PAGI SABTU YANG BEST SELEPAS BUAT RUMAH BARU



Selamat pagi semua,hari ini hari sabtu so macam biasa saya kerja halfday.Saya masih mencari2 cara yang mudah untuk configure wireless router TP-Link yang dari semalam saya nak reset tapi tak jadi2.Ces,menyusahkan betullah modem ni.Kalau tau beli DLink je lagi bagus.Siapa2 yang hebat dan bagus sila tunjuk ajar saya ye.

Apa yang korang perasan perubahan dalam blog ni.Ye template bertukar lagi.Best kan tukar2 template.hoho...Bukan nak tunjuk rajin tapi saya ada terasa macam template lama tu menghalang sesuatu dari masuk.hak3...Dan template lama tu nampak cam remaja sangatlah dan mungkin ramai kakak2 kat luar sana nak bacapun malu2.So saya tukarlah dan saya akan modify nanti bila free.Yelah Template kak ina boleh buat cun2 takkan template sendiri jahanam kan.


Saya ada terfikir nak export blog ni ke wordpress dan buat hosting sendiri tapi mungkin ia akan ambil masa yang lama sikit lah.Tak boleh nak buat on the spot sebab benda semua kena belajar.Kalau korang tengok apa yang terjadi kat last setiap psot saya.Saya dah letak widget SHARE.So kalau korang rasa post saya best dan korang nak sebarkan pada orang lain silakan tekan ikon2 yang tertera di situ.Tak susah.Jadi ramailah lagi readers yang akan tau kewujudan Blog Bean Moreno yang kurang popular ni.Itupun kalau korang sudilah saya tak paksa sebab cinta tak boleh dipaksa.hak3...


Oklah saya nak sambung buat kerja kolej.Router ni betul2 buat saya rasa macam nak pukul orang.Doakan saya berjaya bekerjasama dengan router TP-Link yang agak sengal ni.Bye...


p/s :
- Kalau ada apa2 yang korang tak puas hati dengan blog ni sila kemukakan aduan rakyat pada saya.Jangan kutuk belakang2
- Esok ada invitation dari Kak Sumi untuk jadi supporter Slimming kontest (ces taulah saya ni slim...)
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails