TIPS : ADA APA DENGAN MEMBALAS KOMEN



Huit,morning guys.Mesti pelik tetiba je Bean Moreno ada update Suterablogger waktu pagi.Jangan pelik sebab saya dah dapat spot untuk online di office tapi bersyarat iaitu kena datang kerja awal dan sememangny sejak dulu saya tak pernah lambat masuk kerja (itupun lepas kahwin.hak3).So lepas ni kalau nak baca Suterablogger saya akan cuba update di waktu pagi time2 macam ni ye.Dah lama saya tak keluar tips untuk blogging.Actually bukan tips pun saja mengada2 cakap tips sebab saya bukannya bagus sangatpun dalam blogging dan saya juga tak se'famous' Angelina Jolie untuk harapkan traffik yang tinggi (uiks ada kena mengen ke?).

Oklah apa yang korang fikir pasal komen.Bagi sesetengah dari kita komen adalah penting dan setiap kali lepas kita update mesti kita nak ada orang komen.Betul ke tak?Cakap jelah betul sebab saya tau.Kan sayapun blogger jugak.So jangn tipu2.Ada di antara kita nampak komen tu sebagai penaik semangat untuk menulis.Ada jugak yang fikir komen tu untuk tau 'feedback' dari readers tentang entri kita kan.Tapi pernah tak kita fikir lepas dapat komen apa yang kita buat?Ramai yang biarkan je orang komen sampai bertimbun2 tapi 'No Respond'.Betul tak?

Oklah sempoi je.Kita anggapkan komen ni macam SMS.Bila kita dapat komen itu bermakna blog kita ada reader dan mereka baca entri kita (walaupun tak habis.hak3).Jadi bila ada komen kita dapat lah 'feedback' mereka.Kebanyakan komen akan ikut topik entri dan ada juga yang komen just tanya khabar (yang ni sila buat di 'shoutbox' ye).Bila diorang komen,diorang pun ada niat untuk dapatkan feedback dari korang.So jika diorang dah penat2 komen dan bagi feedback tapi korang buat dek je mungkin lepas tu diorang fed up dan takkan komen lagi.Yelah cuba korang bayangkan,korang SMS awek korang tapi 10 SMS yang berbalas cuma 1.Apa perasaan korang?Mungkin ada yang positif cakap & faham yang korang bz tapi kalau tak mungkin korang akan cakap awek korang ada BF lain.hak3...Samalah macam komen.Readers akan 'fed up' dan buat dek je dengan entri korang.

Dengan baca & reply komen jugak korang akan dapat idea untuk menulis.Dalam masa yang sama korang akan buat readers yang komen tu terasa dihargai.Bila diorang rasa dihargai diorang akan komen lagi di entri yang lain.Korang bayangkan kalau korang nak ngorat awek.Banyak kali belnja makan tapi takde respond.Itu bermakna dia tak suka lah kan.Jadi bila korang tak 'reply' komen orang yang komen akan rasa korang macam tak suka diorang komen.Jadi...Faham2 sendiri jelah ye dek non (apahal aku dah jadi Azwan Ali pulak ni?).

Banyak lagi sebab kenapa korang kena reply komen readers.Tapi sebab saya dah lapar so sikit dah le ye.Kepada pengkomen korang jugak kena ingat bahawa sila baca entri sampai habis sebelum komen.Sebab manalah tau blogger tu kutuk korang,tapi disebabkan korng tak baca sampai habis maka korangpun ye kan je apa yang diorang cakap (ini dah pernah terjadi ye.hak3).Oklah nak pergi makan & malam karang saya update lagi ye...

p/s :
* Saya nak mintak maaf kalau saya tak sempat nak 'blogwalking' ye.Tapi jangan takut saya akan tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang blogger bila ada masa.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails