HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN

HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN



Apa yang korang fikir boleh membuatkan seorang yang berstatus manusia (ni tak termasuk status Gliterrati ye) akan menghormati seorang yang berstatus manusia yang lain?Ataupun korang tak tau apa kejadahnya itu HORMAT!Bagi saya lah kan perkataan hormat itu tidak wujud secara ikhlas dalam diri manusia lebih-lebih lagi dalam zaman yang sememangnya tengah maju membangun dengan video-video porno.Ooops mintak maaf terlucah sikit malam-malam ni.

Selama 21 tahun saya hidup kat dunia yang fana ni saya banyak tengok secara life orang tunjukkan sikap hormat bukan sebab ikhlas dari hati.Korang rasa kenapa saya cakap ramai yang hormat orang lain disebabkan orang yang dihormati tu ada keistimewaan.

Simple saya bagi satu contoh mudah yang pertama.Seorang adik tidak akan menghormati seorang abang sekiranya abangnya tidak dapat membela nasib keluarga.Maksudnya kalau adik tu dapat berkahwin dengan anak dato' atau tak payah kahwin lah 'couple je' tapi abang dia bekerja jual keropok lekor kat Jalan Masjid India korang rasa si adik tu akan hormat tak kat si abang kalau si abang tak dapat nak belikan ibunya yang sakit ubat? Tak mungkin!Percayalah cakap saya.Walau si abang tu berusaha setengah mati untuk teruskan kehidupan dia tetap tidak akan dihormati.Tapi cuba si abang itu adalah seorang yang hebat rumah 3,4 biji siap belikan umah untuk mak bapa.Maka adik-adik dia akan bercerita bercakappun tunduk macam ada orang nak masuk meminang walaupun dia tu lelaki.So di manakah HORMAT itu?TIADA...

Contoh mudah kedua ialah suami dan isteri.Korang rasa si isteri akan hormat tak kat suami bila si suami tak dapat nak belikan sebiji Ipad yang memang si isteri idam-idamkan?Padahal si isteri tak tahu si suami ikat perut tak makan hanya sebab nak lengkapkan keperluan keluarga.Si suami tetap akan dipandang rendah walaupun apa yang dia nak terpaksa berkubur hanya untuk puaskan apa yang isterinya mahukan.Tapi si suami takkan dihormati hanya disebabkan Ipad.hoho...Jadi di manakah perkataan HORMAT itu dalam kamus suami dan isteri kalau suami dimaki hanya kerana Ipad?Jadi jawapannya tetap TIADA...

Yang ketiga kita tengok pulak dalam blog sphere kita kat Malaysia ni.Blogger akan menghormati blogger lain sekiranya blogger itu ada keistimewaan contohnya Unique tinggi,ataupun blog dia memang best.Ramai orang support blog ni.Memang dia akan jadi sebutan lah dan ramai orang akan buat entri pasal dia.Dipuji dan disanjung macam Robin Hood.Tapi mana perginya hormat kita pada blogger-blogger yang masih mencari identiti.Masih menulis di atas kertas untuk publish entri di blogspot.hak3...Ada tak kita fikir yang diorang perlukan galakan untuk terus menulis?Ada tak kita fikir yang dengan bantuan kita even memberi komen ataupun shout di chatbox dia boleh menyemarakkan lagi niat dia berblog.Langsung tidak!Apa yang kita fikir blogger baru ntah apa-apa.Kutuk sana kutuk sini.Bila blogger baru menang contest masing-masing nak tunjuk bagus pertikaikan keputusan.Apalah salahnya cool dan terima kekalahan.Jadi mana perkataan HORMAT dalam kamus hidup Blogger?TIADA kawan-kawan...

Amacam, cukup kuat tak contoh yang saya bagi kat korang?Bolehkah kita cakap yang HORMAT itu ikhlas lahir dari hati kita.Susah kita nak tengok orang hormat disebabkan dasar kemanusiaan.Manusia tetap akan tertindas sekiranya sikap hormat itu tiada dalam hati dan lahir secara ikhlas.Betul ke tak apa yang saya cakap.Hanya ada satu time je manusia tu dihormati even dia tak pernah berbakti iaitu bila masa dia dah takde lagi kat dunia ni.Itu pun mungkin ada mulut longkang yang mengutuk dia hanya disebabkan kesalahan kecil dia.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails