BLOGGING AKAN JADI BEST JIKA NIAT BETUL



Selamat malam,baru balik dari KL badan terasa penat tapi masih nak "up"kan entri.Memang tadi pergi kerja dengan keadaan diri yang tak ikhlas langsung sebab sekejap dia cakap lain pastu boleh plak berubah sekelip mata.Dah macam magik pulak.Letih lah saya nak ikut rentak macam tuh.Memanglah saya kuli tapi saya juga punya perasaan.

Oklah walaupun takde mood untuk bekerja saya tetap gembira dengan kehidupan saya hari ni.Tetiba plak saya mendapat mood untuk blogging semula.walaupun hari ni just sempat update blog pada malam hari.So hari ni saya nak promote satu kempen Youthsays.Kempen tu bersempena World cup yang bakal berlangsung pada Hari jadi saya iaitu bulan Jun nanti.Kempen ni dianjurkan oleh New Straits Times.Dan kempen ni naka ajak korang join contestlah apa lagi.So kalau sapa2 yang berminat nak join kontest World Cup ni boleh la klik link ok.Menang dapat tiket pergi tengok match dan korang akan dapat tengok Sepanyol menang dengan bergaya.Ni poster dia :






Lupa plak.Tadi masa saya tengah siap2 nak balik dari kerja saya dapat satu panggilan dari Nuffnang.Semalam pun dapat tapi pasal Slurpee dan nantilah saya tag team ngan Kak Tash utnuk buat Video tuh.Harap2 menang.Tadi Mandy (rasanyalah) ada kol inform saya pasal satu benda yang best & benda ni saya anggap hadiah kepada saya untuk menaikkan semangat saya supaya menulis lagi.Saya rasa inilah satu benda yang membuatkan penulisan saya dihargai.Pergh rasa tak sabar plak nak pergi Gatsby.So kalau korang nak tau apa benda tuh tunggu masa n lepas Gatsby.Doakan saya berjaya ye kawan2.


p/s :
- Macam yang saya pernah cakap kat entri sebelum2 ni.Nak blogging jangan fikir duit sangat sebab itu pengalaman sebelum ni.Bila kita nak sangat duit maka kita takkan rasa dan nampak benda tuh.Tapi bila kita rileks kita akan nampak jalan dia
- So blogging akan jadi best kalau kita pasang niat yang betul
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails