duit kat blog yang hanya generat 10 unique sehari.Mungkin korang bagulah tapi atas dasar kesian so kasilah RM0.15 satu buferred SEBULAN!KAYAKAH ANDA?Dalam entri sebelum ni pun saya just cakap untuk dapat BE apa yang penting ialah maintain traffik dan untuk syok dengan BE traffik yang tinggi diperlukan.Betul tak?Tak caya sila selak balik...Kalau tak caya jugak silalah tanya semua yang pernah lepak dengan saya.


Maksudnya keyword di sini ialah :

* Traffik tinggi itu penting untuk BE
* Korang kena bersabar jangan gopoh sangat beb

Oklah perut dah sakit,nak pi toilet nak tunaikan permintaan lagu sat.Harap korang faham.Sila jangan salah anggap tujuan saya bukan nak kondem sesiapa tapi menjawap pertanyaan orang di formsrping dan juga email sebab saya jarang dapat komen annon dan tak taulah dengan kemunculan entri ni mungkin akan mengundang annon yang bersifat penakut!

p/s :

* Alamak panjang seyh entri ni...Takut ada yang muntah je lepas baca!

JOM JADI KAKI KOMPLEN

JOM JADI KAKI KOMPLEN


Salam guys,

Sebenarnya saya malas nak up entri petang-petang macam ni tapi sebab tengah jiwa kacau sikit so better saya buat entri dari hisap kokain kan.hak3...Korang tau komplen tak?Tak susah komplen korang kondem je apa yang orang lain buat pun tiu dah kira komplen.Dalam blogging ni banyak kaki komplen sekarang ni.Bagi saya kalau kompen lepas tu reveal identity itu hebat tapi kalau kompen dengan 'annon' itu no balls.

Saya bukan nak cite pasal kaki komplen yang jahat.Korang pernah tau tak apa itu Kaki Komplen?Pernah tak tau kewujudan dia.Mungkin ramai yang tau dan mungkin juga ramai yang tak tau sebab itu diorang hantar mail kat saya.So hari ni saya nak share satu Blog Directory  yang dipanggil Kaki Komplen.Kat sini korang boleh store entri korang lepas korang dah publish.Apa yang bestnya ia auto maksudnya lepas korang publish entry je ia akan terus masuk dalam direktori mengikut feed blog.Kiranya tak perlu 'ping'lah.


Semua blog dalam Kaki Komplen ni disimpan mengikut kategori iaitu Agama, Penaja, Komputer, Blog Lelaki, Blog Wanita, Linux dan Ubuntu.Tak perlulah saya terangkan satu-satu kategori tu korang pi usha sendiri lagi bagus.


Bagi saya Kaki Komplen ni ada membantu jugak dalam me'maintain'kan traffik blog ni.Memang bagi kesan jugaklah dan ramai blogger-blogger gempak store entry dalam Kaki Komplen tapi tak payahlah saya sebut.Korang dah register nanti korang tau lah.

TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING

TIPS : KENAPA UBAT GIGI DARLIEPUN DIPANGGIL COLGATE?ITULAH BRANDING





Hari ni saya nak share pasal BRANDING atau dalam Bahasa Melayu "Penjenamaan". Korang pernah alami tak situasi ni :

"Abang tolong belikan colgate,apa2 brand pun takpela janji ada hadiah..." 

ataupun

"Abang beli Maggie yang tak bisa bohong tu...Nampak cam sedap..."

Nampak tak apa yang saya nak cerita?Walaupun nama2 tu sebenarnya satu JENAMA tapi kita tetap sebut untuk tujukan pada satu barang.Yelah calculation dia akan jadi macam ni :

Ubat gigi = Colgate      Mee Segera = Maggie


Diorang brandingkan product diorang sampai jadi ingatan dan sebutan.Ok apa kena mengena dengan blogging?Simple je dalam blogging pun kita kena

"branding"kan blog kita supaya orang ingat dan sebut.Kalau kita asyik buat something yang sama dengan orang maka kita akan dapat nasib macam mee segera Mamee dan Ubat gigi Darlie.Sebagai contoh saya tunjukkan pada blog yang memang saya suka baca.

Blog Melz - Dia buat branding pada nama dia.Bila kita sebut Melz kita terus akan ingat domain melromeo.com dan tak lupa tips2 yang dia kasi.

Blog Eyriqazz - Disamping nama domain dan nick bila kita sebut terjah mesti kita akan teringat Eyriqazz dan akan sentiasa berhati2.

Blog Kak Ina KL - Bila nak memasak je or tengah buntu cari resipi kita akan teringat masakan dia yang wow!!!

Beautifulnara - Bila kita nak tau pasal artis kita dah tau mana nak tuju. Walaupun banyak lagi blog hiburan kita tetap ingat Beautifulnara.

Farenova - Nak tutorial?Nak buat design cun2 so saya tak perlu susah2 just masuk blog kak Farenova mesti ada.

KuehTart - blog ni saya suka baca sebab isu dia pelik2.then dia branding blog dia dengan tulis CEO Kueh Tart.Kreatifkan sayapun tak terfikir nak buat.

Korang nampak tak apa yang saya nak sampaikan sebenarnya.Bila kita ada satu benda pelik dalam blog kita yang mana takde di blog lain so itu akan jadi branding dan orang akan ikut.hak3...Bila kita ada buat branding untuk blog kita visitor tak payah cakap la memang senang2 je.Then korang akan dapat follower yang betul2 follow blog korang bukan disebabkan budaya "I follow you follow me back".Kalau tak caya cuba la buat.

p/s :


- Tengah fikir apa yang boleh di"Branding"kan untuk blog ni...


"Korang google lah info skit buat assignment..."

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam...

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

PERMAINAN SEO ASAS | TIPS


PERMAINAN SEO ASAS | TIPS



Selamat petang semua.Badan penat sebab terlalu banyak kerja then jap lagi ada invitation Nuffnang lagi.Saya akan pergi dengan kentanya menaiki PUTRA (bukan penyanyi lagu Cinta Kain Putih).Dah lama tak naik public trasport ni terkial-kial saya nak tau tambang.

Oklah malas nak melalut sebab saya nak share something yang penting dalam dunia blog ni.Sebab ramai orang tanya saya macam mana nak start SEO game dalam dunia blogging ni.Sebab dengan SEO game ni blog kita secure pada aspek traffik.Ye ke?hak3...Mungkinlah itupun kalau entri korang ada hot keyword yang orang carilah.So hari ni saya nak share apa yang saya tau pasal basic SEO.Saya panggil tips ni dengan nama Tips Dari Mata Turun Ke Hati.Kenapa?Nanti korang akan tau.So sila baca.

1) Tajuk Entri

Tajuk mesti ada kena mengena dengan apa isu yang korang nak up kan dalam entri.Janganlah sebab time tu tengah top pasal kes bunuh korang buh tajuk kes bunuh tapi isi dalam tulis pasal mat rempi.Korang akan hilang respect dari readers.Tajuk kena best dan kena ada keyword.Contohnya :

"KES BUNUH DATO SOSILAWATI LAWIYA"

Dari tajuk kat atas banyak keyword yang korang boleh nampakkan.Yang kedua ialah bila dah ada tajuk yang best,sila kurangkan penggunaan simbol dalam tajuk.Bila banyak sangat simbol maka susah bots nak menjalar ye.Yang ketiga untuk menempatkan atau mempopularkan tajuk korang kat Google silalah ubah setting tajuk entri biar dia ke depan.Caranya :

1) Search code nit kat HTML blog korang :
<title><data:blog.pageTitle/>title>
2) Copy code ni dan tukar kod atas :


<b:if cond='data:blog.pageType == "index"'>
2<title><data:blog.pageTitle/> | <data:blog.title/>title>
3<b:else/>
4<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/>title>
5b:if>


2) Content Entri

Isi entri pun penting ye guys.Sebab apa yang korang tulis haruslah reflect dari tajuk.Sebab andaikata title korang ada dalam SERP maka readers akan expect something dati blog korang.Bila tajuk lain isi lain maka readers akan tekan button x dan anggap korang seorang looser dan penipu.Sila tulis dengan jujur dan kurangkan niat untuk kejar traffik sebab korang akan menjadi looser blogger ye.Lagi satu cara penulisan silalah jangan terikut-ikut cara orang lain ataupun ikut penulisan buku sejarah yang amat membosankan.Sila boldkan perkataan yang korang rasa aadalah keyword yang orang akan cari.

3) Tag Entri

Ok tag ni kadang-kadang blogger tak ambil portpun padahal tag ni boleh tolong entri korang.Kalau tak percaya tanyalah Aus dan dia pernah cuba kat entri dia.Memang menjadi sebab bila orang seach google bots akan cari apa yang berkaitan dengan keyword search tu.Kalau ada tersama dengan tag so melekatlah visitor kat blog tu.


Sekarang korang faham tak apa langkah-langkah permulaan SEO.Korang cuba dulu kalau tak boleh try contact saya & saya akan tolong korang settlekan masalah tu.


p/s :


* Menulis kena bijak dan ikhlas baru korang akan berjaya dulang emas!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails