Showing posts with label Macam Mana Nak Dapat Buffered Earning. Show all posts
Showing posts with label Macam Mana Nak Dapat Buffered Earning. Show all posts

ROB CHEW VS BEAN MORENO & PERMOHONAN MAAF KEPADA NUFFNANG

ROB CHEW VS BEAN MORENO & PERMOHONAN MAAF KEPADA NUFFNANG


Selamat petang guys,


Sila abaikan tajuk dan jangan berperasangka buruk kalau nak baca sampai habis.Ni rentetan kepada isu pada entri lepas iaitu berkenaan dengan buffered earning.Maka selepas entri tu dipublish maka saya terima satu komen dari pihak Nuffnang iaitu Rob Chew.Siapa tak kenal Rob Chew kan nuffies yang selalu ada time screening.




Dan ni jawapan saya :


Penjelasan atas tragedi :

Halamak orang tu tulis punya berjela saya dengan selamba reply pendek je.Dahlah bahasa agak purba di situ.Ok actually entri sebelum ni saya buat bukan nak jatuhkan maruah Nuffnang or nak cakap Nuffnang memerlukan backlink dari kita.Kalau ikut logiklah kan diorang tak perlukan pun backlink or traffik dari blogger sebab blogger yang memerlukan mereka tapi mungkin pihak Nuffnang salah faham dengan ayat saya.Saya faham konsep BE tu sendiri dan saya tau advertiser yang pilih blog untuk diberi BE sebenarnya.Tengoklah saya menuntut dengan siapa beb...

Apa yang saya maksudkan dalam blogging ni kita tak boleh nak berkira.Kalau kita nak bercerita tentang nilai backlink itu sebenarnya tak relevent langsung.Kalau tak nak bagi backlink tiu hak masing-masing dan kita tidak boleh mempertikaikan sesuatu sekiranya kita sendiri berkira dalam melakukan sesuatu.So sekarang harap korang faham apa maksud sebenar saya.

Maka dengan ini saya selaku blogger cap kentang putar nak memohon maaf pada pihak Nuffnang atas salah faham yang berlaku.Saya faham tindakan Rob adalah untuk memperbetulkan keadaan dan takut blogger-blogger lain salah menilai.Yelah kadang-kadang manusia kita cakap lain dia akan faham lain.Contohnya kalau kita bagi ayat ni :

"Makan ayam malam-malam memang sedap..."

Ada yang akan fikir makan ayam yang digoreng (KFC) pada malam hari tu sedap.Tapi mungkin ada jugak yang berfikir makan 'ayam' di Jalan Chow Kitt itu Best.So masing-masing ada perception sendiri kan.t's not a big deal for me to remove the statement.Anyway thanks atas teguran.

p/s :

* Kadang-kadang even kita tak buat salahpun kita kena jugak mintak maaf selaku manusia bertamadun!


* SIla abaikan kesilapan ejaan ye...kan saya dah kata bahasa purba

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

NAK DAPAT BUFFERED EARNING TAK PERLU TRAFFIK YANG BANYAK.BETUL KE? PENDEDAHAN PERIBADI BEAN MORENO

Selamat pagi,

Wah sekarang ni saya dah agak rajin untuk publish entri seawal pagi.Bukan nak kejar traffik tapi tanggungjawab blogger adalah sampaikan info kepada readers.Betul tak betul.Nampak gayanya Melromeo dah berubah dari skema kepada bentuk asal kejadiannya.hak3...Saya pun tak pasti kenapa ramai yang send formspring & email tanya saya pasal Buffered Earning.Apa korang ingat saya yang bagi BE kat blogger ke ataupun korang ingat saya ni sedara mara Nuffies.haha...Saya just Pioneer GPlusMY je beb.

Ok first of all saya nak tegaskan kat sini korang takkan jadi kaya dalam blogging sekiranya korang just harapkan klik pada blogger lain dan BE.Kenapa?Simple je,saya bagitau pendedahan pertama.Korang rasa blog ni selalu dapat BE ke?Untuk pengetahuan korang dah 2 bulan BE tak masuk blog ni dan last week baru dapat dua.So bermakna kalau traffik tinggi menggunung belum tentu korang boleh dapat BE itu benar tapi adalah mustahil bagi sesebuah blog bertraffik juta-juta tak dapat BE sekiranya dia update survey dan letak keyword-keyword yang ada kena mengena dengan advertiser.Saya dah banyak kali cerita pasal benda ni.

Korang rasa berapa lama saya blogging baru dapat BE?Ok ini pendedahan berani mati yang kedua.Suterablogger start kat maya DIS 2008 dan first BE saya dapat pada MEI 2009.Cuba korang kira berapa bulan?6 BULAN!Apasal cap ayam sangat blog ni!Itu pun lepas saya kaji kenapa tak muncul.BE yang saya dapat pun hanya jadi meterd pada tahap RM0.75 sahaja.Banyak tak?Lepas tu terus tak dapat, sampai saya pi menuntut dengan Mel & Nara baru dia muncul balik.Then BE muncul lepas du nilai dia ada lebih sikitlah sampai sekarang.

Persoalannya sekarang betul ke nak dapat BE tak perlu traffik yang tinggi?Jawapannya memang betul...Kalau tengok history blog ni memang tarffik sikitpun confirm boleh dapat earning BE.Tapi kita perlukan Traffik yang TINGGI diperlukan untuk menjana BE.Kenapa?Logiklah eyh kalau traffik korang takat 20 Unique sehari berapa sen jelah korang dapat!Nak beli biskut Hup Seng satu tin pun tak lepas.Tapi kalau traffik korang main riban-riban tak mustahil satu buffered korang RM200++.Korang kena tau satu konsep.Dalam BE perkiraan dia adalah mengikut impression dan klik adalah bonus.maka formula dia ialah :

More traffik MORE money

Korang cuba letakkan diri korang selaku advertiser.Agak-agaknya lah kan korang nak tak labur duit kat blog yang hanya generat 10 unique sehari.Mungkin korang bagulah tapi atas dasar kesian so kasilah RM0.15 satu buferred SEBULAN!KAYAKAH ANDA?Dalam entri sebelum ni pun saya just cakap untuk dapat BE apa yang penting ialah maintain traffik dan untuk syok dengan BE traffik yang tinggi diperlukan.Betul tak?Tak caya sila selak balik...Kalau tak caya jugak silalah tanya semua yang pernah lepak dengan saya.


Maksudnya keyword di sini ialah :

* Traffik tinggi itu penting untuk BE
* Korang kena bersabar jangan gopoh sangat beb

Oklah perut dah sakit,nak pi toilet nak tunaikan permintaan lagu sat.Harap korang faham.Sila jangan salah anggap tujuan saya bukan nak kondem sesiapa tapi menjawap pertanyaan orang di formsrping dan juga email sebab saya jarang dapat komen annon dan tak taulah dengan kemunculan entri ni mungkin akan mengundang annon yang bersifat penakut!

p/s :

* Alamak panjang seyh entri ni...Takut ada yang muntah je lepas baca!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails