CULTURE : PELAJAR BIJAK MENIPU!SUSAH JUGAK HIDUP NI BILA TERLALU PANDAI



Selamat pagi guys,still bercuti panjang dan menulis untuk korang.Agak mengecewakan bila dapat tau Liverpool hanya seri dengan Fulham.Ntah apa taktik Benitez saya memang tak faham.Ataupun player saja xnak menang sebab mogok pada Hicks dan Gillet.Tulah lain kali kalau takde duit jangan beli club besar2 beli je Crystal Palace so kalau rugi taklah memalukan fan.Tapi tak kisah janji Chelsea masih di atas bukan Man U.hak3...


Pagi tadi saya terkejut dengar radio bila ada berita tentang pelajar yang bijak tapi menyalahgunakan kebijaksanaan dia untuk menipu.Actually benda ni dah biasa cuma dia menipu untuk sesuatu benda yang agak bodoh.Jadi sampai je rumah tadi selapas hantar aiensepet pergi kerja (sekarang kerja saya adalah driver) saya terus baca Harian Metro (bab2 cerita pelik2 ni rujuk Harian Metro best).


Cerita pasal budak 18 tahun yang bijak dapat memperdaya Ketua Pengarah PLKN dengan meyamar sebagai kerabat diraja Pahang (uiks siapa yang kurang bijak sebenarnya?).Saya jadi pelik memang hebat dan kamikaze budak ni menipu.Apa ynag bestnya dia berjaya menipu sampai dapat satu layanan VIP dan berjaya masuk ke dua Kem PLKN.Siap dapat semat nama tuan muda kat jaket PLKN.


gambar kredit kepada - Harian Metro

Nasib budak ni tak baik selepas seorang daripada pelatih kem tersebut yang merupakan bapa kepada kawannya cam muka dia (dik lain kali kalau nak menipu usha line dulu ye).So pelatih ni inform kepada polis yang juga ada terima aduan dari pihak Istana.Budak ni punya bijak siap dia boleh ubah kepala surat istana la beb (ntah mana dia dapat.Mesti hebat dalam photoshop or Illustrator).Tapi malangnya dia dah ditangkap kelmarin.Nak tau berapa result SPM budak ni?9A 1B tau kalah saya tau selaku pelajar MRSM.Siasatan polis mengatakan mungkin ada orang lain yang mempengaruhi budak ni.So kita tunggu jelah hasil siasatan.

Sumber dan berita lanjut sila rujuk Harian Metro

p/s :
- Pelajar sekarang semua result gempak2 tapi otak makin lembab.Nak menipu tapi tak pandai
- Kenapa kita tak nak guna kepandaian kita untuk tolong orang lain.Tapi benda ni lagi bagus dari takde knowledge tapi berlagak tau semua (pandai)
- Kenapa ko tak tipu jadi dato je dik kan lagi best ni tipu untuk masuk PLKN bukan PLKN tu Free je ke?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails