Showing posts with label Respect. Show all posts
Showing posts with label Respect. Show all posts

HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN

HORMAT AKAN DATANG BILA KORANG ADA KEISTIMEWAAN



Apa yang korang fikir boleh membuatkan seorang yang berstatus manusia (ni tak termasuk status Gliterrati ye) akan menghormati seorang yang berstatus manusia yang lain?Ataupun korang tak tau apa kejadahnya itu HORMAT!Bagi saya lah kan perkataan hormat itu tidak wujud secara ikhlas dalam diri manusia lebih-lebih lagi dalam zaman yang sememangnya tengah maju membangun dengan video-video porno.Ooops mintak maaf terlucah sikit malam-malam ni.

Selama 21 tahun saya hidup kat dunia yang fana ni saya banyak tengok secara life orang tunjukkan sikap hormat bukan sebab ikhlas dari hati.Korang rasa kenapa saya cakap ramai yang hormat orang lain disebabkan orang yang dihormati tu ada keistimewaan.

Simple saya bagi satu contoh mudah yang pertama.Seorang adik tidak akan menghormati seorang abang sekiranya abangnya tidak dapat membela nasib keluarga.Maksudnya kalau adik tu dapat berkahwin dengan anak dato' atau tak payah kahwin lah 'couple je' tapi abang dia bekerja jual keropok lekor kat Jalan Masjid India korang rasa si adik tu akan hormat tak kat si abang kalau si abang tak dapat nak belikan ibunya yang sakit ubat? Tak mungkin!Percayalah cakap saya.Walau si abang tu berusaha setengah mati untuk teruskan kehidupan dia tetap tidak akan dihormati.Tapi cuba si abang itu adalah seorang yang hebat rumah 3,4 biji siap belikan umah untuk mak bapa.Maka adik-adik dia akan bercerita bercakappun tunduk macam ada orang nak masuk meminang walaupun dia tu lelaki.So di manakah HORMAT itu?TIADA...

Contoh mudah kedua ialah suami dan isteri.Korang rasa si isteri akan hormat tak kat suami bila si suami tak dapat nak belikan sebiji Ipad yang memang si isteri idam-idamkan?Padahal si isteri tak tahu si suami ikat perut tak makan hanya sebab nak lengkapkan keperluan keluarga.Si suami tetap akan dipandang rendah walaupun apa yang dia nak terpaksa berkubur hanya untuk puaskan apa yang isterinya mahukan.Tapi si suami takkan dihormati hanya disebabkan Ipad.hoho...Jadi di manakah perkataan HORMAT itu dalam kamus suami dan isteri kalau suami dimaki hanya kerana Ipad?Jadi jawapannya tetap TIADA...

Yang ketiga kita tengok pulak dalam blog sphere kita kat Malaysia ni.Blogger akan menghormati blogger lain sekiranya blogger itu ada keistimewaan contohnya Unique tinggi,ataupun blog dia memang best.Ramai orang support blog ni.Memang dia akan jadi sebutan lah dan ramai orang akan buat entri pasal dia.Dipuji dan disanjung macam Robin Hood.Tapi mana perginya hormat kita pada blogger-blogger yang masih mencari identiti.Masih menulis di atas kertas untuk publish entri di blogspot.hak3...Ada tak kita fikir yang diorang perlukan galakan untuk terus menulis?Ada tak kita fikir yang dengan bantuan kita even memberi komen ataupun shout di chatbox dia boleh menyemarakkan lagi niat dia berblog.Langsung tidak!Apa yang kita fikir blogger baru ntah apa-apa.Kutuk sana kutuk sini.Bila blogger baru menang contest masing-masing nak tunjuk bagus pertikaikan keputusan.Apalah salahnya cool dan terima kekalahan.Jadi mana perkataan HORMAT dalam kamus hidup Blogger?TIADA kawan-kawan...

Amacam, cukup kuat tak contoh yang saya bagi kat korang?Bolehkah kita cakap yang HORMAT itu ikhlas lahir dari hati kita.Susah kita nak tengok orang hormat disebabkan dasar kemanusiaan.Manusia tetap akan tertindas sekiranya sikap hormat itu tiada dalam hati dan lahir secara ikhlas.Betul ke tak apa yang saya cakap.Hanya ada satu time je manusia tu dihormati even dia tak pernah berbakti iaitu bila masa dia dah takde lagi kat dunia ni.Itu pun mungkin ada mulut longkang yang mengutuk dia hanya disebabkan kesalahan kecil dia.

HORMAT ITU PENTING WALAUPUN KEPADA BUDAK-BUDAK


CULTURE : HORMAT ITU PENTING WALAUPUN KEPADA BUDAK-BUDAK


Hye selamat tengahari ye semua.Pergh dah 4 hari tak update blog ni.Bukan apa hari tu tetiba mood untuk 'modify template' blog ni datang.Saya dah jumpa satu template just kena edit je (tak mau la nampak default sangat).Tiba2 tengah mood memuncak dan tengah ubah2 coding monitor bertukar menjadi hijau.Memang keadaan macam ni bikin potong mood je.Kepada korang yang rajjin kalau nak tukar template boleh la cari kat [sini] ataupun kat [sini].Tapi sila make sure yang template lama di'backup' dulu ye.Kalau tak pasti kacau.

Oklah hari ni nak cerita pasal HORMAT.Bukan apa sekranag perkataan ni dah takde dalam kamus hidup seorang manusia.Semua yang hidup hanya fikir tentang diri sendiri dan pasal orang lain tolak tepi.Kalau umur tu baru 7 or 8 tahun mungkin boleh 'consider' lagi lah kan.Tapi ada yang umur 40 an pun 'still' tak tau nak fahami apa itu HORMAT dalam hidup.Apa yang dia fikir nak orang lain je hormat dia tapi bab nak hormat orang lain tu memang dia buang dalam tong sampah je.

Ada pulak yang masih tau apa itu HORMAT tapi dia akan HORMAT orang tu kalau orang tu berguna pada dia ataupun boleh bagi kesenangan pada dia.Contohnya dia cuma akan tunduk dan 'respect' ataupun 'give a bow' bak kata Torres bila orang tu boleh tolong dia settlekan kerja harian dia.Orang yang takde apa2 dia anggap loser dan memang akan dipandang sebelah mata.Itu kira ok lah nak jugak pandang walaupun sebelah mata lagi teruk kalau dua2 belah mata dia tutup lepas tu main langgar je orang lain.Senang2 nak maki,senang2 nak sepak terajang.Orang macam ni rasanya patut ambil Pendidikan Moral sebab belajar Pendidikan Islam pun still tak dapat hidayah.

Itu satu bab,ada pulak yang akan HORMAT seseorang tu bila orang yang nak dihormat tu (apahal panjang sangat aku explain ni?) lebih hebat ataupun lebih berpangkat.Mak aiyh elok2 sikit dengan orang macam ni.Sebab dia akan bawa kipas ke mana2 dia pergi.Then bila dia dah dapat apa yang dia nak dan jadi lebih bagus dari orang yang nak dikipas maka dia akan buat dek je dan mulalah 'show off' sampai hari2 nak kena tukar spender baru.

Kenapa saya timbulkan persoalan ni?Simple je kalau kita baca surat khabar memang banyak kes2 Hilang Hormat berlaku (ni tak termasuk hilang kehormatan ye,itu kes lain).Anak tak hormat mak bapak,isteri tak hormat suami, dan macam2 lagilah.Then bila sifat hormat ni hilang maka ada je kes2 pelik contohnya anak baling batu bata kat kereta bapak,isteri pukul suami pakai penyapu,dan ramai pulak yang akan berangan nak jadi Chan Ho Nam.So saya rasa kalau kita 'behave' dengan perbuatan kita maka kita akan tau yang sifat hormat tu memang penting.

p/s :

- Misi untuk modi template tinggal lagi 45 % tinggal nak buat header baru & tukar background.

- Kadang2 bila kita fikir balik,kenapa orang tak respect kita?Mungkin dulu kitapun tak respect orang lain terutama sekali Mak bapak kita.Betul tak?

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails