PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

Salam dan selamat petang,

Nak tanya sikit...Korang percaya tak dengan beberapa ribu kita labur kan kita mampu menjana berjuta-juta dengan mudah?Actually ada kot perlaburan yang macam ni dan tak mustahil benda tu ada mungkin kita je tak tau cara dia.So kalau nak lebih memahami dunia perlaburan ni kita kena refer mata Matjoe!Ada tak korang terbaca pasal harta Sukarno?Kalau belum baca jom baca sat :

SEREMBAN: Terpengaruh untuk mendapatkan harta yang dikatakan milik bekas Presiden Sukarno, enam rakan sepejabat kerugian RM16,000 yang mereka laburkan kononnya untuk mencairkan harta bekas pemimpin nombor satu Indonesia itu.Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamsul, 30-an, berkata, segalanya bermula apabila dia bersama rakan diperkenalkan mengenai pelaburan pencairan harta Sukarno itu oleh seorang lelaki berusia 40-an di sebuah restoran di sekitar Bandar Baru Nilai, di sini, pada 13 Oktober lalu. Menurutnya, lelaki itu memberitahu pewaris harta yang kononnya berjumlah AS$3.2 bilion (RM10 billion) itu adalah anak Sukarno yang dibawa ke negara ini ketika masih kecil dan dia kini dalam proses mendapatkan semula harta berkenaan yang didakwa berada dalam kawalan Bank Negara Malaysia (BNM). “Bagaimanapun, kami diberitahu harta itu perlu ‘dicairkan’ terlebih dulu dan memerlukan bantuan daripada pelabur atau digelar ‘jemaah’ untuk menyalurkan kos pelepasan mencecah puluhan ribu ringgit.

Nak baca lebih pi beli surat khabar or Harian Metro Online

Komen Bean Moreno :

* Ye sekarang ni semua benda perlukan duit dan disebabkan kita hidup dalam kesempitan kita tersepit dan sering berfikir macam mana nak jadi kaya senang.Bila otak dah letih fikir cara jadi kaya maka keletihan itu akan membawa kita ke satu aura yang dinamakan penipuan.

* Benda ni melibatkan aset yang besar.Maka bila melibatkan satu nilai yang besar maka kita harus berwaspada jangan senang-senang nak gadai duit kita.Dulu kecoh pasal skim cepat kaya ni akan kecoh pulak pasal skim pewarisan harta orang kenamaan.

* Hm saya tak sangka ada orang melayu yang sangat kaya sehinggakan RM16K yang saya rasa kalau saya kumpul pun makan tahun boleh dibuang bergitu sahaja tanpa berfikir.

* Agak-agak macam mana eyh anak sukarno tu bercakap.Saya terbayang mungkin cara dia approach orang macam ni :

" Mas ayuh melabur kek den dong.Lopeh ekau molabur ekau pasti jadi kayaan seperti Rakka sih!"

Halamak pengaruh Cinta Kirana pulak!...

* Saya pun kalau nak ikutkan dah lama kaya tau.Tak percaya ke ?Nah tengok bukti :



Dan ini...



Amacam kaya tak?haha malas je nak layan kalau tak tiap-tiap hari boleh shopping kat Pavilion tau...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails