Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

SELAMAT HARI LAHIR BEAN MORENO


Selamat malam semua.Amacam sihat?Saya sekarang kat Ipoh kat hotel Ipoh City.Ada mana2 blogger Ipoh yang nak melepak dengan saya? (perasan femes..hak3).'Connection internet' kat sini pun boleh tahan menguji kesabaran saya ni.kalau keadaan ni berlarutan saya akan jadi separa gila.Rasanya lebih bagus lepak kat hotel yang nampak macam setinggan kat Gerik dari lepak kat sini.

Hari ni adalah harijadi Bean Moreno yang ke 17 (perasan sweet 17 sekejap).Takde lah hari ni saya dah 28 lapan tahun so bermakna saya dah 28 tahun hidup.Ni adalah harijadi saya yang memang tak best sebab saya berjauhan dari orang2 yang penting dalam hidup saya.Kalau tak mesti mama dah belanja saya makan Pizzahut (kenapa ko tak pilih entri aku hah!hak3).Terasa birthday kali ni macam kosong sebab saya masih lagi di hotel dan menaip entri ni.Mungkin sat lagi ada 'abang' yang akan ambil saya dan bawak saya jalan2 tangkap gambar guna 'Nikun DSLR' saya ni

Walaupun takde tiupan lilin dan ucapan harijadi dari mulut ke mulut ada something yang buat saya sedikit gembira dan boleh mengesat airmata dengan 'blanket' hotel ni (alamak apahal gua meraih simpati ni).Petang tadi aiensepet sms saya n bagitau bertalu2 ucapan harijadi yang saya dapat kat facebook.Sampai2 je kat hotel & on laptop terus saya buka Facebook (sebelum2 ni terus buka suterablogger nak tgk komen.huhu).Sayapun terkejut tengok komen2 kat facebook.Semua ada.Family,aiensepet,kawan lelaki,kawan perempuan,tunang orang dan juga bini orang.hoho...

Jadi terima kasih kepada semua yang ingat harijadi Bean Moreno dan korang telah membuatkan hari saya -'translate you make my day'.Oklah perut dah mula menunjukkan tanda2 'clubbing'.DJ Tiestopun rasanya dah bersedia kat dalam perut so saya rasa baik daya keluar pergi makan sebelum kebulur.

p/s :

*1* Kadang2 bila kita jauh dari orang2 penting baru kita akan terasa bila dia takde depan mata.
*2* Thanks kat semua yang wish besday saya ye.

ENTRI INI KHAS UNTUK MAMAKU - NORJAHNAH BTE ABDULLAH "SELAMAT HARI JADI"

Selamat petang,akhirnya saya berjaya siapkan kerja2 yang berpatutan untuk hari2 akhir saya di sini.Memang teramat penat sebab semua kena ubah jadi benda yang berbeza tapi at last berkat kerajinan Bean Moreno yang kacak ini kerja berat menjadi mudah walaupun terpaksa buat sorang2.Walaupun kerja saya dah settle tapi saya tetap rasa tak best sebab semua orang dah dapat gaji tetapi saya punya gaji kena hold sampai last day.Pergh berbulu jelah kan dah lah bank telefon bertalu2 diorang ni tetap tak nak amik tau masalah saya.Tapi takpelah lagi beberapa hari je pun.


Malam ni ada movie screening dengan Mister Potato dan ia bukan takat movie je tapi ada kontest tau.Harap2 saya dapat menang duit 1K tuh.Korang semua jangan hantar entri ye,bagi saya je yang hantar.Saya memang dah lama nak tengok cerita Prince Of Persia sebab masa sekolah2 dulu saya memang suka main game Prince Of Persia.Harap2 saya tak keletihan di dalam panggung malam ni dan aiensepet di dalam mood yang stabil.hak3....


Oklah tujuan sebenar entri ni adalah nak dedicate kat mama saya Selamat Hari Jadi.Jarang saya nak tulis pasal hal2 family dalam blog ni.Asyik2 tips,asyik2 blogging paling tak kuatpun pasal event yang saya pergi.Tapi hari ni dengan rasa kasih sayang (wah sejak bila kah?) saya nak tulis pasal mama saya.Hari ni adalah hari lahir mama saya yang ke - 54.Korang nampak angka je besar tapi sebenarnya mama saya mempunyai jiwa remaja.Tak percaya?Buktinya mama saya juga ada perasaan remaja seperti saya (remajakah saya?) yang ingin menulis blog.hak3...Mama saya juga mempunyai facebook dan pandai berchatting serta pandai upload gambar dalam profile facebooknya (sayapun tak tau nak upload pic).

Selama ni kan saya asyik terfikir something yang hanya boleh buat saya happy je tanpa fikir yang benda2 tu semua buat mama saya sedih (owh jahat nya ko ni Bean).Kalau korang nak tau saya adalah seorang yang ganas tetapi saya juga merupakan anak yang sangat manja dengan mama saya.Pukul orang sana sini tapi bila mama saya marah saya mesti sedih.Untuk pengetahuan korang saya tak pernah takut dengan orang tapi apa yang paling saya takut ialah bila mama saya membulatkan matanya.Pergh itu saya situasi yang paling saya tak boleh blah.Korang akan nampak mama saya jadi Kakashi Sensei.Bila nampak je mata semakin bulat memang saya akan lari dari situasi.hoho.So saya just Nak wish :


"SELAMAT HARI JADI YANG KE 54 MAMA.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI"

Cepat2 semua pergi wish mama saya.Kalau tak tak mau letak tips lagi kat sini (ada ke orang nak peduli Bean?).Ni profile dia Norjahnah Abdullah...hak3...

TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke....Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3...Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

"Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis."

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3...Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya YouthsaysBlogadvertisingstoreLinkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS...Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah...

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
- Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS...hak3)
- Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia

CULTURE : APA SALAH IBUMU ITU


Selamat pagi semua,so apa cerita best hari ni?Saya macam biasa datang kerja awal check wireless untuk student & reset modem.Tapi actually hari ni  hari istimewa saya sebab hari ni adalah Harijadi Aiensepet.Siapa Aiensepet?Takkanlah tak tau...Mesti lah wife saya yang comel tuh.So sempena hari Jumaat yang Mulia ni saya nak ucapkan :

"Selamat Harijadi Baby.Dah besar Baby abang ni kan.Yang penting abang nak baby tau yang abang sayang kat baby"

Mesti korang meluat kan.Mesti ada yang cakap kenapa tak cakap depan2 je dan kenapa nak kene tulis dalam blog yang tak popular ni.So saya nak tanya,adakah menyalahi akta Kementerian Komunikasi dan Multimedi ataupun MIMOS sekiranya saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada wife saya di dalam blog.Tak kan...Jadi jangan nak komplen.Kalau nak suruhlah orang yang sayang korang buat.hak3...

Oklah berbalik kepada tajuk entri.Selingan tak sepatutnya ditulis panjang lebar sebab nanti orang bosan.Pagi tadi saya ada terbaca surat khabar pasal seorang ibu dan isteri dipukul dan dihalau dari rumah.Hm,agak tragik jugak cerita ni.Saya seorang blogger yang memang agak sensitif pasal bab2 kekeluargaan ni.So saya baca sampai habis.Menurut surat khabar Harian Metro, cerita ni disebabkan suami perempuan ni ada perempuan simpanan (uiks,pasal perempuan murah sanggup buat macam ni?).

Si isteri yang cuba melindungi rumah tangga dipukul dan disepak oleh suaminya selama beberapa jam hanya kerana si "jalang" ni.Saya masih tak faham dengan panorama kehidupan sekarang ni.Memanglah ratio perempuan kat dunia ni semakin banyak tapi korang kena fikir,korang yang kacau rumah tangga orang lain and then sebab korang isteri yang sepatutnya dihormati dipukul.Memang takde perikemanusiaan langsung.Kalau korang nak laki orang mintak lah dengan berhemat.Tunjuk sikit yang korang ada maruah.Cuba bayangkan kalau korang beli beg tangan Louis Vuitton (yang ori ye yang tiruan takde hal) tiba2 seorang perempuan datang rampas beg tu dari korang apa yang korang rasa.?

Yang menjadikan perempuan malang ni bertambah malang apabila anak kandung dia sendiri menghalau dia dari rumah apabila si "jalang" itu bagi duit.Mak aiyh tambah tragik seyh.Anak sendiri dah berani halau mak yang membesarkan diorang sebab duit.Apa kejadahlah yang korang fikir.?Mak korang tu bukan orang lain.Korang kena ingat kalaulah mak korang dah lahirkan korang then letak korang dalam tandas,apa yang jadi kat korang?Tindakan bodoh ni memang bikin saya marah.Kalaulah saya jumpa budak2 ni memang saya kerjakan habis2.

Oklah ini senario kehidupan kita sekarang.Harap2 kita ambil ikhtibar dan jangn tiru dan apply benda ni dalam kehidupan kita.Even dulu saya ni jahil tapi saya tak pernah buat mak saya macam tu.Saya cuma tertengking sahaja.Mama maafkan diri ini yang suatu ketika dulu banyak menyakiti dan menyusahkan mama.

p/s :
- Hormatilah parents korang sebelum mereka tinggalkan kita.Itu adalah anugerah istimewa dari Allh yang tak sepatutnya kita tolak mentah2
- Salah siapakah ini?
- Untuk Aiensepet :


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails