CULTURE : PISTOL ITU DIBERI UNTUK PERTAHANKAN DIRI BUKAN UNTUK MEMBUNUH


Morning guys,sebelum saya settlekan task yang berlambak ni biar saya tulis satu entry untuk kasi saya semangat bekerja.hak3...Setelah membaca blog teman2 yang lain termasuk aiensepet (yelah teman memang mesra) saya agak tersentap.Entri dia menyedarkan saya.Sedih pulak saya rasa bila baca entri dia.Actually saya tiada niat nak bagi dia sedih.Cuma selaku "Bangla" saya kena kerja keras di office.Semalam saya memang agak keletihan sebab banyak berfikir.Jadi saya berjanji hari ini saya akan lebih cergas di padang untuk membawa pasukan memenangi cup.Jangan takut Gerrard akan bangkit dengan skill terBAEK.

Oklah berkenaan dengan kes semalam.Tersentak saya baca Harian Metro bila dapat tau yang seorang pelajar 15 tahun ditembak mati polis.Tajuk berita tu ialah "Adikku Bukan Penjenayah".Cukup tragik dan saya tak dapat bayangkan kalau benda ni jadi kat adik saya.Sedih beb lainlah kalau dia memang bersalah.Rasanya dah banyak kali saya terbaca pasal "Abang Baju Biru" tersalah sasaran.Saya terfikir apakah dengan kelebihan berpistol "Abang Baju Biru" boleh lepaskan tembakan sesuka hati.Mungkin ada alasan tersendiri kenapa "Abang Baju Biru" melepaskan tembakan.Itu hanya Allah je yang tahu.Saya tak boleh nak buat kesimpulan sendiri takut nanti ke "dalam" beb.

Kalau diikutkan logik,apa salahnya kalau "diorang" kejar sampai dapat then block kereta tu dulu sebelum tembak.Rasanya tak salah kalau kita keja dulu,sebab apa gunanya siren yang ada kat atas kerata.Dalam Harian Metro bertajuk Kami Mahukan Keadilan,keluarga arwah nak pihak Polis jalankan siasatan terhadap kes ni.Yelah tak pasal2 ada akhbar cakap arwah penjenayah.Wah suka2 je tuduh tanpa bukti.Kalau saya jadi family arwahpun dah tentu saya sedih dan marah.So sebelum tulis tu jangan lah main "bo" je.

Adakah pistol yang dibekalkan itu boleh digunakan sesuka hati.Sedangkan kalau nak tangkap penjenyah beratpun pistol tu hanya boleh digunakan untuk melindungi anggota sahaja.Saya tak cakap semua "Abang Baju Biru" macam ni.Ada juga yang dedikasi jalankan tugas,cuma segelintir je kot yang ada sikap ambil mudah.Jadi kesimpulannya sebelum kita nak buat apa2 silalah fikirkan dulu kesannya.

p/s :
- Mengantuk tahap gaban,ni tgh buat report nak pasang Unify kat office
- Kepada aiensepet jangan sedih2 eyh 
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails