BEAN MORENO & STEVEN GERRARD


Selamat petang so sebelum balik saya nak up satu entri yang biasa2 je untuk korang baca (ada ke entri saya yang berat2?).Hari ni agak celaru bila email client problem.Huru-hara Office ni sebab email tu satu medium untuk approach customer & student yang malas datang kelas.Bila email server down je orang yang pertama dicari dah tentulah saya yang semamangnya macho ni (itu Darkbatman cakap ha).Webhosting companypun tak dapat nak bagi estimated time untuk fiz benda ni.Ces,korang dah menyusahkan aku hari ni.


Nak cerita pasal saya dan Steven Gerrard.Kami bukan ahli keluarga mahupun kawan rapat.Saya kenal dia tapi dia je yang terlalu sombong tak nak berkenalan dengan saya.hoho.Star pulakkan dalam Liverpool.Ok,kalau korang ni memang fan Liverpool korang akan tau yang kalau Fernando Torres takde memang Gerrard ni akan menjadi Key player untuk YNWA team.Jadi sekarang Torres injured so memang whole team mengharapkan dia je samada untuk score ataupun nak cross ball (assist).Habis takkan nak harapkan Lucas,dah la pendek lembab pulak tuh.Menghabiskan beras je.

Kenapa saya banyak bercerita pasal Gerrard.Saya memang fan dia.Korang jangan salah faham saya bukan songsang durjana ye.Saya masih ada nafsu tengok perempuan seksi.Apa yang ingin saya sampaikan ialah kalau kat satu pejabat tu ada technician maka segalanya akan tertumpu pada dia.Maknanya dia adalah satu eset yang memang dikehendaki dalam organisasi tu.Even komputer tu tak boleh on disebabkan plug tak swtich on.Memang lawak.

Macam dalam situasi saya.Memang saya IT technician/officer jadi saya sepatutnya perlu jaga bab2 IT sahaja dan kalau ada ramai student dan staff saya perlukan pembantu.Ni tak, saya yang kena hadap masalah sorang2 takde orang tolong.Dan kita kena tahu bahawa manusia cuma ada dua tangan,dua kaki dan satu badan.Tak mungkin saya selaku manusia biasa dapat buat banyak kerja dalam satu masa (robotpun buat satu persatu tau).Jadi bila mana keadaan yang asyik2 shout nama saya ia akan bagi satu tekanan untuk saya semasa bekerja dan emosi yang terganggu menyebabkan saya menjadi down.

Samalah dengan Steven Gerrard,bila kat atas padang yang main bola dalam Liverpool ada 11 orang.Tapi semua asyik harap Gerrard je yang form (umpama macam dia main sorang kat padang) memang lah dia akan menyampah dan akan cepat penat.Dan bila mana situasi jadi genting iaitu lawan dah score maka tekanan akan berlaku dan emosi dia akan terganggu dan match akan jadi teruk.Then bila Gerrard nak blah gi Barca baru nak menggelabah.Jadi apa yang saya nak ceritakan kat sini,moral seseorang itu perlu dijaga.Jangan asyik mengharap dia je.Cuba settlekan sendiri dan kalau problem jadi teruk barulah panggil dia.Barulah kita dapat belajar.Kalau asyik dengan sikap mengarah dan parasit kita takkan belajar apa2.

p/s :
- Semalam Liverpool menang 4-0 ye kawan2
- Mungkin situasi saya akan jadi macam Gerrard unhappy then fly away...Saya dah tak tahan dah
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails