BEST SANGAT KE YOUTHSAYS!!JAWAPANNYA BEST...



Morning guys,hari kedua bercuti memang best sebab rehat badan setelah dikerah sebagai pekerja "bangla" setiap hari.So bila cuti bolehlah saya rehat,tulis blog buat blogwalking dan usha2 job lain.Buat masa ni saya ada dapat satu job web design untuk kawan saya.Mungkin petang sikit saya akan jumpa dia and ambil detail.Yelah kene produktif sebab kalau nak harap gaji memang tak cukup sebab majikan selalu janji tapi bila time macam2 alasan.Lepas tu cakap saya tak buat kerja.Huh!So masa cuti ni memang saya akan guna full throttle untuk cari job luar.Yang best ada satu time diorang cakap saya buat kerja untuk KDU & jual data.Pergh tak logik langsung sebab saya bukan kerja Marketing mana lah saya ada data student.




Oklah pagi ni saya nak cerita pasal Youthsays.Yela saya asyik promote sikit2 sekarang ni saya nak promote grand sikit sebab benda ni memang best. Sepanjang 3 bulan saya guna Youthsays memang berbaloi walupun tak se"berbaloi" macam Nuffnang tapi saya puas hati lah.


Apa itu Youthsays?


Youthsays adalah satu komuniti belia yang banyak memberi manfaat kepada pengguna.Lebih kurang macam FB,Twitter dan blog.Kat sini kita boleh dapat kawan,boleh promote service dan boleh tambah income.Ada macam2 benda menarik yang kita boleh guna dalam Youthsays.Yang penting registerpun FREE je.So korang boleh la cuba benda ni kalau korang nak tambah income kan.


Apa ada kat dalam Youthsays :


1) PROFILE
Kat profile ni kita boleh check berapa ramai friend kita.Boleh set id FB ngan twitter.Boleh check income dan apa je kempen yang kita promote dan yang paling best boleh check point untuk tukar kepada barang2 yang ditawarkan. Senang kata kat profile ni kita boleh tau apa je yang kita dah pernah buat untuk youthsays termasuklah mengorat awek yang dah join Youthsays.hak3...


klik untuk tumbesaran sempurna

2) SURVEY
Kat dalam ni pun ada jugak survey.Terbahagi kepada dua.Satu berbayar dan satu tak berbayar.Kalau yang berbayar biasanya income akan dapat mengikut bilangan soalan.Lagi banyak soalan lagi besar nilai.Kalau yang tak berbayarpun ok jugak sebab lepas kita jawab survey kita akan dapat point (yelah kalau buat Free2 siapa yang nak join kan).Kepentingan survey ni ialah menentukan kempen untuk kita (uiks dah sama macam Nuffnang plak).

klik untuk tumbesaran sempurna

3) ADVERTISING
Yang ni semua orang suka.Sebab benda ni yang banyak menyumbang income ahli sebab dia lebih kurang macam Nuffnang yang mana bila orang klik,klik tu berbayar dan secara purata satu klik adalah RM0.20 (doposen pun duit apa). Tapi konsep dia ngan Nuffnang lain sebab Youthsays adalah link Ads di mana korang tak payah nak risau2 pasal status Gliterrati korang kat Nuffnang.Ni pun terbahagi kepada 2.Cash dan point.Biasa nya kalau Cash diorang akan letak commercial dan kalau poitn diorang akan letak community.

klik untuk tumbesaran sempurna

4) CAMPUS
Kalau yang ni pulak berguna untuk student kat IPT.Kalau korang nak buat event untuk kelas ke takpun fakulti tapi takde sponsor.Korang boleh advertise kat sini untuk cari sponsor event tu dengan syarat korang punya event tu bersesuaian dengan company yang nak sponsor tu.Kalau korang buat tigershow tak payah la advertise kat sini memang takkan dapat sponsor punya.Student jugak boleh guna benda ni untuk jadi ambassador dan promote barang2 advertiser/sponsor kat kolej dan akan dapat payment.

klik untuk tumbesaran sempurna

5) CONTEST
Kat bahagian kontest ni pun menarik sebab kita boleh guna point yang kita dah earn dalam youthsays untuk menang hadiah best2.Cara dia ikut bidaan.Bidaan unik terendah akan menang macam2 barang.

6) COMMUNITY
Kat dalam bahagian ni korang boleh jawab banyak soalan2 yang diajukan oleh ahli youthsays lain dan jawapan korang akan diberikan point untuk dikumpul.

7) SHOUT OUT
Bahagian ni korang boleh guna untuk tulis apa sahaja yang korang nak.Lebih kurang macam update status kat FB ngan Twitter.Korang jangan ingat update status youthsays kosong2 je.Bila korang update maka korang akan dapatlah point dari diorang.

Itu jela yang yang boleh saya cakap tentang komuniti Youthsays.Kalau nak tau lagi korang kena explore (bukan Celcom Explore ye itu dah takde jual kat pasaran).Sebab Youthsays memang best.Kalau nak income tambahan selain Nuffnang bolehlah try benda ni.

p/s :
- Jomlah try tak rugi pun kita cuba benda baru sebab benda ni memang best.
- Sesiapa yang ada laptop yang rosak atau nak upgrade or nak buat web design silalah bagitau ye.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails