PENJAGA KAABAH MENINGGAL DUNIA

PENJAGA KAABAH MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Saya mulakan entri ni dengan bacaan umul kitab al-fatihah.Kali ni tiada niat nak overshadow Imam Muda Ashraff cuma itu adalah sedekah kita untuk perginya penjuaga Kaabah ataupun paling tepat penjaga kunci Baitullah iaitu Sheikh Abdul-aziz Al-Sheibi yang telah meninggal dunia kelmarin.Actually saya baru hari ni tau yang Kaabah ada orang pegang kunci sehinggalah tadi selak-selak Harian Metro terbaca artikel pasal ni.Korang nak baca?Nah :

MAKKAH: Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi (gambar), 82, meninggal dunia lewat kelmarin.Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram.Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahiliah lagi.Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak. Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu. 

Nak tau lebih sila baca kat Hmetro online or beli. 

Fakta menarik tentang penjaga kunci Baitullah :

* Tugas menjaga kunci Baitullah ni diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak.Maksudnya faktor usia memainkan peranan penting dalam mewarisi tugas ni.

* Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.

Saya rasa mungkin ramai yang tak kenal siapa yang menjaga pusat kiblah orang Islam ni  dan mungkin popularitinya tak lah sehebat Lady Gaga tapi sebagai umat Islam even kita tak dapat jumpa dia at least kita tahu yang dia adalah Penjaga Kiblah seluruh umat Islam dan meniggal pada umur 82 tahun.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails