Showing posts with label Backlink. Show all posts
Showing posts with label Backlink. Show all posts

ROB CHEW VS BEAN MORENO & PERMOHONAN MAAF KEPADA NUFFNANG

ROB CHEW VS BEAN MORENO & PERMOHONAN MAAF KEPADA NUFFNANG


Selamat petang guys,


Sila abaikan tajuk dan jangan berperasangka buruk kalau nak baca sampai habis.Ni rentetan kepada isu pada entri lepas iaitu berkenaan dengan buffered earning.Maka selepas entri tu dipublish maka saya terima satu komen dari pihak Nuffnang iaitu Rob Chew.Siapa tak kenal Rob Chew kan nuffies yang selalu ada time screening.




Dan ni jawapan saya :


Penjelasan atas tragedi :

Halamak orang tu tulis punya berjela saya dengan selamba reply pendek je.Dahlah bahasa agak purba di situ.Ok actually entri sebelum ni saya buat bukan nak jatuhkan maruah Nuffnang or nak cakap Nuffnang memerlukan backlink dari kita.Kalau ikut logiklah kan diorang tak perlukan pun backlink or traffik dari blogger sebab blogger yang memerlukan mereka tapi mungkin pihak Nuffnang salah faham dengan ayat saya.Saya faham konsep BE tu sendiri dan saya tau advertiser yang pilih blog untuk diberi BE sebenarnya.Tengoklah saya menuntut dengan siapa beb...

Apa yang saya maksudkan dalam blogging ni kita tak boleh nak berkira.Kalau kita nak bercerita tentang nilai backlink itu sebenarnya tak relevent langsung.Kalau tak nak bagi backlink tiu hak masing-masing dan kita tidak boleh mempertikaikan sesuatu sekiranya kita sendiri berkira dalam melakukan sesuatu.So sekarang harap korang faham apa maksud sebenar saya.

Maka dengan ini saya selaku blogger cap kentang putar nak memohon maaf pada pihak Nuffnang atas salah faham yang berlaku.Saya faham tindakan Rob adalah untuk memperbetulkan keadaan dan takut blogger-blogger lain salah menilai.Yelah kadang-kadang manusia kita cakap lain dia akan faham lain.Contohnya kalau kita bagi ayat ni :

"Makan ayam malam-malam memang sedap..."

Ada yang akan fikir makan ayam yang digoreng (KFC) pada malam hari tu sedap.Tapi mungkin ada jugak yang berfikir makan 'ayam' di Jalan Chow Kitt itu Best.So masing-masing ada perception sendiri kan.t's not a big deal for me to remove the statement.Anyway thanks atas teguran.

p/s :

* Kadang-kadang even kita tak buat salahpun kita kena jugak mintak maaf selaku manusia bertamadun!


* SIla abaikan kesilapan ejaan ye...kan saya dah kata bahasa purba

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam...

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

PELIK TETAPI BENAR PADA SUTERABLOGGER DAN TERIMA KASIH CIKHEL


Selamat petang,adus lapo pulak ni...Bangun2 terus mandi & pergi sembahyang Jumaat.Perut dah berbunyi RnB ni.Amacam best tak entri Project Alpha yang semalam tuh.Agak daring kan entri tuh sebab selamba mak nyah je kutuk Lana Nordin.Korang tak rasa pelik ke dengan entri tu?Kenapa kene rasa pelik.Kalau korang rajin baca blog ni dan kenal cara saya menulis mesti korang dapat detect something yang agak fishy.Nak tau apa dia :

1) Entri tu takde typo beb,gila ke apa Bean Moreno kalau tulis mesti ada satu dua typo.hoho.

2) Tiada Link kepada mana2 website ataupun blogger.Bean Moreno tak pernah kedekut link walaupun kepada website yang PR dia 10.

3) Perkataan vavis tak pernah digunakan sebab Bean Moreno akan tulis babi ataupun b**i.

Cukuplah 3 je kan sebab yang lain tu memang kalau korang tuan blog pun susah nak cari.Jadi terus terang yang taip entri tu sebenarnya bukan saya yang kacak ni.Tak mungkin saya dapat tulis entri Project Alpha semalam sebab saya pergi tengok Prince Of Persia kan.Melaiankan saya ada ilmu hitam atau bela hantu raya hak3...

Kalau korang tengok gaya penulisan tu pun agak lain kalau nak dibandingkan dengan cara Bean Moreno menulis entri.Tapi anyway thanks la kat si pambantu am ni kalau tak saya tak submit entri Project Alpha ni.Walaupun maruah agak tercalar (alamak ayat tak boleh blah) tapi dia sudi jugak tolong hantarkan entri untuk saya.Yang tak boleh tahan ada ke patut dia letak gambar ni :


Habis tercalar maruah saya sebagai bakal peserta Imam Muda musim depan.Cis!mesti lepas ni banyak keyword2 panas masuk dalam suterablogger.Sayapun hampir pengsan tengok gambar ni (yelah gambar2 macam ni boleh mengundang taui tak?).hak3...Sebab blog ni bukan macam Beautifulnara tau yang memang habis kamikaze tulis pasal artis.Jadi korang nak tau siapa orang yang bertanggungjawab ke atas entri tersebut...Biar saya dedahkan satu daripada jenayah siber yang dilakukan beliau.ni lah orangnya :


Nampak tak gaya jahat minah ni berwebcam dan dengan gambar ni kita dapat tau yang mungkin banyak lagi jenayah cyber yang dia dah buat.Dia juga ada kutuk artis iaitu Zarina Anne Julie.Orang itu ialah Cik Hel atau nama famous dia Iti.Tapi apa2 pun thanks eyh cikhel sebab hantarkan and submit entri untuk saya.Dah banyak minggu tak sempat hantar sebab Project Alpha memang dah tak nak bagi saya duit.Oklah nak pergi makan ni.Lapar yang teramat sangat ni.Nanti saya update lagi eyh...bye2...

p/s :
- Thanks to Eyriqazz sebab pilih entri saya ye.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails