TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam...

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails