PAGI JUMAAT MEMANG BAGUS UNTUK MUHASABAH DIRI


Morning guys,hari ni saya publish entri awal sikit sebab aura task semakin berapi dan due date dia memang menyeramkan.Alangkah bestnya kalau dapat duduk rumah taip entri dan jadi blogger full time (tapi nak gaji RM3k sebulan...Boleh?). Datang2 saya dah kena check lab padahal time bekerja pukul 9 sekarang baru pukul 8.15.Kalau bab kerja nak cepat je tapi bab naik gaji alasan banyak.Ces!


Hari ni hari Jumaat dan macam yang kita tau hari Jumaat ni kita kena ambil segala berkat sebab ia adalah penghulu segala hari.Bukan saya nak tunjuk alim tapi itu lah hakikat yang terjadi sekarang.Kita asyik lupa & leka (bukan Lenka ye) dengan kehidupan kita sampaikan kita dah tak kenal siapa diri kita.Kita lupa dan kadang2 buat2 tak tahu yang kita ni cuma hamba yang tumpang muka bumi Tuhan.Asyik2 ingat yang kita ni berkuasa dan boleh buat apa saja yang kita suka.Kita tak pernah nak fikir apa yang orang lain rasa.Padahal orang lainpun manusia macam kita yang ada hati.

Ada ke kita fikir sebelum bercakap?Ada ke kita terfikir nak hormat orang lain dan ada tak kita terfikir kadang2 kita dah ambil hak orang lain dan ambil kebahagiaan orang lain hanya untuk senangkan diri kita?Kita tak pernah pun fikir.Apa yang kita selalu fikir ialah buat something untuk kepentingan sendiri (sendiri je mau untung).Tapi bila orang tak nak dengar cakap kita,kita marah dan buat tindakan kita tanpa fikir nasib orang yang kita tindas tu.Kita asyik berfikir yang kita ni je ciptaan paling sempurna dan kita je yang betul segala segi.Bila orang lebih sikit je dari kita,kita dengki dan mula buat something untuk tutup rezeki orang tu.Patut ke benda ni jadi?

Jadi tanyalah diri kita sendiri samada adakah kita ni terlalu bagus sampai boleh nak menghina orang lain?Memang kita adalah ciotaan Allah yang sempurna tapi pada zatnya kita cuma berjalan dan hidup kat bumi ni dengan zat yang dipinjamkan Allah supaya kita ingat kat dia dan sepatutnya kita tak boleh riak dengan pemberian tersebut.Oklah nak sambung buat report.Kalau sempat saya update nanti.Kalau tak sempat malam je lah ye...

p/s :
- Hidup ni sepatutnya kita share sama2 bukan hidup untuk diri sendiri
- Esok Gatsby nak kene pakai baju purple ke?Kalau saya nak pakai baju pink boleh?hak3...
- Gambar credit to Mr Google

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails