HARI NI BARU TERASA MONDAY BLUES BUT LIFE MUST GO ON



SIMPLE ARTWORK FROM A SIMPLE BLOGGER - BEAN MORENO-


Morning sorry hari ni saya publish entri agak lambat sebab biasala Monday mana ada boss yang boleh tengok pekerja dia goyang kaki.Ada je yang nak suruh buat sampaikan angkat mejapun nak suruh saya.Bukan takt tu je dengan staff baru yang sangat cerewet sehinggakan nak je saya bagi penumbuk sulung kat muka dia.Cuba bayangkan dah la kolej ni short bilangan keyboard, disebabkan satu kaki keyboard dia rosak nak tukar yang baru.Alasan tak boleh blah.Tak selesa katanya.Yang paling best ayat dia macam ni :


"Hafiz,how about you give me your keyboard to me.I tak selesa la..."


Pergh betul2 mintak penumbuk je.Dari awal dia masuk last week sampai ke hari ni ada je yang nak buat saya buka kekuda silat.Diorang belum kenal siapa saya.Tak tau agaknya saya ada black belt kaler merah.Ces!Tapi takpe life must go on kan.


Cerita pasal life must go on,hari ni isnin pertama saya teruskan tanpa Arwah Din Beramboi menghiburkan saya di pagi hari.Sunyi siot rasa tanpa dia pagi2 bekerja.Memang betullah orang cakap kehilangan dia boleh kasi impak besar kat kita terutama sekali saya.Saya memang sedih dah sampai sekarang sedih walaupun dia bukan family saya.Saya jenis orang yang susah nak marah dan boleh kawal emosi.Tapi sejak dia takde marah saya tak dapat dibendung.Tak pasal2 je naik angin dan tak pasal2 aiensepet terkena tempias kemarahan saya.


Selalunya walaupun saya takde mood pagi2 (yelah sebelum kena kopi secewen),tapi bila dapat dengar "sawancara" ataupun "drama sebabak" mesti saya semangat sebab puas tergelak macam orang gila sorang2. hak3... Tapi hari ni saya sendiri tak dapat menghiburkan hati sendiri so macam mana saya nak menghiburkan orang lain.Kalau orang dapat tengok saya menangis di dalam bilik kebal saya ni mesti malukan (yela lelaki macho dan metroseksual seperti saya ni menangis).Tapi apa boleh buatkan kalau saya asyik mengalir air mata sekalipun dia tetap dah takde dan itu telah tersurat yang dia kena pergi dulu.Tapi at least dia dah berjaya untuk memberi kegembiraan pada kita semua dan kita akan tetap ingat dia dengan wajah yang berseri dan sering memberikan cahaya kegembiraan kepada kita semua.


Walau apapun Life Must Go On.Kita yang hidup ni patut ingat bahawa setiap apa yang ALLAH kirimkan pada kita adalah sementara.Selagi benda itu ada kita seharusnya menghargainya sebelum ditarik semula oleh ALLAH sebab apa yang akakn kekal hanyalah ALLAH...


p/s :
- Apabila seseorang itu dah berjaya dan berada ditahap kegemilangan maka ujian sebegini akan terjadi.Contoh yang lepas macam P.Ramlee,Sudirman...
- Tak tengok pun ABPBH sebab tak nak diganggu emosi bila nama Din Beramboi disebut.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails