MAHER ZAIN BERDAKWAH CARA STYLO

MAHER ZAIN BERDAKWAH CARA STYLO

Assalamualaikum...

Sebelum saya start entri ni saya nak tanya pendapat korang.Apa pendapat korang tentang cara seseorang itu berdakwah selain daripada ceramah dan juga nasyid?Yelah kalau ditanya pada yang cetek pemikiran diorang hanya dapat berfikir bahawa berdakwah itu hanya boleh dilakukan bila berceramah agama ataupun ianya disampaikan secara menyanyi nasyid.



Ok persoalan yang kedua apa pulak pendapat korang pasal pendekatan Maher Zain dalam berdakwah?Korang kenal tak siapa Maher Zain?Kalau tak silap Maher zain ni berasal dari Lubnan dan dibesarkan di Sweeden (kalau saya silap sila betulkan sebab takut ramai pulak fan Maher Zain mengamuk kalau salah info).Actually saya dengar nama dia dah lama dan ada jugak terbaca pasal dia kat blog orang lain.Tiba-tiba tadi masa saya nak pergi checkup saya terdengar lagu dia.Serius memang best dan menyentuh jiwa keras saya.


Bagi saya Maher Zain berjaya dalam usaha dakwah dia sebab ni adalah cara berdakwah yang mungkin berkesan sebab ia mengikut peredaran zaman.Dengan tertulisnya ayat tadi maka mungkin akan timbul persoalan bolehkah berdakwah dengan lagu?So kalau tanya saya yang mungkin sedikit jahil ni saya akan cakap boleh sebab Allah tak mengharamkan hiburan melainkan ia melalaikan.So lagu-lagu Maher Zain takde pulak yang menyuruh kita berdua-duaan dalam hotel semua mengingatkan kita kepada ALLAH.Tak percaya jom layan lagu ni :


Maher Zain - Thank You Allah

Komen Bean Moreno :

* Lirik lagu ni amat menyentuh jiwa yang paling best ialah lirik dia memang mudah kita nak faham tak macam lagu Beyonce yang memang kadang-kadang kita garu kepala untuk fahamkan.

* Kalau nak cerita pasal irama dan juga suara dia memang saya akan tunjuk ibu jari ke atas untuk Maher Zain.Suara dia memang kalau masuk AF memang tenaga pengajarpun tercengang.hak3.

* Kalau kita dengar lagu ni betul-betul memang kita akan rasa tenang je.

p/s :

* Serius dah lama saya tak layan lagu-lagu berbentuk keagamaan ni.Maher Zain dah berjaya buka pintu hati saya ke?hak3...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails