KISAH PROJECT ALPHA LAUNCHING DAN JUGA REVIEW KICK ASS



Selamat pagi guys,sorry hari ni terlambat lagi la saya update sebab kerja berlambak ar.Sampai2 office dah ada something nak kena buat.Biasalah pekerja desikasi macam saya ni berehat time cuti je.Bila office hour memanglah kena jadi "bangla"


Oklah nak cerita sikit pasal Project Alpha 2 Launching yang terjadi semalam. Memang grand.Dah lama tak melepak ngan blogger2 lain & staff Nuffnang.Tapi sorry to Cikhel kerana terpaksa menyuruh dia bersenam di petang hari.hak3 takpe kan sebab dia memang nak kuruskan badanpun.Saya pergi semalam dengan aiensepet tapi kami sampai agak lambat dan terpaksa beratur panjang untuk dapatkan tiket.Then setelah berhempas pulas kamipun dapat sorang satu tiket dan goodie bag Adidas.




Dapat je tiket kitorang hangout lah sambil makan2 kat Cineplex.Gambar makanan saya tak ambil sebab terlalu lapar.Lepas makan macam biasala apa lagi semua sibuk nak bergambar.Tapi syoklakan sebab sebenarnya susah nak dapat ambil gambar kalau gi event macam ni. So ni antara gambar yang kitorang sempat snap :



Serikandi Blogging

Aiensepet with the Nuffy - David Wong

Bapak besar mamat (shaolintiger) ni kalau ajak gua sparing confirm gua back off

Hm,gambar lagi satu ni memang korang akan terkejut sebab saya tak pernah terfikir dan tak pernah mimpi untuk ambil gambar ngan dia.Sebab bagi saya dia ni macam poyo sikit.hak3 tapi malam tadi dia membuat tanggapan saya salah dan dia memang layak untuk Project Alpha.Memang friendly gile berbeza dengan watak dia kat TV.Terus saya jadi respect ngan dia :

Bersama Si Azwan Laser.Amboi2...Good luck in blogging ya!

Tu je kot gambar yang boleh saya tunjuk sebab gambar2 lain ada kat kamera orang lain.Nanti kalau saya dapat gambar2 tuh saya upload.Kalau takde kat blog check ar facebook eyh.Oklah sebelum terlupa.Lepas je launching kitorang masuk cinema untuk tengok cerita ni :


Semalam kitorang dapat tengok citer ni.Tajuk dia "Kick Ass".Memang terbaek la citer ni.Sebab ganas,lawak dan LUCAH (mana ada lelaki yang tak suka.... hak3) .Citer ni pasal seorang budak nerd (saya nerd ke?) yang memang gila nak glamour,gila sex, dan gila otak tapi penakut.Kat sekolah memang tak top langsung tapi imaginasi dia memang kow2 la orang cakap sebab tak terbatas.

Satu hari dia boleh berangan jadi superhero,maka die menempah satu baju hero yang memang macam haram.Tak style langsung dan cuba untuk membantu orang awam.Task pertama mamat ni ialah dia cuba untuk halang dua orang kaki pow dari mencuri kereta.Dengan gaya buat2 berani dia gi sound dan at last kene bantai dan eksiden kene langgar kereta (memang tragik dan ganas) dan semua tulang2 dia diganti dengan besi.Jadi bermulalah aksi beliau menjadi superhero yang dikenali dengan nama "Kick Ass" (apa punya namala.Dahla siap buat myspace untuk promote diri dia.hak3).Dia memang terkenal sebelum berjumpa dengan 2 lagi superhero yang lagi gempak.Siapa superhero tu korang kena tengokla cerita dia.Ingat saya ni story teller ke?

Oklah nak sambung buat kerja sikit.Nanti saya update entri lain eyh.Bye....

p/s :
- Launching semalam memang best.Kalaulah saya dapat jadi featured blogger kan bagus (tak payah perasan lah Bean...)
- Kalau ada screening amik je sebab cerita semua best2 macam lagi satu invitation saya dapat dari Nuffnang...

klik untuk tumbesaran sempurna

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails