MATAHARI TAK KAN SAMPAI KE MALAM - ENTRI 3 IN 1


Saya masih terkejut dan agak sugul sejak pagi tadi selepas membaca entri Rina Salleh tentang pemergian pelawak yang memang ulung di Malaysia.Saya memang begitu minat dengan dia sejak Radio 9 dan disebabkan dialah saya sanggup pasang Astro Warna.Setiap pagi mesti saya akan pasang radio Era untuk dengan drama sebabak & sawancara yang beliau kendalikan.Tapi nak buat macam mana matahari yang Allah kurniakan tak semestinya sampai ke malam.Maka hilanglah satu cahaya kegembiraan Malaysia.So dia dipinjamkan untuk memberi kegembiraan kepada kita dan bila2 masa Allah boleh ambil balik dia sebab itu milik-Nya.Jadi takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.


Oklah cukuplah sampai di sini.Tak payah kita meratapi sangat pemergian dia sebab itu bukan kuasa kita.Semalam saya agak ter kejut dengan kehilangan tarian ads di blog ni.Tapi pada pagi ini Nuffnang bagi saya dua kegembiraan dalam satu masa (sedih ke semalam.xrasapun.hak3).Adakah korang dapat tengok ads saya masih menari2 (maka tak perlulah saya print screen).Ya betul ini bermakna buffered campaign saya masih berjalan seperti biasa dan menyangkal pendapat sebilangan blogger yang akaun saya telah di"banned". Uiks apahal plak nak banned saya tak buat salah.Saya tak join klik2 Nuffnang. Dan di akaun Nuffnang saya jugak buffered belom lagi menjadi metered ye.Lagi satu yang bestnya earning untuk "Project Alpha 2" week 4 dah credit ke dalam akaun.Wah maksudnya saya berjaya melengkapkan ekspedisi "Project Alpha" 4 minggu berturut2.Tak caye eyh tengok ni :


klik untuk tumbesaran sempurna

Yang terakhir sekali,tetiba saya dapat email.Bukan dari Nuffnang ye,sebab saya tak buat fraud click.Ni email dari youthsays yang suruh saya buat satu lagi kempen.Saya dapat satu kempen bertajuk "Digi The Next Level Reality Show".Ni adalah satu realiti TV terbitan digi yang menjemput beberapa ahli perniagaan ataupun usahawan menyertai program ini.Mungkin ala2 "The Apprentice".Mesti best.Nak tau lebih lanjut sila klik link atas ataupun sini.




klik untuk tumbesaran sempurna

Oklah ni je yang dapat saya kongsikan dengan korang buat masa ni.Tghari sikit saya akan sambung lagi sebab nak siapkan report.Pukul 2 ada meeting besar.

p/s :
- Kadang2 sesuatu yang kita dapat tak semestinya kekal.So sementara benda tu ada depan mata tolonglah hargai dan sayangi sebelum terlambat
- Fraud klik ada dalam terms Nuffnang je.Dalam youthsays anda boleh klik beberapa kali pun takpe.Itu tandanya anda menderma kepada saya.Thanx.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails