KALAU DITANYA...BEAN KENAPA KO BLOGGING?


Selamat hari Jumaat.Baru lepas solat Jumaat ni (takde niat nak menunjuk ye) dan agak insaf dengar khutbah Jumaat.Hari ni saya sempat jugak publish entri dalam senyap.Yelah sekarang tempat sudah bertukar ke tempat yang lebih terbuka dan susah nak buat entri.Yelah malu nanti tetiba ada student yang mintak sign.hak3...



Oklah saya terfikirkan kalaulah ada orang tanya saya soalan maut macam kat title atas tu.Apa jawapan yang relevant.Yelah saya bukan artis yang bila ditanya wartawan akan jawab jawapan yang biasa iaitu "No Komen" (apa jenis jawapan lah tu.hak3).Kalaulah saya ditanya soalan itu maka inilah jawapan saya :

1) TERPENGARUH

Sebelum saya start Suterablogger 2008 saya suka baca dua blog ni iaitu Saya Orang Melayu & Perempuan Jomblo.Setaip pagi bila bangun saya mesti tengok blog diorang samada diorang update ke tak.Dua blog ni memang bagi saya best untuk dibaca dan boleh buat saya ketawa sendiri bila baca.Kalau tak percaya korang boleh masuk dan baca.Jadi disebabkan terpengaruh nak jadi macam diorang,Suterablogger pun tercipta.

2) RELEASE TENSION

Dulu saya create suterablogger ni sebab saya nak release tension.Yelah kerja lagi pastuh masa tuh saya dah bertunang dan segala problem hidup saya buat dalam blog.Saya ada diari tapi macam tak syoklahkan.So dengan adanya Suterablogger saya dapat ekspress perasaan saya dalam maya.Pastu belajar sikit2 pasal web design.

3) CARI KAWAN 

Masa 2008 saya tak taupun guna FB or Twitter.Saya just guna blog dan Friendster je.Ramai jugaklah kawan yang saya dapat dari blog.Sampai sekarang.Dan kalau saya tak buat blog saya takkan kenal Mel,Eyriqazz,CikHel,Jard,Aus,Kak Ina dan yang penting puan capa (sebab dia yang ajar saya apa itu wondergirl).

4) NAK PERGI EVENT(BERSOSIAL)

Saya jenis yang susah nak pergi event (kecuali kenduri kawen).Tapi bila berblogging macam2 event yang saya dah pergi.Termasuk organize event small gath kat The Mines (ingat tak CikHel).Best gile pergi event nih.So bila berblogging saya boleh happy2 dan bergembira di tenpat event.Dapat tiket wayang.Pergh best.

5) BIKIN DUIT

Yang ni dulu saya anggap no 1 tapi sekarang dah tak penting sebab benda ni sebenarnya kita kena rileks.Kalau kita tumpu pada penulisan maka duit tu akan datang tanpa diundang.Tapi kalaulah kita asyik fikir nak duit je memang susah dan stress.Jadi rileks sudah...

Jadi amacam boleh diterima tak alasan yang saya kasi tu.Kalau tak terima itu bukan masalah saya sebab alasan ni saya yang create dan korang baca pastuh komen.Masing2 ada alasan tersendiri kenapa buat blog.Itu terpulang pada korang apa sebab korang buat BLOG?

p/s :
- Saya dah nekad untuk pakai baju pink esok kat Gatsby.Ada bantahan?
- Jumpa kat sana eyh jom kita buat rekod baru Malaysia esok!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails