TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 5

credit to murai.com.my


Disebabkan update yang lambat,saya terpaksa mengeluarkan satu entri yang gila kow yang boleh dikatakan senjata terhebat suterablogger iaitu undang2 penulis.Tidak mungkin anda akan dapat cari serupa dengan nya di mana2 blog mahupun kedai rokok berhampiran.Carila kalau jumpa bagitau saya.Saya akan belanja di kedai mamak segelas air suam.Undang2 Penulis yang ke - 5 ialah "Resist Stereotypes,in Real Life and In Writing".Saya tau korang mesti tak faham punya dan saya akan terangkan.Maksud ayat tadi adalah elakkan ataupun hindarkan dari buat benda yang kebiasaan dilakukan.Takpun bahasa pendeknya Berfikir luar dari kotak bukan luar dari barisan.kalau luar dari barisan mungkin korang akan kene maki sebab kawad tak ikut barisan ataupun bayar bil makanan kat kedai makan tak que up.Atau mungkin kene hon dengan kereta lain sebab potong barisan.hak3...


Dalam situasi ni korang kene create satu benda baru dalam blog korang supaya berlainan dengan blog orang lain.Ni tak orang lain buat blog warna biru korang pun nak tiru...Alamak perli diri sendiri plak.Takdela maksudnya tulis something yang berlainan.Orang cakap style saya macam Mel memangpun sebab dia sifu saya tapi korang kene baca entri saya.Sama ke dengan dia??Lain ma!!!Mungkin persamaan nya adalah warna biru seperti yang eyriqazz bagitau.hak2.Kalau cara penulisan saya sama dengan Mel ada dua kemungkinan akan berlaku iaitu :

a) Visitor saya akan bertambah banyak sebab semua visitor dia pergi kat saya
b) Visitor saya akan jadi kurang sebab saya meniru

Tapi kedua2 kemungkinan itu tidak berlaku sama sekali di SUTREBLOGGER.Tak mungkin kerna sayang.hak2..Korang boleh tulis idea yang sama tapi elaboration tuh korang buatla ayat sendiri.Takpun kalau orang tengah hot cerita pasal kereta korang cerita la pasal pompuan sexy.Kan ke unik skit dari orang lain.Macam saya, saya suka tulis benda yang saya alami sendiri dalam blogging.Kadang2 ada skit pasal emo saya la kan sebab saya bukan malaikat.Tapi cara penceritaan saya lain skit.Macam sekarang orang sibuk cerita pasal "Blogwalking" saya ceritala pasal undang2 saya.Kalau Diorang dah abis cerita baru saya sambung.hak2.Lain kan.Kira boleh kata saya ketinggalan skit la...Tapi ada sebabnya saya ketinggalan.

Hm mungkin tu je kot yang boleh saya kongsi.Bukan kongsi gelap tapi kongsi terang.


p/s :

* Ni adalah pengalaman dan bukan cerita untuk riak takbur.Sila baca dengan hati yang suci sesuci lebaran.
* Kalau terlepas episod2 yang lepas boleh rujuk kat tips navi atas.Sebab Episod2 nya adalah lebih kurang macam cerita Nur Kasih yang ditayangkan seminggu dua kali je.Tak sama macam Senja Permai yang kita boleh tonton setiap hari.hak3

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails