SETIN BISKUT UNTUK IBU AYAH


CULTURE : SETIN BISKUT BUAT IBU AYAH

Salam dan selamat pagi semua.Hari ni Bean Moreno cuba berpuasa sebab dah lama tak berpuasa.Betullah bulan puasa ni memang banyak dugaan yang saya alami dan dugaan semua berat & besar.Tapi saya hanya hamba yang hanya mampu tadah tangan untuk minta sebab terlalu lemah.Satu2 datang dan satu2 saya hadap.


Ada baca Harian Metro tak?Tadi pagi saja je nak test market baca berita dan sebenarnya saya tak pernah nak baca frontpage sebab benda pertama yang saya akan baca ialah sukan.Oklah saya kasi sikit keratan dari Harian Metro - SETIN BISKUT BUAT IBU AYAH.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku. 
Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian. Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit. 
Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.
 Amacam,lepas baca article kat atas ni aa rasa macam nak tampar laju2 tak anak warga emas ni?Ada ke patut pancing mak bapak pakai setin biskut je semata2 tak nak bawak diorang balik.Korang pernah dengar tak pepatah ada cakap 'Seorang Ibu Boleh Bagi Makan 9 Orang Anak Tapi 9 Orang Anak Belum Tentu Dapat Bagi Makan Seorang Ibu'.Ni contoh terdekat lah yang kita boleh nampak.Kita boleh dipanggil tanggang moden la kan.


Tapi kalau kita nak analisis kenapa benda ni jadi berpandukan drama2 melayu (boleh pulak) selalunya akan jadi macam ni disebabkan isteri yang tak nak jaga mak & bapak mertua.So si anak akan terasa di tengah2.Benda ni jadi bila isteri hilang hormat pada mak mertua.Saya bernasib baik sebab aiensepet jenis cool je walaupun sedikit garang. 


Mana perginya rasa kasih sayang kita dan juga rasa hormat kita pada mak& bapak yang dah berpuluh tahun jaga kita.So ada otak kasi fikir sendiri ye.


p/s :



  • Susah bila kita terlupa asal usul dan asyik ingat kita wujud kat dunia ni tanpa ibubapa yang melahirkan.
  • Lain kali kalau nak pancingpun mak bapakpun bagilah rumah double storey yang full furnished siap dengan kereta BMW.
  • Gambar dan cerita credit to Harian Metro.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53 - ADAKAH MINDA KITA BEBAS


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53 : ADAKAH MINDA KITA BEBAS

Selamat pagi dan selamat berpuasa.Hari ni saya akan cuba berpuasa tanpa mengira kesannya kepada saya.Yelah hilang akal ke apa?Dah 10 hari saya tuang kalah Cik Rahmah yang period dol.Kalau nak layan sakit ataupun nk tengok surat MC memang sampai malam raya saya takkan puasa sebab MC 23 hari.Tapi tak syok ar.Malulah dengan anak sedara kan.hak3...



Nampak tak gambar kat atas.Motto Hari Kemerdekaan kita tahun ni ialah 'Satu Malaysia Menjana Transformasi'.Hari ni dah 31 Ogos 2010 bermakna rakyat Malaysia dah merasa merdeka untuk tahun yang ke 53.Dulu nak dapat merdeka punyalah susah.Kena turun naik kapal terbang,jumpa orang putih, tanda tangan surat baru Malaysia boleh merdeka 1956.Susah tau nak merdeka ingat senang ke macam buat gula2 kapas.


Motto tahun ni memang sedap didengar.Tapi korang rasa adakah ia dapat direalisasikan.Bagi saya ia tetap motto yang tetap dipanggil motto kalau kita tak ubah diri sendiri.Kenapa saya cakap macam tu.Simple je semakin maju kita otak kita menjadi semakin sakit.Kita jadi tak sedar yang kita menuju ke arah satu zaman permodenan teknologi di mana kalau kita tetap dengan corak permikiran 442 conventional Roy Hogdson kita tetap akan duduk kat league bawah.Kan dah tak pasal2 masuk bola.


Kita tengok sekarang,ramai di antara kita yang nak kembali kepada zaman jahiliah.Bikin anak laju je tapi bila dah keluar je selamba kasi buang kat tepi jalan.Merdekakah kita kalau macam tu jadinya.Ada pulak cikgu yang kaki bisnes.Kalau dulu kita tengok cikgu2 bisnes kain,tupperware, takpun kerepek2.Tapi sekarang cikgu disiplin berniaga 'ubat kuat'.Memang bijak siap ada blog jual 'ubat kuat' tapi kebodohan terserlah bil promote 'ubat kuat' tu kat student.Nama cikgu tapi BANGANG.Patutnya dia bimbing pelajar tapi sekarang dia pulak perosak minda.Apasal ko tak jual je kondom?


So korang rasa adakah minda kita merdeka dengan corak pemikiran yang macam ni?Sedangkan pembimbing bangsapun bikin hal.Setiap tahun semua nak sambut Hari Kemerdekaan lepak sampai pagi dengan alasan esok cuti.Merdekakah kita?So jawablah dalam hati sendiri.Apa2pun sila merdekakan minda kita dari pemikiran lapuk barulah motto 'Satu Malaysia Menjana Transformasi'tu akan jadi realiti kalau tak memang motto jelah sampai mati.


p/s :



  • Saya dah merdeka dari tiub hospital...Alhadulillah...
  • Jom Join Churpchurp.cepat sebelum terlambat nanti menyesal

REVIEW PRODUK | PATI IKAN HARUAN POLLENEY






REVIEW PRODUK : PATI IKAN HARUAN POLLENEY


Selamat malam semua.Mesti emua mata dah terkebil2 rasa cam nak tidur sebab esok nak sahur melainkan dua golongan iaitu blogger2 tegar yang mencari traffik malam (termasuk Bean Moreno) dan golongan yang tak berpuasa.hak3...Sorry gurau2 je kalau asyik nak serius je memang susahlah hidupkan.Teringat kat satu kawan yang hidup tak boleh nak bergurau atau konon nya alim sangat.huh! so annoying.Apa2pun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan harap2 kita tak dibelenggu perngai annoying macam ni.


Oklah mala ni nak review sikit pasal produk yang saya baru cuba.Iaitu pati ikan haruan Polleney.Korang pernah rasa tak?Iklan terbaru dia ada Qalesya dengan mak dia (tetiba dalam iklan Qalesya tak pakai tudung).Actually benda Polleney ni mama saya yang suruh minum.Mama cakap kalau lepas operation elok minum sebab Polleney (pati ikan haruan) dapat restructure balik tisu2 yang dah koyak.Selain tu dengan 'American Ginseng' ia boleh bagi tenaga kepada si peminum.Kalau tak silap lebih elok dari minum Power Root melainkan korang nak jadi jutawan.hak3...


Kalau nak tanya pasal rasa sedap ke tak.Jawapannya mana ada ubat yang sedap beb.Ini termasuk ubat yang saya kena makan selama enam bulan untuk pesakit TIBI.Rasa Polleney ni memang agak payau dan bau dia memang hanyir.Tapi kalau korang minum one shot esti tak rasa apa punya.Saya minum dengan harapan luka operate hari tu cepat sembuh dan harap2 sebelum rayalah.


alamak nampak sangat macam pesakit

alamak kurus seyh...nampak tak muka tu menahan bau


Anyway rasa pedih luka dah kurang sikit.Mama cakap kalau minum enam kotak luka kat badan dan luka di hati disebabkan percintaan boleh terubat (hoho...bahaya ni).So kepada sesiapa yang baru lepas operation ataupun baru lepas bersalin trylah minum ni.Tengok kesannya.

p/s :

  • Bila dah minum banyak Polleney tetiba terasa macam nak minum lagi.hoho
  • Tetiba nak tukar template baru.Tengoklah next week suterablogger akan berwajah baru sekali dengan header baru.
  • Dah join Churpchurp?Jom Join kalau belum join.



HUKM TERBAIK BEB


PERSONAL : HUKM TERBAIK BEB

Selamat petang semua.Amacam sihat?Saya sihat just keadaan tak selesa dan susah nak bergerak sebab luka operate hari tu still belum kering.Bila nak bergerak je memang pedih.Nak kena minum Poleney banyak2 baru luka ni senang baik rasanya.Macam yang korang tau hari tu saya admited kat HUKM sebab ad masalah sikit dengan paru saya.Kalau nak ikutkan nak je masuk ke HKL tapi bila fikir2 balik better msuk HUKM supaya family saya senang nak tengok saya.So dengan rasminya saya discharge semalam 29/08/2010.



Kalau tengok gaba atas ni pun korang dah dapat bayangkan yang saya tengah menahan kepedihan luka dalaman.Tapi sebab semangat discharge saya gagahkan diri untuk berjalan dengan laju (oops).Saya nak balik awal bukan sebab tak best duduk kat sini.Kalaulah saya tak perlu layan tiub dan jarum2 dah tentu best.hak3...Yelah makanan best pastu nurse2 & doktor2 kebanyakkannya friendly.Walaupun banyak kali diorang hantar doktor baru untuk ambil darh saya dan tak berjaya tapi diorang semua beradab lah orang cakap.




Apa2pun kalau ditanya saya hospital mana yang best saya akan cakap HUKM sebab saya dah rasa duduk kat situ dan facility dia memang cukup disamping layanan staff diorang yang memang friendly.Kalu aiensepet nak bersalinpun maybe saya akan hantar ke HUKM kalau hospital private penuh.


Akhir kata thanks kepada staff2 Wad 6J HUKM sebab nak melayan karenah pesakit yang agak mengada macam saya ni.Yelah saya tak pernah admited so agak culture shocked la.hak3...Thanks a lot guys!




p/s :



  • Thanks to semua yang datang melawat,yang tanya khabar dan yang paling  best yang datang bawak buah tangan ni termasuk cikhel yang datang dengan ayam KFC.hak3..
  • Kepada staff2 yang jaga saya,kalau ada rezeki nanti saya belanja makan eyh.Itupun kalau korang tak resign or kena transfer.haha...So doakan rezeki saya murah

SUKAN | TERIMA KASIH TAN BOON HEONG & KOO KIEN KEAT


SUKAN : TERIMA KASIH TAN BOON HEONG  & KOO KIEN KEAT

Selamat pagi guys,Bean Moreno masih boleh menaip entri.Semalam ada cuba jugak untuk menaip entri tapi bila nak taip je terasa macam terkena genjatan eletrik so berhenti.Hari dalam percubaan untuk mengeluarkan entri macam orang sihat.Itupun kalau berjaya.hak3...Thanks kat korang yang berdoa dan memberikan saya semangat kepada saya untuk mengharungi kesakitan semasa di hospital.



Semalam merupakan kejohanan badminton dunia.Sepertimana yang kita tahu Dato Lee Chong Wei pun sangkut semi dan kalah pada Taufik Hidayat tapi tak kisahlah sebab dia sakit belakang dan dia berjuang sampai dia betul2 kalah bukan macam satu lagi pemain badminton tu yang main pun tak seberapa tapi sibuk dengan kes cerai je.Memalukan...




Yang amat membanggakan ialah beregu negara dapat masuk final.Banyaklah saya baca yang kondem diorang sebab kalah.Tak eloklah macam tu sebab saya tengok match semalam.Bagi saya walaupun diorang kalah tapi diorang boleh digelar hero jugak sebab sepanjang perlawanan memang nampak diorang bersungguh2 bukan just melepaskan batuk ditangga.Korang rasa senang ke nak kalahkan beregu China Cai Yun & Fu Haifeng?Susah beb.Tapi diorang berjuang sampai diorang terduduk.Tak caye tengok gambar tu.hak3...Anyway Terima Kasih kepada regu negara Tan Boon Heong & Koo Kien Keat sebab bermain bertungkus lumus.Kali ni kalah takpe kita try next tournament ok.


Keputusan  Tan Boon Heong & Koo Kien Keat VS Cai Yun & Fu Haifeng


SET 1 : 21 - 18
SET 2 : 18 - 21
SET 3 : 14 - 21

p/s :

  • Jangan disebabkan kalah je kita terus nak blame diorang kita tak tau situasi diorang masa bermain.Penat beb...
  • Dah lama tak jadi reporter free ni...
  • Gambar Credit to Hmetro.Saya terpaksa cilok sebab tak sempat nak ambil gabar kat TV.


APA YANG BEAN MORENO BUAT DI WAD


PERSONAL : APA YANG BEAN MORENO BUAT DI WAD

Selamat malam?Dah berbuka?Saya hari ni je dah 6 kali makan benda berat.Nipun rasa macam lapar lagi.Mungkin ni adalah efek dari pengambilan darh setiap pagi.Setiap malm saya akan diingatkan supaya berpuasa start pukul 12 sampai Dr dapat ambil darah (susah tau nak dapat darah dari badan saya.tak caya tanya Dr yang buat).

Oklah lets make it simple.Saya just nak cerita apa yang saya buat semasa di Wad 6J BED 27 ni.Yelah selain dari schedule kedoktoran termasuk menjadi bahan uji kaji kepada student perubatan UKM saya ada aktiviti sendiri supaya hidup saya di wad ni tida seperti Zomba.

1) Layan Lagu Raya

Raya dah dekat so saya nak ambil mood raya untuk menghilangkan rasa sakit yang saya alami (actuall dah semakin pulih) dengan mendengar lagu2 raya ni saya dapat pulihkan 40% kesedihan dalam diri (ada nampak sedih ke?).hak3...Jadi saya layanlah lagu2 raya yang saya suka.Kira terapi mindalah ni.

2) Makan

Lepas buang air dari paru2 hari tu selera makan saya bertambah.Asyik2 nak makan je.Mungkin juga ebab darah saya dah banyak di ambil so untuk recover saya kena makan banyak2.

3) Makan 12 Biji Ubat

Yang ni memang seksa.Secara psyco manusia akan jadi down bila nampak benda tu banyak walaupun size dia kecil.Sebagai contoh kerja rumah matematik,benda senang je tapi bila dah belambak memang kita akan rasa susah sikit nak siapkan.Betul tak?

4) Layan Football Manager

Disebabkan kekecewaan saya terhadap manager Liverpool yang ntah apa2 ntah saya cuba berangan menjadi Coach untuk Liverpool di alam maya.Ternyata saya hebat ketika bermain Footbal Manager sebab saya berjaya kalahkan Man City dan juga AC Milan.Roy Hodgson ko boleh buat ke?

5) Ber'Chatting' dengan Aiensepet

Yang ni wajib sebab dia dah start kerja jadi dia tinggal sorang2 je kat rumah dan selalu membuatkan saya terfikir adakah dia makan ataupun tidak.Setiap malam saya akan berchating dengan aiensepet sebab dia dah tak dapat temankan saya.

Oklah matapun dah ngantuk rasanya harus tidur...Kalau tak memang keletihan esok.Harap2 korang doakan esok operation tu tak menjejaskan kesihatan saya ye.

p/s :

  • Perasaan takut untuk operation itu tetap ada walaupun pada seorang gangster.
  • Bnyak pulak task Churchurp.Sehari sampai dua.Korang dah register ke blom?Kalau blom jom lah register.Percuma bai...Janji ada twitter ngan Facebook.

LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR

PERSONAL : LAGU RAYA YANG BEAN MORENO SUKA DENGAR 

Selamat petang semua dan selamat berpuasa ye.Yang tak puasa tu memang tak boleh nak buat apalah kan dah memang tabiat memang diri sendiri je yang boleh ubah.Korang jangan samakan dengan saya.Saya tak puasa sebab saya ada sebab yang membolehkan saya tak puasa dan lepas ni memang saya akan bersama2 kaum wanita mengganti puasa di kala orang lain sedap makan.hak3...

Sekejap je masa berlalu tau-tau je kita dah nak separuh Ramadhan.Sorry saya tak ingat berapa hari dah puasa sebab saya dah 6 hari tak puasa.Tak tau bila saya boleh sambung puasa.So bila dah separuh bulan dalam ramadhan mestilah dalam kepala otak dah fikir raya dah makin dekat terutama sekali budak2 kecil.Silap2 sekarang radio dah pasang lagu raya

Sebut pasal lagu raya pulak setiap kali lagu raya memang lagu yang sama akan berkumandang tak kiralah kat radio, TV ataupun CD.Mana2 kita pergi beraya memang akan dengar lagu yang sama je.Dan kebanyakan lagu yang kita dengar tanpa rasa bosan tu adalah lagu2 evergreen atau lagu2 lama.Ramai artis2 baru yang cuba bawa lagu raya baru memang tak laku.So raya tahun ni bawak2 lah fikir panjang ye untuk buat lagu raya baru memang takkan laku punya walaupun Mawi ataupun Shahir AF8 yang nyanyi.Saya rasa penyanyi yang berjaya masuk dalam list untuk lagu2 raya kegemaran pun Dato' Siti Nurhaliza.

Oklah sekarang ni nak cerita pasal lagu raya yang memang saya suka dengar masa raya pertama.Kalau tak dapat dengar lagu2 ni memang Bean Moreno takkan rasa yang dia tengah berada dalam Aidilfitri ataupun mood raya jadi potong habis.

1) ANUAR ZAIN & ELINA - SUASANA HARI RAYA

Lagu ni kalau korang kata tak tau memang korang menipu.Lagu ni memang top
gila sampaikan kalau masuk carta Era lagu Liyana Jasmay yang hey hey gedik  tu memang out teruslah.Tag line lagu ni ialah :

"Kuih dan muih beranika macam makan lah jangan hanya dipandang"

Kenapa saya suka lagu ni.Sebab bila dengar lagu ni je lepas sembahyang raya mesti lapar dan cari makanan.hak3...


2) SALOMA - SELAMAT HARI RAYA

Sayapun tak tau kenapa saya suka sangat nak dengar lagu ni.Yang paling best nya setia kali buka radio mesti keluar lagu ni so tak payah la saya beli CD ataupun burn CD cetak rompak.Kalau saya tak dengar lagu ni memang takde mood saya nak pergi raya umah orang.Kena dengar lagu ni baru terasa semangat nak pergi beraya.Tagline lagu ni ialah starting lagu ni.Memang unik beb.


3) P.RAMLEE - DENDANG PERANTAU

Lagu ni saya suka dengar time bawak kereta kat highway menuju ke kampung.Yelah saya balik dari KL so kira perantaulah sebab nak balik ke Batu pahat.Bila dengar lagu ni time bawa kereta nak balik kampung terasa semangat then mesti macam tak sabar je nak sampai kampung.Tagline lagu ni ialah :

"Apakan daya masa tak akan kembali..."


4) SITI NURHALIZA - SESUCI LEBARAN

Nilah lagu yang boleh kira baru tapi ermintaan tinggi masa raya.Nak cerita pasal keluar radio memang tak payah cakaplah memang hari2 siap Hitz.fm pun putar lau ni.Yang paling penting Ringtone dia bersepah orang pakai.Kalau kita lepas kedai minum masa raya,memang kalau orang call semua handphone akai lagu ni.Tagline lagu ni ialah :

" Pohonlah ampun maaf kepada ibu bapa,sahabat, sanak saudara sama2 kita gebira"



5) M. NASIR - SUATU HARI DI HARI RAYA

Lagu ni ada banyak versi.Ada yang laju dan ada yang perlahan.Tak kiralah berapa laju beat lagu ni tapi kalau M. Nasir yang nyanyi memang best tapi kalau bagi Tomok ke sesiapa yang orang kata suara sedap memang takkan rasa feel dia.Tagline lagu ni ialah :

"Suatu hari di hari raya..."


Sedar tak sedar panjang pulak entri ni.Ni semua sebab sindrom kebosanan di dalam ward.Kalau korang nak download lagu2 raya ni klik je link tu.Free je tak payah bayar.So kepada penyanyi baru tak kiralah korang Juara AF ke,Mentor ke,Malaysian Idol ke or apa2 reliti TV sila berfikir panjang untuk keluarkan lagu raya.Sebab takut tak laku je beb dan korang kena sedar yang korang sendiri akan pasang lagu2 evergreen masa raya.Jadi bermakna orang ramaipun teta akan dengar lagu2 yang sama masa raya.

p/s :
  • Harap2 time raya saya dah sihat.Tak nak raya dalam WAD!!!!

SINETRON | CINTA KIRANA

SINETRON : CINTA KIRANA

Selamat pagi semua,amacam hari puasa tak?Saya macam biasalah memang tak boleh puasa dan sila jangan tiru lagak ngeri saya ini ye sebab saya dapat excuse dari doktor dan bukan saje2 tak nak puasa.Jadi Don't try this at home.hak3...Macam biasa saya meneruskan rutin sebagai seorang pesakit dengan schedule seperti ambil sample darah,check tekanan darah, dan juga makan 12 biji ubat.Jadi harap2 dengan makan ubat yang banyak saya bisa sihat seperti dulu.

Hari ni saya nak share dengan korang semua pasal satu sinetron yang agak best bagi saya.Kalau korang rasa cerita ni tak best itu bukan masalah saya sebab sebagai contoh bagi saya TEKKEN adalah satu movie yang paling tak best tapi ada jugak reviwer yang cakap best (mungkin bodek kot hak3).Bah kan cerita ni lebih best dari sinetron Cahaya yang mana heroin dia kaku dan yang penting takde package.hak3...


Korang pernah layan cerita Cinta Kirana.Sayapun tak tau macam mana saya boleh terjebak layan sinetron ni.Mungkin jugak sebab saya merupakan peminat Nia Ramadhani (malangnya dia dah berkahwin).Cerita ni pasal seorang cewek (mak aiyh betul2 terpengaruh) kampung yang mana dia berjaya menemukan semula neneknya dengan cinta lama neneknya iaitu 'Kakek' Rama.Akhirnya Kakek Rama berkenan nak jodohkan Kirana dengan cucunya.Berjaya tak Kirana?Itu korang kena layan sendiri lah ye.Bagi saya sinetron ni lebih best dan ringan nak dibandingkan dengan sinetron Cahaya yang asyik2 sakit lepas tu kadang2 buta.Huh!Amat membosankan.


Selain dari jalan cerita yang best satu lagi benda yang buat saya nak tengok cerita ni ialah OST dia.Pergh memang best siot lagu Yovie & Nuno - Dia Milikku.Dah pernah dengar kalau belum meh dengar (sorry tiada video clip.dah puas cari) :






Amacam syok tak lagu ni.Macam yang kita taulahkan Yovie & Nuno lagu dia memang style slow dan agak romantis.Dulu saya agak kureng skit dengan lirik diorang tapi bila dah lama2 dengar lagu menjaga hati baru terasa yang lirik dia ada something dan memang kena dengan muzik dia takde lah macam lagu penyelamat cinta kan.Memang ntah apa2 ntah dengar sekalipun dah menyampah apakan pulak banyak kali.


p/s :

  • Gambar & Lagu yang korang dengar tu saya ambil dari cikmin (sorry ye kak).
  • Dah join Churp2 ke blom kalau blom boleh register sekarang.Cepat2 sebab sekarang tgh banyak task so banyaklah duit.Jom Join sekarang!

KISAH PENGIDAP TIBI SIRI 2


PERSONAL : KISAH PENGIDAP TIBI SIRI 2

Selamat malam.Mesti korang semua baru balik dari terawih kan.Best siot dapat gi terawih dan itu memang niat saya awal Ramadhan.Tapi apa kan daya puasa pun dah kantoi 5 hari.Sedih betullah sebak dapat nak capai cita2 Ramadhan tahun ni.Nak buat macam mana saya sakit dan mungkin ada hikmah dari setiap kejadian ni.Saya terima dengan tabah dan ceria.


Masuk hari ni dah 5 hari saya berada kat BED 27 Wad 6J HUKM.Hari ni cuma adik2 saya je yang datang melawat dan membawa makanan kegemaran saya untuk dibuat makan petang.Mama tak sempat nak jenguk saya dan itu takpe sebab saya tau memang mama sibuk dan mama penat kalau mama nak ulang-alik tengok saya.Saya tak naklah mama terkejar2 hanya sebab nak tengok saya.Hari ni tiada kawan yang datang.Saya keseorangan kat dalam wad ni makan dan tidur.

Sepanjang 5 hari ni memang badan saya menjadi uji kaji untuk student kat sini.Yang peliknya saya je jadi sasaran diorang.Rupa2nya pesakit lain buat2 tidur so saya yang tengah beronline ni memang akan diganggu.Tapi takpelah saya bagi ilmu kat diorang termasuk student yang baru mencuba nak ambil darah pesakit.Hari tu doktor dh bagitau yang saya ni memang confirm Tibi tapi tadi secara tiba2 satu profesor masuk bilik saya dan cakap diorang tak boleh nak confirmkan yang saya ni Tibi ke tak unless lepas diorang buat satu minor operation untuk pecahkan paket2 air kat paru2 saya.

Saya jadi risau sebab saya tak pernah rosakkan tubuh saya untuk operate.Hari ni dalam sejarah saya disuruh untuk tanda tangan surat kebenaran untuk buat minor operation.So tanpa fikir panjang saya sign surat tu dengan harapan ia tidak menyakitkan dan tidak memudharatkan badan saya.Saya betul2 berharap yang ini bukan takat uji kaji dan ia akan membuatkan saya bertambah sihat.Saya cuma tak sanggup tengok muka mama saya dan yang paling penting muka wife saya bila saya cakap yang saya kena lalui operation tu.


Hm macam nilah kehidupan yang saya lalui sekarang.Yang penting seorang pesakit tak kiralah dia sakit Tibi ke, Cancer ke kita tetap kena happy dan ceria.Saya akan cuba lupakan kesakitan operation itu demi family saya.Saya mesti kuat dan kalau saya saya tak kuat macam mana saya nak menghilangkan kerisauan family saya.So apa yang saya harapkan dari korang semua readers & blogger agar doakan segalanya berjalan lancar dan saya tak menghadapi kesukaran dalam proses operation tersebut.


p/s :



  • Hidup mesti diteruskan walau terpaksa bergelut dengan ular sawa.

BENDA SEMUA DAH BARU TAPI CORAK KAU TETAP SAMA


FOOTBALL : BENDA SEMUA DAH BARU TAPI CORAK KAU TETAP SAMA

Selamat petang,korang semua sihat?Bean Moreno semakin sihat dan selera semakin tinggi.Setiap 30 minit mesti rasa lapar.Mungkin efek dari darah yang keluar setiap pagi.Hari ni ada satu berita best.Kemungkinan saya dapat balik rumah awal sedikit memandangkan keadaan saya yang dah sedikit stabil.Tapi yang tak bestnya doktor tadi cakap dia bagi saya pilihan samada saya nak buat operation or tak?Opeartion ni untuk mengesahkan samada saya betul2 Tibi ataupun tak.Di nak buat lubang kecil kat dada kanan saya untuk masukkan kamera.Kalau tanya saya memang saya tak nak.Sakit wooo!


Saya rasa korang faham apa yang saya nak sampaikan kat atas memangdangkan kategori dia adalah football.Memang saya selaku kipas susah mati Liverpool FC agak kecewa dengan corak permainan dan cara susunan player.Dari zaman Benitez sampai ke Roy Hudson tetap sama.Memang menyakitkan hati.Kau tetap nak guna taktik yang lapuk tu.Kalau dah nama pun coach kajilah player apa yang ko ada.Ni tak asyik2 4-4-2 kuno.Ko gunalah taktik tu memang sampai kiamatpun Liverpool takkan menang EPL.Lepas tu dah tau Lucas tu main macam ayam nak kena sembelih kasi first team.Kalau saya dah jual dah si Lucas tu.Memang tak function pun.



Sponsor dah baru,coachpun dah baru,Jerseypun dah baru yang paling best owner lamapun dah berambus tapi tetap dengan cara permainan kuno.Saya rasa sebelum nak pilih coach untuk Liverpool,chairman kena suruh individu tu main Football Manager dua season.Kalau menang and boleh bagi cup untuk Liverpool dalam game tu baru dia layak pegang title coach.Ingatkan ada lah pembaharuan yang Roy Hodgson akan buat dari segi taktik rupanya sama je.Datang bawak & buatlah pembaharuan sikit barulah fan suka.Ni tak datang2 beli player lepas tu seri sekali then kalah.Kalau kalau 1-0 boleh terima ni 3-0 pergh apa nak jadi beb!Liverpool bukan macam Blackpool yang baru terkial2 nak dapat point untuk EPL.Newcastle pun masuk balik EPL boleh belasah Aston Villa 6-0.


p/s :



  • Tetiba rasa lapar pulak.Nampak gayanya memanglah kena jadi perempuan ganti puasa.
  • Apa2pun thanks to Eyriqazz, Kak Ina KL dan Mat Joe yang telah buat entri semangat untuk saya.
  • Bila sakit ni barulah saya tau ramai jugak yang ambil berat pasal blogger cap ayam macam saya ni.

TUTORIAL | MACAM MANA NAK BESARKAN GAMBAR


TUTORIAL : MACA MANA NAK BESARKAN GAMBAR

Salam dan selamat pagi ye semua.Hari ni Bean Moreno bangun pagi2 bukan sebab saya dengan rela hati nak bangun tapi doktor datang ambil darah awal.Doktor yang ambil darah saya mesti berpeluh2 sebab memang susah nak dapat darah saya.Maklumlah badan saya ni kan tough macam Darkbatman.Apa yang bestnya kat sini selain makanan yang best dan misi2 yang lawa2.Kat sini saya boleh tolong student perubatan buat kajian.Jadi kalau diorang berjaya maka saya telah membantu diorang dalam pengajian.Jangan lupa dah grade belanja saya makan kat Hotel.hak3...

Ramai yang tanya saya macam mana nak besarkan gambar dalam blog.Dulu saya pun tak tau just upload kat picassa then apa yang keluar kat blogspot itu jelah yang saya guna.Tapi lepas mengetahui kepentingan gambar yang jelas saya cuba kaji sendiri macam mana nak dapatkan gambar bersaiz ikut hati dan persaaan kita sendiri.hak3...Apa yang perlu korang buat untuk adjust kebesaran gambar untuk entri korang.Ada beberapa langkah yang korang perlu buat.


Langkah 1 - Agak Kebesaran Body Post


Apa itu 'Body Post'? Ni istilah yang saya reka sendiri.Tak kisah lah apa nama dia tapi bendanya tetap sama.Ok kalau korang tak tau apa itu meh saya tunjuk.


itulah dia 'bodypost'

Bila korang dah tau atau dah agak2 kebesaran 'Body Post' maka senang sikit korang nak budget berapa besar korang nak besarkan gambar.Yelah kalah width gambar korang lebih besar dari width 'Body Post' agak kelakarlah nanti jadinya blog or entri korang sebab akan berterabur.


Langkah 2 - Upload Gambar

Yang ni penting.Kalau korang tak upload gambar macam mana nak edit size dia.Tak kisahlah apa jenis gambar korang nak upload tapi pastikan jangan besar sangat.Macam saya, disebabkan keghairahan upload guna picassa je maka picassa saya dah penuh jadi saya guna Photobucket untuk upload gambar atau senang cakap picture storage.

Langkah 3 - Besarkan Gambar

Ok yang ni agak rumit sikit tapi benda yang rumit kalau kita selalu buat ia akan jadi mudah semudah ABC.Yelah sama macam kita nak buat soalan add math.First time buat memang terkial2 tapi bila dah selalu practice ia jadi mudah.Yang penting jangn putus asa.Apa yang korang kena buat :

Edit Html -> Cari nama file korang -> adjust width & height gambar tu.




Yang saya highlight kan tu ada coding size.So terpulang kat koranglah beraa besar serombong kapal korang nak buat.Nak buat besar macam director Ahmad Nisfu pun boleh.Macam saya, saya lebih selesa guna H = 400 W = 550. Itu selera saya ye jangan samakan dengan selera korang.

Oklah,rasanya itu je cara yang saya gunakan untukbesarkan gambar dalam entri saya dan mungkin cara ni lain dari orano terpulang pada korang nak cuba ke tak?Kalau rasa2 susah jangan cuba tapi sebenarnya yang susah tu lah best.Sama gak macam nak ngorat awek kalau senang dapat tak bestlah kan tapi bila yang susah tu kita dapat insyAllah akan kekal.Dahlah saya nak mandi, sarapan dan makan 12 biji ubat.


p/s :



  • Baru ingat nak puasa penuh tahun ni.Tetap tak dapat mungkin ada hikmahnya.
  • Hari ini agak pelik sebab takde doktor pelatih datag buat eksperimen
  • Aplah aiensepet tengah buat sekarang ni

KISAH PENGIDAP TIBI

PERSONAL : KISAH PENGIDAP TIBI

Salam guys,mesti korang akan terasa pelik dengan dua perkara.Pertama kenapa saya on & off update blog.Betul tak?Adakah saya da bosan berblogging ataupun memang dah nak jual Suterablogger.Jawapannya tidak sama sekali.Bukan sebab saya dah bosan or tiada idea.Bean Moreno adalah monster idea.hak3...Actually saya admited kat HUKM (siapa yang baca status FB mungkin tau) kerana penyakit TIBI (tuberculosis)atau senang cerita Batuk Kering dalam bahasa Melayu.Apa tak caya?Nah tengok gambar ni sendiri :



Nampak tak si pria romantis sedang memakai topeng Kamen Rider dengan rambutnya yang agak2 macam korea tu (sorry saya terlupa bawa Gatsby ke ward).Sekarang percaya tak?Yang kedua mesti korang fikir betul ke mamat ni sakit.Kalau sakit macam mana boleh update FB pastu siap boeh update blog dan gelak ketawa je?Jawapannya saya curi2 bawa laptop pergi wad ni.Atas nasihat kawan sekolah saya yang juga seorang doktor jadi saya dengan selamba je on laptop sebab dia kata boleh on.Yang pasal gelak ketawa tu saya kena buat untuk menghilangkan kedukaan.Kalau kita asyik2 nak sedih je dengan apa yang kita lalui sampi bilapun asalah takkan selesai.Sekarang faham?


Kadang2 apa yang kita nak tak semua boleh dapat.Kita manusia yang dijadikan untuk menghambakan diri so yang kita tak dapat itu adalah ujian.Ujian kali ni memang agak besar sebab ia melibatkan keluarga.Saya bukan menyalahkan kesakitan yang saya alami cuma saya akan terasa sedikit tersentuh bila saya tengok wajah2 yang saya sayang contoh macam mama, papa, isteri saya, dan semua adik2 saya bila melawat saya.Bukan apa saya tau diorang semua risaukan saya cuma buat2 muka cool je bila jumpa saya supaya saya tak risau.Saya tak risau langsung saya sakit tapi saya akan rasa satu perasaan tak best kalau diorang semua risau pasal saya.


Dalam kesakitan ni saya ni saya dapat satu berita gembira tadi.Apa dia?aiensepet dah dapat kerja baru.Hm itu satu rahmat sebenarnya.Saya kesian tengok dia asyik2 pergi interview tapi tiada panggilan sampaikan dia dah putus asa.So ni kira satu berita gembiralah.Tapi dalam berita gembira tu ada sikit kesedihan.Apa?Dia kena tinggal sorang2 kat rumah Damansara tanpa teman.Cuba korang letakkan diri korang kat dalam diri saya.Sedih tak rasa.Saya kena biarkan dia hidup sorang2 dan tidur sorang2.


Tapi sebenarnya apa yang saya dapat nampak bila saya sakit ni :



  • Kita boleh tau mana satu kawan yang hanya akan datang bila kita senang dan mana kawan yang akan usung kita bila kita mati.
  • Bila sakit kawan2 yang memang lama tak jumpa akan muncul dan kita yang memang nak jumpa dia dapat jumpa.
  • Bau kita akan belajar dan tahu yang kita ni sebenarnya cuma hamba yang dipinjamkan zat dan kehidupan.
  • Mensyukuri keadaan kita sihat
  • Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh.dan memang terbukti lah pepatah old timer iaitu Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus.
Oklah tu jelah kot saya nak cerita untuk kali ni.Kalau panjang sangatpun akan buat orang menyampah je nak baca.So kesimpulannya makanan kan HUKM ni memang best2.hak3...

p/s :

  • Thanks to Aus, Deydeq, dan Che Armster yang membuat liputan CNN untuk saya.Bukan saya tak nak bagi tau yang saya sakit cuma tak nak menambahkan kerisauan pada orang lain.
  • Doakan saya cepat sembuh tak kisahlah walau kena akan ubat Anti TIBI untuk 6 bulan.




KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

CULTURE : KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

Salam guys,Selamat berpuasa pada yang beragama Islam walaupun sebenarnya ada jugak yang tak puasa dan melepak di tepi2 lorong tengah layan teh ais bungkus dengan nasi ambang.hak3...Saya dah beransur sihat.Demam dah takde sekarang tinggal dada yang bengkak so kene jumpa specialist dulu untuk check apa sebenarnya yang bengkak.Mungkin juga sebab saya berhenti merokok terlalu mendadak dan menyebabkan badan saya yang biasanya menerima kadar nikotin yang tinggi terkejut.Cadangnya nak beli Niquitin tapi bila tengok harga terus tak jadi.hak3...Nak raya beb kenalah jimat2 sikit.


Oklah kita sambung topik yang tak berapa nak hot ni.Saja je nak share and tanya pendapat korang pasal Bila Bulan Puasa Kita Puasa Tapi Solat Tak Pernah Buat.Macam yang kita tau lah kan sekarang ni bulan Ramadhan dan bila tiba bulan Ramadhan memang itulah time umat Islam akan berpuasa.Korang perasan tak satu benda yang sebenarnya penting dalam kehidupan tapi kita buat tak port pun.Ramai antara kita yang bila sampai bulan Ramadhan puasa.Memang bersungguh2lah kita tengok dia puasa.Tapi perasan tak kita bahawa kita berpuasa tapi kita tak solat pun.Solat 5 waktu satu pun tak buat.

Saya bukan nak cakap kalau tak solat tak payah puasa.Isk itu kerja gila beb silap2 masuk ISA kena cas bawa ajaran sesat baru pulak.Apa yang saya nak tekankan ialah adakah kita berpuasa disebabkan takut orang nampak kita tak puasa ataupun sebagai ibadat?Kalau kita cakap kita puasa sebagai ibadat tapi kenapa pulak kita tak solat.Solat tu bukan ibadat juga ke?Memang puasa dan solat itu wajib tapi buat lah tiang dulu baru boleh siapkan rumah.Adakah kita berpuasa sebab puasa itu satu ibadah yang orang nampak ataupun sebab memang untuk tanggungjawab.Jawablah sendiri untuk diri sendiri.


p/s :

  • Sekejap je dah puasa ke lapan.So selamat berpuasa kepada semua.
  • Dah join churp2 .Kalau belum jom join free je...Tengah banyak asaiment ni
  • Fadhilat Solat Terawih malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W

BERJANJI MEMANG MUDAH TAPI NAK BUAT AGAK SUSAH



CULTURE : BERJANJI MEMANG MUDAH TAPI NAK BUAT AGAK SUSAH

Salam guys,amacam sihat?Harap2 korang sihat walafiat la ye tak macam saya tengah menahan sakit.Soalan pertama dari Bean Moreno "Do You Miss ME?".Alamak dengan tak malunya saya bertanya soalan yang memang dah tau jawapannya.Dah lama saya tak menulis kat blog ni.Jangan korang fikir yang saya tak berminat lagi dengan blog ini.Itu tanggapan negatif yang mana jauh sama sekali.Bukan saya tak nak menulis tapi saya adea masalah kesihatan.Saya ada cuba menulis dan tetiba bila baca balik banyak gila typo (tweet pun siap salah eja beb.Sampai kene tegur dengan Liza Razak).Itulah salah satu sebab yang mana saya tak menulis selama dua minggu.Anyway thanks to all readers dan blogger2 yang still support saya,stil masuk blog ni dan still mendoakan saya cepat sembuh.

Oklah hari ni nak share pasal satu perkataan yang memang kita suka sangat sebut.Terutama sekali pakwe makwe yang memang tengah 'hot' bercinta.Saya rasa perkataan ni memang takde siapa dalam dunia ni yang tak pernah sebut.Perkataan itu adalah JANJI.Satu perkataan mudah yang kadang2 boleh membinasakan diri sendiri.Kenapa?Simple je,bagi orang yang menepati janji ia tidak akan membinasakan tapi membahagiakan tapi bagi orang yang tak menepati janji ia akan menjadi munafik.

korang mesti pernah alami yang mana ada satu time memang korang susah bagai tahap tertinggi.Duit takde makanan takde memang terseksa sampaikan kalau korang pergi TV3 diorang dah agak korang nak masuk program Bersamamu.Apa yang korang buat bila korang ditimpa susah?Mestilah tetiba je hati jadi lembut nak solat.Yang kalau dulu tak pernah ada sejadah tetiba cari 'bai' nk beli sejadah.Masa nilah kita buat janji contohnya :

"Ya Allah aku hambamu yang lemah meminta pertolongan darimu.Aku berjanji jika aku diberikan nikmat aku akan sentiasa ingat padamu"

Amacam nampak simple kan perjanjian tu.Ya memang ada yang kata doa tapi dalam doa itu ada perjanjian.Lepas berdoa kita berharap dan dengan kuasa Allah tiba2 hidup kita stabil balik.Korang rasa apa yang jadi lepas tu?Kita lupa balik siapa kita...Mana perginya janji kita pada NYA?

Dengan mak bapak pulak,ingat tak masa kecil2 kita selalu cakap dengan mama or papa kita yang bila kita dah besar dan dah kerja kita akan jaga dia.Kalau boleh kita tak nak tengok diorang kerja dah.Pernah tak korang ingat janji2 ni?Terus terang saya cakap saya pernah janji dengan mama & papa saya macam ni.Tapi apa yang jadi sekarang?Saya sakit dan bukan saya jaga diorang tapi benda dah jadi terbalik.Diorang pulak yang jaga makan munim saya padahal sepatutnya itulah tanggungjawab saya.Adus sedih betul kalau nak fikir2 balik.

Masa akad nikah,apa janji kita lelaki kepada ayah pengantin perempuan?Kita berjanji akan jaga anak perempuan dia dan bagi apa yang cukup.Betul tak betul?Tapi bila sampai time, kita tak dapat buat dan tunaikan apa yang kita janjikan.Semua tak cukup dan semua serba tak kena.Tapi itu semua ujian yang kita kena harung sebagai seorang hamba.Hidup kena terus senyum walaupun pada hakikatnya tak sama.Betul tak?

Dalam blogging apa yang kita target?Mesti no satu duit no dua visitor.Korang jangan nak jadi 'Evelyn Salt' dengan mengatakan yang korang buat blog sikit pun tak nak duit beb!Itu menipu secara total dan Allah marah.Dalam blogging banyak syarikat yang memang inginkan blogger.Saya tak cakap syarikat selain Nuffnang tak bagus tapi bagi saya biarlah saya stick dengan Nuffnang sebab ada bukti yang diorang bukan SCAM.Dan saya bukan blogger yang tiada pendirian.Bila korang di'approach' oleh satu company ni suruh buat advert.Korang punya bersungguh2 buat (yelah jakon tak pernah dapat) dan bila dah siap apa yang korang dah deal advertiser tu tiba2 advertiser tu kata tak cukup requirement yang benda tu takde dalam perbincanganpun.Sepatutnya apa yang dijanjikan kenalah bagi.Ni tak bila time payment,alasan berlambak.Benda dah siap 3 bulan lepas tapi payment siap hold lagi apa cer?Saya bukan apa walaupun amount tu taklah banyak sangat tapi sayapun ada maruah dan perasaan.So think about it ya...

oklah panjang pulak entry kali ni.Ni kira balas dendam lah ni.Dah lama tak menuli sekali kasi Kapoww!!!Sorrylah kalau korang baca entri ni agak sedikit emo.Kalau korang tanya ini kisah siapa?Ya saya akan jawab inilah apa yang saya rasa sekarang.So thanks sebab sudi baca sampai baris terakhir ye.

p/s :
* Mungkinkah rezeki bertambah dibulan Ramadhan.Harap2 begitulah.
* Tetiba tadi Rob Chew call...Anyway Thanks to Nuffnang sebab ingat pasal saya even saya tak berapa aktif sekarang.
* Dah join churpchurp ke blom?kalau blom boleh klik sini.Free je untuk join.

SELAMAT DATANG RAMADHAN

PERSONAL : SELAMAT DATANG RAMADHAN

Salam ramadhan dan selamat pagi pada semua.Wah dah lama tak menulis dan ini membuatkan saya betul2 kekok.Ni adalah satu sebab di mana entri saya akan menjadi sedikit kureng.Sorry lah beb saya dah seminggu sakit sampai event Sony pun saya tak dapat attend memang nak bangun pun tak larat.Yang peliknya ialah waktu siang saya ok je bila time malam je badan saya akan menjadi panas secara tiba2.Ntah apahal ka jadi macam ni.Tapi nak buat macam mana kan itu semua ketentuan dan saya tak boleh nak lawan.Lagipun orang kata sakit tu boleh menghapuskan dosa2 kecil,so jangan merungut bila sakit ye.

Saya bukan takde idea nak update blog ni.Idea memang berlambak just nak duduk depan komputer then nak menulis tu ada masalah sikit.Sebab saya akan tiba2 jadi mengantuk dan menjadi malas nak menaip.Ni tengah melawan la ni.Esok ada invitation berbuka puasa dengan Nuffnang tapi mungkin tak dapat pergi sebab jauh sangatlah.Walaupun saya memang nak sangat makan kat The Appartment tu tapi keadaan tak mengizinkan.

Semalam dah start solat terawih dan semalam ada satu jiran saya meninggal dunia so sebelum solat terawih tu ada buat solat jenazah.Wah best meninggal dalam bulan puasa mesti kurang sikit seksaan kubur.Meninggal 1 Ramadhan pulak tu.Orang cakap kalau meninggal bulan Ramadhan dosa kita terampun semua.Ye ke?Ntah tak tau betul ke tak?Oklah korang jangan lupa pergi solat terawih sebab banyak kelebihan dia.Sayapun dah tanam niat kalau boleh saya nak pergi semua malam.

Oklah nak sambung kerja.Petang sikit saya akan tulis lagi kalau larat.

p/s :
  • Kan saya dah cakap mesti entri ntah apa2 je saya tulis...hak3 saja je nak warm up.Dah lama tak meulis.Sorry ye.
  • Fadhilat solat terawikh malam kedua - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

MAINTAIN TRAFFIK 2

TIPS : MAINTAIN TRAFFIK 2

Salam semua,bz ker?Dah lunch?saya tapau je lah sebab hujan.Budak2 office semua makan naik kereata tapi saya ,malas la nak ikut kan sebab saya memang seorang yang pemalas.Sekerang ni tgh syok ber'tweet' dengan blogger2 lain dan saya diserang 'kow2'.

Korang baca tak entry saya yang lepas.Ni kesinambungan untuk entry Maintain Traffik.Hebat sangat ke traffik saya?Takde lah sama je macam korang.Kalau traffik saya gempak dah belambak advertiser cari saya kan.Bila korang dah buat apa semua untuk tarik readers yang selebihnya korang kena buat satu benda yang dipanggil minor promotion.Benda ni memang nampak kecil tapi kadang2 bila kena masa dan cara dia boleh boost traffik untuk korang.

1) SOCIAL NETWORKING

Banyak social network yang korang boleh guna.Contohnya sekarang korang ada Facebook kan.Apa kata guna Facebook korang untuk tarik traffik blog korang.Simple je dengan tekan CTRL A & CTRL C pada permalink korang lepas tu masuk social network tekan CTRL V kat status.Kita ambil teori mudah la kan.Dalam Facebook korang mesti ada family kan.Takkan lah mak korang yang ada facebook tak baca status anak2 dia.So bila si ibu yang berfacebook ni terbaca status anak dia Blog Updated.Mesti dia tertanya2 apa yang anak dia buat dan klik.Kat situ dah ada satu unique.Lepas si ibu baca dia mesti terasa teruja maka dia akan bagitau makcik2 korang pulak.Kat situ berkembang.

2) NAME CARD

Benda ni saya sendiri tak terfikir dulu sampai saya terjumpa seorang mamat invester kat satu event Nuffnang.Tetiba dengan muka senyum2 kambing dia bagi kad.Saya ingatkan dia nak ajak masuk Hai-O ke Zulian ke...Memang katakan 'tak nak' lah kan.Tapi lepas belek2 card dia rupanya dia nak promote blog dia.Fuh memang terbaek dari ladang beb.Mungkin bagi sesetengah orang cara ni memalukan tapi kalau korang nak maju tolak tepi malu.Bukannya korang bagi gambar porno korang kan.So Just do it.Matjoe lu memang rock!

3) ATTEND EVENT2

Orang semua cakap event tu buang masa.Takde guna.Alah dapat apa je pergi event Nuffnang.Kalau kalah buang duit je.Kalau korang berfikiran macam ni sila ubah cara pemikiran tersebut sebab dengan pergi eventlah ko boleh promote blog korang kow2.Walaupun kita blogwalking sehari 400 blog persoalannya kat sini adakah semua yang datang blog kita itu membaca entri kita?Kebanyakannya just kasi traffik dan mungkin takkan datang lagi melainkan korang pergi blog diorang & tinggalkan jejak.So dengan attend event2 ni termasuklah event cap ayam yang Bean Moreno buat (oops sorry promote diri pulak) mungkin korang boleh earn traffik dan loyal readers.Tak percaya?Tanyalah siapa2 yang suka attend event.

Hm tu je nak share untuk hari ni.Esok saya ada entri kesedaran.Kalau rajin masuk esok pagi untuk timba ilmu.Sebab walaupun saya ni taklah sealim Imam Muda Asyraf tapi saya tetap beragama.hak3...

p/s :
* Entri tiada gambar sebab nak cepat
* Dah tak lama dah kita akan berpuasa...Yeay!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails