Showing posts with label Suterablogger. Show all posts
Showing posts with label Suterablogger. Show all posts

BILA BEAN MORENO FEATURED KAT KAMUNITI BLOGGER

BILA BEAN MORENO FEATURED KAT KAMUNITI BLOGGER

Salam guys,

Hari ni tetiba menjadi pemalu sebab terperasan satu benda yang saya sendiri tak sangka.  Mula-mula terfikir apasa link masuk dari Komuniti Blogger.  Dengan positif saya terfikir yang itu referral entri saya sebelum-sebelum ni.


Dengan perasaan ingin tahu yang terlalu memuncak maka saya cuba tekan link tu maka terkeluarlah cerita tentang blogger cap ayam ni :


Amacam hensem tak?  Ni gambar time saya baru lepas keluar wad HUKM dulu.  Tapi saya still tak percaya so saya klik lagi link tu (mak aiyh kalau iklan Nuffnang click macam tu dah kira fraud click dah). Yelah memang betul depa review blog ni. huh!  Tetiba pengsan kejap 10 minit.  Anyway thanks to Komuniti Blogger sebeb berani review pasal blogger cap kentang putar macam saya.


Sesungguhnya saya tak sangka ada blog komuniti yang nak review pasal saya dan blog saya.  Malu siot nak berhadapan dengan blogger-blogger lain. Even review dan featured ni tak sehebat Redmummy dalam Harian Metro dan CikEpal dalam Remaja tapi syukurlah dari takde langsung.


So bagi siapa yang ketandusan traffik even dah ping entry kat serata Langkasuka boleh cuba plak ping kat Komuniti Blogger sebab tiada bayaran dikenakan.  Cubalah mana tau lepas pink traffik korang up sampai juta-juta.


p/s :


* Money and fame in blogging will come to blogger that sincere in writing
* A big thanks to Komuniti Blogger for the review


* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

YEEHAAA! SUTERABLOGGER SEKARANG DAH BERSITELINK

YEEHAAA! SUTERABLOGGER SEKARANG DAH BERSITELINK

Salam guys,

Actually mata dah rabak dah ni tapi sebab ada sikit happy maka saya nak gak up satu entri.  Tadi bertweet dengan seorang rakan blogger yang dah kekwat sekarang.  Hari ni baru dia nak tweet saya itu pun lepas saya tweet benda ganas.  Apa-apapun thanks to Hakim sebab inform satu benda yang saya tak perasan :

Aga terkejut blog cap kentang putar ni boleh diberi sitelink oleg uncle G.  Anyway alhamdulillah so saya try check menggunakan cara konvensional adakah benar gosip artis ni sebab takde keluarpun kat Blog Beautifulnara mahupun Ohbulan.  Maka result dia :




Walaupun kelihatan itu hanyalah sitelink 'cap ayamz' tapi ia tetap sitelink tunggu sikit masa ia akan bernama.  Tapi sorry saya tak nak bukak pasal sitelink google ni tunggu esok saya terasa macam nak buat vlog.


p/s :


* Blogging perlukan masa, kegopohan akan mendatangkan kerugian. Ingatlah blog tersayang...


* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

"hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8"

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk--kutuk tak baik ye...

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :

* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

Berkenaan dengan tajuk entri ni semua orang nak terasa dihargai ataupun ingin popular.Kalau la ada dalam ABPBH(Anugerah Bintang Popular Berita Harian) ada kategori blog paling popular mesti ramai blogger yang akan update blog diorang selalu.hak2 ini bukan perli ye cuma realiti.Popular itu adalah subjektif kalau kita nak cerita.Sebab popular dalam blogging boleh dibahagikan kepada dua.Adakah popular disebabkan ramainya follower ataupun popular sebab banyaknya reader dan traffic.Pening tak dengan statement saya ni.Korang fikirla sendiri apa bezanya sebab memang ada bezanya sebab itu saya kata ia adalah subjektif(bukan jawapan peperiksaan ye).

3 Cara untuk popularkan blog :

1- Content/Keyword kene best
Wah yang ni bagi saya memang penting sebab andai kata(saya ulang andai kata) hari tu blogger lain tak blogwalk ataupun mungkin sistem gengblogger rosak tak boleh nak ping entri maka apa yang dapat membantu kita ialah keyword SEO.Sebab tu kalau boleh buat je entri untuk contest mana2 blog ataupun contest Nuffnang.Walaupun tak menang tapi sekurang2nya kita dapat tulis entri n dapat keyword.Sebab tu saya try macam2 contohnya macam youthsays, blogadvertisingstore ataupun buat contest nuffnang.tak percaya biar saya tunjukkan :


3 entri yang saya submit untuk contest nuffnang memberikan saya traffic yang agak tinggi untuk bulan ini.Harap2 la menang salah satu.So sekarang korang percaya tak?Saya tak paksa just nak share je.

2- Blogwalking ataupun berjalan ke blog lain
Ini pun salah satu cara untuk korang popularkan blog korang ataupun dapat visitor.Cari blog baru then tinggalkan jejak.Dalam berblogging ni kita tak boleh sombong sebenarnya.Sombong terjun lombongla.Kita tak boleh assume yang kita ni terlalu otai walaupun kita dal blogging lama.Itu bukan concept blogging sebab tujuan sebenar blogging adalah untuk berkongsi tak kira la emosi ataupun knowledge.Jadi lerpas ni tolong jangan sakitkan telinga saya dengan mendengar perkataan "dia tu otai bean"...tak mungkin saya akan hiraukan perkataan tersebut.Bukti...


Traffik2 di atas datangnya dari blog2 lain.Kemungkinan tuan blog yang masuk ataupun follower2 dia yang tertarik dengan nama blog saya(chewah perasan betul...hak2).Ataupun apa yang saya tulis dalam chatbox diorang(mungkinla sayapun tak tau).Saya suka comment dan juga tulis kat chatbox.Mungkin ada blogger yang baru sampai kat blog diorang klik link saya untuk cari traffik or info(macam saya jugak).So thanks kat blogger2 yang blogwalk ye.

3- Interaksi dengan Visitor
Ini terbahagi kepada dua.Satu chat box dan kedua comment.Contohnya macam ni ...

 Kalau yang masuk blog kita tu blogger jugak diorangpun akan tinggalkan URL kat chatbox(tulah fungsinyapun) jadi janganla terlalu perasan sibuk sampai tak sempat nak masuk balik blog orang yang tinggalkan jejak.Ingat baik dibalas baik jahat masuk jail ok...Jangan lupa kalau ada komen kat entri tu tolong la jawab barula orang yang komen tu rasa dihargai.Saya baru perasan kalau orang komen boleh buat notification ke email.hak2 apa punya blogger la saya ni.Yela sayapun masih belajar la bukan nya bagus sangatpun.

p/s :

* Kalau korang nak blog korang cepat up dengan cara yakuza cuba korang jadi Aduka Taruna mesti hits blog >1000 sehari.
* Masih lagi mencari jalan untuk menaikkan hits blog ni biasala manusia tak pernah cukup.
* Ingat traffik penting untuk nuffnang.

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?


Hari ni takde tips untu lajukan traffik or income nuffnang ye.Tengah mengkaji teknik ni.Kalau saya berjaya saya akan kongsikan dengan korang.Sekarang setiap hari kita akan jumpa blog baru.Paling sikitpun sepuluh blogger ataupun blog baru akan muncul.Tapi adakah kita sedar kita perlu ada attitude atau sikap2 seorang blogger untuk jadikan kita bagus dalam berblogging.Takkan la nak main tulis je kan.Itulah kesilapan saya dulu.


 (Simple Artwork from Bean Moreno)

Saya nak kongsi sikit apa attitude yang perlu ada pada seorang blogger untuk membolehkan dia survive dalam dunia blogging ni :

1) Mencari Kesalahan Sendiri Bukan Kesalahan Oran Lain

Maksudnya ialah kita sentiasa cari salah sendiri.Sebelum kita nak komen penulisan orang lain kita kena baca apa salah kita.Sepanjang saya menulis saya akan tulis ikut kesalahan saya.Apa yang membuatkan saya tak boleh pergi jauh.Dan segala entri yang saya tulis adalah berkisar pasal pengalaman saya.Contohnya macam entri autoplay ataupun gaya penulisan yang saya tulis dulu.Itu bukan untuk kondem orang lain tapi adalah untuk memperbetulkan diri sendri sebab itu adalah kesalahan lampau saya.Kira macam bertaubat dalam blogginglah...Boleh eyh macam tuh.Kalau kita niat nak kondem orang lain maka kita takkan dapat betulkan kesalahan kita.

2) Berkongsi Pengalaman Dengan Orang Lain

Untuk bagi orang lain kenal kita,kita kena tunjuk contoh yang baik baru orang akan ingat kita.Jangan tulis entri yang nampak macam nak "up"kan diri sendiri. Kita patutnya tulis entri untuk perkongsian.Bila niat kita untuk berkongsi orang akan lebih menghargai apa yang kita tulis.Kita jangan fikir sesuatu untuk diri kita je.Tolong orang lain yang memerlukan sebab tak rugi kalau kita up sama2.

3) Jangan Berlagak "Diva"

Maksud saya dengan DIVA adalah bukan gaya tapi perbuatan.Dalam blogging kita tak boleh nak anggap diri kita terlalu bagus sebab last2 orang akan benci.Sebagai contohnya saya tunjukkan,korang nak traffik tapi korang tak nak masuk blog orang lain atau bahasa senangnya blogwalking.Korang asyik berharap orang lain je yang kena masuk blog korang.Mana boleh...Memang itu adalah berfikiran positif tapi tak bertempat.Korang nak dapat komen berjuta2 tapi korang masuk blog orang lain tak drop komen.Boleh ke macam tu?Apa kata start hari ni kita drop komen kat blog yang kita masuk.Baru Nampak menghargaai blogger lain kan.

4) Bercampur Dengan Orang Yang Berpengalaman (Bukan Orang Tua Kedai Kopi)

Sekiranya kita baru.So kita kenalah cari alternative untuk belajar dari orang yang ada pengalaman.Kalau tak memang sampai kiamatpun korang takkan maju.Saya kasi contoh.Kalau saya tak invite Melz & Eyriqazz pergi gath kat Mines hari tu,mungkin sampai sekarang saya akan duduk kat level yang sama.Kalau saya tak tebalkan muka belajar dengan Nara mungkin sampai sekarang visitor saya tetap 50 unique je takkan berubah.Setiap orang ada kelebihan dia.So jangan malu2 untuk bertanya diorang tak gigit korang punya.

5) Jangan Taksub Kejar Earning

Benda confirm ada bagi seorang blogger.Sayapun ada tapi dah kurang sebab dah faham konsep blogging.Banyak la saya tengok kat blog lain pasang iklan berlambak2.Apa motif?Ok kalau korang blogging dengan niat kejar earning memang satu hari nanti blog korang akan mati macam tu je.Saya pernah alami benda tu.At last blog saya hancus dan Suterablogger ni hampir hancus.Tapi bila saya dah faham yang blogging itu adalah menulis untuk kepuasan then saya put aside niat tuh.Akhirnya saya ber "dot com".Memangla sapa yang tak nak duit.Tapi korang kena ingat bila korang set target earning then tak dapat perasaan give up akan menghantui.So biarkan Law of Attraction berjalan.

Jadi tepuk dada tanya iman ye (wah dah macam ustad dah...).Kalau korang nak maju buat sesuatu untuk diri korang dan bukan sebab terpaksa buat.


APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU 'KURENG CHA'

TIPS : APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU 'KURENG CHA'

Salam dan selamat pagi ye.Dah breakfast?Bean Moreno masih menunggu kawan untuk pergi kerja.Sorry semalam saya tak post apa-apa sebab terlalu sibuk dengan kerja.Tambah pulak badan sakit2 then memang tak larat nak berfikir sangat.Bila tak update & langsung tak blogwalking maka saya memang kena berharap pada traffik-trafik sesat dari google jelah.

Ok hari ni saya nak share pasal kenapa sesebuah entri itu tak dapat hitz (bukan stesen radio ye) yang tinggi.Atau senang katalah kenapa entri kita kurang pembaca.Benda ni saya banyak perhatikan apa yang berlaku pada saya dan blog ni.Antara sebab2 kenapa entri kita tak best ialah :

1) KITA PAKSA OTAK

Faham tak?Memang sengaja saya bagi ayat pening sikit kalau tak korang tak berfikir.Entri korang akan jadi tak best bila korang terlampau paksa otak korang untuk menulis.Memang bila kita takde idea untuk tulis entri kita boleh usha Youtube, Google dan macam2.Tapi kalau dah usha semua benda dalam net termasuk website Astropun kita takde idea nak menulis silalah jangan paksa.Kalau kita paksa jugak memang akan jadi satu entri yang bersepah dan tak menarik.Jangan bagi otak korang berada dalam situasi 'Engkau Memaksa Aku Terpaksa'.Bila takda idea dok diam2.

2) BUAT LAIN TULIS LAIN

Yang ni memang susah sikit.Ramai di antara kita tulis ikut dan je.Kadang-kadang kita tak buatpun kita tulis.Contohnya kita tulis pasal pergi event Nuffnang.Padahal kita tak dapatpun invitation tu.Korang rasa cerita korang akan jadi best tak?Takpun Korang cerita pasal korang masak nasi lemak tapi padahal korang tak taupun masak nasi lemak.Kan susah kan kita nak relatekan dengan diri kita.Bila keadaan macam ni jadi maka korang akan mengalami sindrom 'copy paste'.

3) PENULISAN TERLALU LURUS

Ni bukan bermaksud jujur ataupun mudah kena tipu.Maksud dia ialah penulisan korang terlalu menuju ke dalam arkib negara.hak3.Dalam penulisan kita kena bagi pembaca kita selesa.Kalau kita tulis entri terlalu mendatar macam menulis sejarah Parameswara baik diorang beli novel.So kalau nak tulis entri sila bengkok2 sikit.cuba jadi badut dalam entri takpun entertainer.Contohnya cerita Mr Bean.Korang bayangkan kalau dia tak buat lawak bodoh dia tu.Dalah dengan tak banyak dialog.Rasa-rasa penonton amik remote tukar channel tak?Yang penting jangan jadi PONDAN!huhu...

4) ORANG TULIS TIPS/TUTORIAL KORANGPUN IKUT

Sekarang ramai yang tulis pasal tips & tutorial.Salah ke?Saya tak kata salah sebab saya salah seorang daripada blogger yang tulis tips.Dan artikel yang korang baca ni pun menjurus pada tips.Yang menjadi masalahnya ada jugak yang just ikut-ikut.Share tips tapi sebab nak dapat hits je padahal diorangpun tak faham apa yang diorang tulis.Sama lah macam tutorial,ramai yang buat sebab nak hits yang tinggi padahal diapun tak buat tutorial tu.Bila macam tu memang lah orang akan epergi blog korang sekali je seumur hidup sebab tak dapat feel tips or tutorial tu.

5) MELAWAN PERASAAN

Yang ni memang bahaya.Tolonglah jangan berpura-pura atau cuba jadi pelakon.Kalau korang tengah sedih korang takkan dapat tulis satu entri yang menggembirakan orang lain.Kalau korang berpura-pura dalam entri readers tetap akan dapat rasa bila diorang baca entri tu(itupun kalau baca).So tolonglah jujur sikit dalam entri dan perasaan korang ye.

p/s :
* Kalau Jiwa kacau jangan tulis entri sila baca Quran OK!

DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH

DIAM BUKAN BERMAKNA SALAH

Salam guys,

Entri lagi...Hari ni saya agak aggresif sikit sebab tetiba ide amncurah-curah tapi sorry hari ni nak share pasal personal je.Walaupun saya bukan artis atau blogger yang femes tapi tak salah kalau nak share pasal personal kan...Semalam saya godeh-godeh hanphone yang aiensepet bagi tetiba ada jumpa benda yang saya memang suka buat.Maka dialog ini terkeluar ...

Aiensepet : Abang...
BM : hm....
Aiensepet : Abang...
BM : hm...
Aiensepet : Abang buat apa tu...Msg sapa tu?

Korang rasa saya tengah buat apa?



Alamak nampak lubang-lubang kat muka.Ces camera ni menjatuhkan air muka saya selaku lelaki maskulin metroseksual...Saya merupakan seorang yang memang tak tau duduk diam.Even tengah duduk pun saya mesti nak bergerak buat something (jangan terlalu biru ye).Kalau orang berfikiran jahat mesti dah ingat saya tengah bermain mesej.Tapi apa kata saya tunjuk apa yang saya tengah buat...




Haha ni game faveret saya beb!Thanks to aiensepet sebab hadiahkan saya phone Nokia yang ada game ni.Kalau diberi FIFA2011 dengan SUDOKU memang saya campak je game FIFA.Orang cakap main SUDOKU susah.Ye ke?Bagi saya tengok mood,,,




Permulaan satu episod...




Tada...Dah siap dah satu set SUDOKU...Korang rasa berapa lama saya habiskan satu set ni?




4 minit 36 saat itupun bagi saya lama sebab masa main ni saya dikacau oleh aiensepet yang dah keluarkan ayat sedih sebab saya mengabaikan dia kerana bermain SUDOKU...


Jadi diam bukan bermakna saya melakukan perkara yang salah.Saya diam sebab saya mengasah minda.

JALAN-JALAN CARI GAMBAR

JALAN-JALAN CARI GAMBAR

Morning guys,

Dah start kerja even malas lagi.hoho...Kalau start kerja Isnin dipanggil 'Monday Blues' habis kalau start kerja Selasa nak panggil apa?hak3...Ok semalam saya ada dapat teguran dari Melz pasal blogging.Yo nasihat sifu saya pasti akan ikut.Melz cakap macam ni ..

"Bean ko try buat kelainan dalam blogging...Kalau ko asyik buat benda yang sama je susah sikit nak up"

Macam tulah lebih kurang teguran sifu kat saya.Sayapun ada terfikir...Macam Carl dah start photoshhot Project Blogger dia.Melz dah start Pakatan Blogger so saya terfikir nak buat satu segment untuk blog ni iaitu Jalan-Jalan Cari Gambar.Berbekalkan DSLR pinjam maka saya nak pi amik gambar tak kisah lah awek ke, pokok ke, matahari ke janji boleh fit in kat lens DSLR Sony tu.Saya dah start dah cuma yang ni cuma main-main je maybe next week saya akan buat yang serius punya shoot (chewah dah macam hebat sangat pulak).

Ni adalah sikit hasil yang saya buat :



Ni testing je ok cobaan bukan betul-betul.Saya just guna wife saya aiensepet untuk jadi model.Next time saya macam nak random pick je.So kepada photo blogger jangan kutuk lebih-lebih ok sebab saya baru belajar dan dah lama tak edit photo sebab tiada masa.Mungkin lepas ni saya akan asah otak untuk ingat teknik photo editing.Harap dapat  sokongan korang eyh.


p/s :


* Kalau rajin sila Like atautpun Share entri ni untuk memperkenalkan benda ni

ENTRY KE 800 DI MALAM TAHUN BARU & TERIMA KASIH SAYANG

ENTRY KE 800 DI MALAM TAHUN BARU & TERIMA KASIH SAYANG

Salam tahun baru,

Tak kira di mana anda berada ucapan Selamat tahun baru untuk korang readers Suterablogger.Actually banyak yang saya nak share tapi memandang kan ni adalah malam tahun baru dan esok pulak cuti maka akan rugilah kalau saya taip something yang mahal tapi takde orang yang baca.Rasa macam buat benda lagha je kan.

Orang lain malam ni mesti bersuka ria kat luar munngkin di KLCC dan mungkin di Bukit Bintang.Tapi saya dan aiesepet dok umah je sebab malas nak rempuh jammed.Hari ni memang hari lapar bagi saya.Tadi lepas settlekan semua pembayaran (maklumlah gaji), saya & aiensepet gi makan kat Padang Kota Corner.Satu perkara menakjubkan berlaku...



Ni adalah first round.Saya order bihun goreng.Pergh memang layan bihun dia.Saya suggest korang kalau pi sini try order bihun dia sebab memang sedap.Apa kata kita usha gambar lagi satu...




Belum sempat aiensepet habiskan mee goreng mamak dia saya dah dapat roti telur bawang.Bagi saya roti telur bawang dia kureng sikit cha...Tapi sebab lapar apa lagi memang habis saya sebat.Tak taulah kenapa hari ni selera saya agak ke arah jin.haha...Adakah sebab saya senang hati?Ataupun ada something yang buat saya happy?Kita usha gambar seterusnya ye...




Patutlah jantung dag dig dug...Rupanya ada orang nak kasi hadiah.Korang jangan terfikir yang ini semua dari Nuffnang atau saya menang apa-apa contest blog.Owh tidak sama sekali sebab ini hadiah dari aiensepet.Dia hadiahkan saya sebotol Georgio Armani Diamond & Satu Nokia 2630.Actually saya memang memerlukan dua benda ni sebab handphone saya memang tunggu masa nak mampus dan minya wangi Perry Ellis saya dah nak kering...




Bagi yang berkata ni perfume Uptown sorry ye sila usha logo dan juga buih.Dan walaupun HP yang aiensepet hadiahkan bukanlah merupakan setanding dengan Blackberry Torch Chearm mahupun Blackberry Curve deydeq yang dah hancur tapi ia tetap satu pemberian and I really appreciate it.


So to Aiensepet :


"Baby Thanks for the gifts...Abang sayang baby sangat...Nanti abang cashout Nuffnang kita pi shopping ok!..."


p/s :


* Wah tepat pada waktunya...Saya akan mulakan tahun 2011 dengan entry ke 801 sebab entry ini adalah yang ke 800...Hao yea!!!


Tolong like & share kalau suka entri ini

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

Selamat pagi,

Wah sekarang ni saya dah agak rajin untuk publish entri seawal pagi.Bukan nak kejar traffik tapi tanggungjawab blogger adalah sampaikan info kepada readers.Betul tak betul.Nampak gayanya Melromeo dah berubah dari skema kepada bentuk asal kejadiannya.hak3...Saya pun tak pasti kenapa ramai yang send formspring & email tanya saya pasal Buffered Earning.Apa korang ingat saya yang bagi BE kat blogger ke ataupun korang ingat saya ni sedara mara Nuffies.haha...Saya just Pioneer GPlusMY je beb.

Ok first of all saya nak tegaskan kat sini korang takkan jadi kaya dalam blogging sekiranya korang just harapkan klik pada blogger lain dan BE.Kenapa?Simple je,saya bagitau pendedahan pertama.Korang rasa blog ni selalu dapat BE ke?Untuk pengetahuan korang dah 2 bulan BE tak masuk blog ni dan last week baru dapat dua.So bermakna kalau traffik tinggi menggunung belum tentu korang boleh dapat BE itu benar tapi adalah mustahil bagi sesebuah blog bertraffik juta-juta tak dapat BE sekiranya dia update survey dan letak keyword-keyword yang ada kena mengena dengan advertiser.Saya dah banyak kali cerita pasal benda ni.

Korang rasa berapa lama saya blogging baru dapat BE?Ok ini pendedahan berani mati yang kedua.Suterablogger start kat maya DIS 2008 dan first BE saya dapat pada MEI 2009.Cuba korang kira berapa bulan?6 BULAN!Apasal cap ayam sangat blog ni!Itu pun lepas saya kaji kenapa tak muncul.BE yang saya dapat pun hanya jadi meterd pada tahap RM0.75 sahaja.Banyak tak?Lepas tu terus tak dapat, sampai saya pi menuntut dengan Mel & Nara baru dia muncul balik.Then BE muncul lepas du nilai dia ada lebih sikitlah sampai sekarang.

Persoalannya sekarang betul ke nak dapat BE tak perlu traffik yang tinggi?Jawapannya memang betul...Kalau tengok history blog ni memang tarffik sikitpun confirm boleh dapat earning BE.Tapi kita perlukan Traffik yang TINGGI diperlukan untuk menjana BE.Kenapa?Logiklah eyh kalau traffik korang takat 20 Unique sehari berapa sen jelah korang dapat!Nak beli biskut Hup Seng satu tin pun tak lepas.Tapi kalau traffik korang main riban-riban tak mustahil satu buffered korang RM200++.Korang kena tau satu konsep.Dalam BE perkiraan dia adalah mengikut impression dan klik adalah bonus.maka formula dia ialah :

More traffik MORE money

Korang cuba letakkan diri korang selaku advertiser.Agak-agaknya lah kan korang nak tak labur duit kat blog yang hanya generat 10 unique sehari.Mungkin korang bagulah tapi atas dasar kesian so kasilah RM0.15 satu buferred SEBULAN!KAYAKAH ANDA?Dalam entri sebelum ni pun saya just cakap untuk dapat BE apa yang penting ialah maintain traffik dan untuk syok dengan BE traffik yang tinggi diperlukan.Betul tak?Tak caya sila selak balik...Kalau tak caya jugak silalah tanya semua yang pernah lepak dengan saya.


Maksudnya keyword di sini ialah :

* Traffik tinggi itu penting untuk BE
* Korang kena bersabar jangan gopoh sangat beb

Oklah perut dah sakit,nak pi toilet nak tunaikan permintaan lagu sat.Harap korang faham.Sila jangan salah anggap tujuan saya bukan nak kondem sesiapa tapi menjawap pertanyaan orang di formsrping dan juga email sebab saya jarang dapat komen annon dan tak taulah dengan kemunculan entri ni mungkin akan mengundang annon yang bersifat penakut!

p/s :

* Alamak panjang seyh entri ni...Takut ada yang muntah je lepas baca!

HARI NI SUTERABLOGGER DAH 2 TAHUN

HARI NI SUTERABLOGGER DAH 2 TAHUN

Salam guys,

Wah hari ni agak special lah bagi blog ni sebab hari ni Suterablogger dah 2 tahun.Sekejap je dah besar dah Suterablogger.hak3...Ni adalah kali pertama blog saya berjaya bertahan lebih 6 bulan kalau tak tak sampai 6 bulan hancus beb!Yelah dulu blogging tanpa ilmu semua main bo je.Tapi bila dah faham kepuasan berblogging akan betukar secara total.hak3...

Saya still ingat ads company pertama saya cuba time tu ialah Advertlet dan tetiba hati terasa memberontak untuk cuba Nuffnang.Masa awal-awal tu memang ghairah nak buat duit.Bukan main lagi klik-klik.Tulah salah satu kesilapan bodoh yang saya pernah buat dulu.Kalau Nuffnang tau mesti dia tarik balik status Pioneer GPlusMy dari blog ni.hoho...Actually saya tak nak buat entry cecah lantai just nak share gambar-gambar sepanjang dua tahun saya berblog dalam blog ni.Kira Best Moment lah orang cakap.hak3...



Gambar ni adalah satu kenangan yang best.Ni adalah first event Bean Moreno selaku Nuffnangers.Apa yang bestnya gambar ni ni first time saya jumpa Cikhel dan PJ.Tapi yang tinggal cuma Cikhel je dengan saya.Lagi dua orang ni dah tak blogging dah.Mungkin busy dengan hal masing-masing kot.Ni time event Digi Pimp My Internet.Masa event ni ramai yang saya jumpa tapi buat-buat sombong malas nak tegur.




Ni pulak time Samsung Colour Me Corby kat Sunway Lagoon.Masa ni first time saya lepak ngan Huai Bin dan Fourfeetnine.Best beb time ni saya banyak kenal chinese blogger tapi malangnya saya tak dapat nak ambil url diorang sebab terlalu excited nak main paintball.Team kitorang dapat no dua itupun sebab team orange main tipu.Kalau tak Samsung Corby tu kitorang punya.Tak gitu Wawan.At least team kitorang dapat sorang seratus.Kira oklah tu.Kepada team pink dan putih cuba lagi tahun depan (selamba je gua kutuk Aus ngan Nara...hak3)




Ni first event saya buat sendiri.Tiada ditanggung oleh Nuffnang.Event ni takkan jadi kalau takde Cikhel & Melz.SO thanks to them.Ni first time saya jumpa Melz & mula-mula ingat mamat ni sombong sebab time saya kenal dia memang dah top habis.Sebut je nama dia kompem orang melutut.hak3...Masa event ni jugak saya jumpa Rina Salleh yang memang hot tu.Ooops...




Kalau tengok gambar ni mesti korang ingat dah lama.Actually gambar ni bulan 2 masa event Astro Beyond Blogger Night  masa .First time jumpa Kak Ina Kl even kami saling berkomen-komen.Time ni tengah seangat habis buat entri.Orang lain belum siap tapi saya dan sent permalink siap.Last-last Eyriqazz jugak yang menang.haha...




Kalau korang tengok gambar-gambar yang saya posted memang kebanyakannya orang yang sama.Kalau ada lain pun mungkin sorang dua.Actually ramai lagi team kitorang.Malas nak cari gabar lain sebab bagi saya gambar-gambar ni yang saya rasa syok.Gambar kat atas ni time Gatsby Big Gath.500 orang blogger berkumpul main fun fair.Event ni first time saya berbual dengan Emy.Sekarang dia dah pakai tudung beb.Lawa!haha...Tapi ada benda tragik dalam gambar ni...Sendra dah stop menulis!Weh Sendra apa kata ko start menulis balik aku rindu siot nak baca entry ko!Yang paling best masa event ni ialah first time dapat opportunity buat Live Blogging time event.




Sebelum apa-apa saya nak intak maaf pada Rabi sebab rembat gambar ni.Gambar ni masa kitorang pi tengok konsert Paramore kat Bukit Jalil.Saya suka tengok gambar ni ungkin sebab camera Rabi mahal kot sebab tu nampak cantik.Ni firs Nuffnang event yang saya pergi selepas sakit.




Ni time Gath Bulan Pose.Idea siapa lagi kalau bukan Melz.Saya time ni baru sehari keluar hospital.Tai sebab dah janji dengan Melz saya turun tapi saya set tempat dekat dengan rumah mak saya.haha...Macam yang korang tengok dalam gambar-gambar ni ramai antara blogger yang datang gath ni adalah blogger-blogger yang korang sendiri kenal macam Ariffshah, BroFramestone, Syahirul, Fazreen, Anakperak, Khazaireen, Redlinda, & Si tangan Patah.hak3...


Actually banyak lagi gambar-gambar yang saya nak share tapi nampak macam dah panjang sangat pulak entri ni dan matapun dah agak mengantuk maka cukuplah gambar-gambar ni.Just nak share yang saya puas berblog selama dua tahun.Banyak benda yang saya belajar sepanjang saya blogging.Rasanya kalau saya stop bloggingpun saya takkan rasa rugi sebab saya tak pernah buat something yang boleh buat saya happy selain dari blogging.


p/s :


* Apa-apapun thanks kat korang blogger & readers yang masuk blog ni sebab korang sebenarnya semangat untuk saya menulis.Thanks weyh!

BANYAK BENDA DALAM KEHIDUPAN INI YANG SUBJEKTIF TERUTAMA PADA LELAKI

BANYAK BENDA DALAM KEHIDUPAN INI YANG SUBJEKTIF TERUTAMA PADA LELAKI

Tutup cerita pasal screening sebab lama lagi.Ok sekarang kita masuk balik pada topik sebenar.Korang perasan tak dalam hidup ni tak semestinya apa yang kita suka itu sama dengan apa yang orang lain suka.Sebagai contoh saya suka warna merah tapi aiensepet suka warna pink.Benda simple macam tu pun akan berbeza walaupun pasangan suami isteri.Bak kata orang lamo rambut sama hitam hati lain2.Tapi zaman sekarang pepatah ni dah tak boleh guna sebab rambut dah ada macam2 warna (melainkan uban).Contoh2 perkara yang kita boleh anggap subjektif (selain soalan SPM,Diploma dan lain2 peperiksaan) :

KACAK 

benda ni memang selalu terjadi.Kadang2 bila kita jalan2 kat shopping kompleks tetiba nampak awek cun dengan boyfriend die.Perkara yang akan terkeluar dari mulut kita ialah :

"Mak aiyh awek cun,balak muka pecah banglo"

Nampak tak?Kita akan mempertikaikan pilihan awek tu sedangkan pada mata awek tu kita ni tak hensem macam mana dia pandang boyfriend dia.Lepas tu mulalah nak kacau awek orang dan buat muka tak malu ngorat awek tu.huh!Annoying.Cuba kalau saya tanya Jennifer Love Hewitt cantik ke tak?Maka ramai akan menjawab :

"Dia dah tua lah Bean..."

Saya tanya lain maka jawapan yang lain akan keluar.Saya tanya cantik ke tak?tetiba jawapan yang keluar dah tua.Ya bagi saya dia memang dah tua tapi dia cantik.Tapi yang penting saya kacak...hak3...

ROMANTIK

Ha!Yang ni jangan buat main dengan Bean Moreno sebab saya Pria Romantik.Bila kita tanya perempuan apa yang dia pandang untuk mengatakan seorang lelaki itu romantik.Ada yang kata diorang akan anggap lelaki itu romantik kalau lelaki itu cakap ayat yang jiwang2 tapi ada jugak yang menyampah dengan mat jiwang.Ada pulak yang cakap dia romantik kalau dia bagi bunga pada saya tapi ada jugak perempuan yang tak suka lelaki bagi bunga sebab dia alegik.Jadi keromantikan seseorang lelaki itu subjektif dan tak boleh dilihat dan ditanya pada seorang wanita sebab banyak pandangan yang berbeza.

MACHO

Siapa kata Norman Hakim Macho?Siapa kata Bill Cosby Macho?uiks salah nama ni.Machopun boleh dikategorikan pada banyak benda.Ada perempuan cakap lelaki badan sasa macam saya ni macho (ooops).Ada perempuan cakap lelaki yang cakap smooth itu macho dan ada juga yang cakap lelaki yang wangi itu macho.Macam2 pandangan so terlalu subjektif.Memang pendapat kita takkan sama dengan orang lain.

Kesimpulannya,kita jangan suka sangat memperlekehkan pilihan orang.Tak semestinya apa yang kita suka orang lain suka dan apa yang kita minat orang lainpun akan minat.Jangan pulak kita ikut citarasa orang lain just sebab nak kasi dia puas hati.Sila jadi diri sendiri sebab itu lagi baik.Dalam blogging juga macam tuh.Kadang2 kita cakap blog itu best tapi sebenarnya ramai yang tak suka pada blog tu.So terima jelah hakikat.

p/s :

* Sila hormati pendapat dan citarasa orang lain.Jangan ikut sedap tekak sendiri je

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails