APA YANG BEAN MORENO BUAT DI WAD


PERSONAL : APA YANG BEAN MORENO BUAT DI WAD

Selamat malam?Dah berbuka?Saya hari ni je dah 6 kali makan benda berat.Nipun rasa macam lapar lagi.Mungkin ni adalah efek dari pengambilan darh setiap pagi.Setiap malm saya akan diingatkan supaya berpuasa start pukul 12 sampai Dr dapat ambil darah (susah tau nak dapat darah dari badan saya.tak caya tanya Dr yang buat).

Oklah lets make it simple.Saya just nak cerita apa yang saya buat semasa di Wad 6J BED 27 ni.Yelah selain dari schedule kedoktoran termasuk menjadi bahan uji kaji kepada student perubatan UKM saya ada aktiviti sendiri supaya hidup saya di wad ni tida seperti Zomba.

1) Layan Lagu Raya

Raya dah dekat so saya nak ambil mood raya untuk menghilangkan rasa sakit yang saya alami (actuall dah semakin pulih) dengan mendengar lagu2 raya ni saya dapat pulihkan 40% kesedihan dalam diri (ada nampak sedih ke?).hak3...Jadi saya layanlah lagu2 raya yang saya suka.Kira terapi mindalah ni.

2) Makan

Lepas buang air dari paru2 hari tu selera makan saya bertambah.Asyik2 nak makan je.Mungkin juga ebab darah saya dah banyak di ambil so untuk recover saya kena makan banyak2.

3) Makan 12 Biji Ubat

Yang ni memang seksa.Secara psyco manusia akan jadi down bila nampak benda tu banyak walaupun size dia kecil.Sebagai contoh kerja rumah matematik,benda senang je tapi bila dah belambak memang kita akan rasa susah sikit nak siapkan.Betul tak?

4) Layan Football Manager

Disebabkan kekecewaan saya terhadap manager Liverpool yang ntah apa2 ntah saya cuba berangan menjadi Coach untuk Liverpool di alam maya.Ternyata saya hebat ketika bermain Footbal Manager sebab saya berjaya kalahkan Man City dan juga AC Milan.Roy Hodgson ko boleh buat ke?

5) Ber'Chatting' dengan Aiensepet

Yang ni wajib sebab dia dah start kerja jadi dia tinggal sorang2 je kat rumah dan selalu membuatkan saya terfikir adakah dia makan ataupun tidak.Setiap malam saya akan berchating dengan aiensepet sebab dia dah tak dapat temankan saya.

Oklah matapun dah ngantuk rasanya harus tidur...Kalau tak memang keletihan esok.Harap2 korang doakan esok operation tu tak menjejaskan kesihatan saya ye.

p/s :

  • Perasaan takut untuk operation itu tetap ada walaupun pada seorang gangster.
  • Bnyak pulak task Churchurp.Sehari sampai dua.Korang dah register ke blom?Kalau blom jom lah register.Percuma bai...Janji ada twitter ngan Facebook.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails