Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 5

credit to murai.com.my


Disebabkan update yang lambat,saya terpaksa mengeluarkan satu entri yang gila kow yang boleh dikatakan senjata terhebat suterablogger iaitu undang2 penulis.Tidak mungkin anda akan dapat cari serupa dengan nya di mana2 blog mahupun kedai rokok berhampiran.Carila kalau jumpa bagitau saya.Saya akan belanja di kedai mamak segelas air suam.Undang2 Penulis yang ke - 5 ialah "Resist Stereotypes,in Real Life and In Writing".Saya tau korang mesti tak faham punya dan saya akan terangkan.Maksud ayat tadi adalah elakkan ataupun hindarkan dari buat benda yang kebiasaan dilakukan.Takpun bahasa pendeknya Berfikir luar dari kotak bukan luar dari barisan.kalau luar dari barisan mungkin korang akan kene maki sebab kawad tak ikut barisan ataupun bayar bil makanan kat kedai makan tak que up.Atau mungkin kene hon dengan kereta lain sebab potong barisan.hak3...


Dalam situasi ni korang kene create satu benda baru dalam blog korang supaya berlainan dengan blog orang lain.Ni tak orang lain buat blog warna biru korang pun nak tiru...Alamak perli diri sendiri plak.Takdela maksudnya tulis something yang berlainan.Orang cakap style saya macam Mel memangpun sebab dia sifu saya tapi korang kene baca entri saya.Sama ke dengan dia??Lain ma!!!Mungkin persamaan nya adalah warna biru seperti yang eyriqazz bagitau.hak2.Kalau cara penulisan saya sama dengan Mel ada dua kemungkinan akan berlaku iaitu :

a) Visitor saya akan bertambah banyak sebab semua visitor dia pergi kat saya
b) Visitor saya akan jadi kurang sebab saya meniru

Tapi kedua2 kemungkinan itu tidak berlaku sama sekali di SUTREBLOGGER.Tak mungkin kerna sayang.hak2..Korang boleh tulis idea yang sama tapi elaboration tuh korang buatla ayat sendiri.Takpun kalau orang tengah hot cerita pasal kereta korang cerita la pasal pompuan sexy.Kan ke unik skit dari orang lain.Macam saya, saya suka tulis benda yang saya alami sendiri dalam blogging.Kadang2 ada skit pasal emo saya la kan sebab saya bukan malaikat.Tapi cara penceritaan saya lain skit.Macam sekarang orang sibuk cerita pasal "Blogwalking" saya ceritala pasal undang2 saya.Kalau Diorang dah abis cerita baru saya sambung.hak2.Lain kan.Kira boleh kata saya ketinggalan skit la...Tapi ada sebabnya saya ketinggalan.

Hm mungkin tu je kot yang boleh saya kongsi.Bukan kongsi gelap tapi kongsi terang.


p/s :

* Ni adalah pengalaman dan bukan cerita untuk riak takbur.Sila baca dengan hati yang suci sesuci lebaran.
* Kalau terlepas episod2 yang lepas boleh rujuk kat tips navi atas.Sebab Episod2 nya adalah lebih kurang macam cerita Nur Kasih yang ditayangkan seminggu dua kali je.Tak sama macam Senja Permai yang kita boleh tonton setiap hari.hak3

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam...

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 3





Seperti yang dijanjikan sekarang masa untuk kita teruskan undang2 penulis yang ke-3.Saya akan kongsi benda ni satu hari satu je(haip jangan tamak!!!).Bagi sesapa yang tak baca no dua sila baca kat sini sebab kalau miss satu, ia bolehla saya ibaratkan seperti terlepas tengok Nur Kasih satu episod cuma bezanya Nur Kasih boleh download kat internet yang ni hanya boleh dibaca kat blog ni je.

Oklah undang-undang yang ketiga berbunyi "Get a Writing Routine and Stick With It".Faham tak?Apa tak gaham gi amik MUET.hak2 xdela saya main2 je.Benda ni simple je sebenarnya.Statement ni bagitau suruh kita jangan berhenti blogging.Tulis sesuatu yang best untuk blog.Jadikan update blog tu satu amalan yang mulia tau.Bukan susahpun update blog.Telur pun kita boleh jadikan hal.Tak caya cuba buat dulu jangan nak kondem je ok.hak2.

Macam saya,update blog ni satu kemestian dalam sehari.Sekurang-kurangnya satu hari mesti kene kasi up satu entri.Tak kisahla apa2pun janji ada entri baru.Sebab bagi saya banyak bende yang saya boleh tulis setiap hari walaupun saya jenis yang tak baca surat khabar.Tapi saya join banyak komuniti so mesti banyak topik yang boleh ditulis.Lepas ni kalau nak traffik update la blog tu ye.Bukan nak paksa tapi motivate je supaya korang update.So jadikanlah update blog tu rutin ibarat kalau satu hari tak makan rasa lapar.Amacam boleh???

p/s :

* Bosan tak jadi blogger???hak2
* Nak dapat buffered tak???Kalau nak kene la rajin...

DUA BENDA BERMAKNA BAGI BEAN MORENO SEPANJANG MINGGU NI

Morning guys,si romantik ni kembali menulis.Semalam just boleh produce satu entri je sebab terlupa makan kismis doa.hak3...takde lah saya hanya terlalu busy semalam sampai kena buat OT.Nasib baik aiensepet balik lambat kalau tak dah tentu dia kebuluran kat LRT Taman Bahagia.Hoho (saya tak sekejam itu ye).Semalam ingat nak makan Pizza baru tu tapi apakan daya tak sempat.So hari ni akan membalas dendam sambil2 masuk kontest Nuffnang - Pizza Hut.

Actually benda ni cerita kelmarin tapi saya tak tulis atas desakan nafsu yang memaksa saya tulis tips.Yelah korang kalau takde tips bukan nak bacapun entri dalam ni,hak3...Semalam saya dapat dua sampul surat.Biasanya saya dapat surat dalam mailbox (bukan email ye) saya akan terus buang,Tapi dua surat ni saya simpan.Nak tau apa saya dapat :

1) CHECK NUFFNANG

Apahal hidung aku kembang sangat tuh.Amount tetap menjadi rahsia

Hm,dah dapat dah check Nuffnang saya.Kali ni on time.Maybe dulu2 saya cash out tak kena time yalah samalah macam nak pinjam duit tengah2 bulan baru mintak pinjam memang lah takde sebab semua tengah kering.Ni check ke -4 saya dengan Nuffnang.So orang kata rezeki kan.Ada lagi 2 cashout yang still pending (tu penangan orang yang tak sabar).Saya takde niat nak berlagak just nak kasi semangat kat korang je supaya berusaha untuk dapat kan sesuatu & tolonglah jangan sesekali korang pandang duit.Tulis dulu baru fikir duit.Bila korang fikir duit maka korang susah nak menulis.Duit tu akan block mentaliti korang.

2) KAD KAHWIN BLOGGER CUN AINA

cantik tau card ni

Apa2pun thanks to Cik Aina sebab sudi hantar card ni untuk saya.InsyaAllah saya akan attend sebab tempat tak jauh dari rumah mak saya.First time makan nasi minyak golongan blogger2 ni.Saya pernah jumpa Cik Aina ni sekali je masa main Paintball tapi tak dapat nak beramah mesra sebab time tu terlalu ramai.

Oklah actually ni nak isi masa apang sebelum kena present dengan pihak MQA.Nampak gayanya turn saya dah hampir tiba so kalau sempat saya akan post entri baru petang lepas solat Jumaat.Chow...

p/s :
- Dengar cerita ramai yang nak tukar domain?Betul ke?
- Doakan saya dapat buat terbaik untuk MQA ni sebab mungkin ni kali terakhir saya akan buat MQA visit untuk kolej ni
- Gila ke nak buang dua2 benda ni dalam tong sampah!hak3

TIPS : ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!ASYIK2 BENDA SAMA JE!!!


Selamat malam,Bean Moreno masih di sini dan menulis dan actually saya penat gile sebab pergi ke Low Yatt tadi.Jangan ditanya kenapa saya pergi Low Yatt.Itu soalan yang seolah2 mintak penampar.hak3...Start semalam memang saya kekeringan idea tapi tadi lepas dapat satu komen dari blogger Lumut saya tersedar dari khayalan yang hebat akibat menelan Eramin 5.Jadi terima kasih dan kredit saya berikan kepada Lumut sebab bagi satu komen yang membolehkan saya keluarkan dua entri.

Tajuk entri di atas takde kena mengena dengan perasaan marah ataupun sedih.Dan harus diingatkan ini bukan entri EMO.Saya just nak tunjuk bahawa dalam penulisan tak kira blog ataupun artikel pengulangan tiada masalah.Kenapa?Meh sini saya kasi tau reason dia :


1) BILANGAN BLOGGER
Kita kena tahu yang dalam dunia blog ni setiap hari ada je blog baru dan yang penting blogger baru.Jadi dengan wujudnya blogger baru maka dia tak tau apa yang orang lain dah tau.Maka dengan peringatan berkali2 mesej tu sampai.


2) CARA PENYAMPAIAN BERBEZA
Setiap blogger ada cara penyampaian berbeza.Tak percaya...Cuba korang baca blog atau entri saya dengn Cik Epal.Samakah cara kami?Tak kan.Dan kalau terjadinya cara yang sama mungkin saya telah bertudung dan Cik Epal telah bermisai.Hak3...Kita kena tahu yang tak semua orang membaca untuk cari info.Ada yang bacauntuk hilangkan tekanan.


3) DIFFERENT POINT OF VIEW
Mungkin tajuk sama tapi point yang lain.Contohnyalah kan contoh kita nuat entri pasal Taylor Swift.Saya kata dia cantik tapi ada orang lain buat entri yanag akan cakap suara dia macam chipmunk.So pandangan yang berbeza.


Ok sekarang korang faham tak apa yang saya nak sampaikan.Sekarang kita tengok apa benda yang sama tetapi masih dilakukan berulang2 dalam kehidupan.




1) MAKANAN
Korang nampak tak gambar apa kat atas ni?Ya gambar nasi lemak.Kalau kita tengok kat kedai Kak Jah ada jual,Kak kedai makcik temah pun ada,Nasi lemak antarabangsa lagilah dan tak ketinggalan Restoran Nasi Kandar.Benda yang sama tapi yang membezakannya adalah ramuan yang diletak dalam nasi lemak.Walaupun ada di mana2 dan pada setiap hari tapi orang tetap cari tanpa bosan.Got it?




2) KENDERAAN
Kenderaanpun tak terlepas dari pengulangan.Sebagai contoh gambar kat atas.Itu adalah model terbaru.Sebelum model ni dah ada 3 model VIOS.Cuma yang membezakan ialah tempat duduk dan bumper depan je.Tapi korang rasa Toyota rugi tak.Untuk pengetahuan korang Toyota semakin untung dengan pengulangan ni.Sebab ada perubahan dan penambah baikan.




3) MUZIK
Yang lagi ketara.Banyak lagu yang diremake balik.Sebagai contoh lagu "Can't Take My Eyes Of You".Penyanyi asal dia Negro.Tapi Muse bawak balik lagu ni dengan cara diorang then jadi makin hit.Tak payah jauh.Lagu P.Ramlee "Madu 3" rasanya lagu ni korang pun hafal lirik dia sampai dalam bilik airpun nyanyi(oops kantoi).Tapi Ahmad Dhani pun ada bawak lagu ni.Orang still dengar je.




4) MOVIE
Korang pernah tengok Adnan Sempit.Dahla ada movie sekarang keluar pulak the series.Cerita berulang je dan sama.Tapi ada tokok tambah.Walaupun berulang2 tapi orang tetap tengok Adnan sempit the series walaupun dah 50 kali tengok wayang.


Oklah cukup lah 4 je.Dah malam saya ada tanggungjawab kedua jika berada di rumah.Saya harap dengan penerangan yang saya bagi korang dapat nampak yang pengulangan itu digalakkan sebab ia dapat membina point yang nak disampaikan.Sebab lain orang lain cara dan citarasa.


p/s :
- Saya tak marah tau saya nak bagitau je
- Saya seorang yang open sebab tu saya tak letak moderate pada komen saya
- Komen penting untuk seorang blogger so dia dapat tau apa pandangan readers or blogger lain.Thanks sebab dengan selamba mak nyah je komen blog saya ye
- Pengulangan = remake

TIPS : FOLLOWER JUGA BOLEH MENJATUHKAN MORAL BLOG OWNER


Salam semua,Dah lunch ke blom?saya baru balik lunch ni tgh tunggu boss kasi dana untuk beli software.So lepas je saya dapat dana tu saya dah takde depan pc sebab kena pergi Low Yatt angkat barang.Saya tak sempat nak baca surat khabar dan kalau baca pun isu bukan2 je keluar contohnya Suami Toreh Kemaluan Istreri,Nenek Kene Tikam Denga Cucu, dan banyak lagi berita yang boleh buat kita fikir negatif.Jadi buat masa ni saya akan kurangkan baca surat khabar.Sehingga pihak akhbar tukar berita headline yang menggembirakan.

Chan Ho Nam ramai follower.Tapi cuba bayangkan kalau bila dia perlukan follower dia buat dek je 

Mungkin entri ni pendek je sebab actually just nak tunjuk kat korang maksud follower sebenarnya.Benda ni saya dah pernah tegur dua kali dan ni masuk kali yang ke-3 (yelah lepas dua memanglah 3).Ramai di antara kita yang still tak sedar maksud follower dalam blogging.Betul2 memang syok kan "I follow,you follow" tapi sedarkah kita dengan cara itu ia akan bagi blog owner down.Ye memang betul pada mata kasar bila follower kat blog itu ramai readers lain akan terpengaruh dan beranggapan blog itu paling best la konon nak lagi jelas sila baca sini.Oklah biar saya terangkan maksud follower dulu yek.

Follower - pengikut yang sering mengikuti perkembangan atau penulisan blog yang di"follow"

Ok bila kita dah follow blog itu tanggungjawab kita seterusnya ialah mengikuti apakah yang di"update" oleh penulis.Jadi untuk apa kita follow sesuatu jika kita tak minat dengan apa yang dia ada?Sila jawab ye blogger.Kalau korang tak sanggup nak buat sedemikian sila jangan follow.Ok sekarang saya akan cerita kenapa follower boleh buat blogger itu down.

Secara logiknya bila blog itu ada follower yang banyak ia juga boleh mempengaruhi traffik yang dijana ke blog tu.Macam mana?Senang je sebagai contoh Suterablogger ni yang tak berapa nak banyak follower dan traffiknya.Follower kat blog ni cuma ada 521 orang.Secara logiknya juga kalau follower itu genuine maka sekali update traffik yang sepatutnya masuk ke Suterablogger akan bersamaan dengan >200.Dan kalau semua followers menjalankan tanggungjawab maka traffik blog ni akan menjadi 521 unique sehari (ni kalau follower semua online,tak sakit perut or sebagainya).Itu kalau kita ambil Bean Moreno kena migrain dan publish entri satu je sehari.Betul ke tak?Sila jawab...

Tapi kalau Bean Moreno tetiba hari tu makan kismis doa lepas tu tetiba pulak otak jadi cargas maka dia akan update 3 kali.Jadi perkiraannya akan jadi 521 x dengan 3.Tolong jawabkan berapa?So sekarang korang nampak tak apa yang terjadi?Adakah susah nak dapat traffik tinggi kalau semua follower beri kerjasama.Disebabkan inilah juga moral seorang blogger itu akan down.Bila follower di blog nya itu banyak tetapi bila check stats rendah dan memang tak masuk akal.Contohnya Follower 600 tapi traffik 60 atau paling tinggi 150 apa perasaan blogger tersebut?Sila jawab?Itu satu bab,lagi satu bab ialah follower ramai tapi komen ciput.Ni tak boleh nak buat apalah kan kalau dia sendiri susah nak letak komen kat blog orang lain.

Jadi silalah bertindak bijak.Bukan saya nak larang tapi dah banyak blogger yang saya baca entrinya masa blogwalking merungut traffik sikit tapi saya tengok follower pergh banyak gila.Dan kalau korang fikir2 balikkan ,kalau semua follower buat apa yang patut selaku seorang follower kita dah tak payah nak pakai system yang generate traffik macam easyhitz dan macam2 lagi.So think wisely.Enjoy blogging.

p/s :
- Sanggupkah kita tengok seorang blogger tutup blog sebab give up dan puncanya adalah kita.Renung2kan dan selamat beramal...
- Alamak panjang jugak entri ni...

TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke....Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3...Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

"Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis."

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3...Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya Youthsays, Blogadvertisingstore, Linkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS...Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah...

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
- Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS...hak3)
- Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia

WALAU STRESS DI TEMPAT KERJA TAPI HATI TETAP GIRANG


Hari ni ada rasa sikit rajin la nak update blog sebab banyak masa terluang bila diarahkan supaya menyiapkan laptop company lagi satu.Punyalah susah nak cari driver dia dan disebabkan kat website Twinheadpun dah takde driver untuk model ni saya terpaksa merayap ke forum2 untuk download.Website2 yang ada semua bagi perkhidmatan yang tak ikhlas sebab nak download kena bayar (yelah Bean,mana ada barang free sekarang).Yang best akhirnya saya dapat siapkan configuration untuk router TP-Link yang sengal tuh.

Saya masih stress di tempat kerja sebab email still tak boleh guna dan yang membuatkan kepala rasa macam nak pecah semua orang dalam office bertanyakan soalan yang sama.Soalan yang saya memang tak dapat nak jawab sebab MYNIC tu bukan company saya.Tapi apa yang membuatkan saya sikit gembira ialah bila ada orang bagitau something yang saya rasa berharga lah dalam diri saya.

Saya masih tak faham apa maksud mamat kacak si AnakPerak ni.So saya buat dek je sampai datang pulak lagi satu komen.
Bila dapat je komen ni saya tanpa rasa was2 mesti ada something yang Nuffnang buat kejutan untuk penulis cap ayam macam saya ni.So dengan sepantas kilat saya bukak twitter Nuffnang.Maka keputusannya ini :


Terasa kembang sedikit punggung dan menyebabkan spender saya koyak (tipu jer).Kalau tak silap entri ni saya tulis 24 April.Kalau nak baca boleh baca kat sini.Memang terharu beb.Ada jugak something yang saya buat dihargai.Terasa best je.Nampak sangat Nuffnang ambil berat kat saya.hak3...Saya tulis bukan nak bodek ye.Kalau itu dikira bodek dah tentu buffered bersepah2 kat suterablogger.

Lagi satu yang buat saya happy bila saya received email ni :


Kalau korang dah biasa dapat email ni mesti korang tau kan pasal apa.Saya kalau dapat je email HSBC memang happy dan takde fikir negatif sebab saya takde kredit card HSBC mahupun hutang kereta dengan HSBC.Dan bila dapat email ni memang saya tersenyum sebab itu payment dari Nuffnang.Dalam email tu ada attachment tapi saya malas nak upload.hak3...

Jadi kesimpulan yang kita boleh dapat dari entri ni ialah,usaha kena keras sikit sebab kalau tak usaha macam mana nak dapat hasil dan jangan fokus pada DUIT nanti susah hati.Tak lupa jugak ye Thanks a lot to Nuffnang sebab appreciate hasil tulisan saya.Siapa kata Nuffnang tipu jangan percaya sebab Nuffnang tak pernah tipu blogger cuma payment sampai lambat sikit je.Nuffnang akan hargai korang kalau korang setia dengan Nuffnang.So fikirlah sendiri.

p/s :
- Manalah tau Nuffnang nak kasi advertorial ke...Kasilah eyh....yang murah2 pun takpe saya terima...hak3 (ada nampak cam desperate tak?)
- Tunggu bila check sampai saya publish

BEAN MORENO & STEVEN GERRARD


Selamat petang so sebelum balik saya nak up satu entri yang biasa2 je untuk korang baca (ada ke entri saya yang berat2?).Hari ni agak celaru bila email client problem.Huru-hara Office ni sebab email tu satu medium untuk approach customer & student yang malas datang kelas.Bila email server down je orang yang pertama dicari dah tentulah saya yang semamangnya macho ni (itu Darkbatman cakap ha).Webhosting companypun tak dapat nak bagi estimated time untuk fiz benda ni.Ces,korang dah menyusahkan aku hari ni.


Nak cerita pasal saya dan Steven Gerrard.Kami bukan ahli keluarga mahupun kawan rapat.Saya kenal dia tapi dia je yang terlalu sombong tak nak berkenalan dengan saya.hoho.Star pulakkan dalam Liverpool.Ok,kalau korang ni memang fan Liverpool korang akan tau yang kalau Fernando Torres takde memang Gerrard ni akan menjadi Key player untuk YNWA team.Jadi sekarang Torres injured so memang whole team mengharapkan dia je samada untuk score ataupun nak cross ball (assist).Habis takkan nak harapkan Lucas,dah la pendek lembab pulak tuh.Menghabiskan beras je.

Kenapa saya banyak bercerita pasal Gerrard.Saya memang fan dia.Korang jangan salah faham saya bukan songsang durjana ye.Saya masih ada nafsu tengok perempuan seksi.Apa yang ingin saya sampaikan ialah kalau kat satu pejabat tu ada technician maka segalanya akan tertumpu pada dia.Maknanya dia adalah satu eset yang memang dikehendaki dalam organisasi tu.Even komputer tu tak boleh on disebabkan plug tak swtich on.Memang lawak.

Macam dalam situasi saya.Memang saya IT technician/officer jadi saya sepatutnya perlu jaga bab2 IT sahaja dan kalau ada ramai student dan staff saya perlukan pembantu.Ni tak, saya yang kena hadap masalah sorang2 takde orang tolong.Dan kita kena tahu bahawa manusia cuma ada dua tangan,dua kaki dan satu badan.Tak mungkin saya selaku manusia biasa dapat buat banyak kerja dalam satu masa (robotpun buat satu persatu tau).Jadi bila mana keadaan yang asyik2 shout nama saya ia akan bagi satu tekanan untuk saya semasa bekerja dan emosi yang terganggu menyebabkan saya menjadi down.

Samalah dengan Steven Gerrard,bila kat atas padang yang main bola dalam Liverpool ada 11 orang.Tapi semua asyik harap Gerrard je yang form (umpama macam dia main sorang kat padang) memang lah dia akan menyampah dan akan cepat penat.Dan bila mana situasi jadi genting iaitu lawan dah score maka tekanan akan berlaku dan emosi dia akan terganggu dan match akan jadi teruk.Then bila Gerrard nak blah gi Barca baru nak menggelabah.Jadi apa yang saya nak ceritakan kat sini,moral seseorang itu perlu dijaga.Jangan asyik mengharap dia je.Cuba settlekan sendiri dan kalau problem jadi teruk barulah panggil dia.Barulah kita dapat belajar.Kalau asyik dengan sikap mengarah dan parasit kita takkan belajar apa2.

p/s :
- Semalam Liverpool menang 4-0 ye kawan2
- Mungkin situasi saya akan jadi macam Gerrard unhappy then fly away...Saya dah tak tahan dah

HARI NI BARU TERASA MONDAY BLUES BUT LIFE MUST GO ON



SIMPLE ARTWORK FROM A SIMPLE BLOGGER - BEAN MORENO-


Morning sorry hari ni saya publish entri agak lambat sebab biasala Monday mana ada boss yang boleh tengok pekerja dia goyang kaki.Ada je yang nak suruh buat sampaikan angkat mejapun nak suruh saya.Bukan takt tu je dengan staff baru yang sangat cerewet sehinggakan nak je saya bagi penumbuk sulung kat muka dia.Cuba bayangkan dah la kolej ni short bilangan keyboard, disebabkan satu kaki keyboard dia rosak nak tukar yang baru.Alasan tak boleh blah.Tak selesa katanya.Yang paling best ayat dia macam ni :


"Hafiz,how about you give me your keyboard to me.I tak selesa la..."


Pergh betul2 mintak penumbuk je.Dari awal dia masuk last week sampai ke hari ni ada je yang nak buat saya buka kekuda silat.Diorang belum kenal siapa saya.Tak tau agaknya saya ada black belt kaler merah.Ces!Tapi takpe life must go on kan.


Cerita pasal life must go on,hari ni isnin pertama saya teruskan tanpa Arwah Din Beramboi menghiburkan saya di pagi hari.Sunyi siot rasa tanpa dia pagi2 bekerja.Memang betullah orang cakap kehilangan dia boleh kasi impak besar kat kita terutama sekali saya.Saya memang sedih dah sampai sekarang sedih walaupun dia bukan family saya.Saya jenis orang yang susah nak marah dan boleh kawal emosi.Tapi sejak dia takde marah saya tak dapat dibendung.Tak pasal2 je naik angin dan tak pasal2 aiensepet terkena tempias kemarahan saya.


Selalunya walaupun saya takde mood pagi2 (yelah sebelum kena kopi secewen),tapi bila dapat dengar "sawancara" ataupun "drama sebabak" mesti saya semangat sebab puas tergelak macam orang gila sorang2. hak3... Tapi hari ni saya sendiri tak dapat menghiburkan hati sendiri so macam mana saya nak menghiburkan orang lain.Kalau orang dapat tengok saya menangis di dalam bilik kebal saya ni mesti malukan (yela lelaki macho dan metroseksual seperti saya ni menangis).Tapi apa boleh buatkan kalau saya asyik mengalir air mata sekalipun dia tetap dah takde dan itu telah tersurat yang dia kena pergi dulu.Tapi at least dia dah berjaya untuk memberi kegembiraan pada kita semua dan kita akan tetap ingat dia dengan wajah yang berseri dan sering memberikan cahaya kegembiraan kepada kita semua.


Walau apapun Life Must Go On.Kita yang hidup ni patut ingat bahawa setiap apa yang ALLAH kirimkan pada kita adalah sementara.Selagi benda itu ada kita seharusnya menghargainya sebelum ditarik semula oleh ALLAH sebab apa yang akakn kekal hanyalah ALLAH...


p/s :
- Apabila seseorang itu dah berjaya dan berada ditahap kegemilangan maka ujian sebegini akan terjadi.Contoh yang lepas macam P.Ramlee,Sudirman...
- Tak tengok pun ABPBH sebab tak nak diganggu emosi bila nama Din Beramboi disebut.

METAFIZIK : BILA ADA MASALAH...CUBA BERKAWAN NGAN MASALAH

Hye guys...Amacam selesa tak dengar perubahan yang saya buat untuk blog ni.Saya semakin selesa tulis entri macam ni.Best gila.Baru dapat feel seperti seorang problogger (perasan sendiri hak3).Sangkaan saya meleset selepas solat Jumaat masih tiada kerja jadi kita enjoy!!!Tengah cari mood nak siapkan pc kat lab.Hati tengah senang bila dapat tengok tarian iklan di blog ni.Barulah meriah.



Hari ni takde tips pasal Nuffnang sebab ntah tak tau nak cerita pasal apa. Actually otak tengah berpusing2 dan mencari jalan untuk keluar dari masalah. Keluar bermaksud selesaikan bukan lari sebab kalu kita lari kita tak tenang dan akan bertambahlah masalah lain.Jadi kita just hadap dan jangan biarkan masalah kita menghantui mood.So saya ambil keputusan untuk pasang youtube dan dengar lagu Lenka.Pernah dengar tak?Meh dengar sama2 :





First time dengar lagu ni saya ingatkan Yuna Zarai punya lagu.Oooppps termalukan diri sendiri plak...Rupa2nya Lenka.Best siot lagu ni.Dengar rasa peaceful yang penting bukan Rest In Peace ye...Inilah adalah perkara yang saya akan buat bila bermasalah.Youtube akan menjadi teman sampai saya puas dengan lagu tuh.hak3...




Apa yang saya faham dari lagu ni ialah kita sepatutnya jangan treat masalah kita sebagai musuh.Sebab kalau kita anggap dia musuh maka kita akan tertekan berlawan pedang dengan dia.Kita treat masalah tu sebagai kawan so masalah tu sendiri akan lead kita ke jalan penyelesaian.Mudahkan...Berkawan dengan masalah tak sama ye dengan mencari masalah.Ada bezanya...Hak3...


p/s :
- Zaman sekarang ramai yang SMS (suka mencari susah) tapi bila masalah tu sampai terus nak lari contohnya buang bayi...


The radio staggers against the backspace!

TIPS : AUTOPLAY SONG...ANDA BLOGGING ATAU MAIN MYSPACE???


Hye morning guys...Semalam saya agak keletihan.Bukan letih sebab banyak kerja tapi letih memikirkan karenah boss.Saya jadi tak faham kenapa suka bagi task last2 minit.Adakah disebabkan kita punya kedudukan arahan harus dibuat tanpa menghiraukan perasaan.Tapi itu sudah lepas hari buku baru.Saya tetap seorang pekerja yang makan gaji dan berusaha menjadi seorang pekerja terbagus tanpa membodek.

Pagi2 ni saya ada something nak share pasal satu gadget yang kita sebagai blogger suka pasang tapi memberi kesan kepada blogger yang blogwalk.Bukan nak tunding jari tapi saya pun pernah buat kesalahan tu dan pernah ditegur oleh seorang reader yang baca blog saya ni.Gadget ni memang best tapi dia mungkin akan bagi effect negatif pada blog owner & blogger yang blogwalk.Gadnet tu adalah "Autoplay".

Hm,yes memang semua orang suka dengar muzik.Tapi adakah dalam blogging autoplay itu penting?Dulu sayapun pasang benda ni sebab best la dan boleh buat blog kita happenning.Tapi Kenapa saya buang?Jawapannya ialah :




1) PAGELOAD BLOG JADI LEMBAB

Korang perasan tak benda ni.Bila kita buat autoplay kat blog,kita nak buka blog ambil masa yang lama.Tak macam blog2 famous lain yang pageload dia tak seberat blog kita.Bila kita pasang autoplay song blog terpaksa ambil masa untuk tarik data lagu dari website autoplay tuh.So bila terpaksa mencari maka benda akan jadi lambat.Bila nak buka blog tu lambat reader yang kurang bersabar akan terus tekan satu button yang korangpun tak nak tau iaitu button x kat windows.hak3...so korang akan kerugian unique visitors.Rugi tak???


2) SAKIT,BINGIT DAN TAK SELESA

Sebagai seorang blogger kita kena fikir apa yang readers kita nak.Adakah kita tau autoplay song yang kita pakai tu readers kita suka or tak.Maybe kita suka RnB tapi ada dikalangan readers kita suka suka dengar dangdut.Kita pun tak tau.So bila kita letak autoplay song yang mana readers tak suka,Sama seperti akibat di atas readers akan tekan button x kat windows.So kurang lagi visitors. Rugi tak???




3) COMPUTER HANG

Kita kene fikir benda ni.Contohnya bila seseorang itu buat blogwalking.Adakah kelajuan komputer diorang sama macam orang lain.Ada readers yang pakai komputer pentium4,i5,i7 or maybe pentium 3(kat office la).So bayangkan kalau kita blogwalk buka sekali 6 tab(nak cepatla) dan semua blog yang dibuka tu pasang autoplay,korang dapat bayangkan tak apa yang jadi.Komputer yang slow akan hang(saya alami benda ni).So keadaan yang sama akan terjadi tapi kali ni bukan tekan button x tapi kene tutup komputer terus.So adakah anda terasa rugi?


4) READERS MEMANG DAH ADA PLAYLIST

Ok,apa maksudnya ayat di atas?Sonang yo...Macam saya,saya ada itune di komputer dan saya akan pasang setiap kali on pc.Jadi kalai blog tu pasang autoplay song maka akan mengganggu lagu yang saya pasang sebab akan berlayer2 la lagu.So akan ganggu emosi reader.Bila emosi readers terganggu maka...Lu fikirla sendiri...hak3...

Tu jela yang boleh saya rumuskan kesan2 autoplay song yang diletak pada blog.Benda yang saya alami sendiri dan saya pernah buat.Saya anggap ia adalah satu kesilapan saya sepanjang saya berblogging.Mungkin sebab tulah dulu traffik saya teruk sampai nak cecah 50 uniques pun susah.Satu lagi disebabkan saya buat entri ni atas pengalaman saya sendiri so tak payahla saya nak kasi backlink kat sapa2 dan kalau ada tersama ngan entri sesiapa harap mintak maaf tiada niat nak plagit entri ye sebab otak saya masih berfungsi dengan baik...hak3...

p/s :
- Actually benda ni terpulang la pada individu tu sendiri.Kalau korang rasa benda ni tak related ngan blog korang terpulang.
- Ni adalah nasihat atas pengalaman kalau korang tak nak ikutpun takpe...

METAFIZIK : ADA APA DENGAN BERTERIMA KASIH


Baru balik dari Low Yatt beli kabel network RJ45.Semua orang nak ekspress macamla saya ni mempunyai tangan yang banyak seperti sotong.Kalau saya sotong sudah lama saya berlakon cerita sutun 3.hak3..Hari ni semua orang sibuk pasal buffered tapi saya tetap cool walaupun tak dapat barang satupun buffered.Dulu selalu dapat tapi lepas tukar dotcom terus kering.Takde hal banyak lagi cara untuk tambah earning.So kepada yang dapat tu congrats & jangan lupa untuk cari traffik sebab kalau tak buffered anda itu tidak berguna.hak3...

Saya ingat nak buat review pasal blog follower ke-300 saya hari ni.Tapi tadi saya masuk blog dia dah lain pastu saya tak faham interface dia.Saya rasa mungkin dia tgh tukar templates kot.So kepada Cik Ejaa kalau dah siap template sila bagitau ye...






Oklah saya rasa cam nak kongsi pasal metafizik la...Dah lama tinggal takut nanti korang terus tak faham.Aritu saya just terangkan pasal Memaafkan orang.Hari ni saya sambung skit pasal BERTERIMA KASIH.Ada apa dengan berterima kasih.Benda ni memang susah kita nak buat terutama sekali dalam pasangan suami isteri (perli diri sendiri ke apa...hak3).Yela tu contoh paling dekat dengan saya la.Tapi sebenarnya saya sentiasa ucap terima kasih kat wife saya walaupun saya suruh dia ambilkan tisu.Ucapan terima kasih ni penting dan sangat bermakna.




Kenapa bermakna...Bila kita ucap terima kasih pada seseorang dia akan rasa dihargai...So lepas ni kalau korang buli diapun dia tak kisah.hak3 just kidding.Saya bagi contoh lagi satu.Kat kedai makan,adakah korang ucapkan terima kasih pada pelayan yang hidangkan makanan untuk korang.Tak kira la kat kedai awe ke,mamak ke,ataupun KFC.Benda ni sebenarnya kecil je tapi disebabkan ego yang menebal kita terlepas pandang.Dengan ucapan terima kasih kita dapat buat orang rasa dihargai dan dia akan rasa gembira.






Tapi pernah tak korang berterima kasih pada diri korang sendiri.Berterima kasih pada anggota badan korang dan berterima kasih pada roh korang.Mesti korang cakap saya gila.Tapi sebenarnya itu adalah yang terpenting sekali.Tanpa anggota badan dan roh kita tak mungkin berada kat tempat kita sekarang.Cuba korang berterima kasih pada benda2 tu dan tengok kesannya.Ni bukan main2 tapi korang kene feel sendiri baru korang tau.


JADI,CUBA DULU BARU TAU OK!!!


p/s :


- Korang akan dapat kegembiraan bila korang dapat gembirakan orang. Percayalah...

DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA HIGHWAY



Morning der,hak3...Ni terpengaruh dengan Adnan sempit la ni.Ok seperti mana yang kita tahu,semalam Malaysia muncul juara All England so terima kasih kepada Dato' Lee Chong Wei yang telah mengalahkan Pemain muda Jepun(ntah apa ke namanya) hak3.Dato' Lee Chong Wei telah berjaya menaikkan nama Malaysia dalam bidang sukan seterusnya carry on misi Dato' Misbun Sidek selaku pemain badminton handalan dunia.





Dan sebenarnya(oops bukan lagu Yuna Zarai ye) bukan itu main point saya.Saya just nak terangkan yang kalau kita betul2 nak benda tu ia takkan mustahil.Takde benda yang mustahil dalam dunia kecuali menduakan tuhan.Ya itu adalah satu yang mustahil dan berdosa besar.Kalau korang tak percaya saya bagi korang tengok satu video ni.Maybe some of korang dah pernah tengok tapi bagi saya seorang IT support yang sangat busy saya dapat inspirasi selepas baca blog wife saya.Korang tengok eyh :






Apa yang korang dapat bila tengok video ni.Sedih tak?Pada mulanya saya menitis air mata dan sampai sekarang bila saya view saya akan menitis air mata.Sebab semangat dia.Dan saya akan view video ni setiap pagi dan setiap malam sebelum tido (yang penting doa tido saya bacala.Kalau tak ngigau nanti).So dalam hidup ni kalau kita ada kekurangan tak semestinya kita akan duduk di bawah.Yang penting kemahuan dan percubaan.Sekali gagal tak semestinya korang akan berada di bawah.

Semua orang pernah gagal.Saya pernah gagal byk kali.Dalam berblogging saya gagal dalam dua blog.Tapi kalau saya masih anggap kegagalan tuh adalah penghalang bagi saya untuk berblogging maka takde la Suterablogger sampai ke hari ini.Dan saya tetap akan tetap menulis walaupun dihentam teruk oleh otai2.hak3...Dan itulah yang saya nak korang jadi.Sekiranya kita tengok visitor kita kurang dari hari ke hari,cuba fikir kenapa?Cuba perbaiki apa yang kurang.Bergaul dengan orang yang hebat.Yang penting jangan terpengaruh dengan kutukan orang.Ingat ye :

"Di mana Ada Kemahuan Di situ Ada Highway!!!"


p/s :

- Setaip kali saya tengok vidoe ni saya akan menangis dan saya akan bersemangat.
- Korang cuba positif dalam hidup dan korang akan berjaya di akhir nanti. 

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails