3 TERIMA KASIH UNTUK 3 PERKARA BERBEZA

2 TERIMA KASIH UNTUK 2 PERKARA BERBEZA

Assalamulaikum dan selamat petang...

First of all saya nak mintak maaf kat readers sebab up kan entri lama-lama.Semua tips yang saya up kan baru-baru ni adalah entri yang telah saya publish awal tahun lepas cuma saya remake.Ada sebab kenapa saya republish entri lama.Yang pertama adalah sebab saya tengah buat satu research untuk blogging.Yang kedua adalah atas permintaan sesetengah blogger yang mintak tips tapi takkan saya nak taip semula padahal benda tu memang dah ada dalam blog ni.Membazir je.Sayapun tak tau kenapa diorang tak nak usha tab TIPS BLOGGING kat atas ni.

Entri kali ni saya just nak ucap terima kasih untuk dua perkarta yang berbeza.Semalam saya saya ada up pasal Penjaga Kaabah Meninggal Dunia.Memang terus terang saya cakap saya tak pernah tau siapa yang jaga Kaabah dan baru semalam saya terbaca.Jadi lepas publish dah tentu ada komen sebab agak pelik kalau blog aktif tapi takde pengomen kan.So saya ada receive komen dari seorang yang bergelar non tipikal yang tertulis :

Maaf, jika saya agak menongkah arus dalam hal ini. Dan saya tangguhkan al-Fatihah untuk arwah hingga kebenaran sejati dapat saya temukan.Apakah mungkin arwah ini berketurunan Rasulullah SAWW atau sebaliknya?Bukankah tugas menjaga kebajikan Kaabah dan para pengunjungnya adalah menjadi amanah ke atas anggota keluarga Nabi Ibrahim A.S. dan juga keturunannya hinggalah kepada Nabi Muhammad SAWW. Ketahui dan akuilah bahawa nasab keturunan di antara kedua Rasul Allah SWT itu terputus walau di tengah-tengah, kerana merekalah yang diumpamakan sebagai Siratul Mustaqim di dunia ini.Jika arwah bukanlah salah seorang anggota keluarga daripada jalur keturunan Rasulullah SAWW, maka di manakah dia waris Baginda SAWW yang haq?Tahukah kalian, apabila kita berpeluang ke Tanah Suci, terdapat sebuah tandas besar berdekatan Masjidil Haram, dan tandas besar itu adalah satu-satunya yang terbina di kawasan suci tersebut? Dikhabarkan oleh mereka yang bersangkut paut dengan keluarga Rasulullah SAWW, bahwa tandas tersebut dibina di atas bekas tapak rumah keluarga Rasulullah SAWW bersama isteri yang pertama, Saidatina Khadijah R.A.Jika benar akan khabar di atas, apakah tindakan si penjaga Kaabah selama ini untuk menjalankan tanggungjawab mempertahankan dan memulihara kesucian keluarga Rasulullah SAWW?Makam-makam para syuhada Badar & Uhud serta para ahli keluarga Baginda SAWW di Jannatul Baqi' juga menerima nasib malang apabila diruntuhkan sekitar 200tahun dahulu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Seruan saya, sama-samalah kita menyelidiki lebih lanjut akan sejarah berkaitan waris keturunan suci Rasulullah SAWW dan ahlul bait baginda kerana merekalah sebenar-benarnya yang berhak mewarisi kesucian kurniaan Allah SWT dan bakal menjadi penyelamat kita di akhirat kelak berkat syafaat Baginda SAWW, insya-Allah.
Panjang tau dia komen dah macam satu entri dah.Selalunya annon akan komen benda mengarut betul tak?Dan sepanjang saya blogging saya gelarkan annon ni 'people with no ball and brain'.Kali ni Cik Non Tipikal ni memang buat saya tabik spring kete.Apa yang dia komen actually mungkin betul saya tak dapat nak cakap apa-apa sebab saya serius tak tau pasal benda-benda yang sia bagitau ni.So nampak sangat dia pernah ke tanah suci dan memang tau.Cuma saya nak cakap sikit je even sebesar mana pun kesalahan manusia itu kita selaku manusia tak boleh nak menghukum sebab itu semua kuasa Allah.Dan tak salah kita sedekahkan al-fatihah kepada si mati walaupun dia bukan penjaga Kaabah sekalipun.

Yang kedua saya nak ucapkan terima kasih kepada MAS sebab offer saya jadi reviewer untuk kapal terbang terbarunya iaitu B737-800.Tapi malangnya saya terpaksa reject offer tu.Bukan sebab demand payment murah ke apa cuma ada sebab yang tak dapat saya elakkan.Secara tiba-tiba saya mungkin kena pi outstation ke Kuantan pada tarikh tersebut so takkan saya nak bagi alasan naik 'belon' untuk apply cuti kan sebab kerja harus diutamakan.So lepas ni kalau ada jet pejuang baru or kapal selam baru (ooops) boleh lah jemput saya review sebab time tu saya dah confirm kat tempat kerja & mungkin cuti pun dah banyak.hak3...Mungkin lain kalilah kalau ada rezeki bolehlah bagi saya tiket untuk honeymoon ye sebab saya dengan aiensepet belum pergi honeymoon lagi.

Yang ketiga ucapan terima kasih pada Nuffnang.Petang tadi tetiba call invite gi event Digi esok.Untuk pengetahuan yang tak tau esok ada launcing apps music dari Digi so maybe esok lepas kerja saya akan pergi event tu.Ni lah kelebihan jadi GPlusMY.Tak payah buat entripun dapat invite.haha!Anyway thanks again Nuffnang for the invite sampai tak cukup masa saya nak reschedule masa saya.Harap-harap esok ada ramai amoi cantik-cantik untuk dibuat pencuci mata.hoho...

p/s :

* Esok akan ke Zouk Club,untuk event bukan untuk cucuk langit ye!
* Mau tips macam mana nak tarik advertiser panggil jadi reviewer?bayar RM200 dulu hahaha...



Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails