ORANG SIBUK TENGOK ADAMAYA SAYA GI LAYAN SENJA PERMAI



Hye selamat petang,wah baru bangun tidur ni lapar plak terasa macam nak makan goreng pisang Mak Temah kat bawah (yeye je nama makcik tu Mak Temah).Tapi sebelum tu rasa cam nak taip entri untuk korang la plak.So wujudlah entri ni.


Dari semalam saya blogwalk tapi kebanyakannya semua cerita pasal Drama Adamaya (betul ke saya taip ni?).Saya tak pernah tengok pun.Tak tahu la best ke tak?Bagi korang cerita tu best ke?Ntahla best sebab jalan cerita dia ke ataupun sebab ada Lisa Surihani.Hak3...Tapi di saat korang semua layan adamaya saya dan wife layan "Senja Permai".Kalau cerita ni bagi saya memang best walaupun tak banyak pelakon2 yang cantik2.Saya suka tengok sebab jalan cerita dia lebih kepada Keluarga dan masalah2 kejiranan (uiks sejak bila ni Bean?).




Sinopsis Senja Permai :


Cerita ni berkisar tentang masalah dan cara 3 buah keluarga menyelesaikan masalah masing2.Ada yang mempunyai masalah dengan anak2 diorang.Ada keluarga yang mempunyai masalah di antara pasangan sendiri (suami isteri) dan ada jugak yang mempunyai masalah dalam perniagaan (ditipu rakan kongsi dan diugut).So kebanyakan jalan cerita berkisar kat satu perumahan yang diberi nama Senja Permai.Pusing2 balik kat area rumah jiran2 yang sama.So jalan cerita dia banyak berkisar pasal masalah kejiranan lah senang cerita.


Keluarga Cik Nik


Keluarga Mimi

Keluarga Rahman & Syaz

Bagi saya cerita ni menarik sebab dari cerita ni kita boleh faham apa punca pergaduhan rumah tangga dan cara2 kita nak hadapi masalah yang memang berlaku dalam rumah tangga dan antara jiran2.Yang paling bestnya pengambaran cerita ni da lakukan dekat dengan area rumah saya (apahal saya tak tahu ada casting eyh...?).Senja Permai biasanya ditayangkan setiap Isnin - Jumaat pukul 9 malam.Tapi kalau korang dah terlepas episod boleh tengok ulangan marathon pada hari Sabtu.Best cerita ni rugi tak tengok.Korang layan lah dulu dia punya iklan









p/s :
- Saya pun tak tau kenapa lately saya macam suka nak tengok cerita berkonsep macam ni
- Next week memang hari bz saya selaku seorang blogger sebab :

Isnin 12 April - Screening In Rome
Selasa 13 April - Screening Date Night
Sabtu 17 April - Gatsby Street Fair
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails