Showing posts with label Apa itu Buffered earning?. Show all posts
Showing posts with label Apa itu Buffered earning?. Show all posts

ROB CHEW VS BEAN MORENO & PERMOHONAN MAAF KEPADA NUFFNANG

ROB CHEW VS BEAN MORENO & PERMOHONAN MAAF KEPADA NUFFNANG


Selamat petang guys,


Sila abaikan tajuk dan jangan berperasangka buruk kalau nak baca sampai habis.Ni rentetan kepada isu pada entri lepas iaitu berkenaan dengan buffered earning.Maka selepas entri tu dipublish maka saya terima satu komen dari pihak Nuffnang iaitu Rob Chew.Siapa tak kenal Rob Chew kan nuffies yang selalu ada time screening.




Dan ni jawapan saya :


Penjelasan atas tragedi :

Halamak orang tu tulis punya berjela saya dengan selamba reply pendek je.Dahlah bahasa agak purba di situ.Ok actually entri sebelum ni saya buat bukan nak jatuhkan maruah Nuffnang or nak cakap Nuffnang memerlukan backlink dari kita.Kalau ikut logiklah kan diorang tak perlukan pun backlink or traffik dari blogger sebab blogger yang memerlukan mereka tapi mungkin pihak Nuffnang salah faham dengan ayat saya.Saya faham konsep BE tu sendiri dan saya tau advertiser yang pilih blog untuk diberi BE sebenarnya.Tengoklah saya menuntut dengan siapa beb...

Apa yang saya maksudkan dalam blogging ni kita tak boleh nak berkira.Kalau kita nak bercerita tentang nilai backlink itu sebenarnya tak relevent langsung.Kalau tak nak bagi backlink tiu hak masing-masing dan kita tidak boleh mempertikaikan sesuatu sekiranya kita sendiri berkira dalam melakukan sesuatu.So sekarang harap korang faham apa maksud sebenar saya.

Maka dengan ini saya selaku blogger cap kentang putar nak memohon maaf pada pihak Nuffnang atas salah faham yang berlaku.Saya faham tindakan Rob adalah untuk memperbetulkan keadaan dan takut blogger-blogger lain salah menilai.Yelah kadang-kadang manusia kita cakap lain dia akan faham lain.Contohnya kalau kita bagi ayat ni :

"Makan ayam malam-malam memang sedap..."

Ada yang akan fikir makan ayam yang digoreng (KFC) pada malam hari tu sedap.Tapi mungkin ada jugak yang berfikir makan 'ayam' di Jalan Chow Kitt itu Best.So masing-masing ada perception sendiri kan.t's not a big deal for me to remove the statement.Anyway thanks atas teguran.

p/s :

* Kadang-kadang even kita tak buat salahpun kita kena jugak mintak maaf selaku manusia bertamadun!


* SIla abaikan kesilapan ejaan ye...kan saya dah kata bahasa purba

NUFFNANG AKHIRNYA TABUR ZAKAT DI SUTERABLOGGER

PERSONAL : NUFFNANG AKGIRNYA TABUR ZAKAT DI SUTERABLOGGER

Selamat malam ye dah makan ke blom?Saya tadi terperangkap di dalam jam selama hampir dua jam.Bayangkan saya gerak tadi 6.50pm dan sampai di rumah pukul 8.15pm.Nasib baik bawa kereta auto kalau tak memang longgar lutuT.Hari ni kat tempat kerja memang sibuk sebab partner saya ambil leave seminggu.Memang kow punya kena cover so dalam masa seminggu ni saya kena jaga 18 outlet kat utara.

Oklah Minggu ni adalah minggu yang best sikit bagi Suterablogger dan Bean Moreno sebab Nuffnang tabur zakat kat sini.Start dari Bulan Mei buffered earning saya tak putus.Keluar 1 masuk 3,keluar lagi 1 masuk lagi 2.So kerja saya sekarang ni ialah menaip je tanpa hiraukan buffered earning.Ada lagi ke yang tak tau apa itu buffered earning?Mustahillah sebab ramai blogger dah ceritakan mesti dah tau.



Pastu hari tu saya ada cerita yang saya dah lama tak dapat tiket free movie Nuffnang kan.Dah berapa kali tengok wayang semua keluar modal sendiri.Tapi Bean Moreno cool je beb.Sabar itu separuh daripada iman.So akhirnya kapooow!Dapat satu invitation untuk tengok cerita yang memang saya nak tengok sebab Angelina Jolie berlakon.Apa lagi kalau bukan SALT.So save RM20 untuk tiket wayang next week.So siapa2 yang dapat sila calling2 ye.Kita lepak sekali.




Sebenarnya itu je nak cerita sebab idea saya nak simpan untuk esok.Kalau tulis malam ni esok nak cerita apa.Terpaksa order kismin doa banyak2.Saya dah takkan cerita tips nak dapat buffered sebab dah banyak kali cerita.Pandai2 lah korang godeh2 blog ni.Nak belajar kan?


p/s :
* Untuk dapat sesuatu kita kena korban kan sesuatu.Itu undang2 peperangan.
* Kalau korang jenis malas sangat nak update or malas nak cari traffik sila lupakan hajat untuk bermertuakan Nuffnang ye.

TIPS : MACAM MANA BEAN MORENO DAPATKAN BUFFERED DENGAN SUTERABLOGGER


Hye guys,selamat petang.Cuaca nampak gaya macam nak hujan.memang berhinguslah saya sampai malam.Tak sabar nak tengok movie screening.Saya tengah tunggu orang Unify diorang kata nak start kerja hari ji tapi dah pukul berapa tak siap lagi.Hari post saya banyak cerita pasal entertainment je kan.Amacam best tak?Sendra tak suka saya tulis pasal tips or something yang ada kene mengena dengan blog.hak3...

Saya tau korang mesti nak tips je kan.Oklah biar saya kasi ilmu sikit sebelum balik dan berpoya2 dengan aiensepet kejap lagi.Ramai yang tanya macam mana nak dapat buffered.Oklah2 saya jawab.Tapi ni style saya ok.Ada cara yang betul2 punya tapi saya tak ikut.So terpulang pada koranglah nak ikut cara saya ke tak.Sebab sepanjang saya buat memanjang lekat je buffered kalau tak satu mesti lebih.

1) TENTUKAN OR ISIKAN SURVEY DALAM SURVEY NUFFNANG

Inilah satu benda yang penting sebenarnya.Kalau korang tak isi betul2 macam mana Nuffnang nak kasi korang iklan.Ada kes lain yang mana diorang main bo je letak kategori.Mana boleh kalau blog korang cerita pasal kereta takkan korang nak letak dalam kategori seluar dalam.Betul tak?Mana boleh minyak 2T moto masuk kat enjin kereta kan.So fikir betul2 apa content korang then letak lah kategori yer.

Cara update survey :

blog manager -> pilih blog (kalau ada lebih) -> update survey


2) LETAK UNIT ADS TU KAT TEMPAT YANG BETUL

Teori dia senang je.Advertiser buat iklan untuk viewer tengok.Buat apa diorang nak invest ads kat blog yang viewer tak boleh nampak iklan.Betul tak?So kalau boleh jangan bagi ads korang terhalang.Letak kat tempat yang mana readers boleh tertarik dan nampak.

cara nak ambil coding ads :

Add ads -> copy codes -> paste kat blog

3) BOLDKAN KEYWORDS

Boldkan keywords korang ikut survey yang korang isi.Contohnya bila korang dah letak food sebagai kategori maka banyakkan keywords pasal food ataupun namakan (letak) nama advertiser itu kat dalam entri korang.Sebagai contohnya sekarang buferred or kempen yang tengah jalan ialah Pizzahut.So dalam entri korang cuba masukkan nama tersebut dan kemudian boldkan.Kenapa kena buat macam ni?Itu semua SEO punya kerja.

Macam mana nak tau apa buffered yang akan jalan :

1) Blogwalking
2) Check kat sidebar blog Nuffnang

Rasanya itu jelah cara saya tarik buffered.Just berkongsi.Tak semestinya apa yang saya tulis ni betul.Ni cara saya dan apa yang saya nampak.Kalau korang ada cara yang lagi best sila bagitahu so kita boleh belajar sama2.Saya ni just blogger gila yang mencari kepuasan berblogging dengan cara saya sendiri.Apa yang penting kita mencuba.

p/s :
- Dah try baru boleh cakap jadi ke tak?selagi tak try jangan nak komen bukan2
- Apa yang penting dalam buffered earning ialah traffik sebab traffik yang akan tentukan nilai earning klik hanya sampingan sahaja
- Saya dedahkan benda ni supaya blogger2 lain kat luar sana slowkan aktiviti klik2 ataupun fraud klik ye.

WALAU STRESS DI TEMPAT KERJA TAPI HATI TETAP GIRANG


Hari ni ada rasa sikit rajin la nak update blog sebab banyak masa terluang bila diarahkan supaya menyiapkan laptop company lagi satu.Punyalah susah nak cari driver dia dan disebabkan kat website Twinheadpun dah takde driver untuk model ni saya terpaksa merayap ke forum2 untuk download.Website2 yang ada semua bagi perkhidmatan yang tak ikhlas sebab nak download kena bayar (yelah Bean,mana ada barang free sekarang).Yang best akhirnya saya dapat siapkan configuration untuk router TP-Link yang sengal tuh.

Saya masih stress di tempat kerja sebab email still tak boleh guna dan yang membuatkan kepala rasa macam nak pecah semua orang dalam office bertanyakan soalan yang sama.Soalan yang saya memang tak dapat nak jawab sebab MYNIC tu bukan company saya.Tapi apa yang membuatkan saya sikit gembira ialah bila ada orang bagitau something yang saya rasa berharga lah dalam diri saya.

Saya masih tak faham apa maksud mamat kacak si AnakPerak ni.So saya buat dek je sampai datang pulak lagi satu komen.
Bila dapat je komen ni saya tanpa rasa was2 mesti ada something yang Nuffnang buat kejutan untuk penulis cap ayam macam saya ni.So dengan sepantas kilat saya bukak twitter Nuffnang.Maka keputusannya ini :


Terasa kembang sedikit punggung dan menyebabkan spender saya koyak (tipu jer).Kalau tak silap entri ni saya tulis 24 April.Kalau nak baca boleh baca kat sini.Memang terharu beb.Ada jugak something yang saya buat dihargai.Terasa best je.Nampak sangat Nuffnang ambil berat kat saya.hak3...Saya tulis bukan nak bodek ye.Kalau itu dikira bodek dah tentu buffered bersepah2 kat suterablogger.

Lagi satu yang buat saya happy bila saya received email ni :


Kalau korang dah biasa dapat email ni mesti korang tau kan pasal apa.Saya kalau dapat je email HSBC memang happy dan takde fikir negatif sebab saya takde kredit card HSBC mahupun hutang kereta dengan HSBC.Dan bila dapat email ni memang saya tersenyum sebab itu payment dari Nuffnang.Dalam email tu ada attachment tapi saya malas nak upload.hak3...

Jadi kesimpulan yang kita boleh dapat dari entri ni ialah,usaha kena keras sikit sebab kalau tak usaha macam mana nak dapat hasil dan jangan fokus pada DUIT nanti susah hati.Tak lupa jugak ye Thanks a lot to Nuffnang sebab appreciate hasil tulisan saya.Siapa kata Nuffnang tipu jangan percaya sebab Nuffnang tak pernah tipu blogger cuma payment sampai lambat sikit je.Nuffnang akan hargai korang kalau korang setia dengan Nuffnang.So fikirlah sendiri.

p/s :
- Manalah tau Nuffnang nak kasi advertorial ke...Kasilah eyh....yang murah2 pun takpe saya terima...hak3 (ada nampak cam desperate tak?)
- Tunggu bila check sampai saya publish

TIPS : APA YANG SAYA BELAJAR DARI NUFFNANG


Selamat malam guys,mungkin ni entri akhir untuk malam ni.Saya baru je balik dari jumpa client kat McD.Terpaksa tinggalkan aiensepet sekejap untuk mencari rezeki.Bukan sebab saya tak romantik tapi sebenarnya romantik itu tak semestinya ditunjuk dengan harta mahupun wang ringgit.Cuma aiensepet je yang tau betapa romantiknya saya.

Oklah macam yang korang nampak kat sidebar,header dan juga atas post saya.Semuanya Nuffnang yang dah berhenti menari.Adakah saya meratapi pemergian tarian iklan.Owh tidak lagi sekarang sebab itu perkara yang kurang penting dan ia membuatkan saya ingin belajar lagi.Semakin kurang tarian semakin saya mencari cara (bukan terkejar2 ye).Entri kali ni saya nak cerita sepanjang dua tahun saya ngan Nuffnang apa yang saya belajar :

1) BERSABAR
Ramai orang yang tak sabar.Semua nak income cepat termasuk saya.Yelah sekarang takde duit macam mana nak tempuh hari esok.Ramai orang bila pasang iklan Nuffnang nak earning naik cepat.Hari ni pasang esok dah harapkan dapat RM50 untuk cashout.Hm,tak boleh macam tuh.Tapi adalah cara dia macam mana nak dapat duit dengan Nuffnang.Kita kena ingat ni bukan bisnes jual Bio_Aura ok.So perlukan kesabaran untuk earning.Pastuh ada pulak yang dah cashout tak sabar nak dapat tiket.Bila tak dapat cakap Nuffnang SCAM.Hoho...Jadi kata kuncinya ialah SABAR.

2) KERJA KERAS DAPAT BANYAK KERJA SIKIT DAPAT CIPUT
Benda ni memang penting.Kat mana2pun sama je termasuk alam pekerjaan.Sebagai contoh,korang buat marketing so maknanya korang kena;ah jumpa orang.Lagi ramai lagi banyak sale.Sama dalam blogging nak hasil yang best kenalah kerja keras sikit.Dalam Nuffnang kalau korang nak buffered bukan takat hantar email then berharap je.Kita kena menulis bila kena ngan Keyword baru dapat buffered.Ok,ada faham?


3) KESETIAAN MEMANG BERBALOI
Sebelum ni saya asyik terfikir yang paste coding Nuffnang amat menyakitkan hati.Sebab duit naik perlahan.Then mula cari ads company yang masyuk skit.Tapi tak berjaya.Tapi bila stay lama sikit ngan Nuffnang baru saya nampak cara sebenar dia.Dia ibarat macam kita guna Celcom BLUE.Ada bonus SETIA bak kata Rita Rudaini.Lagi lama kita guna lagi best.Yelah ada ke ads company lain yang kasi adiah,tiket wayang, dan event.Ada innity kasi semua tu.Takde der.Jadi apa kejadahnya saya nak tukar.Lupakan yang lain.Ramailah yang dulu blah dari Nuffnang tapi sekarang terhegeh2 paste coding Nuffnang balik.Apasal tukar?Tanya tuan punya badan.hak3...


So rasa 3 cukup kot.Banyak lagi sebenarnya tapi memandangkan hari sudah larut malam mata makin kuyu.Bila dah kuyu bantal asyik sebut nama manja saya je ajak bersantai.So renung2kan dan selamat berblogging.


p/s :
- Ingat tujuan asal kenapa korang semua berblogging maka akan jumpa lah apa yang korang cari
- Kalau traffik jatuh just biarkan sebab kalau korang dah usaha tapi still tak dapat apa yang korang cari itu ketentuan

MATAHARI TAK KAN SAMPAI KE MALAM - ENTRI 3 IN 1


Saya masih terkejut dan agak sugul sejak pagi tadi selepas membaca entri Rina Salleh tentang pemergian pelawak yang memang ulung di Malaysia.Saya memang begitu minat dengan dia sejak Radio 9 dan disebabkan dialah saya sanggup pasang Astro Warna.Setiap pagi mesti saya akan pasang radio Era untuk dengan drama sebabak & sawancara yang beliau kendalikan.Tapi nak buat macam mana matahari yang Allah kurniakan tak semestinya sampai ke malam.Maka hilanglah satu cahaya kegembiraan Malaysia.So dia dipinjamkan untuk memberi kegembiraan kepada kita dan bila2 masa Allah boleh ambil balik dia sebab itu milik-Nya.Jadi takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.


Oklah cukuplah sampai di sini.Tak payah kita meratapi sangat pemergian dia sebab itu bukan kuasa kita.Semalam saya agak ter kejut dengan kehilangan tarian ads di blog ni.Tapi pada pagi ini Nuffnang bagi saya dua kegembiraan dalam satu masa (sedih ke semalam.xrasapun.hak3).Adakah korang dapat tengok ads saya masih menari2 (maka tak perlulah saya print screen).Ya betul ini bermakna buffered campaign saya masih berjalan seperti biasa dan menyangkal pendapat sebilangan blogger yang akaun saya telah di"banned". Uiks apahal plak nak banned saya tak buat salah.Saya tak join klik2 Nuffnang. Dan di akaun Nuffnang saya jugak buffered belom lagi menjadi metered ye.Lagi satu yang bestnya earning untuk "Project Alpha 2" week 4 dah credit ke dalam akaun.Wah maksudnya saya berjaya melengkapkan ekspedisi "Project Alpha" 4 minggu berturut2.Tak caye eyh tengok ni :


klik untuk tumbesaran sempurna

Yang terakhir sekali,tetiba saya dapat email.Bukan dari Nuffnang ye,sebab saya tak buat fraud click.Ni email dari youthsays yang suruh saya buat satu lagi kempen.Saya dapat satu kempen bertajuk "Digi The Next Level Reality Show".Ni adalah satu realiti TV terbitan digi yang menjemput beberapa ahli perniagaan ataupun usahawan menyertai program ini.Mungkin ala2 "The Apprentice".Mesti best.Nak tau lebih lanjut sila klik link atas ataupun sini.




klik untuk tumbesaran sempurna

Oklah ni je yang dapat saya kongsikan dengan korang buat masa ni.Tghari sikit saya akan sambung lagi sebab nak siapkan report.Pukul 2 ada meeting besar.

p/s :
- Kadang2 sesuatu yang kita dapat tak semestinya kekal.So sementara benda tu ada depan mata tolonglah hargai dan sayangi sebelum terlambat
- Fraud klik ada dalam terms Nuffnang je.Dalam youthsays anda boleh klik beberapa kali pun takpe.Itu tandanya anda menderma kepada saya.Thanx.

TIPS : APAHAL BUFFERED AKU DAH JADI METER NI?EARNING BARU JE RM0.25 JE

Salam n morning guys,Dah sarapa ke blom?Hari ni sampai office terlebih awal sebab kena hantar aiensepet gi keje.Dia masuk kul 8 (uiks ni pun nak kasitau ke?).Amacam best tak lawak semalam?Saya ada lagi banyak koleksi cerita2 lawak & nanti saya post.


Disebabkan sekarang ni musin mengawan earning Nuffnang.hak3,yelah saya blogwalking semua cerita dapat buffered earning.Ada yang dapat 1,2, dan 9 pun ada.Saya...Cuma satu je...hak3,lawak kan.Itulah akibat kalau pelupa.Oklah saya nak cerita skit pasal buffered earning ni.Saya rasa ramai yang dah tau kot terutamanya kipas susah mati Melz.Sebeleum saya dah kasi amaran supaya jangan terlalu gembira bila dapat earning sebab lagi banyak earning yang korang dapat lagi kuat usaha yang korang kena buat.Dia lebih kurang main farmville jugak lagi besar tanah lagi selalu korang kena main.hak3...


simple artwork by Bean Moreno


Apa itu buffered earning?Ia adalah ads tambahan yang Nuffnang & advertiser bagi pasa publisher (blogger) yang boleh dikirakan sebagai bonus.Bezanya ads tu akan menari-nari tak henti2.Apa keistimewaan Buffered?Buffered ni bezanya ialah bilangan yang akan diberi extra sekiranya bilangan klik pada campaign biasa lebih.Dan pada Buffered tu ada lagi bonus sekiranya klik lebih 0.2%.So kesimpulannya ia lebih kepada bilangan traffik yang masuk ke blog tuh.Lagi banyak traffik lagi banyak earning.


Kesilapan yang selalu Nuffnangers buat termasuk diri saya ni ialah kita selalu ingat bila dapat buffered je kita dah boleh duduk rileks dan biar je buffered tu berjalan sendiri.Wah kalau macam tu bankrupt la advertiser dik.Tapi hakikatnya lagi banyak buffered sepatutnya kita kena tambah traffik barulah earning buffered tu akan bertambah.Contohnya kalau sebelum dapat buffered traffik blog hanya 100 so kita kena gandakan traffik bila kita dapat buffered.Sebab Nuffnang akan nilai kita punya hardwork.   


Kenapa buffered tetiba jadi metered?Sebelum saya teruskan dengan soalan ni.Saya terangkan apa itu metered.Metered ialah jumlah earning yang kita dapat hasil bonus CTR + buffered.So bila impression buffered kita dah habis maknanya ia akan jadi metered.Ok,saya sambung balik soalan tadi.Korang mesti pernah alami dapat buffered baru sehari tetiba tukar jadi metered. Maknanya impression untuk buffered korang dah habis.Macam mana boleh habis?Senang je jawapannya,Bila traffik korang tak boost seperti mana yang advertiser harapkan maka tamatlah riwayat buffered.Yelah diorangpun bagi buffered bukan untuk tayang je.Diorang nak gak profit kalau traffik takat 50 je macam mana diorang nak untung.Diorang nak promote barang or event diorang jugak baru dapat duit.


Kesimpulannya,jangan terlalu selesa bila bukak page Nuffnang tgk2 dapat buffered.Then tak nak kerja keras.Itu satu tanggapan yang salah dan patut korang ubah.Manalah tau dengan buffered tu kalau korang buat betul2 boleh dapat ADVERTORIAL kan.Itu namanya rezeki...


p/s :
- Saya just share apa yang saya perhatikan.Kesilapan korang adalah kesilapan saya juga di masa lampau si jadikan pengajaran.
- Even dapat satu bufferedpun takpela kita tengok saya boleh boost berapa dengan satu buffered ni.
- Thanx to Melz & Eryqazz sebab kasi saya ilmu yang mana saya boleh observed kebenarannya.Tak lupa pada readers saya Tq very much.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails