TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke....Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3...Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

"Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis."

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3...Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya YouthsaysBlogadvertisingstoreLinkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS...Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah...

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
- Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS...hak3)
- Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails