CULTURE : NAK TIKAM BIAR SAMPAI MATI JANGAN TAKAT TIKAM BELAKANG SEBAB STILL BOLEH COUNTER ATTACK

Selamat pagi u oz (uiks apahal gaya dah macam Azwan Ali.hak3),hari ni saya diberi cuti oleh majikan (bukan diberhentikan ye) sebab ntahla maybe dia kesian kat saya yang telah berkhidmat selaku pekerja "Bangla" untuk diorang.So saya terima jelah cuti ni dengan hati yang ikhlas.Terima kasih ye boss sebab memahami.




Tajuk entri cam marahkan,sebenarnya saya tak marahpun sebab saya ada method metafizikal dalam diri dan saya juga ada tuhan yang melindungi saya.So setiap apa yang buruk saya akan nampak dengan jelas walaupun orang tu tak tunjuk tanda.Itu pasallah kat office saya memang susah nak bercampur dengan orang lain dan rela tidak berpindah dari bilik saya.Tapi ada jugak orang yang tak faham.


Korang mesti pernah kena kan situasi di mana bila korang percaya kat orang tu then korang cerita feeling dan hidup korang kat dia senang2 cerita rahsia "spender" korang kat orang lain.Saya dah banyak kali kena.Dulu saya jenis susah nak bercerita or share something dengan orang.Sebab bagi saya backstabber memang byk. Saya baru terkena sekali lagi di mana bila saya cerita something kat orang tu dia pulak pergi sebarkan kat orang lain.Adakah dia nak bercerita sebab nak popularkan saya (yang ni takpela) ataupun menggunakan saya untuk kipas orang atasan.Itu dia je yang tau.


Tapi semalam saya betul2 terasa panas satu badan bila semua rahsia saya termasuk blog ni tersebar luas.Mak aiyh saya jadi bloggerpun jadi persoalan. Padahal saya ada agenda nak tolong diorang untuk masuk dalam dunia maya dan saya ada buat draft untuk keluarkan blog untuk diorang.Tapi takkanlah saya nak tunjuk dan itu bukan jenis saya.Itu adalah satu surprise yang saya nak bagi kat pihak majikan walaupun sebenarnya diorang janji macam2 kat saya dan sampai sekarang saya masih belum dapat apa2.Dan untuk pengetahuan korang saya ada register kan kolej untuk satu program IPT di satu website.Kalau saya tau la diorang jenis macam ni memang saya akan show off setiap benda yang saya buat.Ces.!!!Biarlah dia dengan dunia tikam belakang.Sampai bila la nak maju kalau still dengan attitude macam tu.Kepada backstabber thanks for showing your attitude to me.May God bless You...


So kepada korang semua sila hindari sikap tikam belakang,sikap suka bodek dan sikap suka mempergunakan orang lain untuk dapatkan nama.Sama jugak dalam blogging,korang nak famous jangan guna nama blogger lain.Biar korang famous dengan identiti korang sebab itu lagi dihormati walaupun makan masa.Saya pun tengah belajar cara untuk tingkatkan kefamousan pada diri saya.


p/s :
- Teringat masa join satu organisasi rahsia dulu,orang gunakan saya sebab saya tau organize underling saya.Tapi bila saya bersuara benda yang betul,pendapat saya ditolak mentah2 dan underling saya dia amik.perghh...panas seyh...
- Lepas ni saya akan amalkan pesanan Stone Cold pada saya itiatu :
"DTA (dont Trust Anybody)"
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails